Monday, May 28, 2012

::PMO VS Airport Limo::

Salam...
 
 
Isnin lepas, aku demam setelah pulang dr Taman Negara.. walaupun demam, aku tetap menghadirkan diri utk bersama2 menyertai perlawanan boling antara Pejabat aku dan Airport Limo... Alhamdulillah, walaupun penat dan kurang sihat, rezeki masih menyebelahi aku... Daripada 26 group yg bertanding, group aku dapat No. 4... Tapi kali ni tak byk gambar yg di snap coz tuan tanah tak sihat dan mood ke laut...

PMO merah... Airport Limo hitam..

Sesi penyampaian hadiah...

Hadiah di sediakan oleh pihak Airport Limo..

Aku dapat Electric BBQ Grill...



Friday, May 25, 2012

~~Prog. Sukarelawan Part - II~~

Salam...

Selepas selesai menyantap hidangan tengah hari yg berlaukkan ayam kampung masak lemak, tumis pucuk paku, umbut masak lemak, ikan baung bercili dan daging kicap, kami bersiap2 utk bergerak balik ke Kuala Tahan semula...

Bersedia meninggalkan Jeti...
  
Eh, lupa plak... ade beberapa aktiviti yg tak di ceritakan lagi... Pada hari kejadian, sementara menanti hidangan tengah hari tersedia, kami sempat berjalan2 kat area Kampung Pagi tu... antaranya kami melakukan lawatan tapak ke Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi... Sekolah tu cantik dan bersih sgt  tau... mmg saujana mata memandang...

Perahu panjang sbg landskap utama...

See...
Dlm kelas just ade 2 org murid & sorang cikgu...

Yang best dan klasiknya, kat blakang sekolah tu ade jambatan gantung dan sungai yg sgt cantik..


Time berjalan2 kat area sekolah ni, mangkuk 2 ekor ni telah menemui spesis durian kecik yg bertaburan kat kawasan tu...


Lepas penat merayau, teguk air kelapa muda plak...
Mmg nyaman...


Lepas meninggalkan Kg Pagi, kami pergi ke Kelah Sanctuary plak... Kat sini kita blh bg sendiri ikan kelah mkn dan dpt tgk ikan ni dr jarak dekat....

Lepas tgk ikan kelah berenang2, then kita blh tgk plak panorama bapak dugong berenang2...

Pada malamnya, kami ada dinner bersama penduduk kampung di kawasan berhampiran... setelah selesai dinner, kami wat aktiviti sendiri iaitu berkarok sampai lebam...

Dan keesokan paginya iaitu selepas breakfast, kami telah bertolak pulang ke Putrajaya... Di kesempatan ni, aku ingin mengucapkan rasa syukur dan Alhamdulillah kerana telah di beri kesempatan utk merasai denyut nadi penduduk di kawasan pedalaman seperti di Kuala Tahan ni... Bagi aku, bukan senang nk menghadapi rutin seharian di kawasan seperti itu... lagi2 dgn perangai aku ni yg mmg takut dgn air... Ianya mmg sesuatu yg amat sukar utk aku lalui... Finally, aku rasa hepi giler dpt joint program murni mcm ni...


Dan yg paling best, dpt masuk surat khabo...
Ahaks!!


Wednesday, May 23, 2012

~~Prog. Sukarelawan - Part I~~

Salam...

Ari Jumaat lepas, Pejabat aku telah menganjurkan Program Kesukarelawan ke Taman Negara, Pahang... Kali ni tak bape ramai yg dpt join coz masing2 ada prog personal yg telah di atur lebih awal... Ni 1st time aku join prog kemasyarakatan mcm ni... mmg pengalaman baru dan sgt menyeronokkan...

Ni bukan dada aku... ^___^

Kami bertolak dari ofis lepas solat Jumaat dan Alhamdulillah telah selamat sampai di Taman Negara, Kuala Tahan pada jam 8.00 malam... mlm tu tak de ape aktiviti sgt... bebdk lelaki gi memancing... yg x joint memancing mcm kami ni just gi lepak2 minum jer... nk mkn kat restoran terapung dh tutup plak... awal giler diaorg tutup kedai... kul 9.45 semua dh tutup kedai... cuma lampu tv jer yg terpasang... mungkin diaorg tgh khusyuk layan super spontan gamaknya... ngeh3x...

Kami stay kat sini...

Bas ni yg bawak kami...

Welcome PMO...

Main sponsor...

Keesokann paginya, lepas jer breakfast, kami terus menuju ke jeti Kuala Tahan untuk menaiki perahu panjang bagi membolehkan kami ke Kampung Pagi utk menjalankan aktiviti kemasyarakatan... pengalaman yg sungguh seronok dan amat berharga bg kami semasa menaiki perahu panjang tu... adalah lebih kurang sejam kami menaiki perahu tu sblm sampai ke Kampung Pagi, Jerantut...
 
Sepanjang menyusur sungai, kami nmpk rumah org asli...

Yg comel2 naik perahu..

Yg kurang comel naik jet ski... ^___^

Bile sampai kat kg tu, yg lelaki mesin rumput...

Yg perempuan plak gotong royong kat dpr...

Lepas siap, kami makan tengah hari secara berjemaah...

Lauk yg di hidangkan sgt marbeles!!

Anyway, penat plak nk pilih gambar n nak mengarang ni... sambung cerita selanjutnya pada next entri lah ye... bubye!!!

##Wordless Wednesday##

Salam...

Durian 1Malaysia...

