As-salam..
Hari ni aku nak menyentuh sedikit mengenai isu perkauman yg mana ianya skrg begitu hangat di perkatakan di sana sini.. bagi aku isu ini tidak perlu di gembar-gemburkan baik dtgnya daripada mulut pemimpin, mahupun rakyat jelata sekiranya kita tidak menyiasat dari akar umbi dan tidak menyelidik kesahihan sesuatu perkara itu sebelum ianya di kongsi dgn org lain.. ini kerana di khuatiri apa yg ingin kita share itu lbh byk mendatangkan kemudaratan daripada niat sebenar kita yg ingin berkongsi maklumat..
Maksud ayat Al-Quran :
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidiki lah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dgn perkara yg tidak diingini dgn sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
(Al-Hujraat : 6)
Almaklumlah, sedari kecil kita sudah pun menjalinkan persahabatan dgn pelbagai jenis bangsa yg ada di sekeliling kita.. Jadinya, di sekeliling kita tanpa sedar, kita sedang di perhati dan di jadikan contoh dlm melakukan sesuatu perkara itu.. jika baik teladan yg kita pamerkan, maka baiklah hasilnya.. begitu juga dgn sebaliknya.. Dengan yg demikian, renung2kan dan buatlah kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara itu sebelum ianya di sebarkan.. di zaman dunia tanpa sempadan ini, pelbagai sumber blh kita peroleh utk di jadikan bahan rujukan.. dari itu, tiada alasan utk kita mengiya atau menidakkan sesuatu itu tanpa di usul periksa terlebih dahulu..
Ini hanyalah pendapat dari aku iaitu seorang manusia yg naif lagi kerdil dlm berkata2... dlm menjaga hubungan sesama manusia, tak salah sekiranya kita menampilkan contoh terbaik di peringkat bawahan dulu iaitu bermula dgn diri kita sendiri.. contohnya, kita perlulah menjaga, menghormati, bersatu dan tidak menyakiti hati org2 yang berhampiran dgn kita.. seperti rakan2, jiran tetangga dan juga saudara mara.. jika kita mulakan usaha yg di anggap kecil ini, maka In sha Allah lama-kelamaan ianya akan menjadi sebati dalam diri kita dan boleh di contohi oleh masyarakat sekeliling... tak ada gunanya kalau kite duk bising2 mintak supaya bangsa kita bersatu, tapi hubungan kita dgn org sekeliling tak di pelihara terlebih dahulu.. especially yg melibatkan hati dan sensitiviti..
Silaturrahim yg terjalin antara kita bkn senang nak dibina.. sekiranya dh dibina, semai lah ia sebaik yg mungkin.. usah buat keputusan bila di pengaruhi emosi.. bila kita rasa tak sependapat, usahlah kita terburu2 hendak membuang kawan mahupun lawan kita... jangankan esk lusa bila perasaan hendak berkawan itu timbul semula, mulalah perasaan bercampur baur wujud dalam diri kita bila mana kita mahu mengutip mereka semula.. bagi aku, itu bukanlah satu keputusan bijak yg boleh digunapakai.. Prevention is better than cure..
Celik jer mata kita kat dunia ni, mmg kita telah menghela nafas dalam kepelbagaian bangsa dan budaya.. kepelbagaian bangsa ini lah yg menjadi salah satu faktor yg di pandang tinggi oleh negara luar terhadap negara kita... oleh itu, usah sesekali kita mewujudkan sentimen perkauman tanpa sebarang sebab dan alasan yg kukuh.. jgn kerana terikut2, maka kita terjebak dlm mengambil keputusan yg salah..
Semalam, suami aku ade tunjuk salah satu post rakan beliau kat pesbuk yg berbunyi lebih kurang begini, "Wei Cina babi, korang $@@$^&*^%$#@%^*".. Sangat sedapkah ayat itu kedengaran di telinga kita?? sekiranya bangsa kita pula di perkatakan sedemikian rupa oleh bangsa lain, adakah kita akan berdiam diri atau sebaliknya?? dari itu, utk melakukan sesuatu, haruslah kita berfikir panjang terlebih dahulu.. dalam apa jua keadaan sekalipun, letakkan lah diri kita dahulu di dalam sesuatu keadaan sebelum kita meletakkan diri org lain...
Kita duk sibuk melaung2kan bersatulah Melayu, bersatulah! tapi apa yg kita pamerkan setiap hari langsung tidak menunjukkan contoh terbaik utk tujuan penyatuan itu.. bukan niat aku utk back up sesuatu kaum.. tp aku ingin mengajak kita semua renung2kan semula apa yg telah cuba kita lakukan demi utk kebaikan kaum kita khususnya dan kaum lain amnya..
Hidup di dunia ni, kita amat memerlukan antara satu sama lain.. kadang2 tanpa sedar mulut kita menyatakan yg kita benci akan sesuatu kaum/bangsa itu.. hakikatnya, kita masyarakat yg saling bergantung utk meneruskan kelangsungan hdp di bumi Malaysia ni.. nak kan contoh?? baiklah... Jika esk lusa kereta kita punya masalah, secara kebiasaannya kita tau kebanyakkan kedai Cina sgt profesional dalam membaiki kenderaan.. tp, di sebabkan rasa kebencian yg kita semai dlm diri kita sendiri, tak kan kita sanggup nk pergi ke kedai lain yg kita tau mereka hanya membuat kerja sambil lewa demi semata2 kita tidak mahu pergi ke kedai kaum yg kita bencikan tadi.. dlm hal ini, aku rasa kita hanya merugikan diri sendiri..
Tidak cukup dgn itu, sudah menjadi tradisi dalam kebanyakkan dari kita utk membeli peralatan elektrik, perabot, alat telekomunikasi dan juga keperluan am yg lain yang mana kebanyakkan kedai2 tersebut mmg kita tidak nafikan yg ianya di dominasi oleh kaum cina.. jadinya, demi melayan perasaan kita yg ingin mewujudkan jurang perkauman dlm diri, adakah kita sanggup pergi mencari kedai2 lain yg mana kita pasti tidak esok mahupun lusa, pasti kita akan u-turn kembali kepada kaum ini..
Dari itu, fikir2kan lah.. kita sangat memerlukan tolenrasi sesama kita.. jika mereka menjual sesuatu barang atau perkhidmatan, mereka amat memerlukan kita sebagai pembeli.. dan kita juga sebagai pembeli, sememangnya perlukan produk dan perkhidmatan daripada mereka.. we need each other! Sehubungan itu, usah kita mementingkan diri utk bersatu dgn puak2 kita sahaja.. hidup bermasyarakat itu sebenarnya perlu di wujudkan dgn semua kaum yg ada di Malaysia ini..
Sekian...
No comments:
Post a Comment