Tuesday, April 30, 2013

::Menu Weekend::

As salam..

Tomyam campur + ayam bako = menu weekend yg lps..
Dari nk mkn sikit, jadi TERmakan byk plak..

Memang best bile weekend dpt duk umah.. 
Byk masa yg terluang utk berehat, mengemas dan memasak..
In sha Allah akan terlaksana jua suatu hari nanti jika di izinkan oleh Nya..

Monday, April 29, 2013

::Keikhlasan dalam berkawan::

As salam..

Siapa yg mengenali aku sedalamnya, mereka akan tahu bagaimana perangai aku.. aku bkn org yg terlalu sensitif sampai nak sentap tak tentu pasal.. aku sgt jarang terasa hati dgn sesiapa.. but once bila aku berkecil hati dan di sulami dgn air mata, itu maknanya hati aku jd semakin kecil dan menjauh... Hari ini aku benar2 berkecil hati.. tak sangka org yg kita percaya dan kita jadikan sahabat untill jannah tidak sama seperti apa yg kita sangka.. bg aku, apa yg terjadi di sekeliling kita haruslah di fikirkan daripada sudut yg positif.. 

Pada masa ini lah kita akan nampak siapa kawan dan siapa lawan.. bila masuk bab politik, masing2 punya pendirian tersendiri.. tapi, jgnlah sampai kawan nak di jadikan seteru hanya di sebabkan kita tidak sehaluan.. tidak perlu membida rakan yg lain utk berjaga2 dgn aku.. Aku bukannya ada M16, senapang gajah atau seangkatan dengannya utk mengingatkan mereka agar berhati2 dgn aku.. bg aku, ingatan itu sungguh tidak mesra utk di gunapakai masa ini.. jika benar sahabat kita mengenali dan ikhlas dgn tali persahabatan yg di bina, maka tak akan berlaku unsur2 was2 itu.. never!!

Sebelum ini kita mesra,  berkongsi rasa dan bertukar pandangan.. tp tidak pernah sekelumit terlintas di fikiran utk aku berpesan dgn rakan2 yg lain agar berhati2 dgnnya.. kerana bagi aku, hubungan persahabatan itu sgt murni dan syumul.. ianya tidak dapat dijual beli.. mungkin smlm kita ade terlepas kata.. tapi hari ini, mengapa kita sanggup mengulanginya.. tanpa sedar atau tanpa niat kdg2 kata2 kita menyinggung perasaan org lain.. tp kita dgn mudah beranggapan bahawa kita tersilap tutur kata dalam berbicara.. dan mereka akan memaafkannya.. semudah itu yg kita ungkapkan.. tp kita tak tahu bagaimana terhirisnya perasaan mereka.. 

Masing2 telah dewasa dan matang.. jadi sepatutnya kita berfikir dari sudut yg kreatif dan sihat.. tidak perlu di depan kita di jadikan keterpaksaan untuk angguk2 geleng2, tapi di belakang kita menyinsing lengan.. usah menjadi seperti pokok semalu dan ulat gonggok.. br di sentuh terus memberi reaksi spontan.. kita masih ada masa utk berfikir.. 

Kita manusia punya minat dan kecenderungan ke arah sesuatu perkara.. itu adalah nikmat yg sememangnya tidak dapat didustakan.. dari itu, hormati jua hak dan minat org lain.. usah kita taksub bahawa apa yg kita minat akan sama dgn org lain.. peminat politik dan bola tiada bezanya.. jika kita rasa tiada gunanya kita berdekah2, namun tiada pulangan yg kita peroleh, maka dari itu usahlah kita meletakkan diri kita di situasi berkenaan.. kerana perbezaan fahaman ini sekali lagi akan mengganggu gugat tali persahabatan.. mencegah itu adalah semujarab2 ubat.. 

Di petik dari Hadis Riwayat Muslim :

"Seorang Muslim adalah saudara Muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya"

Usah menjadi api dlm bersahabat.. 
Kelak, di khuatiri api itu akan menyambar diri sendiri...


Friday, April 26, 2013

~~Tunaikanlah Kewajipan Kepada Negara~~

As-salam..

Bahang pilihanraya semakin hari semakin terasa.. Jika di tanya pendapat setiap yg ada, pasti mereka punya reason tersendiri dalam menegakkan parti pilihan mereka.. Harapan aku, setelah selesai PRU akan dtg ni, maka kite seluruh rakyat Malaysia akan kembali bersatu semula.. barang yg lepas usahlah di kenang..

Hari ni aku nak berkongsi sedikit nasihat yg masih terngiang2 di telinga bila mana time aku menuntut ilmu suatu ketika dahulu, ustaz aku pernah berpesan pada anak muridnya... dalam memilih calon, beberapa perkara serta pendekatan perlulah di buat terlebih dahulu... Antara ciri yg perlu di titik beratkan adalah seperti berikut :

Agama
Pastikan kite memilih calon yg beragama Islam. Itu adalah Pasti!