**Seumur hdp, ni durian terkecik yg pernah aku jumpa...

Tuesday, May 22, 2012

~~Jenjln Gi Ikea~~

Salam...

Lately, kaki aku rs skt yg teramat sgt... mungkin di sebabkan penat berjalan gamaknya... langkah ke sana ke sini di atur kemas demi utk memenuhi segala keinginan... ^___^  Last week, aku amik cuti n sesaje glenyar nak cuci mate kat IKEA bersama ofismate yg lain... lame dh rasanya tak menjejakkan kaki ke sini... bukan ada apa sgt pun yg aku nk beli kat sini... tp bile dpt cuci mata, mmg rasa seronok giler... tak sedar pun 3 jam lebih berjalan kat dlm tu... sedar2 kaki dh sakit... huhuhu...

Welcome....

Aku terjatuh cinta dgn kaler purple sofa tu...

Dapur idaman yg x mungkin akan di peroleh...

Warna tema umah aku skrg...

Hasil rembatan...

Meat ball ikea sgt mengiurkan...
**Gambar suspek terpaksa di edit bg mengelakkan kekantoian...
^____^


Monday, May 21, 2012

~~Gara2 Kepingin~~

Salam...

Lately aku tenggelam timbul dlm mengupdate diary kesayangan aku ni... byk cerita yg ingin aku kongsikan bersama.... tp aku sgt sibuk dan menyibukkan diri dengan beberapa aktiviti yg di reka sendiri mahupun yg org reka kan utk aku... huhuhu... almaklumlah bos takde, so ini lah masanya nk memanjangkan akal dan langkah... kalau hari2 biasa, mmg tak do lh kn...

Dlm merencanakan pelbagai aktiviti, ada masanya aku amik cuti... dan ada masanya juga aku "cuti sendiri"... ngeh3x... sepanjang ketiadaan bos, segala aktiviti yg aku rencanakan, pasti akan aku heret sekali kengkwn opis yg sama2 tgh free... bagaikn org yg ngantuk di sorongkan bantal, maka mereka pasti akan BERSETUJU dgn segala idea bernas yg aku ketengahkan walaupun blum di undang... ngeh3x...

Last week,  aku tetibe teringat kat Sweet Chat Cafe yg terletak kat The Mines tu... tanpa berfikir panjang, maka langkah aku di segerakan utk menuju ke situ... aku suggest kpd sesiapa yg blum pernah cuba mkn kat tmpt  ni, rasanya tak rugi kalau anda singgah ke sini... mmg sgt berbaloi2... Cafe ni terletak bersebelahan dgn Subway & Big Apple... view pun sgt cantik... siap ngadap bot n river...


Sweet Chat juga menawarkan Loyalty Card pada kita... setiap pembelian dgn harga RM 20, anda akan dpt satu cop... kalau dh dpt 4 cop, next pembelian akan dapat pancake durian or banana secara percuma... Selain tu, kalau time korang dtg dan mkn melebihi RM 60, korang akan dpt free sepinggan pancake time tu jugak... berbaloi kn?


Antara menu yg aku suggest kat korang utk cuba ialah..

Baked Mac N Cheese..

Mango Mountain...

Model Lime Twist...

Must try...curry laksa... sedap nk mam!!

Dan menu yg membuatkan aku sentiasa teringin nk mkn lagi, lagi dan lagi....




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






Pan cake durian....

Tuesday, May 15, 2012

~~Hari2, Hari Ibu~~

Salam....

Ari Ahad lepas Hari Ibu?? eh, kan hari2 Hari Ibu... btul tak?? Anyway, Ahad baru ni aku, Dania n salia gi Carefour Bukit Rimau utk beli groceries ckit... time dh abis bayar kat kaunter, tetibe aku dpt sekuntum mawar merah.... then bdk cashier tu cakap "Selamat Hari Ibu Kak"... aku pun ckplah "terima kasih"... si Salia time tu dh gelak2 kn aku... ok fine!! Dania kan mmg dh nmpk mcm anak aku... masa kecik dia pun, aku pergi carefour yg sama, time tu Nia msh duk dlm stroller lg.. ade beberapa org yg ramah-tamah telah menegur aku... "tembam ny anak akak... bape bulan ni?" aku dgn konfidenny jawab... "ala baru 5 bulan... Dia ni byk minum susu... tu yg sihat"... ^___^ see... ciri2 seorang ibu tu mmg dh terserlah kat aku k... cuma masanya jer belum tibe lagi... hehehehe...

Hasil rembatan...

Cap ibu dan anak...

sibuk gak nk interframe..

Anyway, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu pada setiap hari kepada seluruh ibu2 di luar sana termasuklah ibu jari, ibu negeri dan ibu ayam... eh!! ^___^ Bagi mereka yg masih mempunyai ibu dan bergelar ibu, hargailah setiap detik dan masa yg ada dgn penuh kegembiraan dan keceriaan bersama insan2 tersayang di sekeliling anda...

Buat arwah ibunda tercinta, hanya berbekalkan surah Al-Fatihah, anakanda mu ini iringkan moga roh mu aman dan tenang di sana dan di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman... Amin ya rabbalalamin...

Buat mak mertua tersayang, hanya dikau tempat aku mencurah dan berkongsi kasih sayang selagi aku diberi kesempatan utk menghela nafas di dunia ini... menantu hantu mu ni doakan agar mak di kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yg berpanjangan di samping insan2 tersayang di sekeliling mak... anak dan menantu mak ni syg sgt kat mak...

Mertua VS Menantu Hantu...

Token utk mak...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™