Thursday, February 27, 2014

~~Minat Mendalam Terhadap RM~~

As-salam...


Bila tengok tajuk mesti macam2 yg bermain dalam fikiran kan?? mesti tertanya2 RM tu apa? Ringgit Malaysia ke? Rosmah Mansor ke? **tett** kalau tak baca sampai habis mesti macam2 yang bermain di kepala hotak.. papepun, RM sebenar yg aku maksudkan adalah RUNNING MAN~~ Oppa!! kuikuikui..

Mungkin bagi sesetengah orang yang mengikuti RM ni dari mula, mesti diaorg akan gelakkan aku sebab aku ni br jer berkenalan dengan RM beberapa bulan kebelakangan ni, tp poyo jer lebih.. *___* sebelum ni aku kutuk giler vavi bila En. Asben n adik aku tgk RM ni sambil gelak sorang2.. mcm2 kutukan aku lemparkan.. sekarang, nah! hameekk kaw! ketulahan beb! dunia ni kan bulat.. now, aku plak terjebak tgk citer ni.. 1st time tgk terus jatuh cinta.. masa awal2 layan citer ni, aku cover2 kalau nak gelak sbb takut kena kutuk balik.. tp ade aku kisah?? hahahaha.. now aku kalau gelak mmg satu bangunan blh dgr.. sampai laki aku kata "mengucap yang.. control ckit gelak tu".. kihkihkih...

Sindrom jatuh cinta aku terhadap RM ni makin menjadi2 sejak pregnant ni.. kalau dalam seminggu tak tgk RM, rasa tak keruan di buatnya.. kuikuikui.. FYI, hari2 aku merengek kat telinga En. Asben.. "Rasa macam nak pegi Korea esoklah.. abg rasa kalau kita g sana, dapat tak jumpa RM?" senyum jer laki aku dgr walaupun dalam hati berbulu jer dia.. kihkihkih.. InshaAllah lepas bersalin aku nak jejakkan kaki ke sana gak.. :)




Penyakit aku ni berlarutan sampai ke sudah.. bukan En. Asben jer jd mangsa.. malah adik aku yg kat Kedah tu pun turut aku libatkan.. kihkihkih.. sebelum ni hari2 aku merengek kat dia nak t-shirt RM.. aku suruh dia cr sampai dapat.. asalnya aku ternampak kawan dia pakai tshirt I LOVE KWANG SOO.. So aku cakap dgn dia, tlg cari sampai dapat.. aku nak gak! mujur dapat adik yg prihatin.. (uwwweekkk)... dia pun cerita dgn kengkwn dia "kakak aku ni mengidam ntah apa2.. ade ke ngidam nak t-shirt RM".. pastu kengkwn dia kata "eh, kesiannya.. amiklah t-shirt aku ni".. pastu adik aku jawab dgn nada sindiran, "ha'ah, size badan kakak aku mmg sama dgn korang pun kan?" kihkihkihkih.. dan akhirnya... adik aku g tempahkan juga t-shirt RM ni utk aku.. bile dh ready, dia siap pos kan kat aku lagi.. metaceh aunty... :)

Ini lah t-shirt yang di maksudkan.. 

Selalu aku cakap dgn adik aku, kalau kenan air muka diaorg ni ok gak kan? adik aku kata, "mak bapak muka jawa, sekali keluar anak muka Korea.. tak ke pelik?" kihkihkih.. jeles lettew... anyway, dlm RM ni, aku paling minat kat Jae Suk.. walaupun dia dh tua, tp dia cute.. cergas plak tu orgnya.. dan yg paling mencuit hati aku adalah si Haroro.. mamat ni mmg manusia paling sengal.. banyak no dramanya dalam RM ni.. yg lain2 pun punya karekter yg tersendiri.. pendek kata, aku suka semuanya.. :) eh, next week si giraffe nk dtg Sunway.. tp aku ade hal kat Johor.. so tak de jodoh antara kita lah giraffe :)

BTW, rasa agak frust gak sebab saluran 395 kat Astro dh abis tempoh percuma yg diarog bagi.. kalau tak, setiap tengah malam Jumaat & Sabtu, mesti aku melanguk dpn tv menanti kehadiran RM.. now, juz bergantung dgn TV2 jer sbb ada RM setiap Sabtu & Ahad petang.. ekceli, aku tak sabar nak tunggu adik aku abis sem bln 4 ni.. kat lap top dia ade full episode.. aku layan RM ni start 1st episode.. huhuhu...

