Monday, September 30, 2013

~~I'm Back~~

As-salam..

Alhamdulillah selamat dah kami pulang ke tanah air pada hari Jumaat lepas.. mcm2 pengalaman dapat di collect sepanjang percutian 4 hari 4 malam di Bandung.. nanti2 lah yer aku cerita pasal tempat2 menarik dan tips2 sepanjang berada di sana coz apalah makna cerita tanpa gambar kan? banyak sgt gambar yg dh di ambil.. so nk kena compile n select mana yg bersesuaian dulu..

Ekceli, kali ni punya trip aku pergi dgn my BFF, En. Asben, my bapak dan sepatutnya adik aku.. tp takdir menentukan yg dia tak dpt join kami coz ari kedua kami kat sana dia kena menempuh 1st paper utk final exam semester ni.. TAPI, walaupun dia tak de, aku rasa sama jer mcm dia ada.. kirim itulah, inilah.. botak kakak ko ni tau tak!

Anyway, hari ni juz nak share hasil rembatan aku dan En. Asben sepanjang berada di Bandung.. rabak weiiii poket kami.. aduyai.. tapi berbaloi! ni lah padahnya kalau laki bini suka shopping! *____* kengkonon masa kat Malaysia memasing berlagak keluar dialog mcm ni, "Tak de apa sgt nk beli kot erk time kat sana nanti.. cuci2 mata jer.." sekali dh sampai sana, hambeekkk ko! kejenya gi money changer jer..hahahahaha... pening pak supir..

Kain Pasang & telekung..

Jeans & T-Shirt..

T-Shirt & FM Hard Rock...

Kasut & Handbag..

Jajan2..

For kids..

Bila aku share sebahagian picture di atas dgn kengkwn, diaorg reply "ko ni nk meniaga ke apa?" kehkehkeh..

Ok, tu jer nak cerita.. buat kengkwn yg tak dpt ole2 dari kami, mintak maaf byk2 yer.. budget tak cukup.. o___o dan kepada sesiapa yg dh dapat souvenir, sori jugak coz itu jer yg termampu di beri dan di kongsikan.. di harapkan kalian menyukainya.. bye!

Add caption

Wednesday, September 25, 2013

##Wordless Wednesday##

As-salam..

Bercuti bersama kesayangan @ Bandung..
(23rd - 27th Sept.)

Add caption

Monday, September 23, 2013

~~Konsert Lantera Timur~~

As-salam..


Salam pagi Senin.. Sihat semua? Alhamdulillah aku sihat walafiat.. (tgk badan pun tau sihat kan?) Hari ni tiada istilah blues dalam hidup aku sbb semangat berkobar2 ni.. almaklumlah mlm ni aku nak terbang dah utk bercuti.. auuwwmmm.. 




Anyway, malam tadi aku dan BFF gi Istana Budaya utk tengok Konsert Lantera Timur by Mak Iti.. Tiket ni ada org bagi.. tu yg aku pergi.. kalau beli, mmg hareeemm lah nak gi kan.. Laki aku di ajak pergi, awal2 dia dh tolak.. rupanya bila sampai sana br aku faham knp laki aku tak nak gi.. sbb kebanyakkan yg pergi adalah lelaki metroseksual.. :) Kuat instinct laki aku rupanya.. kehkehkehkeh..

Inilah kami berempat..

Ni tetamu VVVIP kami.. tunggu kak zam n asben dtg mmg buat kami berjanggut berjambang.. chooii sgt tau.. papepun, kak zam memang cun! :)


Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong as a guest of honour..

Mak Iti kata dia buat konsert ni sebab dh lama dia pasang niat nak wat Konsert berunsurkan Kebudayaan dan irama tradisional... So now dream come true.. Dah nama pun Konsert Lantera Timur, so jgn haraplah kan mak iti nak nyanyi lagu Aku Cinta Padamu, Jerat Percintaan, Muara Hati dan bagai2... tp kan, ada masa lawak gak mak iti ni.. dan yg paling penting, mak iti comey weiii... 