Jantina
Utamakan yang lelaki daripada perempuan kerana lelaki itu lbh rasional ketika memimpin jika di bandingkan dgn wanita yang agak beremosi dalam membuat keputusan

Keluarga :
Sekiranya calon mempunyai kedua2 ciri di atas, maka kita di galakkan untuk meneliti latar belakang keluarganya pula samada beliau berjaya membentuk keluarga yg boleh di jadikan contoh terbaik atau sebaliknya. Kerana utk menjadi pemimpin terbaik buat rakyat, calon perlulah terlebih dahulu berjaya memimpin keluarganya sendiri.

Itu sahaja yg boleh aku kongsikan utk panduan bersama.. tiada paksaan untuk menurut apa jua yg aku nyatakan tadi.. tepuk dada, tanyalah iman.. Selamat menunaikan tanggungjawab buat semua yg telah layak mengundi! 


Friday, April 19, 2013

~~Allergic Reaction~~

As salam..

Bulan lepas, aku di serang allergic yg paling teruk seumur hidup aku setakat ni.. mintak di jauhkan lah penyakit tersebut drpd dtg kembali.. puas buat itu ini utk menyembuhkan alahan tersebut.. dan akhirnya mujur ia pergi jugak.. Syukur..

Mula2 dia naik merah2 mcm ruam.. makin lama makin tebal sampai dh mcm kurap pun ade.. alhamdulillah tak semua anggota di serangnya.. juz betis, peha n tangan kanan.. semua tempat2 gebu tu.. kehkehkeh.. walaupun tak seluruh badan, tp part2 yg kena tu, mmg azab..  24 jam aku berasa gatal + pedih yang maha dasyat.. asal mlm jer susah nk tdo sbb gatal yg amat.. Maaf, gambar part2 yg gatal tu tak leh nk di publish kat sini coz yg kene semua kawasan aurat...

Dh macam2 benda aku cuba ubati alahan ni.. antaranya beli ubat kat farmasi, gi inject kat klinik, dan mak jugak suggest minum alga mekah dan sblm tdo, sapu gak alga mekah tu  kat tempat alahan.. Tak kurang hebat, abah mencuba petua yg beliau ade.. sanggup blendkan beras dgn lengkuas then mintak aku sapu seluruh badan mcm wat bedak sejuk.. hehehehe.. bangun pagi, bilik penuh dgn beras hancur...

Dan kengkwn suggest minum air kelapa muda sbb nmpk mcm campak halus.. once bile minum, aku rasa ade balance2 campak aku dulu tak abis keluar.. so kluar lah ia sebutir demi sebutir.. means, dua azab aku terima.. satu alahan yg semakin menebal td, satu lg kudis campak yg bulat2 tu.. bile dua2 dh timbul, aku dh semakin ngeri..

Atas advice sepupu aku, aku pun ajak En. Asben gi berendam kat kolam air panas.. sehari selepas blk dari berendam, aku gune antiseptik detol setiap kali mandi n bile gatal ckit2, aku sapu gune wipe tissue.. Alhamdulillah, 2 hari lepas tu kering semuanya.. dan skrg, kesan alahan tu hilang tanpa dapat di cari.. mcm tak percaya pun ade.. hehehe.. yg meninggalkan kesan hanyalah campak tu jer.. Lame gak aku menanggung sakit ni iaitu2 kire2 hampir sebulan..

Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat


Di kesempatan ni, aku nak menzahirkan rasa syukur dan terima kasih tak terhingga buat suami, keluarga dan rakan-rakan yg tak putus2 memberi sokongan dan dorongan utk aku melawan penyakit tersebut.. terima kasih semua.. lebiu ols..

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 16, 2013

~~My New Corner~~

As-salam..

Last month abah ngan mak datang umah.. lame dah mereka tak tdo umah kami.. Di kesempatan yang ade, dptlah bawak mak n abah jenjln kat Alamanda sambil amik angin malam kat area Putrajaya ni.. At the same time, dapatlah jugak mak rembat handbag n abah pun dptlah rembat kemeja.. tu jer yg mampu anak2 belikan.. lagipun, tak de ape yg dapat membahagiakan anak2 selain melihat ibu bapa kite gembira... betul tak?

Sementara abah ade, so kami pun mengambil kesempatan di waktu kesempitan.. hehehe.. abah mmg seorang yg ringan tulang.. mintak jer tlg ape pun, akan beres semuanya.. so, aku mintak tolong abah drill wall shelves utk letak brg2 hiasan.. lame dh aku beli menatang tu, tp bile suruh  En. Asben buat, ade jer alasannya..

