Friday, May 31, 2013

::I want to get away so badly::

As-salam..

Bulan Mei hampir tiba di penghujungnya.. dan Jun akan kembali bertamu.. andai di beri pilihan, nak aje aku skip 2 bulan ni.. tak tertahan rasanya menanggung bebanan kerja yg semakin hari semakin menimbun + perangai manusia yg semakin hari semakin menjengkelkan.. tapi aku tak de pilihan.. coz sumtimes kite perlu melalui jalan yg telah di tetapkan oleh 'mereka'... derita kita sumtimes tak kelihatan jelas di mata org.. papepun, aku redha dgn ketentuan ini.. I did what I have to do.. but I truly believe, one day the time will come... becoz I strongly believe with 'KARMA'.. what goes around it comes around..



Bulan Mei dan Jun ni aku ade 4 tugasan + bebanan berat yg perlu aku tempuhi.. 1 br jer berakhir.. ade 3 lagi menanti di hadapan.. Semuanya melibatkan program international.. so tak leh lah nk wat keje sekadar melepaskan batuk di tangga.. semuanya perlu dibuat secara teliti dan fokus yg lebih.. By the way, aku tak sabar nk tunggu end of this June... Cepatlah masa berlalu..  I need a short vacation to release my mind..

Lately, bila kepala dh semakin berdenyut, aku terus balik umah.. aku siapkan dulu mana2 keje yg urgent.. then yg mana blh di KIV, aku taruk tepi dulu.. esknya pepagi aku siapkan.. aku dh tak leh nk paksa diri dah.. migrain aku di buatnya.. 

Bile masuk my bainati jannati terus mood jd cool... Alhamdulillah, En. Asben pun skrg blk awal.. so sampai umah ade teman utk berborak2 dan meluahkan rasa... Salah satu cara lagi utk release my stress ialah dgn cara memasak.. Puan Kakiku Suka Berjalan pun ade mention, kalau nk jadikan masakan yg kita masak jd sedap, kita kene berzikir + berselewat semasa memasak.. Jadinya, aku sambil masak, sambil berzikir + selawat.. dan dalam tak sedar, hati dan fikiran pun jadi semakin tenang.. Alhamdulillah.. Otak dan badan yg letih pun dah tak terasa di buatnya... 

Alhamdulillah.. 

Lepas selesai prepared our dinner, aku rasa mcm nk masak sumting lagi... so, aku tgk apa bahan yg ada then aku mulakan keje di dapur.. 


Maka hasilnya.... Jeng3x...





v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







v
v
v
v
v
v
v
v
v








My suka-suki apam...
*____*

Add caption


Tuesday, May 28, 2013

~~Congratz To Both!~~

As-salam..

Sebelum melangkah lebih jauh, aku nk mintak mahap byk2 pd pengantin kerana entri ni telah lama di peram.. Hampir 3 bulan ianya tersimpan rapi..Sebenarnya, aku mls gler nk select gambar yg berlambak tu.. huhuhu.. Untuk kekal sbg kenangan, aku post gak jugak entri ni walaupun dh basi.. 1st and foremost aku nk ucapkan congratz to Nurul & Nazrey atas hubungan yang sah ini di mana majlis akad nikah telah pun berlangsung pada awal bulan Februari yang lalu di Masjid Besi, Putrajaya..

Masa berlangsungnya majlis resepsi, kami satu bahagian telah di beri tugasan masing2.. aku diamanahkan untuk menjaga bhgn protokol dan tetamu undangan khas.. kebizian aku pada hari kejadian dh ngalahkan mak pengantin... ngeh3x.. walaupun penat, tapi kami turut berasa gembira dgn kebahagiaan Nurul & Nazrey.. 

FYI, Nurul & Nazrey adelah rakan setugas aku.. Jodoh mereka satu Bahagian rupanya.. punyalah cari jauh2, sudahnya yg dpn mate gak jd pilihan.. Ni lah yg dikatakan takdir.. Anyway, majlis bersanding  telah berlangsung dgn penuh meriah di Perbadanan Putrajaya yang bertemakan 'Tradisional'... Malas nk citer panjang, jom layan gambar..