Pendapat aku, persembahan2 sampingan pun byk membantu konsert ni.. lawak tul ada sesetengah persembahan tu.. dan dah ujung2, aku sempat membuta sebab ngantuk sangat wei.. x leh tahan.. sape nak gi tgk mak iti, masih ada masa lg coz esk last show dia.. Kesian mak iti sampai tak de suara buat konsert pny pasal..

Papepun, aku lebih teruja jumpa mamat ni daripada Mak Iti..
*___*

Aku : Hai Hatta! blh amik gambar sama2?
Hatta : of coz!
Aku : Anyway, u ingat lg tak kita pernah jumpa masa wedding Nurul kat Perbadanan Putrajaya ari tu..
Hatta : ye ye.. of coz I ingat..
Aku : Pandai Hatta jg hati I ok! (berkata dalam hati)

Nukilan khas buat Hatta Dolmat..

Hatta, walaupun I tak beli baju2 U, tapi i sgt mengagumi setiap hasil kerja U.. tulah sape suruh u tak wat baju ready made size2 special mcm I ni.. nak tempah khas tak mampu plak.. so memadailah I amik gambar dgn u jer.. dah 2 keping dah tau gambar U ada kat simpanan I... I like U very much okay... :)

*** kalau laki aku baca ni, kompom muntah darah 7 hari 7 malam!


Add caption

Friday, September 20, 2013

::Cerita Hari Ahad::

As-salam..

Minggu ni rasa best gler sebab laju jer masa berlalu.. memang best keje 4 hari seminggu ni erk? ditambah lagi boss tak de.. pergghhh!!! nikmat dunia katanya.. kalau selalu mcm ni kan best... tp org kata, benda baik tak dtg selalu.. hehehehe.. Anyway, nk citer ckit apa yg telah terjadi Ahad baru ni dalam kehidupan aku.. 

Pepagi buta aku dan adik ipar aku teman mak gi antar rombongan pengantin kat Sijangkang.. Pukul 9 lebih kami dh siap.. tapi pepaham jer lah.. nama jer rombongan.. tunggu org tu, tunggu org ni, kul 11am br gerak.. Sebenarnya aku kenal mak pengantin lelaki ni sebab dia tukang urut tetap aku di Sepangnyol.. dia pelawa aku utk antar rombongan pihak lelaki.. so aku wajib lah pergi.. mestilah kena jaga hati.. so lps ni dapat extra  hour kalau mengurut.. kehkehkehkeh...

Sedap wei makan kat umah pengantin ni.. dan bertambah2 sedap bile tgk nama catering tu adalah "Salehah Catering".. auuwww.. bertambah2 aku makan.. sebab aku suka nama catering tu, maka aku promotelah kat cni yer.. :)

Anyway, aku suka pengantin kat atas tu.. umurnya baru 25 tahun.. umah pengantin pompuan ala2 banglo okay.. tp buat majlis mmg simple gler.. pelamin xde, yg ada hanyalah kerusi jati.. payung pun tak de.. pakai payung TM jer ntah sape pny dlm kereta.. tak de kompang.. memang aku respect abis.. ni yg di katakan buat majlis mengikut syarak.. Pengantin pompuan ada kedai jahit.. mmg cantik hasil air tangan dia.. tabik spring aku kat dia!

Dari Sijangkang, kami gerak terus ke Desa Tasik.. kali ni pengantin pompuan adalah kawan sekolah rendah adik ipar aku.. dekat majlis ni plak, aku suka giler pelamin dia.. sgt memenuhi citarasa aku.. especially kaler puprle tu.. aku kan mmg giler kat purple.. so rasa jatuh cinta yg teramat sgt dgn decoration dia.. rasa mcm nk wat mcm ni kat bilik tdo aku.. kehkehkeh..