Anyway, gelak2 jugak, tp byk moral of d story yg kita blh dapat.. aku tgk diaorg ni sgt akrab dan hormat antara satu sama lain.. kalau org kita wat game show mcm ni, mesti dh ade mcm2 citer yg tak sedap di dengar.. diaorg ni wat rakaman sampai beratus2 episode dan semuanya berjalan lancar.. diaorg dh mcm satu keluarga.. kdg2 bila diaorg nangis, aku pun rasa sebak.. sumtimes terharu giler bile tgk diaorg bekerjasama dan bersatu hati utk abiskan setiap task yg di beri.. bak kata wonder pets, "apa yg penting? KERJASAMA"

Ok dah abis.. aku nak start dreaming lg.. :)


Add caption

Thursday, February 20, 2014

::Dek Kerana Udang Itu::

As-salam..

Sebulan setengah yang lepas, aku dgn salah orang ofismate gi pasar malam kat Presint 2.. Time ofismate aku tengah pilih lauk, tetibe mata aku terpegun melihat selonggok udang yang sangat cantik kalernya iaitu kelabu kebiru2an.. Terletak di sebelahnya juga adalah selonggok udang yg bersaiz sangat kecil.. bile aku jenguk2 cari tanda harga tak plak nampak.. nak tanya abg peniaga tu, tgk dia tengah bz layan customer lain.. but suddenly aku terpandang kat payung pasar mereka.. mak aii terkejut aku gi letak tanda harga kat atas.. ape kes?? sape yang nampak?? dan tertulis kat board tu adalah UDANG MUARA : RM36/KG..

Kalau fikir logik, takkan udang kecik giler tu RM36 sekilo.. so aku beranggapan udang besar ni lah yg RM36.. tanpa membuang masa, aku pun pilihlah 12 ekor udang ni dgn gembiranya.. then bila ditimbang, mamat tu kata "RM51.45 kak".. terbeliak bijik mata aku dgn opismate aku time tu.. yg opismate aku plak siap bukak dompet dia nak standby takut duit aku tak cukup.. hahahaha.. ape nak buat.. bayar jer lah kan..

Sebelum blah, ade sorang customer ni datang.. dia pun belek2 udang td tu dan tanya kat mamat tu bpe harga dia sekilo.. then mamat tu kata "RM70 bang".. sekali lagi terkujat2 aku mendengarnya.. anyway, seminggu sblm tu, aku ade pergi pasar borong selangor.. udang yg size lbh kurang mcm ni harga dalam RM40 sekilo... so aku andaikan kat pasar ni lg murah.. sekali chooii! hamekk kaw!

Stress punya pasal, aku simpan udang ni dalam peti selama sebulan setengah.. hahahahaha.. tak pasal2 udang jadi mangsa.. tp weekend baru ni aku tewas.. sbb dh bosan makan ayam, so aku amik keputusan utk korbankan udang berharga ni.. 

Ni lah udang 12 ketul yang bernilai RM51.45..

Menu tengahari kami 
udang (RM51) + kangkung (RM2) + Ayam (RM10)
= RM63.00 (Mak Cik Kayo!)

Pesanan aku kepada para peniaga, patuhilah arahan yang diberikan.. papan tanda harga tu kan wajib di letak di setiap produk perniagaan anda.. dan pastikan ianya diletakkan di tempat yang betul.. jangan bila KPDNKK datang baru nak letak harga.. bile KPDNKK blah, tanda harga pun di sorok.. ini bukan cara yg betul dalam perniagaan k.. 

Buat para pembeli, jangan bodoh sombong nak tanya harga kalau rasa was2.. kalau ikut kan hati, mmg mati.. ikut rasa binasa.. sbb kadang2 instinct kita bukannya betul sangat pun... kihkihkihkih... 