Raja Sehari di Majlis Pernikahannya..



**Selingan**
Sangat tenang pemandangan di Masjid Besi ni..


Our PMs & Wife as a Guest of Honour..

1 of our colleague yg sponsor band & suara utk majlis hari tu.. 
Tak sangka sdp gler rupanya suara Cik Adni kita ni..

Pengantin lama.. Eh! 
Hatta Dolmat as a designer utk baju nikah & sanding Nurul & Nazrey

Majlis pihak lelaki di Muar.. 
Kami sampai lambat time tu.. pengantin pun dh tukar uniform..


Wedding mereka ni telah mendapat perhatian pihak Majalah Harmoni..
Kisah mereka telah di publish pada keluaran Harmoni 1-15 April 2013..
***Muke aku pun masuk sekali***

Thursday, May 23, 2013

::Menu Ketika Malas::

As-salam..

Hari ni aku nk share cara pembuatan sosej + tuna wrap yg kami minati sejak beberapa bulan kebelakangan ni... selain simple, ianya juga rendah kalori dan sdp utk dinikmati tak kira waktu.. menu ni aku rasakan sesuai utk semua peringkat umur.. Selamat mencuba! :)

Bahan2:

- Sosej yang dah di rebus
- Tomato
- Salad

- Wraps
- Tuna

Cara pembuatan :

- Panaskan wraps atas pan dlm setengah minit
- sapu tuna ikut suke ati

- Letak salad, tomato n sosej
- Gulungkan dan potong dua

Siap utk di hidangkan..




Monday, May 20, 2013

::Aktiviti Sabtu::

As-salam..

Sabtu baru ni, jadual kami laki bini sangat padat.. mmg wajib utk aku catatkan di sini sebagai kenangan yang tak mungkin dpt kami lupakan..

Pagi

Opis aku ade anjurkan game paintball kat MAEPS.. tp kali ni aku tak main sekali dan aku bg laluan pada En. Asben utk enjoy this game.. bebdk opis pujuk aku utk join sekali... tapi aku tetap berkeras tak nak main coz kesakitan terkena tembakan pellet last year masih terasa kat peha gebu aku ni ha.. so wat masa ni mmg blum pasang niat utk mencuba sekali lagi.. juz mampu utk temankan mereka sahaja..




Lately cuaca mmg agak panas keterlaluan.. start kul 1030am kat cni dh rasa mcm kul 12.30pm.. panasnya ya ampun.. tapi, panas mcmane pun, kene gak bersabar tunggu sampai game abis.. mmg nmpk diaorg enjoy gler.. mau tak nya, sorang sampai 5-6 game dibelasahnya.. Kali ni laki aku kene 3 das tembakan..

Petang

Membute... tak yah masak kali ni sebab dpt nasi lemak percuma kat MAEPS..

Lps Maghrib

Tetibe tekak teringin nk makan meatball abg burn.. so kami gi Sg Ramal utk mencuba meatball + beli 2 ketul burger bakar.. 



Pendapat aku, marbeles lagi meatball ikea.. bagi penggemar tegar daging, mungkin ini adalah solutions nya coz mmg 100% kesegaran daging dpt dinikmati with every single bites..

Malam 

Lepas isi perut, kami meneruskan perjalanan ke Uptown Danau Kota utk cuci mata.. mula2 niat nk cuci mata.. tp sudahnya tercuci dompet sekali.. Ni merupakan pengalaman pertama kami ke Uptown Danau coz sblm ni kami pernah pergi, tp tutup plak tempatnya.. maybe salah hari.. but once bile dh sampai, rasanya meriah lagi uptown Shah Alam n Cheras.. coz kat cni byk gerai menjual benda yg sama.... 

Tengah Malam

Balik dari Uptown, kami pergi plak round bandar KL dan singgah ke chow kit utk mencari sayur buat stok kat umah.. seronok giler dpt gi sini coz aku dpt pilih pelbagai sayur kampung yg segar selain daripada harganya yg sgt murah.. kluar duit RM6, tapi dapat grab sayur mcm stok nak bg mkn kambing.. sgt puas ati.. aku adelah merupakan seorang penggemar tegar tumbuh2an hijau!