Alang2 dh kat Desa Tasik, maka kami pun masuk lah kejap ke Kem ATM di Sungai Besi.. Sajer mengimbas kenangan silam.. Dulu masa kecik2 aku memang selalu ke sini sebab pak cik aku askar dan mmg menetap kat sini.. dan tak sangka plak rupanya En. Asben sekeluarga pun menetap kat dalam kem.. mungkin masa kecik2 dulu kami pernah terserempak masa main kat playground... tapi time tu memasing tak kenal lagi kan.. so tak delah perasaan cintan cintun.. muahahaha... FYI, aku mmg sangat suka bermain dgn imaginasi.. *___* Anyway, gambar kat atas tu adalah rumah lama En. Asben sekeluarga.. sekolah plak kat  sebelah jer..

Masa kami tengah solat zohor kat dalam kem, aku dapat call daripada kakak sepupu aku yg mana beliau telah menyampaikan berita sedih.. pak cik aku yang terlantar sakit sebelum ni akibat kanser tulang dan juga prostat telah kembali menemui penciptanya.. Jenazah telah di kafan dan di solatkan di Shah Alam dan selamat di kebumikan di kampung halamannya di Jengka, Pahang.. Ini adalah kehilangan kedua dalam adik beradik arwah mak setelah arwah mak pergi pada tahun 2007 dulu.. Al-Fatihah buat Arwah Abdul Majid Bin Maksud dan juga Kasminah Binti Maksud.. Semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh.. Amin..

Aku tak ikut gi Jengka.. dan malam tu memang kami dh plan utk tdo umah Shah Alam.. disebabkan kebulur, maka aku dan En. Asben gi merayau sekitar Shah Alam utk cari makanan.. Mula2 plan nak makan kat Tupai2.. pastu separuh jalan tkr plan plak.. konon teringin nak makan ayam penyet.. sudahnya bila ternampak satu restoran ni, masing2 telah mengubah selera..

Nama Restoren ni Bisik2.. Terletak di belakang Unisel Seksyen 7, Shah Alam.. Dia menghidangkan bermacam2 aneka masakan Johor.. yg paling aku tak tahan adalah Mee Bandung Udang Galah.. Perggghh!! kecur air liur.. lapar plak tetibe di buatnya.. selain Mi Bandung, ada gak soto, nasi ambeng, otak2, mi rebus dan mcm2 lagi lah.. memang wajib cuba okay.. Harga pun berpatutan.. Kedai ni pernah masuk JJCM dan beberapa media massa yg lain.. Lepas ni aku nak cuba kedai sebelah dia plak.. Kedai sebelah jual Mi Ketam.. nampak sedap wei!

Ok tu jer cerita Ahad.. Cerita Senin tak de apa sgt.. sebab kena masuk opis time org lain bercuti.. chooiii!

Add caption

Tuesday, September 17, 2013

~~Tangan Yang Diatas Lebih Mulia Dari Yang Dibawah~~

As-salam..


Cer teka apa dalam ni??







v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v










Banyak kan? 

FYI, ini hanyalah suku daripada jumlah yg ada dalam kotak tu.. Tak leh tunjuk banyak2 sangat.. kang ramai plak yang terliur.. huhuhu..

Masa bulan Ramadhan ari tu, aku telah di amanahkan untuk menyampaikan sumbangan daripada seorang individu kepada beberapa Pertubuhan anak yatim dan warga tua di sekitar Lembah Klang.. Alhamdulillah, setelah di congak, maka 27 buah rumah telah terpilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM7,500.00 bagi setiap pertubuhan.. Alhamdulillah rezeki mereka..

