Saturday, August 31, 2013

~~Resipi Mee Hailam~~

As-salam...

Alhamdulillah jemputan open house masih di terima setakat ini.. sana sini menjemput.. ada gak yg tak sempat aku penuhi jemputan2 tu.. almaklumlah, boss dah balik dr bercuti.. so weekend pun kena keja.. weekday jgn cakaplah.. stress kian menghampiri.. hehehe.. stress ke??

Sebenarnya alasan paling utama adalah malas pegi sorang2 sebab En. Asben tak de.. beliau berpegang pd prinsip sayang bini tinggal2kan.. huhuhu.. Atas tuntutan, last week dia gi Kedah 2 ari, balik 1 malam pastu g Sarawak, then blk 1 malam lg pastu g Sabah.. pheewww...

Aku : Abg ni asyik tinggalkan ayg jer.. 
Dia : Sabar yer sayang...
Aku : Bila kita nak dating berdua pulak ni?
Dia : Kan dh tak lama kita nak gi holiday
Aku : Alaaaa, tapi time tu bapak ada..
Dia : Tak pelah, kita dating dgn bapak sekali..
Aku : Fine!!

By the way, last week adik ipar aku nak dtg beraya ke umah kami pada waktu malam.. bila tanya diaorg nak makan mee ke nasi, diaorg jwb suka hati aku.. so aku pun decide nak wat mee hailam yg super dooper pedas dan kembang2 dubur di buatnya lepas tu.. so aku nak share resepi tersebut..


Bahan2 :

- Mee kuning 
- Carrot, sawi, baby corn
- Ayam, udang, sotong
-Bawang merah, putih, cili api, cili kering, udang kering (blend)
- Kicap, sos tiram, lada sulah
- Stok ayam, bawang goreng

Cara Penyediaan :

- Tumis semua bahan kisar sampai agak garing
- Masukkan kicap, sos tiram, lada sulah, stok ayam
- Masukkan air 
- Masukkan ayam, udang, sotong 
- Tunggu sampai mendidih then masukkan sayur
- Panas minyak then tumis mee dgn kicap ckit
- Siap!

** bile letak sos tiram lebih, so kuah automatik jd pekat.. 
Then tak yah letak tepung jagung..

Selamat mencuba..

Add caption

Thursday, August 29, 2013

...Tempat Jatuh Lagi Di Kenang...

As-salam...

Orang kata tempat jatuh lagi di kenang ini kan pula tempat suka dan duka tatkala kita membesar... hari ni aku nak berkongsi cerita dan gambar mengenai rumah family aku di Shah Alam.. di sinilah tempat aku dan adik beradik aku membesar dgn pelbagai cerita jatuh dan bangunnya kami sekeluarga..

Adakalanya perasaan aku ni bercampur baur bile balik ke Shah Alam.. mana taknya, bila jejak jer kaki ke situ, macam2 memori terimbas di fikiran.. Kenangan masa kecik2 dulu kena rotan, kenangan main kejar2 kat umah, kenangan time abg aku sunat, aku kahwin, dan yang paling tak dapat aku lupakan adalah kenangan sepanjang arwah mak hidup sampailah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.... Semua tu adalah memori yg sangat berharga untuk aku..

Masa itu tak kan dapat di undur.. lepas mak meninggal, banyak perubahan berlaku.. aku kawin, abg aku pindah Damansara, adik aku belajar sana sini dan bapak pindah umah baru.. maka umah keluarga kami di duduki oleh sepupu aku selama hampir 6 tahun.. Dulu umah kami ceria dan sedap mata memandang... bila dah tak de yg menguruskan, maka mcm2 jadinya.. aku dan En. Asben nekad untuk rumah keluarga kami tu berseri seperti sediakala sebelum syawal menjelma.. maka aku dan En. Asben  membanting tulang mengemas teratak kami seboleh yang mungkin pada awal Ramadhan yg lalu..

Sedih memang lah sgt sedih sebab rumahnya yg dulunya kami jaga sebaik yang mungkin kini jadi seperti tempat kucing beranak.. kami siap jumpa bangkai kucing dan sebagainya.. sambil mengemas, aku sebak menahan tangisan.. hanya Tuhan yang maha mengetahui apa yg ada di dalam hati aku.. dan DIA juga yg memahami apa yg tersirat dan tersurat yg tidak dapat aku coretkan disini..


BEFORE :


Ni bilik abang aku..