**************


Kebengangan dgn peniaga udang terubat di kala ade yg sudi menghulurkan sekotak Red Velvet.. kuikuikui... Alhamdulillah semenjak dua menjak ni rezeki kerap berkunjung.. syukur Ya Allah..

Add caption

Friday, February 14, 2014

::DSKrian Gathering::

As-salam..

Kejadian berlaku pada bulan lepas.. ya, sesungguhnya memang banyak entri2 basi yg baru nak dipublish kat blog ni... Anyway, kami (geng setiausaha) telah mengadakan gathering secara kecil2an di salah sebuah rumah bff kami iaitu di Bangi.. nak diikutkan ramai gak yang dijemput termasuklah para lecturer, batch kami dan juga junior.. tapi kesudahannya hanya kami 8 orang jer yang hadir.. yang lain maybe ade hal sebab time tu cuti 3 hari.. 

Walaupun hanya 8 orang, tapi majlis tetap berjalan lancar n meriah.. seronok bile dapat berkumpul kembali dan mengenang balik kisah2 hidup..hehehehehe.. by the way, konsep pada hari tersebut adalah potluck + bbq.. memang sampai lebam kami makan.. siap tapau bawak balik utk stok 2-3 hari.. kihkihkih.. mcm2 makanan yg ada.. antaranya laksa, steamboat, ayam, ikan, seafood, mashed potato, red velvet & buah2an... 



Pada hari kejadian, Bob mengambil kesempatan utk celebrate besday Awra.. kononnya nak celebrate dgn anak2 member lain yg lahir pada bulan Januari.. tapi nampaknya Awra sorang jer yg lahir pada bulan 1.. huhuhu.. Hepi belated besday Awra-chan..


Para suami ditugaskan untuk memasak di luar.. 
bila dah siap, juz panggil para isteri utk mencekik.. :)





Anak-anak pulak kejap bermain kat luar, kejap kat dalam.. 
Suke ati lah nak.. yg penting jangan kacau mak2 bergossip.. kuikuikui

Walaupun duduk dekat2, tapi jarang berjumpa..

Acara baling dart juga turut di adakan.. :)

Sesi pertukaran hadiah dan pemberian souvenir dari tuan umah..



KAMI.. 

Sambil borak2, kami plan utk wat trip gi bercuti sama2.. harap2 terlaksanalah hasrat murni tersebut.. bila dan di mana masih belum di putuskan.. finally, selaku penganjur bersama, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi meluangkan masa utk hadir bersama ke majlis ni.. lebiu guys.. till we meet again..

Add caption

Monday, February 10, 2014

::Kisah Si Empat Segi::

As-salam...

Lesen Memandu

Kisah ni telah aku luahkan di pesbuk pd bulan lalu.. kehanginan aku time ni memang memuncak ke tahap maksimum.. alkisah terjadi sebab aku nak renew lesen memandu aku yg mati bulan November ari tu.. Nak diikutkan masa bulan November aku mmg bz dan ade trip obersi.. so aku memberanikan diri memandu di atas jalan raya tanpa menghidupkan lesen... mujur nasib aku baik tak de pape perkara yg tak di ingini berlaku.. Alhamdulillah..

So pada pertengahan Disember, aku pun pergi ke JPJ Bangi.. time tu nombor aku lg seratus lebih.. tunggu punya tunggu, sekali sistem offline.. ok, aku boleh bersabar lg time tu sebab aku mmg free kebetulan boss tak de.. tp byk giler org merungut kat ctu sebab katanya dh kerap sgt benda yg sama berlaku..

Selang dua minggu, aku nekad amik cuti coz nak renew lesen kat JPJ Banting.. dengar feedback kat cni servis not bad.. so aku pun pepagi bute dh memunculkan diri kat sana bertemankan adik aku.. masa amik nombor, nombor giliran aku yg ke seratus lebih gak.. so utk membuang masa, aku pun pergilah lepak kat The Store, KFC, Surau kat Petronas, Kedai Mamak n Kedai Majalah.. dalam pukul 4.30pm, aku gi jenguk, nombor aku lagi 20.. dalam hati, sempat ke tak sempat ni.. tp aku tetap sabar menanti..

