Monday, May 20, 2013

::Aktiviti Sabtu::

As-salam..

Sabtu baru ni, jadual kami laki bini sangat padat.. mmg wajib utk aku catatkan di sini sebagai kenangan yang tak mungkin dpt kami lupakan..

Pagi

Opis aku ade anjurkan game paintball kat MAEPS.. tp kali ni aku tak main sekali dan aku bg laluan pada En. Asben utk enjoy this game.. bebdk opis pujuk aku utk join sekali... tapi aku tetap berkeras tak nak main coz kesakitan terkena tembakan pellet last year masih terasa kat peha gebu aku ni ha.. so wat masa ni mmg blum pasang niat utk mencuba sekali lagi.. juz mampu utk temankan mereka sahaja..




Lately cuaca mmg agak panas keterlaluan.. start kul 1030am kat cni dh rasa mcm kul 12.30pm.. panasnya ya ampun.. tapi, panas mcmane pun, kene gak bersabar tunggu sampai game abis.. mmg nmpk diaorg enjoy gler.. mau tak nya, sorang sampai 5-6 game dibelasahnya.. Kali ni laki aku kene 3 das tembakan..

Petang

Membute... tak yah masak kali ni sebab dpt nasi lemak percuma kat MAEPS..

Lps Maghrib

Tetibe tekak teringin nk makan meatball abg burn.. so kami gi Sg Ramal utk mencuba meatball + beli 2 ketul burger bakar.. 



Pendapat aku, marbeles lagi meatball ikea.. bagi penggemar tegar daging, mungkin ini adalah solutions nya coz mmg 100% kesegaran daging dpt dinikmati with every single bites..

Malam 

Lepas isi perut, kami meneruskan perjalanan ke Uptown Danau Kota utk cuci mata.. mula2 niat nk cuci mata.. tp sudahnya tercuci dompet sekali.. Ni merupakan pengalaman pertama kami ke Uptown Danau coz sblm ni kami pernah pergi, tp tutup plak tempatnya.. maybe salah hari.. but once bile dh sampai, rasanya meriah lagi uptown Shah Alam n Cheras.. coz kat cni byk gerai menjual benda yg sama.... 

Tengah Malam

Balik dari Uptown, kami pergi plak round bandar KL dan singgah ke chow kit utk mencari sayur buat stok kat umah.. seronok giler dpt gi sini coz aku dpt pilih pelbagai sayur kampung yg segar selain daripada harganya yg sgt murah.. kluar duit RM6, tapi dapat grab sayur mcm stok nak bg mkn kambing.. sgt puas ati.. aku adelah merupakan seorang penggemar tegar tumbuh2an hijau!


Masa kat chow kit, mereka hanya menjual sayuran dan buah2an sahaja coz gerai yg lain bukak waktu siang.. so kami meneruskan perjalanan ke Pasar Borong Selangor utk mencari lauk-pauk selain drp mencari pasal... 

Sampai kat Pasar Borong Selangor time tu kul 1.40 pagi.. rupanya ikan ngan geng2 lautan dia lum sampai lagi.. yg bukak hanyalah gerai2 sayur ketika itu.. utk mengelakkan kemaluan, maka aku pun beli lah cili besor dgn cili api.. jadilah daripada tak de...

Di Keheningan Malam

On d way back from Pasar Borong nak menuju ke Presint 5, kami melalui sebuah selekoh tajam sebelum sampai ke jambatan tulang ikan berhampiran AGC... Time tu amatlah terkejut beruk kami di buatnya coz tgh sdp aku layan corner lap, tetibe ade sekumpulan bebdk motor tahan kami.. Time tu En. Asben kata berenti tepi dan jgn keluar biar dia sorang jer g reccee..

Time tu aku bukak tingkap dan dgr diaorg mintak tlg utk hantarkan kawan diaorg yg tgh pengsan akibat kemalangan terlanggar divider n tercampak terkena pokok yg ade kat ctu.. aku pun bg tanda persetujuan kat En. Asben utk hantar mangsa ke hospital.. Time tu aku  bwk kete, adk aku duduk depan dan mangsa di pangku oleh slh seorang rakannya di belakang.. En. Asben plak berkonvoi ke Hospital Putrajaya dgn bebdk motor yg lain..

Sepanjang jln menuju ke Hosp, aku tak kedengaran langsung bunyi nafas mangsa tadi.. aku mintak member dia tepuk2 ckit si mangsa dan tak nak dia terus senyap.. Sampai kat Hosp, aku terus pergi ke tempat kecemasan dan mintak bantuan.. FYI, mangsa langsung tidak mempunyai sebarang kesan luka.. setitik darah pun tak de.. Aku sifatkan bahawa mangsa mengalami pendarahan dalaman coz aku tgk muke dan kakinya dh lebam..

Lepas mangsa dibawa masuk ke bahagian kecemasan, kami bersembang sekejap dgn bebdk lain dan kemudiannya kami amik keputusan utk blk ke umah coz  mate dh makin mengecil.. sampai di umah, kami rasa tak sedap hati dan try make a call kat slh seorang kengkwn mangsa..

Jam time tu menunjukkan pukul 3.00am.. Dan kami di khabarkan bahawa doktor mengesahkan bahawa mangsa telah pun kembali menemui penciptanya semasa di tempat kejadian lagi... Innalillahi wainallillah hirojiun..


Arwah yg baru berusia 19 tahun adalah merupakan salah seorang anak kepada anggota PGA di Cheras dan telah selamat di kebumikan semalam di kampung halaman keluarganya di Pulau Pangkor..

Bergenang air mata aku bila teringat semula kejadian itu.. Sama2lah kita berdoa agar arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman.. Alfatihah... 

Add caption

2 comments:

  1. Innalillah................ AlFatihah..
    suka suka membawa duka..moga jadi pengajaran buat kita kan Aza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal.. mmg kejadian yg sgt memberi ikhtibar..

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™