Friday, March 28, 2014

~~Warkah Khas Untuk 2 Insan~~

Assalam..

Sejak dua menjak ni, senang citer masuk tahun 2014 ni, sungguh jarang aku wat entri.. hasrat di hati mmg membuak2 nak bercerita.. tp bile bukak blog, terus terkulai layu jari jemari ku.. malasnya lahai... ;(

Anyway, hari ni nak menzahirkan sedikit rasa suka dan duka sepanjang menghadapi tempoh kehamilan selama 4 bulan setengah ni.. luahan ini dibuat konon2nya dalam bentuk warkah.. *___* (utk sesapa yg boleh muntah hijau dgn ayat2 yg terkandung dlm warkah ni, sila jgn teruskan niat utk membaca).. TQ

Warkah Untuk Si Kecil

Anak ibu, ibu mintak mahap sebab ibu ni degil orgnya n tak jaga kesihatan.. ramai yg tau, ibu ni memang alah dgn susu.. dah lama gler xde susu masuk ke dalam badan ibu.. tp sejak pregnant ni, ibu gagahkan jugak.. walaupun nurse n doc advise utk minum sehari 2 gelas susu, tp ibu juz dapat abiskan sebotol fresh milk dalam tempoh seminggu lebih.. itu pun ibu blend dgn choc shake.. maafkan ibu yer nak.. In future, ibu tak kan sesekali marah, kalau gigi anak ibu ni nanti cepat rongak.. sebab tu mmg salah ibu yg kedekut nak bg kalsium kat anak sendiri.. ;(

Selain susu, ibu juga ada masalah utk telan ubat berbentuk pil/kapsul.. sejak azali, kalau dpt ubat berbentuk pil/kapsul, mesti ibu akan hancurkan dulu ubat tu then baru makan.. tp, sejak pregnant ni, ibu gagahkan jugak.. mujur sehari juz sebijik jer ubat ibu kena telan.. dan sebenarnya telan pil tu amatlah mudah dr apa yg ibu bayangkan.. mind set ibu ni mmg ntah ape2 sbnrnya..

Tapi, dalam bab makan, ibu mmg perfect.. :) Alhamdulillah sepanjang 4 bulan setengah ni, ibu tak pernah rasa loya, muntah2, skt kepala or apa2 perkara kronik yg lain.. kesihatan ibu pun baik.. ibu still boleh bawak kereta mcm pelesit spt kebiasaannya.. HB, BP n seangkatan dengannya semua memuaskan.. terima kasih anak ibu sbb memudahkan tempoh ini.. harap2 ianya berterusan sampai anak ibu ni lahir.. amin..

Time preggy ni, ibu banyak makan sayur, buah n ikan.. ibu harap ibu dapat bg vitamin dan zat yg mencukupi buat anak ibu ni.. ibu tutup kekurangan kalsium kepada zat2 yg lain okay.. harap2 anak ibu sihat n comey lote.. Amin.. :) 

Ibu juga bersyukur sebab wat masa ni takde lah ibu mengidam benda yg pelik2.. dan harap2 di jauhkan dr perkara2 sedemikian.. cumanya, ibu kepingin bebenor nak makan durian.. dapat seulas pun jadilah.. dh mcm2 taktik ibu gunakan utk memujuk ayah, agar izinkan ibu makan.. tp dia wat bodoh jer.. uwaaa.. ibu is touching okay.. tp ibu janji, ibu akan rasa gak durian gred A yg ibu idam2kan tu time dh masuk 9 bln nanti..

Syukur juga apa yg ibu terlintas dalam fikiran nak makan, tup2 ade dpn mata.. Alhamdulillah.. semuanya di permudahkan.. ada jer yg baik hati belikan.. ari tu kepingin makan buah delima yg isinya merah menyala.. mujur time jenjln kat Alam Sentral, terjumpa.. dapatlah merasa.. 

Menatang biskut ni pun sama.. baru sebut2 teringin, tup2 Aunty Eton bg.. Langkah kanan gitu.. metaceh aunty

Selain mengidam makanan, ibu juga mengidam sgt nak gi Korea time pregnant ni.. ;) tp ibu tahu angan2 tu tak kan jadi kenyataan.. tp hati ibu terubat bile dapat makan, makanan daripada Korea ni.. jadilah kan.. tak dapat gi Korea, dapat makan makanan Korea pun dh cukup bagus.. hikhikhik.. 

Strawberi Korea ni sgt sdp n manis.. dh banyak pack dh beli..

Cumanya, dari bulan lepas ibu mengidam sgt nak makan kerabu pucuk paku kerang hasil air tangan nenek.. tp lately kan musim panas, so pucuk paku tak nak tumbuh.. frust sungguh bile cari pucuk paku ke sana sini, tp tak jugak dpt.. Ibu doa semoga hujan kerap turun.. dapatlah ibu merasa makan kerabu pucuk paku tu.. huhuhuhu..

Selain makanan harian, ibu juga cuba menghidangkan sebanyak yg blh santapan rohani dan minda utk anak ibu ini.. InshaAllah semoga semuanya di permudahkan dan diberkati.. Amin..