Lg 5 minit nak pukul 5pm, dan no aku time tu berbaki 2 no. lagi.. tiba2, datang pak cik guard lalu bersuara, "maaf yer tuan2 dan puan2, kaunter kita tutup pukul 5pm, so sape yg no. tak dipanggil boleh dtg hari berikutnya"... time tu aku memang dh panas dah.. org2 lain kat belakang pun dh bising.. antaranya ada yg cakap "lain kali nombor tu control lah.. kalau tak boleh nk serve byk, jgn keluarkan no byk2".... "buang masa org jer"... dan mcm2 lagilah.. time tu aku cuba control kesabaran yg dh semakin menipis ni.. bile semua dh beredar, dan tinggal aku dan 2-3 org lagi, kami pun cuba menggunakan taktik memujuk rayu.. "Encik, tak blh tolong ke, no. saya lagi 2 jer lagi.. please".. dan muncul seorang pegawai JPJ pompuan yg garang.. "tak boleh.. mintak maaf.. kalau sy buat mcm ni, nanti semua org pun nak"

Fine! Fine! kesabaran aku makin di uji.. dgn tangan menggigil2, aku pun menyuarakan apa yg terbuku di hati kat para pekerja JPJ di kaunter tu.. "I'm very upset dgn sistem JPJ ni.. tak salah nak upgrade sistem.. tapi biar semua keperluan mencukupi.. ni dgn sistem asyik offline,  sistem bernombor tak dikawal, dgn staff tak cukup, semuanya nak diubah secara mendadak.. sy ni duduk di Putrajaya, ari tu sy pergi JPJ Bangi, sistem offline, ni sy pegi Banting dr pagi sy datang siap amik cuti, mcm ni plak jadinya"...

Maka pak guard td pun masuk campur.. "Puan, kalau tak puas hati, puan boleh isi borang dan hantar ke JPJ Padang Jawa, Shah Alam"... aku dgn keadaan bengang ni pun menjawab.. "tak pe pak cik, tak perlu lah sy nak menghantar aduan sy ni jauh2 ke Shah Alam tu.. saya akan hantar direct ke JPJ HQ di Putrajaya.. Saya tak salah kan para petugas sebab mereka buat sehabis baik.. sy marah dkt pengurusan atasan yg melaksanakan sistem tanpa mengambil kira kesannya kepada org ramai".. dan time tu salah seorang petugas JPJ yg agak hensem berdiri dan menunjukkan isyarat thumbs up kat aku sambil berkata, "bagus kak, report jer kat HQ tu biar dia tau.. asyik kami jer di persalahkan".. 

Mujur mamat hensem tu muncul, cair ckit ati aku.. kuikuikui.. fyi, 2 minggu berturut2 di dada2 akhbar, melaporkan perkara yg sama.. org ramai sana sini menyuarakan hasrat tak puas hati dgn sistem yg sedang di upgrade tu.. dh elok2 blh renew kat pej pos, di hentikan pulak perkhidmatannya.. so org ramai byk membuang masa di kaunter JPJ sehari suntuk.. urusan yg sebelum ni hanya menelan waktu lebih kurang setengah jam, dgn adanya sistem baru, org ramai terpaksa menghabiskan waktu sehari suntuk kat JPJ... dan ada juga yg mengatakan bahawa urusan mereka still tidak selesai walaupun dh 3 hari tercongok kat JPJ tu.. 

Selang seminggu, my bff antar mesej "Aa, baik ko gi Pej. Pos sekarang.. bdk ofis aku br renew lesen kat Pej. Pos Parcel B.. dh boleh buat lesen kat Pej. Pos wat masa ni".. maka aku dgn sepantas kilat mengarahkan ofis boy aku utk renew lesen aku dgn kadar MAKSIMUM! hamekkk!! 5 tahun terus aku renew dgn harga RM200.. puas ati aku.. hahahahaha.. harap2 aku tak lupa utk renew lesen lagi 5 tahun.. lame tu... hikhikhik..