Sepanjang bertemu empat mata dengan pengurus rumah anak2 yatim dan juga warga emas ni, dada jadi sebak dan air mata tak semena2 mengalir.. hiba sangat bila dgr apa yg mereka telah lalui.. bila di selami, mmg mulia sungguh hati insan2 terpilih ni yang mana mereka telah berusaha keras untuk mewujudkan rumah2 tersebut bagi memberi ruang dan sinar buat mereka di luar sana yang kurang bernasib baik untuk berlindung.. 

Banyak pengalaman yg boleh di kutip dgn cerita2 mereka.. sesungguhnya Allah s.w.t. menduga hamba2nya yang di kehendaki mengikut kemampuan mereka.. serious aku katakan, aku sgt terkesan dgn jalan cerita kehidupan mereka.. bila di fikir semula, sangat kecil dugaan yg Allah s.w.t. berikan pd aku jika dibandingkan dengan mereka2 yg istimewa di luar sana.. (lap air mata sat..)


Dan pagi tadi aku telah berkesempatan untuk melawat sendiri salah satu pertubuhan anak yatim dan asnaf di ibu kota untuk menanyakan beberapa soalan sebelum seorang lagi individu yang bermurah hati menyerahkan sebuah pengangkutan bagi kegunaan harian penghuni di Rumah Kasih Nurul Hasanah yang terletak di Ukay Heights, Ampang ni.. 

Perpustakaan mini mereka..

Dapur..

Halaman luar..

Tak ramai anak2 yg ada coz yg selebihnya pergi sekolah..

Di kesempatan ini, aku ingin berkongsikan beberapa maklumat Pertubuhan sekiranya ada antara kalian yg berminat untuk menghulurkan sumbangan.. apa salahnya kita menderma kepada mereka yg memerlukan.. walaupun kecil di mata kita, mungkin besar nilainya pada pandangan mereka.. InshaAllah, niat murni anda akan menerima balasan di akhirat kelak.. Salah satu cadangan aku, apa kata kita mulakan usaha apabila setiap kali gaji, kita bank in kepada Pertubuhan2 ini mengikut kemampuan masing2.. 

  
ASDAF

NAMA PERTUBUHAN
:
Asrama Darul Falah (ASDAF)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
No. 535/10, Cangkat Persekutuan
Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Bank Muamalat
14040000120718

Malayan Banking Berhad
564146531574

SENARAI PROGRAM
 &
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

NO. TELEFON
:
03-2283 1009

NO. FAKS
:
03-2283 3084

BILANGAN KANAK-KANAK
:
85 orang

  
RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

NAMA PERTUBUHAN
:
Rumah Amal Limpahan Kasih

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Ibu Pejabat
Lot 115A, Lorong Bistari 3
Kg. Sri Aman, Batu 13
47100 Puchong
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
PKMD.FEL/08/800/02/1
NAMA
&
NO. AKAUAN BANK
:
Pembangunan Limpahan Kasih
Malayan Banking Berhad
562777200551
(untuk baik pulih / pembangunan asrama baru)

Rumah Limpahan Kasih
Malayan Banking Berhad
512343531956
(makan / minum /utiliti )

Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
Malayan Banking Berhad
562777200627
(Untuk Pendidikan)

Pengurusan Baitul Hidayah 
Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238
(untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
limpahan_kasih@yahoo.com

NO. TELEFON
:
03-8061 8050 / Ustaz Zawawi (016-3627913)

NO. FAKS
:
03-8060 7514

BILANGAN KANAK-KANAK
:
70 orang

ASRAMA DAMAI ANAK YATIM

NAMA PERTUBUHAN
:
Asrama Damai Anak Yatim

ALAMAT PERTUBUHAN
:
KM 28.5, Jln Kuang
Lorong Teratai
Kg. Damai
48050 Kuang
Selangor Darul Ehsan

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
ROS 1355

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Pengurusan Anak-Anak Yatim
CIMB Bank, No.Akaun : 12290000941058