Dalam bilik ni juga kami jumpa bangkai kucing..

  


Ruang tamu kami..

Ruang dapur dibahagian luar..

Bilik adik... Bilik aku lupa nak snap..
  
Bahagian luar..

Alhamdulillah kami dapat cuci dan mengemas umah dalam masa sehari suntuk.. penat dan semput tuhan jer yang tau.. dan seminggu sebelum raya abah, En. Asben dan abg aku turun padang untuk cat umah luar dan dalam.. aku nak sgt umah ni nampak macam "rumah orang".. so aku tak kisah berkorban apa sahaja.. Syukur sgt2 hajat kami tercapai.. InshaAllah lepas ni banyak lagi perkara yang perlu di pelihara dan di pulihara dalam rumah tu.. aku akan cuba lakukan step by step.. 

Sekarang rumah kami kekal menjadi 3 bilik dan dapur kami hanya tinggal sedikit sahaja ruang yg ada kerana ianya telah di sekat sedikit untuk di jadikan rumah sewa.. lantak lah.. yg penting, lepas ni kami ade tempat untuk berkumpul sekeluarga.. moga keharmonian keluarga kami akan kekal sampai bila2.. Amin..

AFTER :



















Di kesempatan ini, aku nak menzahirkan rasa terima kasih yg tak terhingga pada suami tersayang kerana beliau adalah merupakan sahabat sejati aku yg tak pernah mengira waktu dan ketika.. beliau sentiasa menjadi pendengar setia dan tak pernah jemu memberi nasihat tatkala aku berada dalam keadaan yg paling teruk sekali.. thank you so much dear.. I will luv u untill jannah.. 

Tak lupa juga utk abah, mak dan seluruh ahli keluarga serta makcik aku yg tidak pernah berkira dalam setiap bantuan yang mereka berikan.. aku sangat2 menghargai segala pengorbanan dan jasa2 mereka.. tak akan aku lupakan sampai aku mati.. InshaAllah.. 

Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa.. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).. Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Add caption

Wednesday, August 28, 2013

Tuesday, August 27, 2013

::Cabaran Dapur Master Chef::

As-salam..

Last week, aku dan kengkwn ofis mengambil kesempatan di waktu rehat yg panjang pada hari Jumaat untuk menguji ketangkasan dan kemahiran memasak antara kami di dapur umah aku.. Kami mewajibkan untuk tiap seorang masak satu resipi.. maka hasilnya adalah seperti berikut :

Aku selaku tuan umah wat keje senang.. juz wat sosej wrap, goreng wantan n potong kek coklat.. hehehehe.. diaorg tak leh nak argue.. :)

Chef Eton bersama resepi tauhu terbaliknya.. Sedap giler wei.. sekelip mata licin.. Alhamdulillah bakal pengantin dah semakin kerap masuk dapur.. aauuwww!

Chef Ina bersama Fettucini carbonara beliau.. marbeles gak! 

Chef Midah bersama koktailnya.. yummy!

Shikin selaku ketua juri a.k.a. Mama Joe.. hehehehe..

Terima kasih kengkwn kerana sudi join prog ni.. very appreciate it! Alhamdulillah kekenyangan kami ari tu.. siap boleh tapau lagi.. Buat sesapa yg nak resepi, akan aku kongsikan bile aku dh cube wat sendiri nanti k.. (o____0)

Add caption

Thursday, August 22, 2013

~~Bila Setiausaha Beraya~~

As-salam....

Masing2 masih mood raya lagi kan? so entri kali ni pun berkisarkan hari raya.. ari ni nak citer pasal aku dan geng2 setiausaha aku gi beraya ke umah sahabat2 kami.. Time raya ni lah masa utk yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita mesrakan lagi bg tujuan ukhuwah sillaturrahim sesama kita.. walaupun ada antara kami duduk berhampiran, tapi bukan senang nak jumpa.. almaklumlah masing2 dah berkeluarga.. so masing2 punya tanggungjawab yg tersendiri.. Nak diikutkan, kami punya sahabat setiausaha lebih kurang 20 orang di Putrajaya ni..

Kami start marathon raya hari Rabu lepas.. weekend pun kami belasah gak.. seronok sebenarnya bile dpt jumpa sebahagian daripada mereka yang sporting ni.. bile ingat kenangan masa belajar dulu, memang pecah gelak di buatnya.. anyway, ada lagi beberapa rumah yg bakal kami terjah lagi selepas ni.. InshaAllah.. 