Selalu aku cakap kat dia, "kenapa abg tak berapa rajin mcm abah?" then dia wat2 kona kat citer lain.. benci! Ok, nk puji abah lagi.. Aku mintak tlg abah drill walls shelves ni jer, tp abah siap buatkan ampaian bagai kat dapur.. Alhamdulillah, dah tak risau dh aku kalau nk jemur baju time ujan.. terlindung pakaian kami daripada sebelum ni... Syukur dapat abah yg baik dan rajin ni.. Alhamdulillah..

Ooo yer, gambar ampai lupe nak amik.. so yg ade juz wall shelver ni jer setelah di pasang oleh abah.. Aku suke sgt new corner aku ni.. masuk jer umah, terus nampak corner ni.. *_____*


Atas..

Bawah...

Atas & Bawah..


Sunday, April 7, 2013

~~Mak & Abah Perform Umrah~~

Ape pun tak boleh aku ni tau.. Sepatutnya entri ni kluar awal bulan Februari ari itu.. tapi ni dh masuk April.. sangat2 basi dah entri ni.. Hahahaha.. tak tau nk citer ape.. nak wish semoga mak n abah  di kurniakan kesihatan semasa di sana, diaorg dah pun selamat blk ke sini.. aiyark! 

Papepun, buat mak dan abah, menantu hantu mu ini senantiasa mendoakan apa yg terbaik buat mak dan abah.. Alhamdulillah, terlaksana juga hasrat mak ngan abah nk tunaikan umrah bersama-sama.. So doakan lah pulak semoga kami di permudahkan juga segala urusan untuk ke sana suatu hari nanti.. In shaa Allah.. Mak, abah dan delegates lain telah selamat menunaikan fardu umrah mereka pada 1hb Februari - 14hb Februari 2013 yang lalu.. Terima kasih atas doa2 yang telah di lafazkan di sana...


Insan terpilih untuk berkunjung ke rumah Allah..
Mak & abah bersama kakak, adik, abg ipar dan juga sepupu sepapatnya..

1 happy family.. 
Bile tgk gambar ni, br sedar yg family kami dah semakin ramai.. cumanya belum di serikan lagi dgn tangisan anak kecil jer... *___*

Adik beradik mak yg turut sudi menghantar di KLIA.. 

Kami babai mereka sampai hilang drp pandangan..


Time awal bulan Februari ari tu, kan nk dkt dgn Chinese New Year.. so pihak airport deco KLIA dh mcm kat negara China plak aku tengoknya.. 
  
Selain buah zuriat, serbuk kurma, air zam-zam, kekacang, raisin, kurma dan mcm2 lagi, mak jugak beli kan aku buah delima yg sgt marbeles beserta lipstik botol ijau tu.. dr dulu, lipstik dan gelang itam or merah yg lilit-lilit tu wajib di beli kat sana utk di jadikan buah tangan bg org2 kat sini kan? sgt klasik...


Friday, April 5, 2013

~~Menara Tinjau & Pantai Tanjung Rhu~~

MENARA TINJAU

Tempat ni terletak di kawasan berhampiran dengan jalan masuk ke Kediaman Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.. Di Menara Tinjau ni kite boleh menyaksikan seluruh Bandar KK dgn agak jelas.. ekceli, Bandar KK ni tak de lah besar mana.. ia hanyalah sebuah bandar yg di kelilingi dgn laut.. Tapi panoramanya mmg subhanallah... sgt cantik..






PANTAI TANJUNG ARU

Pantai ni sangatlah dekat dgn airport.. Kalau siang tak de pape sgt.. juz blh amik pemandangan jer.. kalau mlm, sgt happening.. ade ikan bakar n pub yg beroperasi sampai ke pagi..

Tak tau kenapa xde org mandi kat cni..

Panas yg amat..

Pelancong dari Azerbaijan..

Yang ni tourist from Papua New Guinea...


Sweet sgt tmpt ni..

Thursday, April 4, 2013

~~Cubaan Pertama Kali~~

Lupakan cerita Sabah buat seketika.. mls giler nk pilih2 gambar n nk recall ape yg dah berlaku.. InsyaAllah akan update bile free2 ckit nanti..

Berbalik kepada tajuk, ini mmg cubaan pertama kali aku masak kari seumur hidup... Dah lama sbnrnya teringin nk makan kari kepala ikan.. nk mkn kat kedai, tak puas.. mahal plak tu.. means, kenalah masak sendiri kalau nk kepuasan tu hadir.. 

Kebetulan family in law dtg ari tu, so aku pun trylah masak kari kepala ikan ni.. lepas puas menggoogle dan menanyakan org2 tertentu, maka, inilah hasilnya...

Blend bwg merah, bwh putih, cili api & halia..

Serbuk kari, serbuk cili & Asam jawa..

Daun kari masukkan time menumis bahan kisar tadi..
Santan adalah bahan yg paling last di masukkan..

Bahan utama kari ni iaitu kepala beserta badan dan juga ekor beliau..

Nak sedap, kena taruk tomato n bendi...

Sebelum mendidih...
  
Dan hasilnya....



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™