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal

EMAIL
:
anakyatimdamai@yahoo.com.my

NO. TELEFON
:
03-6038 2823

NO. FAKS
:
03-6038 6207

BILANGAN PENGHUNI
:
137 orang

  
RUMAH BAKTI

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Pendidikan Anak-anak Yatim Selangor (Rumah  Bakti)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
KM 11, Jalan Hulu Klang
68000 Ampang, Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
ROS ARS/SEL/50/66

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
CIMB Bank, No.Akaun : 1441-0003945-05-0
SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
anakyatimdamai@yahoo.com.my

NO. TELEFON
:
03-4256 8880

NO. FAKS
:
03-4251 4811

BILANGAN PENGHUNI
:
116 orang

  
PUSAT JAGAAN DARUL QURAN

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) – Pusat Jagaan Darul Quran

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Jalan Tebuk Haji Yusof
45300 Sungai Besar
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
PPM/SEL.76/61-117(2)

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
AGRO Bank
200558100007842-8

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
-

NO. TELEFON
:
03-32243025 / 013-2255510 
(Tn. Hj. Jemari)

NO. FAKS
:
03-32246821

BILANGAN PENGHUNI
:
53 orang

                                           
PEYAKIN

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Miskin Klang (PEYAKIN)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
KM 3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru
41050 Klang
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
ROS 1349 (Selangor)

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
RHB Bank Bhd.
2-622961-000002-2

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
-

NO. TELEFON
:
03-3341 2513

NO. FAKS
:
03-3341 2513

BILANGAN PENGHUNI
:
76 orang

  
RUMAH ANAK YATIM MISKIN KUALA LANGAT

NAMA PERTUBUHAN
:
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Kampung Sungai Buaya
42700 Banting
Selangor

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
5736/95 (Sel)

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Bank Islam (M) Bhd. Cawangan Banting
1207401000329-6

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim

EMAIL
:
-

NO. TELEFON
:
03-3120 3385 / 012-656 0414 
(Tn. Hj. Yunos)

NO. FAKS
:
03-3120 3385

BILANGAN PENGHUNI
:
47 orang

  
RUMAH TITIAN KASIH

NAMA PERTUBUHAN
:
Rumah Titian Kasih

ALAMAT PERTUBUHAN
:
RTK No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:
-

NAMA & NO. AKAUAN BANK
:
Persatuan Pengurusan
Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur

No Akaun Maybank

564061002172

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Memberi penjagaan dan perlindungan serta pendidikan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan OKU

EMAIL
:
rumahtitankaseh@yahoo.com.my

NO. TELEFON
:
019-645 5769 (Puan Sharifah Adlan)

NO. FAKS
:
03-4025 5246

BILANGAN PENGHUNI
:
124 orang

  
 KELUARGA BESAR NURLINA ALAWI BERHAD

NAMA PERTUBUHAN
:
Keluarga Besar Nurlina Alawi Berhad (Yayasan)

ALAMAT PERTUBUHAN
:
Lot 482 Jalan Sri Kemuning
Lembah Jaya Selatan
68000 Ampang
PENDAFTARAN PERTUBUHAN
:


NAMA & NO. AKAUN BANK
:
Keluarga Besar Nurlina Alawi Berhad
RHB BANK  : 21401360003173

SENARAI PROGRAM &
AKTIVITII YANG DI JALANKAN
:
Menempatkan Anak Yatim yang di jangkiti HIV dan AIDS

EMEL
:
nurlinaalawi@gmail.com

NO. TELEFON
:
03 – 42950775 / 017- 8860208

NO. FAKS
:


BILANGAN PENGHUNI
:
41  orang


Jika maklumat di atas kurang lengkap, kalian boleh meninggalkan komen di bwh entri ini.. InshaAllah aku cuba membantu mana yang mampu.. Bersama-samalah kita berjihad membantu mereka yang memerlukan.. mungkin hari ini hari mereka dan kita belum tahu bila tibanya hari kita.. maka, bersama-samalah kita ingat mengingati..


Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™