Wednesday, January 15, 2014

::Hari-Hari Bahagia::

Assalam..

Restaurant Haji Sharin Low

Lamanya blog di tinggalkan sepi tanpa berita.. lately malas sungguh nak mengupdate.. gi mana2 pun malas sungguh nak amik gambo.. tapi hari ni aku gagahkan jugak jari jemari aku ni utk menaip.. walaupun entri hari ni dan seterusnya adalah cerita2 yg dah basi, tapi kemahuan untuk publish kan dalam blog ni tetap tinggi menggunung.. 


Pada  malam 31 Dec yg lalu, kami sekeluarga pergi dinner dekat Restoran Haji Sharin Low, Bangi utk celebrate besday mak yang ke 54 tahun.. Alhamdulillah mak masih dikurniakan kesihatan yg baik di usia sebegini dan bahagia serta gembira dikelilingi anak-anak dan suami yg tersayang... Restaurant Chinese Muslim ni dipilih sebab mak pernah menyuarakan hasrat hati yg mana beliau teringin nak mencuba makanan kat restoran macam ni.. 

Malam tu aku  byk diam dari bercakap sebab seluruh badan aku menggeletar mcm di landa gempa... (org lain pny besday, org lain plak yg excited).. huhuhu.. apa yg aku telan semuanya rasa pahit.. di sebabkan nervous tak tentu pasal, aku juz tangkap sekeping gambar jer iaitu gambar kek kat atas tu dan 1 video time mak n abah main suap2 makan kek.. bengong sungguh aku malam tu!! gambar makanan dan ahli jemaah menteri yg hadir ke dinner tersebut langsung aku tak amik.. betul2 punya sengal!


Pada 2hb Januari plak, adalah merupakan besday yg ke 26 buat adik ipar aku.. so kiranya dinner malam tu kami celebrate utk dua org pny big day.. papepun, aku sebagai menantu dan kakak ipar, sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.. untuk emak, InshaAllah Le'a akan cuba memberikan mak hadiah yang terbaik sebagai seorang anak.. sama2lah kita doakan.. 

Western Express (WE)

Petang tahun baru hari tu bff ajak keluar lepak2... so kami decide untuk ke Shah Alam.. Si Ebob ni terliur nak makan menatang2 western.. katanya penangan Jalan2 Cari Makan.. so kami turutkan ajer.. bila sampai sana, aku bukak menu, dan yg paling mengiurkan adalah char kuey teow.. dalam hati aku berkata, confirm kena bahan kalau aku order ni sebab pegi tempat western food, tp nak order makanan melayu yg kat tepi jalan pun blh order.. tapi ade aku kisah?? nak di jadikan cerita, tak de rejeki aku.. char kuey teow hanya ada di WE Cawangan Cheras.. fine!!








Memasing order menu lain2 supaya dapat rasa semua.. so petang tu bermacam2 haiwan yg kami order antaranya lembu, ayam, kambing dan burger daging yg menyerupai ladam kuda.. kuikuikui..

Komen aku, rasa dan harga bolehlah di pertimbangkan.. so utk sesapa yg nak cuba, boleh lah dtg ke WE ni yg terletak di Seksyen 7 (Pintu  Belakang UiTM), Shah Alam..


13hb Januari yang lalu, besday budak bam2 ni plak.. eiii geramnya aku tgk si Awra Chan ni tau.. rasa nak gigit2 jer.. papepun, Acik Le'a doakan semoga Awra dapat membesar dgn di limpahi kasih sayang yang melimpah ruah dari papa n mama.. Be a good girl okay.. muuuaahhh.. 





Monday, January 6, 2014

::Dating Bersama BFF @ Opismate::

As-salam...

Kejadian berlaku sehari selepas krismas ari tu.. sajer bawak bff @ opismate jenjalan kat Sepangnyol.. diaorg rasa nak berkenalan dgn Sepangnyol sebab selalu asyik dengar aku citer jer kan.. sesekali nak rasa gak penangan Sepangnyol.. huhuhuhu.. kami gerak berlima dari Putrajaya jam 10am, dan pulang ke sangkar pada jam 7.30pm.. 

