Tuesday, April 29, 2014

::Mee Ketam & Besday BFF::

As-salam..

2 minggu lepas, bff kat Meru ajak makan mee ketam kat Seksyen 7, Shah Alam.. setelah berbincang dgn bff yg lain, maka kata sepakat telah pun termeterai.. mengikut perjanjian, kali ni bff kat Meru yang belanja.. :) Kami janji jumpa kat tempat ni kul 5pm.. 

Fyi, sebelum ni kami pernah makan Mee Bandung Udang Galah yang terletak betul2 kat sebelah kedai Mee Ketam ni.. so si udang dan ketam ni adalah jiran tetangga.. mujur kedai sebelah dh ade penyewa, kalau tak mesti akan wujud kedai Mee Sotong... *___*

Masa kami pergi ari tu, tengah catuan air.. so makanan di hidang dalam polisterin jer.. tapi ok gak.. pakai buang kan.. tak yah basuh2... Untuk sesapa yang nak cuba makan kat cni, kedai ni terletak betul2 kat belakang UNISEL Seksyen 7 dan bersebelahan dengan Restoren Bisik2.. kalau nak datang kena awal sebab ari tu kami pergi, kul 6.30pm dia dh kemas2 nak tutup kedai..



Mee Kari Ketam.. RM9.90

Mee Kari Udang Galah pun ada..

Sup ketam pun ada.. 
Macam2 lagi hidangan berasaskan ketam ada di jual di sini..
  
Lepas selesai makan, kami gi lepak kat tasik berhadapan UNISEL utk celebrate besday our bff iaitu si Suraihan.. Buat Sue, hepi 29th birthday.. semoga di kurniakan kesihatan dan kebahagian dalam hidup dan di pertemukan jodoh yang baik.. Amin... :)

Mas, Sue, Bob, Le'a...

-True Friendship That Never Ends-

Add caption

Thursday, April 17, 2014

~~Pregnancy Moments~~

Assalam..

Selamat pagi Khamis! mata mengantuk nauzubillah ni.. sebelum aku terus terlena, baik cepat2 up entri.. keje2 opis dah di siapkan semalam.. so sementara tunggu bos masuk n bagi keje2 baru, mata ni sgt tak blh blah.. nak pasang ayat2 Al-Quran skrg you tube dh kena block plak.. so kena pk cara lain nak bagi syaitan2 yg bergayut kat mata ni terbang bertempiaran.. :)


Berbalik pada tajuk, Alhamdulillah usia kandungan aku sekarang dah masuk 21 minggu (5m1w).. last week g check up n time doc scan baby tgh menyorok.. doc kata kalau betul kedudukan dia skrg mengadap ke depan, confirm boleh nampak jantina.. :) pandai anak ibu ni menyorok yer.. nak wat surprise lettew.. Aku plan nak wat scan 4D time kandungan berusia 6-7 bulan nanti.. harap2 time tu dah dapat tau jantina baby.. kami sbnrnya tak kisah dpt baby girl or boy.. yg penting aku dan baby sihat.. itu dah cukup bermakna.. cumanya kalau dh tau jantina, excited tu lebih sikit... hehehehe... papepun, Alhamdulillah segala urusan di permudahkan dan aku sangat2 bersyukur kerana dapat melalui tempoh kehamilan ni dengan keadaan yang agak selesa.. tq Allah.. tq so much.. 


Finally! Alhamdulillah.. kes mengidam aku di anggap telah selesai.. lately hujan kerap turun maka pucuk paku pun senang tumbuh.. dah 2 minggu berturut2 aku request mak wat kerabu pucuk paku + kerang.. sebesen mak wat kan.. hehehehehe... terima kasih mak.. puas kami makan... tapi rasa addicted pada pucuk paku tu masih ada lagi.. bestnya kalau dapat makan pucuk paku masak lemak plak weekend ni.. :)


Alhamdulillah.. rasa syukur dan terharu sangat2.. selain kami sekeluarga, ramai insan di sekeliling kami yang begitu teruja dan sangat menantikan kelahiran cahaya mata pertama kami ni.. anak ibu ni walaupun belum lahir, tapi dh dapat hadiah dari bff ibu.. terima kasih yang sudi memberi.. :) by the way, Pak cik kat Muar pun dh janji nak bagi kambing seekor utk anak ibu ni.. harap2 lepas baby lahir nanti, semakin bertambahlah rezeki anak ibu ni yer..  *___* Amin.. wat masa ni kami tak beli apa2 pun lagi barang utk baby.. hasrat di hati memang membuak2.. tp rasanya masih awal.. InshaAllah sebulan dua lagi dh blh kot...