Masa kat chow kit, mereka hanya menjual sayuran dan buah2an sahaja coz gerai yg lain bukak waktu siang.. so kami meneruskan perjalanan ke Pasar Borong Selangor utk mencari lauk-pauk selain drp mencari pasal... 

Sampai kat Pasar Borong Selangor time tu kul 1.40 pagi.. rupanya ikan ngan geng2 lautan dia lum sampai lagi.. yg bukak hanyalah gerai2 sayur ketika itu.. utk mengelakkan kemaluan, maka aku pun beli lah cili besor dgn cili api.. jadilah daripada tak de...

Di Keheningan Malam

On d way back from Pasar Borong nak menuju ke Presint 5, kami melalui sebuah selekoh tajam sebelum sampai ke jambatan tulang ikan berhampiran AGC... Time tu amatlah terkejut beruk kami di buatnya coz tgh sdp aku layan corner lap, tetibe ade sekumpulan bebdk motor tahan kami.. Time tu En. Asben kata berenti tepi dan jgn keluar biar dia sorang jer g reccee..

Time tu aku bukak tingkap dan dgr diaorg mintak tlg utk hantarkan kawan diaorg yg tgh pengsan akibat kemalangan terlanggar divider n tercampak terkena pokok yg ade kat ctu.. aku pun bg tanda persetujuan kat En. Asben utk hantar mangsa ke hospital.. Time tu aku  bwk kete, adk aku duduk depan dan mangsa di pangku oleh slh seorang rakannya di belakang.. En. Asben plak berkonvoi ke Hospital Putrajaya dgn bebdk motor yg lain..

Sepanjang jln menuju ke Hosp, aku tak kedengaran langsung bunyi nafas mangsa tadi.. aku mintak member dia tepuk2 ckit si mangsa dan tak nak dia terus senyap.. Sampai kat Hosp, aku terus pergi ke tempat kecemasan dan mintak bantuan.. FYI, mangsa langsung tidak mempunyai sebarang kesan luka.. setitik darah pun tak de.. Aku sifatkan bahawa mangsa mengalami pendarahan dalaman coz aku tgk muke dan kakinya dh lebam..

Lepas mangsa dibawa masuk ke bahagian kecemasan, kami bersembang sekejap dgn bebdk lain dan kemudiannya kami amik keputusan utk blk ke umah coz  mate dh makin mengecil.. sampai di umah, kami rasa tak sedap hati dan try make a call kat slh seorang kengkwn mangsa..

Jam time tu menunjukkan pukul 3.00am.. Dan kami di khabarkan bahawa doktor mengesahkan bahawa mangsa telah pun kembali menemui penciptanya semasa di tempat kejadian lagi... Innalillahi wainallillah hirojiun..


Arwah yg baru berusia 19 tahun adalah merupakan salah seorang anak kepada anggota PGA di Cheras dan telah selamat di kebumikan semalam di kampung halaman keluarganya di Pulau Pangkor..

Bergenang air mata aku bila teringat semula kejadian itu.. Sama2lah kita berdoa agar arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman.. Alfatihah... 

Add caption

Friday, May 17, 2013

~~Kongsi Resepi~~

As-salam..

Perbualan 2 malam lepas bersama En. Asben dlm BBM :

Aku : Abg mlm ni nk mkn ikan sardin msk sambal or ikan tenggiri msk lemak?
Dia : Tenggiri masak lemak
Aku : Baeek boss!

Maka, hari ini aku ingin kongsikan sedikit resipi yg tak seberapa ini...


Bahan2 masak lemak tenggiri :

- Bawang merah, bwg putih, cili api, kunyit hdp n halia (blend)
- Serai (ketuk)
- Daun kunyit 
- Asam Keping
- Santan kotak 
- Ikan tenggiri

Cara memasak :

- Tumis bahan yg dh di blend dgn sedikit minyak
- Tumis sampai naik bau dan agak kering
- Masukkan daun kunyit, serai n asam keping
- Masukkan garam dan stok pati ayam secukup rasa
- Masukkan air masak dlm 3 gelas
-Bile dh mendidih, masukkan santan then kacau perlahan2 dgn api kecil
-Last sekali br masukkan ikan

Maka, inilah hasilnya...