Gara2 menatang ni, darah aku naik mencanak2.. :)



Enrich Card

Selama 4 tahun menjadi pelanggan setia MAS, aku masih lagi memegang kad keahlian yg diberi nama "Enrich Blue".. Dan akhirnya, pada awal tahun ari tu, aku telah di upgrade utk menjadi pemegang kad "Enrich Silver".. yahooo... yabedabedu!! dan paling aku bersyukur, Enrich point aku dah melayakkan aku utk menikmati penerbangan percuma pegi balik ke London.. Alhamdulillah.. tp entah bile aku nak redeem pun aku tak tau.. huhuhu.. yerlah tahun ni mmg aku dh letak jawatan utk fly ke  sana sini.. tengoklah tahun dpn mcmane.. :)

By the way, di sebalik Enrich Silver ni, tersimpan satu kisah.. masa aku bukak peti surat ari tu, aku ternampak satu envelope dan tercatit tulisan tangan yang berbunyi begini "Sori Puan, sy jumpa surat Puan ni kat Lobi Blok C dalam keadaan basah dan terbukak.. so saya masukkan balik dalam peti surat Puan.." Terima kasih.. Yang benar, - Budak Pailang"...

Kihkihkihkih.. tergelak2 aku dgn laki aku baca tulisan budak pailang ni.. anyway, aku sgt berterima kasih kat budak pailang ni sebab jujur dan bertanggungjawab.. kalau ade sesapa yg mengenali budak pailang ni, bglah tau aku yer.. aku nak belanja dia makan.. terhutang budi rasanya... :)

From blue to silver.. Alhamdulillah.. :)

Add caption

Friday, February 7, 2014

...Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari..

Lamanya aku tak menaip kat blog ni.. nak diikutkan banyak cerita yang nak dikongsikan.. tp mood mengupdate memang jatuh menjunam ke laut... aku harap entri ni akan jadi pembakar semangat dan titik tolak untuk aku meneruskan entri2 yang lain selepas ni.. InshaAllah..

Aku memilih hari Jumaat yang barakah ni untuk berkongsi kegembiraan hasil kurniaan terbesar dariNya untuk kami pada tahun ini.. tak kami duga, setelah masuk tahun kelima usia rumah tangga kami, akhirnya kami dikurniakan berita gembira.. Alhamdulillah aku di sahkan pregnant pada 1hb Januari yang lalu.. hanya Allah S.W.T. yang maha mengetahui perasaan aku ketika itu.. memang tak dapat di gambarkan betapa gembira dan terharunya aku dgn kurniaan ini.. syukur Ya Allah... 

Alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke 12 (3 bulan) usia kandungan ku.. dan syukur atas rezeki yang dikurniakan ini.. Alhamdulillah aku masih mampu memikul tugas sebagai seorang isteri dan seorang staff tanpa sebarang halangan.. aku masih dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa alahan yang teruk.. syukur sekali lagi Ya Allah.. 

Di sebalik kegembiraan ni, aku teringat kat arwah mak... alangkah indah kalau arwah mak masih ada.. teringin aku kongsikan detik2 indah ni bersamanya.. mungkin pelbagai pengalaman semasa mengandungkan aku dulu dapat di jadikan panduan bersama.. Al-fatihah.. 

Apa2 pun, ini adalah hadiah paling istimewa yang dapat aku berikan buat ibu mertua ku.. sebab aku tau, doa dari beliau lebih banyak di zahirkan dari diri aku sendiri.. Alhamdulillah berita gembira ini muncul di hari ulang tahun kelahirannya.. InshaAllah baby yang bakal lahir ini akan menjadi cucu sulung buat kedua2 buah keluarga aku..

Harapan aku agar zuriat didalam tubuh ku ini dipelihara dan dilindungi dengan sebaik2nya oleh Allah SWT.. InshaAllah aku cuba menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang menjalani tempoh mengandung ini.. Buat kalian, doakan kebaikan dan kesejahteraan kami juga.. 

Buat semua sahabat handai dan kenalan rapat mahupun keluarga, terima kasih yang tidak terhingga di atas doa dan sokongan moral kalian selama ini pada kami.. aku sangat2 menghargai segala2nya yang telah kalian berikan sebelum dan ketika aku pregnant.. hanya Allah SWT yang akan membalasnya.. 


Add caption


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™