Ooooo yer, lupa nak bgtau.. adik aku dah abis belajar n baru balik ari Senin baru ni.. memang cantik sungguh percaturan waktu.. En. Asben skrg kat Vietnam tgh jenjln cari pasal.. so time En. Asben tak de ni, adik aku plak dh balik.. so tak de lah aku kesunyian kat umah.. huhuhu.. Aku doakan En. Asben selamat pulang ke pangkuan kami esk.. Amin.. Anyway, adik aku bg pinjam buku Kisah Arwah Ahmad Ammar dan dia suruh aku baca time pregnant ni.. inshaAllah aku cuba baca dan abiskan.. Doa aku, semoga anak yang bakal lahir ni akan mencontohi keperibadian arwah.. InshaAllah.. 

Memetik kata2 Arwah Ahmad Ammar dalam buku ni utk perkongsian bersama :

"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah, sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini"

Add caption

Thursday, April 10, 2014

::Cendol-Cendol @ Balakong::

Assalam..

Tempat ni my officer yang perkenalkan pada kami sebab every week ni lah destinasi wajib yang dia akan pergi... 1st time ke sini, aku dgn officemate yang lain mmg dah jatuh cinta dengan kedai ni.. aku plak asyik nak mengulang jer ke restoran ni.. huhuhu.. kepada sesiapa yang tinggal di kawasan berhampiran atau terlalu kat area Balakong - Cheras ni, singgah lah ke sini yer.. memang tak rugi.. kedai ni terletak kat shop lot sebelah Jusco Balakong.. segala hidangan yang di tawarkan memang sedap dan harganya sangat berpatutan.. 

Cendol-Cendol ni dikelilingi dengan kedai2 makan Cina..

Sejarah Cendol pun ada diceritakan.. 
rupanya cendol ni asal dari Thailand..

Macam2 desert ada di jual kat cni..

Kerja kosong pun di tawarkan kepada sesiapa yang berminat :)


Western food pun ada..


Thai Cuisine..


Local food pun ada.. semuanya sedap2.. tak rugi cuba..

Set asam pedas ni merangkumi ikan 2 ketul/ekor, nasi putih, telo masin, timun & sambal belacan.. Juz RM9.90.. ada ikan kembung, pari n tenggiri.. fevret En. Asben n my bff..

Pulut Mangga pun ada..

Ni febret aku.. menu wajib kalau ke sini.. mee kari marbeles!

Inilah signature restoren ni iaitu cendol.. mcm2 benda kita boleh pilih untuk masukkan dalam cendol kita ni mengikut citarasa masing2.. Cendol dia sangat sedap! wat masa ni aku bawak kengkwn gi sini, semua terpikat dgn cendol dia.. mmg meninggalkan kesan yang mendalam.. :)

Ni alamat Restoren Cendol-Cendol :

A9-GF, Dataran C180
Jalan C180/1
43200 Cheras


** Selamat menyinggah!

Add caption

Tuesday, April 8, 2014

::Berniaga Kecil2an::

As-salam..

Minat bermula sebulan yang lalu.. dari sesaja nak mencuba sekarang Alhamdulillah dh jd seronok plak berniaga kecil2an ni.. entah macamane idea blh datang secara tiba2 utk packing kerepek n jajan kecik2 then jual kat opis.. selalunya kami packing kerepek time bulan puasa jer.. kali ni sajer nak cuba nasib.. aku selalu cakap kat En. Asben, "kenapalah kite tak mula dari dulu lagi".. huhuhuhu..

