Wednesday, January 30, 2013

~~Tempat Wajib Singgah di KK~~


Alhamdulillah aku dan beberapa org member ofis dh selamat pulang dari bercuti 4 hari 3 malam di Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Cukup seronok percutian bersama kengkwn ni.. kali ni En. Asben tak ikut di atas sebab2 yg tak dapat di elakkan.. Di kesempatan ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Air Asia di atas tambang percuma sebanyak 10,000 seat yg di buat sempena program Integrasi 1Malaysia.. Tidak di lupakan juga, my biggest thank you goes to my lovely asben yg telah mengizinkan isteri mu ini pergi berjimba2 bersama teman2 kesayangan..  ^___^

Memandangkan plan ni di buat last minit, maka semuanya harus dirancang betul2 agar ianya tak over budget.. hehehe.. so kami semua menggembara secara back packers & berjimat giler vavi.. Percaya atau tidak, kami seramai 7 orang hanya mengeluarkan RM232.50 per pax utk bayaran termasuk kereta sewa (Avanza), minyak & budget hotel for 4 days 3 night.. makan n fee utk masuk mana2 tempat adalah di bawah tanggungan sendiri... 

Malas nak citer panjang, so mari kite layan gambar berserta penerangan yg terhad coz aku tengah malas giler nk mengarang.. *____*

Pasar Philippines & kawasan sekitar

Tak lengkap percutian ke KK kalau tak singgah ke Pasar Philippines.. bagi kaum hawa, mmg ini lah tempat WAJIB yg harus di tuju coz kat sini kite akan jd rambang mata utk pilih brooch, pearl, souvenir n mcm2 lg.. senang citer, stand by duit jer lah... (Tepuk dahi sikit!)

Main entrance..

Rambang mata kak oi!

Sebahagian daripada hasil rembatan...

Selain menjual perhiasan utk wanita, kat pasar ni ugak ade jual pelbagai hasil laut samada utk kesihatan, makanan harian mahupun hiasan.. pendek kata, macam2 adaaaaaa....






Lepas cuci mata kat pasar Philippines, kami berjalan2 di kawasan sekitar situ sambil menikmati angin senja yg begitu mengasyikkan.. Negeri Sabah mmg sangat cantik coz di kelilingan dgn pulau2 yg sgt indah.. 





Our latest properties .. Le'a + Eton = Leton
*____*

Pasar Gaya @ Gaya Street

Di buka setiap hari Ahad dari pagi sampai tengahari.. exact time aku tak tau.. kat Pasar ni ade jual mcm2 jenis barangan.. menurut penduduk kat ctu, kebanyakkan yg meniaga kat sini adelah org yg sama meniaga di Pasar Phillipines.. dari segi harga, kat cni lebih murah daripada Pasar Philippines.. 

FYI, bile berada di Sabah, kita sbg seorang muslim kene lebih berhati2 coz anjing kat sana dh mcm kucing kat Semenanjung.. byk giler berkeliaran sana sini.. time kat Pasar ni, mujur aku ternampak.. ade yg bawak anak anjing mcm anak kucing dlm plastik sambil terkeluar2 kepala n lidah nya.. dah lah pasar tu sempit.. kalau terkena, tak pasal2 kene mandi air tanah aku di buatnya...











Sekian utk episod pertama.. InsyaAllah, esk lusa tulat aku sambung lg penulisan mengenai penggembaraan aku bersama geng A**2 ni.. ^___^

Add caption

##Wordless Wednesday##


Nice name.. 
Hanya di Sabah..


Tuesday, January 22, 2013

::Best Vacation Photo Contest::

Hari ni aku saja nak cuba nasib masuk Contest anjuran Ann Zanyra mengenai Best Vacation Photo.. Berikut adalah gambar2 yg ingin aku pertaruhkan.. 











Biarlah gambar menceritakan segalanya.. ^___^


Bagi aku, ini adalah gambar terbaik yg dapat di rakamkan semasa percutian kami tempoh hari.. semua gambar di atas adalah panorama indah ciptaan Nya sepanjang perjalanan dari Tokyo ke Fukushima... Bagi kami, ini lah gambar dan percutian paling best buat masa ini..


Kepada kengkwn yang lain, jemputlah join Contest anjuran Ann.. Untuk keterangan lanjut, boleh klik kat sini.. 

Rasa macam nak tag kengkwn yg lain... iaitu :


Gud luck utk semua.. termasuklah aku...*____*



Add caption

Monday, January 21, 2013

::ATV@Kemensah::



Citer dh basi, tapi aku nak gak tempel kan kat sini.. aktiviti ni berlaku time ujung tahun ari tu.. kebetulan, pak cik En. Asben mmg terlibat dgn aktiviti sukan lasak dan beliau kerap menganjurkan aktiviti sebegini kepada anak buah dan org luar.. En. Asben plan nk join aktiviti ni dgn sepupu sepapat dia.. bile aku dgr, aku pun saje nk mencuba nasib.. mula2, En. Asben rasa berat nk izinkan.. tp aku sedaya upaya meyakinkan dia yg aku boleh main.. At last, lemah gak dia dgn pujukkan aku.. muahahaha..


Kami berkumpul di Kampung Kemensah, Hulu Klang (belakang Zoo Negara) kira2 jam 11am.. Kali ni tak ramai yg dpt join coz masing2 ada hal di saat2 akhir.. Group kali ni ade 9 org jer.. bile semua dh ada, kami pun mulakan perjalanan utk masuk ke track.. mmg nervous giler time mula2 mengendalikan menatang ATV ni..


Onyomat geset go!


Satu2nya peserta paling muda.. 

Satu2nya peserta perempuan.. *__*

Nak di jadikan citer, nervous aku bertambah2 nervous coz br 5 minit pertama perjalanan, salah seorang peserta hilang kawalan dan ATV beliau telah tercampak jatuh ke gaung... seram gler vavi ok.. mujur tak de yg cedera..



Operasi menyelamat..









Setelah sampai ke check point terakhir, kami berenti rehat coz kat situ ade air terjun yg sgt cantik dan memukau pandangan.. kami berehat sambil mandi-manda.. memang syok giler!

Lepas menghela nafas, dah hilang penat bagai, perjalanan di teruskan lagi.. kami melalui track yg sama utk balik.. tapi laluan dan denai utk jalan balik ni semakin mencabar coz dh byk ATV yg melanyak jalan tu.. kalau pegi tadi kene bertarung nyawa nk panjat bukit, time balik plak, rasa nk terkeluar jantung coz kene menuruni bukit yg curam...                                                                                                                                      




Aidib @ sepupu kami... 


Memang satu pengalaman baru dalam hidup aku.. nak kata taubat nasuha, tak jugak... tapi effect lepas main menatang ni mmg terbaekk.. badan sakit2 sampai seminggu.. mana taknya, seluruh tubuh badan bergegar n bergoncang coz melalui jln yg tak rata.. papepun, kami enjoy dgn aktiviti ni!

Sekiranya berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut, boleh lah menghubungi pak cik kami iaitu En. Abdul Rahim Abdullah seperti yg tertera di atas... Harga boleh runding, In Sha Allah..

Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™