Aktiviti I - Massage

Acara di mulakan dengan memperkenalkan mereka kepada tukang urut aku.. hameeekk kaw! hanya 3 org jer yg sempat urut sebab setiap org yg mengurut telah mengambil masa selama 1-2 jam.. kalau semua nak mengurut, mmg kena tido sanalah gamaknya.. kalau ikut planning asal pun, memang kami nak tido sana.. tp semua chalet or homestay penuh.. cuti panjanglah katakan.. papepun, semuanya suka dan serasi dgn teknik mengurut mak cik tu.. dan semua jadi "gian".. konon nak repeat lagi.. :) **gambar time massage mmg tak de lah kan.. giler nak letak?**

Aktiviti II - Lawatan ke Kilang Kerepek

Ni aktiviti memenuhi nafsu dan mengeringkan poket.. memasing tak berhenti2 duk merasa segala tester kerepek yg ada.. pastu  bingung nak wat pilihan sebab semuanya sedap.. kuikuikui... sudahnya, penuh tangan memasing jinjit plastic bag.. :)


Aktiviti III - Makan Seafood

Ni aktiviti yg paling dinanti2kan.. sedapnya lahai makan seafood di waktu petang sambil di tiup angin sepoi2 bahasa.. asiiikkk!! sebagai warga Sepangnyol, aku recommend sgt kepada sesapa yg nak gi makan kat Bagan Lalang, pegi lah makan kat Restoran Bayu Malam a.k.a Ikan Bakar Wak Lan.. harganya sangat berpatutan dan sedap!





Sahabat Dunia Akhirat.. 
Mereka aku anggap seperti keluarga sendiri..

Aktiviti IV - Bersiar-siar di Tepian Pantai

Sementara menunggu makanan tiba, ayuhlah kita bersiar2 di tepi pantai sambil menghirup udara segar.. tenang jer rasa dapat pijak pasir dan tengok sunset.. petang tu tak ramai orang sangat.. So memang syok bila dapat buat macam pantai sendiri.. :)





Add caption

Friday, January 3, 2014

~~2013/2014~~

As-salam..

Walaupun hari ni dah masuk hari ketiga dalam tahun 2014, tapi aku rasa belum terlambat nak cerita ceriti pasal pengalaman yang telah di lalui sepanjang 2013 dan awal 2014 ni... tak yah panjang2 sangat lah kan.. juz ringkasan sudah..

2013

Alhamdulillah dapat menempuh pelbagai pengalaman di usia 28 tahun sepanjang 2013... kehidupan as usual, suam2 kuku.. yg paling penting kebahagian dan kegembiraan di samping keluarga dan sahabat handai tidak sesekali dilupakan.. kasih sayang dan moral support dr mereka ini sangat memberi kesan besar terhadap diri aku.. 

Alhamdulillah dari segi kesihatan, aku dapat turunkan berat badan sebanyak 13kg.. dan aku harap aku tak naik mendadak di tahun 2014 ni.. ekceli, bile badan tak bape nak berat, sebenarnya ia memudahkan pergerakan kita.. tapi bukan senang nk berlawan dgn mental dan emosi ni.. so, semuanya kena tough!

Alhamdulillah.. percutian seperti yang dirancang telah dapat ditempuhi dengan jayanya baik dgn En. Asben mahupun kengkwn.. tahun ni tak de plan lagi.. tapi rasanya banyakkan berehat dan tak kemana2 kot.. kena jimat2 ckit n kumpul duit sampai bertingkek2.. kuikuikui..

Dari segi kerja, tiap2 tahun pun memberi tekanan yg hebat utk aku.. tahun ni rasanya aku nak pencen dari kebizian.. huhuhu.. lain mcm bunyinya.. perjanjian antara aku dan boss telah termeterai semalam.. so aku harap beliau dapat mengotakan janjinya.. aku harap sangat!

Kesimpulannya, kenangan dan cabaran pada tahun 2013 membuatkan aku bertambah matang dan mempertingkatkan lagi tahap kesabaran yg sedia ada.. seperti kalian, aku  juga telahpun di uji dengan pelbagai perkara dan InshaAllah semuanya mematangkan lagi fikiran dan kehidupan aku selepas ini.. 

2014

Walaupun ianya baru sahaja bermula, tapi pembuka bicara 2014 ini banyak perkara manis telah mencorakkan kehidupan kami.. antaranya, pada 1hb yang lalu, mak mertua aku genap mencecah usia 54 tahun.. dan aku berharap sgt kegembiraan dan kebahagiaan yang beliau peroleh skrg ni akan menjadi saat manis yang tak dapat dilupakan.. InshaAllah.. buat mak, terima kasih banyak2 atas pengorbanan dan doa2 mak selama ini buat kami.. kami sayangkan mak sangat2..

Dan tahun ni aku berazam utk memperbaiki kehidupan agar dapat menjadi hamba yg taat pada penciptaNya, isteri yg lebih disenangi suami, anak yg tidak membebankan org tua, pekerja yg komited, sahabat yang sejati buat rakan2nya dan individu yang berguna kepada masyarakat... InshaAllah.. 

(gambar hiasan)

Hidup ini adakalanya berada di atas & tak mustahil akan jatuh ke bawah..
Hidup ini juga punya pasang dan surutnya..
Apa2 pun, kesabaran adalah kunci sebenar dalam kehidupan..


Selamat Menyambut Tahun 2014!


Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™