Warkah Untuk En. Asben

Abis bab baby, now turn si bapak pulak.. 1stly, terima kasih bebanyak buat mu suami kerana sentiasa memberi kerjasama dan sokongan yang baik sejak isteri mu ini mengandung.. Abg banyak melayan karenah ayg yg ntah ape2 ntah kekadang.. Cumanya, ayg nak mintak mahap sbb kurang abiskan masa dgn abg time weekdays.. almaklumlah, ayg ni pantang letak kepala, confirm lena.. bile dah tdo mmg sampai ke subuh jadinya.. langsung tak sedarkan diri.. kdg2 mcm terdengar abg ckp sorang2.. tp mata dh tak larat nak bukak.. sian dia.. mahap bebanyak..

Terima kasih jugak sebab sudi membantu dalam kerja2 rumah, mengurut part2 badan yg lenguh n kejang dan mcm2 lagi.. kekdg tak sakit mana pun, tp ayg saje mengada lebih... org kata, ni lah masanya nak amik kesempatan di waktu kesempitan... :0 

Yg lain2, ayg ucap sendiri lah face to face yer... kang cakap lebih2 kat cni, ade yg  muntah darah plak.. walaupun ni blog sendiri & I puji laki sendiri.. *___*

See u again..


Add caption

Thursday, March 20, 2014

::Dari Satu Sudut Di Setiap Kejadian::

As-salam..

Lamanya lahai tak menaip kat sini... selain tak de apa-apa cerita yg nak dikongsikan, mood utk mengadap blog sendiri pun sangatlah ke laut.. tp, gi menziarah blog org rajin plak.. :) Anyway, dalam keadaan cuaca dan kesuraman yang tidak menentu sekarang ni, Alhamdulillah, aku masih berada dalam keadaan yg sihat sejahtera.. Syukur, tiada perkara berat yang perlu ditanggung setakat ni.. semuanya perkara2 kecil yang boleh di selesaikan.. 

By the way, setelah org lain mengomen bertan-tan mengenai kejadian MH-370, maka pada hari ini, aku baru berkesempatan utk meluahkan sedikit rasa yang terpendam.. sebelum panjang aku mengomel, terlebih dahulu aku doakan semoga para penumpang dan anak2 kapal yg kita tidak tahu lokasinya kini berada dalam keadaan yang baik2 dan dirahmati olehNya.. InshaAllah, mereka selamat di bawah lindunganNya.. Amin.. 

Lately, Malaysia telah ditimpa dengan pelbagai dugaan yang maha berat utk kita tanggung.. setelah genap setahun kejadian tragis di Lahad Datu, kini kita di gemparkan dengan kehilangan MH370, catuan air, jerebu, banjir dan sebagainya.. Mungkin ini adalah amaran bahawa bumi telah menunjukkan kemarahannya pada kita.. Jika bumi yang kita diami setiap hari ini pun telah berani mempamerkan amarahnya, apatah lagi Allah S.W.T. terhadap kita umatnya.. telah banyak perkara2 besar yang berlaku didepan mata kita sblm ini, namun kita hanya memandangnya sebelah mata.. mungkin di atas dosa dan kesilapan kita, org yang tidak bersalah menerima hukumannya.. Semoga kita sebagai umat Islam bersatu dan bermuhasabah diri mengenai kehidupan ini.. 

Alhamdulillah, doa dan permintaan kita telah didengari dan dimakbulkan olehNya.. Setelah kebanyakkan umat Islam di negara kita melakukan solat Istisqa', maka hujan telah turun membasahi bumi Malaysia kebelakangan ini.. Syukur Alhamdulillah.. Ramai umat manusia di negara kita menerima manfaat yang besar di sebalik turunnya hujan ni.. kawasan pertanian yg dulunya kering kontang, kini telah kembali subur.. kawasan yang sblm ini kering empangannya, kini telah kembali memenuhi ruang.. Sesungguhnya, di sebalik setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri.. Walau dalam apa jua keadaan, kita seharusnya tenang dan sabar dalam menghadapi situasi tersebut.. Kesimpulannya, bila dh tiba musim hujan sekarang ni, jgn plak kita merungut dan mempersoalkannya.. contohnya :

"aduh, ujan plak.. abislah basah kain yg aku jemur td".. 
"alamak, ujan lagi.." 
"asyik ujan jer sekarang.. susah nak kluar umah"

Manusia sekarang ni suka mengomel.. bila cuaca panas dan kering, kita duk mintak ujan... bile dah ujan, kita bising plak kenapa ujan.. means, manusia ini tidak pernah cukup dengan apa yg ada.. (pesanan dan ingatan utk diri sendiri sebenarnya).. semoga lepas ni kita semua dapat melakukan perubahan yang positif.. tidak banyak, sedikit pun jadi.. insyaAllah.. 

Berbalik kepada kejadian MH370, tak dapat aku bayangkan perasaan mereka sekarang.. aku kalau dalam kapal terbang juz turbulence pun aku dh mcm nak gugur jantung.. time ni terkumat kamit mulut aku membaca ayat2 yang berlegar di kepala.. inikan pula mereka yg kita tahu berlepas ke ruang udara namun hingga kini tidak tahu nasibnya.. pelbagai rumours telah kita dengar setakat ni.. walau apa pun jua yg berlaku, andai ini angkara rencana manusia.. maka ingatlah.. manusia merancang, Allah S.W.T. juga merancang.. namun, perancangan daripada Allah S.W.T. itu adalah yang sebaik2nya..  


Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™