Sebagai permulaan, aku bawak 50 paket ke opis.. bukak cawangan di tingkat 4 dan 5.. terkejut badak gak aku sebab seminggu blh habis sampai 40 paket.. papepun, syukur Alhamdulillah.. so saban minggu aku pun ckit2 menambah stok.. Alhamdulillah jualan kami mendapat tempat di hati kengkwn opis.. timer kasih kengkwn.. :) setelah 2 minggu mencuba, En. Asben pun nak cuba nasib kat opis dia.. Alhamdulillah.. sambutan menggalakkan juga.. En. Asben lagi best.. siap jual lollipop lagi.. hehehehehe.. 

So rutin mingguan kami adalah berhujung minggu di Sepangnyol sambil menimbang dan packing kerepek.. huhuhuhu... seronok sungguh berniaga ni.. Alhamdulillah.. rezeki kami dipermudahkan.. Nak diikutkan aku ade jual dalam 6-7 jenis kerepek n jajan.. tp aku selang selikan biar org tak bosan.. hehehehehe.. strategi tu.. :) by the way, ni adalah antara pilihan kerepek yang ada..

Keropok kacang dhal..

Jajan udang..

Keropok roda..

Sebungkus RM2.50...
  
Ni namanya Kak Ani.. 
Free gift yg kami dapat time beli ambi pur last year..
Kak Ani ni lah penjaga hasil keuntungan kami.. :)


Laa ni macam2 cara kite boleh buat utk menambah pendapatan sampingan.. barang makin lama makin naik, means kos sara hidup memang meningkat gila2.. so ramai yang amik inisiatif utk berniaga dan menawarkan pelbagai perkhidmatan.. ari tu balik keje terselit kat pintu umah iklan kat atas tu.. respek lah kat sape yang wat perkhidmatan ni... ni yang dikatakan berfikir di luar kotak.. tak terfikir sungguh aku nak wat service mcm ni.. Papepun, aku doakan agar rezeki kami dan kalian semua di permudahkan olehNya.. yang penting, usaha, doa dan tawakal.. inshaAllah..

***Mari2 beli kerepek.. 
*____*

Add caption

Friday, April 4, 2014

~~Aku Dibuli :) ~~

Assalam..

Kejadian ini berlaku minggu lepas.. as usual kalau weekend memang kami abiskan masa kat kampung.. dan selalunya kami akan blk ke Putrajaya pd hari Ahad malam.. nak di jadikan cerita, petang ahad tu, mak cik kami dpn umah antar sekilo tepung.. katanya teringin makan jumput2 petang2 ni... so membancuhlah aku dgn mak cik yg sorang lagi.. penat membancuh jumput2 tak ilang lagi, mak cik yg sama balik umah amik lauk pauk seraya berkata "ko masak yer aa utk dinner.. makan ramai2 mesti sedap.. lagi2 kalau mak buyung yang masak"..

Perghhh!! aku plak yang kena buli.. patutnya aku yang nak merasa air tangan diaorg, ni terbalik plak.. tak pasal2 aku plak yg kena prepared dinner.. bile jenguk kat sinki, terkejut badak aku tgk punya banyak ikan.. siap request lagi menu apa yang dia nak.. "kerapu ni ko masak stim limau, bawal masak sweet sour, kangkung grg belacan, pastu wat telur dadar.. ade sotong n cencaru ni suke ati ko lah nk masak ape.." 

Bila mak cik aku balik, MIL plak kluar.. dia kata "xpe aa, mak tlg sediakan bahan.. nanti ko yg masak.. mak ni bukan reti".. memang tak lah kan aku nak biarkan mak aku wat keje sorang2.. dh 3 ari mak keletihan gi rewang kenduri kawin umah jiran tetangga.. So bersama-samalah kami bersilat di dapur.. FYI, setiap jenis ikan ada 2 ekor yang perlu aku masak dan hanya 2 kerahan tenaga berada di dapur.. yang lain missing in action.. 

Setelah sejam didapur, maka ini lah hasilnya....





Once siap jer masak, mak cik aku pun sampai.. pny lah aku masak ikan 4 ekor yg gedabak, dgn lauk yg lain2 bagai.. yang datang makannya hanya 4 orang.. yg lain dah keluar ada hal.. sabo jer lah.. sudahnya balanced di bawak sampai ke lunch esoknya.. :)

Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™