So, berikut adalah ringkasan mengenai sahabat2 kesayangan hamba.. gambar adalah  mengikut turutan lokasi dan waktu kami beraya..

Tuan rumah : Kak Adha (Berjubah hitam)
Lokasi : Presint 5
Tempat Kerja : Kem. Penerangan, Komunikasi & Multimedia
Menu : Bihun Sup + nuget + kentang

Tuan rumah : Aku (Berselendang merah)
Lokasi : Presint 5
Tempat Kerja : JPM
Menu : Kuey teow tomyam + nuget

Tuan Rumah : Masrini (Bertudung pink)
**Beliau kini sedang pregnant anak sulung.. 
InshaAllah bulan 10 ni kami timang anak buah lagi..
Lokasi : Meru, Klang
Tempat Kerja : Kastam Pelabuhan Klang
Menu : Mee kari + Nasi Mazola (marbeles!)

Tuan Rumah : Nana (bertudung hitam)
Lokasi : Bandar Sunway
Tempat Kerja : RTM
Menu : Laksa, Serawa Durian, Trifle 

Tuan Rumah : Kak Mas (Bertudung Coklat)
Lokasi : Kem Wardieburn, Setapak
Tempat Kerja : MKN, KL
Menu : Ketupat palas +Pisang & keledek grg + Sambal Kicap 

Tuan Rumah : Emma Aminah (bertudung putih)
Lokasi : Presint 15
Tempat Kerja : Kem. Pendidikan
Menu : Ketupat palas + nasi impit + sambal sotong + rendang ayam + kuah lodeh + apam bee & polkadot

Terima kasih para suami kerana memberi kerjasama dan sanggup temankan kami berborak sampai tak hengat donia.... 

Anak-anak juga adakalanya behave.. dan adakalanya ehem3..

Ari Ahad ari tu kluar umah kul 10.30 am then sampai umah kul 1.15am.. Balik beraya singgah The Mines gi layan movie The Conjuring.. Seram nak mam!! cakap banyak tak gune.. sape berani gi tengoklah wei.. citer ni based on true story.. 

Ok, tu jer nak citer.. bye! Selamat Hari Raya.. 

Add caption

Wednesday, August 21, 2013

Tuesday, August 20, 2013

~~Resipi Kupang Bercili~~

As-salam...

Lepas-lepas raya ni org dah start cari  menu harian seperti sediakala.. tak terkecuali tekak kami pun begitu juga.. last week bile check lauk dalam peti ais, aku ternampak kupang yang kami beli masa g Kedah ujung bulan 6 ari tu.. (punyelah lama aku simpan).. sudahnya aku decide nak masak kupang bercili..


Bahan2 :

- Halia, bawang merah & putih, serai, cili api, cili besar (blend)
 -Serai (di ketuk)
- Sos tomato
- Asam keping
 - Stok ayam & gula
- Kupang

Cara Memasak :

- Rebus kupang 
- Tumis  serai dan bahan kisar sampai garing
- Masukkan sos tomato, asam keping, gula & stok ayam
- Last sekali baru masukkan kupang

Add caption

Monday, August 19, 2013

~~Roads and Paths~~

As-salam....

Everyone needs to take some time out for themselves sometimes, and it can be difficult to truly relax when you do... But there is always so much heavy work to do... Just now I feel so pressured to do my regular job..  The more rapidly and deeply I learned to quiet my mind and relax my body, the more restored I felt afterward.. I know I can try and have positive thoughts and thinking...  

As our journey...

there may be some steep hills to climb,


some times when the road seems treacherous and you aren't sure which turn to take...

times when you feel like you are on the brink of falling,


and there may be many curves in the road.

As you make your way through the ups and downs

May you know ALLAH SWT' s presence with you through each tunnel,

every steep climb,

every curve,

in the beautiful mountaintop experiences with ALLAH SWT,

and through the slippery storms of life;

May ALLAH SWT walk with you down through the valleys and up the mountains,

take your hand and guide you through to the light,

put a hedge around you to keep you safe,

help you to find joy and excitement in the roller coaster ride,

and fill you with amazement at the beauty ALLAH SWT provides along the way.

Take time to smell the flowers,

To admire ALLAH SWT'S handiwork

along Life's railway;

And may THE love flood over you, fill you,
and overflow in praise to ALLAH SWT for all ALLAH SWT's have done!


Add caption


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™