Wednesday, July 20, 2011

::Duhai Isteri::

Didenda RM250 kerana sembunyi kematian suami


MELAKA 19 Julai - ''Ketika di akhir hayatnya, dia selalu berpesan pada saya, jangan beritahu sesiapa jika dia meninggal dunia, menyebabkan saya terpaksa menyorokkan kematiannya tanpa memberitahu sesiapa.''

Alasan tersebut diberikan oleh seorang pengawal keselamatan kepada seorang majistret di sini, hari ini ketika ditanya mengapa wanita itu tidak memaklumkan kematian suaminya kepada orang lain.

Namun, akibat kesalahannya menyembunyikan kematian suaminya itu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda maksimum RM250 atau penjara tiga hari terhadap Zaini Malek, 48.

Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu setelah Zaini mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250.

Mengikut pertuduhan, Zaini yang didakwa ada pada masa kematian Abd. Halim Manan atau merawati semasa sakitnya yang terakhir merupakan orang yang layak untuk memberikan maklumat kepada pendaftar kelahiran dan kematian berkenaan dengan kematian tersebut. Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh antara 3 dan 6 Oktober tahun lalu di Lot 282 Batu 4 1/2 Jalan Kampung Batu Berendam di sini.

Mengikut fakta kes, pada pukul 9.05 pagi, 6 Oktober lalu sepasukan polis telah menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan, polis mendapati mayat tersebut merupakan suami tertuduh. Tertuduh ditangkap pada hari yang sama mayat suaminya ditemui.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Zaini memohon hukumannya dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak mempunyai anak.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd. Kudus yang mengendalikan pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berdasarkan fakta kes yang dikemukakan.

Memetik laporan akhbar pada 7 Oktober tahun lalu, mayat mangsa berusia 70-an itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam tidak jauh dari rumahnya oleh seorang penduduk kampung tempat pasangan itu menetap.

Penduduk itu, Mohd. Azahari Mohd. Zain, 13, mendakwa, dia ternampak seorang wanita sedang mengheret bungkusan plastik hitam dan membuangnya di kawasan semak di longkang itu kira-kira pukul 12 tengah malam.

Menurutnya, dia hanya teringat tentang bungkusan plastik hitam itu apabila datuknya meminta dia mencari punca bau busuk pada keesokan paginya.

10 comments:

  1. citer yg menarik...syurga kan bawah tapak kaki suami..sajahat2 suami bkn hak kta sbagi wanita tok mcaci @hina walaupun dia mlakukan kslahan yg melukakan hati ngeh3x..(rasanya blh kwin x kak)

    ReplyDelete
  2. ngeh3x... dh jatuh tahap HARUS kahwin ni..

    ReplyDelete
  3. tlg crikan calon blh x wakakakaka TIDAKKKKK.....

    ReplyDelete
  4. blh... no probs... tp kene redha jer tau... ngeh3x..

    ReplyDelete
  5. heheheh xnk lorrr huhuhuhu sndri lbih baik ngeh3x

    ReplyDelete
  6. tp Acha Septriasa kate "Berdua Lebih Baik"... Ngeh3x...

    ReplyDelete
  7. nilah namanya taat sampai ke mati. tp agak2 la. peraturan dan undang2 harus dipatuhi. lgpn kita hanya taat pd perintah suami selagi tak bertentangan dgn Islam dan syariat (undang2 la tuh). kalo perintah x logik pn kalo ikut macam .....

    somi soh terjun longkang, ko nak terjun???

    pastu kan entah2 isterinya slh faham amanat terakhir somi tak? somi kata jgn bgtau sesiapa. bknnye jgn bg tau sesiapa lgsg pastu mayat saya buang dlm semak tau :)

    mgkn maksudnye jgn bgtau sedara mara, anak2 atau mana2 individu la. ssh jugak dpt isteri lurus mcm ni.

    ReplyDelete
  8. eh lupa lak nak khabor. awak menang lucky draw dkt blog ummirayyan. sila semak! dan ucap terima kasih pada dia dan saya cpt :)

    ReplyDelete
  9. hehehehe... tau tak pe... sungguh lurus isteri si arwah ni.. tetibe teringat kat citer Pak Pandir dan Mak Andih.. ngeh3x..

    ReplyDelete
  10. lor yer ke... mesti check it out skrg..

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™