Masak lemak tadi di kawankan pula dgn sayur sawi tumis sos tiram

Bahan2 utk tumis sayur :

-Bawang merah & putih
-Udang
-Sos tiram

Cara Memasak :

-Tumis bawang merah n putih sampai naik bau
-Masukkan udang
- Masukkan sos tiram ikut citarasa
(xperlu letak garam sbb sos tiram dh bagi perasa pd sayur)
-Last sekali br masukkan sayur


Dan hasilnya...


Wednesday, May 15, 2013

~~Mandi Manda~~

As-salam..

Lately cuaca panas giler.. dapat berendam kat air terjun mmg terbaik.. anyway, aku nak share sedikit cerita time kami gi mandi manda kat Sungai Gabai 3 bulan yg lepas.. entri ni mmg agak basi.. tapi aku tetap nak share di sini..

Ini adalah pengalaman kali kedua aku ke Sungai Gabai.. Last aku pergi ke sini adalah dlm 8 tahun yg lepas.. masa tu pergi dgn arwah mak.. mak time tu teringin sgt nak ke sini.. so aku gagahkan juga mencari jalan utk ke Sg Gabai ni.. Kali ni aku pergi ke sini dengan En. Asben, adik2 ipar dan sepupu sepapat mereka..


Yang menyeksakan aku untuk ke sini adalah kita terpaksa mendaki anak tangga yg beratus2 tu utk dpt view yg agak cantik kat sebelah atas.. nk di ikutkan kat bawah pun ade port yg ok.. tp mereka ni tak nak.. katanya kalau lepak bawah nanti dpt air kencing org atas jer.. ngok ngek betul!

Yang ni kat pertengahan jalan on d way nak ke atas.. cantik view kat cni.. tapi tak leh nak lepak sebab pondok usang tu tinggal tunggu masa jer nak rebah..


Alhamdulillah... sampai jugak kami kat blah atas kawasan air terjun ni.. nak di ikutkan, ade lg port yg lebih tinggi.. tapi kami kaum hawa hanya mampu lepak setakat ni jer dan membiarkan kaum adam mendaki ke kawasan lbh tinggi demi utk kepuasan mereka..
  



Sekarang kalau kita pergi kebanyakkan kawasan riadah dah tak sama mcm dulu kan? byk kawasan di Malaysia ni yg semakin tidak terurus dari segi pengurusan kebersihan... time pergi sini aku sbnrnya seram gak bile melihat kawasan sekitar yg agak kurang terurus.. mulalah aku terfikir tentang penyebaran virus kencing tikus.. Nauzubillah.. mintak di jauhkan.. 

Walauapapun, kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman... justeru, tanamkanlah dalam diri kita untuk menjadi seorang yg sayangkan alam sekitar.. walau kemana pun kita pergi, make sure jangan kita tinggalkan sampah sarap sewenang2nya.. biarlah kenangan sahaja yg kita tinggalkan di sesuatu tempat itu dan bukannya kekotoran yg akan membawa kemusnahan terhadap alam sekitar dan generasi akan datang.. 


Monday, May 13, 2013

~~Motivasi di Pagi Senin~~

As-salam..

You need to replace “cannot” with “can”.
Replace “I will try tomorrow, with I’ll try now”.
Replace the word “impossible” with the word “possible”.


Stop thinking that success belongs to other people. 

Instead, start hammering into your mind that you too, can achieve success.

If other people can travel, you can too.
If other people have a money, you can too.
If other people are happy, you can too.
If other people have love, you can too.

Expect good things to happen to you.

Believe that good things can happen to you.
Don’t be afraid of failure. If you fail, try again.
Strive to look at the bright side of life.


Dare, do, act, and try.

This is positive thinking and positive attitude.
It shouldn’t be difficult to think positively.



I only live once.. but if i do it right, once is enough!



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™