Tuesday, October 30, 2012

::Masakan Weekend Terdahulu::

 
Menu ni sebenarnya dah entah berapa kali weekend dh terlepas agaknya... seperti kebiasaan, kami laki bini byk menghabiskan waktu ujung minggu di umah mak... kebetulan mak teringin nak makan ikan masak sweet sour, so dia request utk menantu hantu dia masak.. ntah apa rasanya, aku pun blasah jer lah... janji blh telan... ^___^
 
Siakap tiga rasa
 
Tumis bendi....
 
Sambal goreng jawa...
 
 
 

Monday, October 29, 2012

~~Slmt Ulang Tahun Buat Mereka~~

 

Ari ni genap usia boss aku menjangkau 63 tahun.. Alhamdulillah, beliau masih sihat, masih boleh main tenis, masih boleh marah2 (eh!), masih boleh melakukan apa sahaja seperti org muda... Syukur.. Hari ni masih ramai colleague aku yg sambung cuti.. so, x meriah nak potong2 kek.. means, majlis perlu di tangguh kan dahulu... tengah malam td aku ada antar sms kepada beliau yg berbunyi :

 
"Salam.. Selamat menyambut hari lahir Datuk.. Semoga di usia ini, Datuk di kurniakan kesihatan, KESABARAN dan kebahagiaan yang tinggi hendaknya"..

 
Selang beberapa minit, dia reply sms aku yg berbunyi mcm gini :

 
"Terima kasih atas ingatan.. mudah2an yang ke 3 akan di perolehi.. terima kasih"...

 
Wah, dia plak mendoakan aku.. kononnya aku nk wat dia touching, at last dia plak yg wat aku touching.. win2 situation nampaknya.. ngeh3x.. papepun, metacih boss.. Anyway, pepagi buta td dia dah call aku.. tak leh blah btul ayat pertama yg kuar dr mulut dia.. "Wah, kamu sanggup tunggu sampai pukul 12am yer"... tetibe, aku terdiam dan muka aku jadi merah padam.. aku pun kompius.. apsal plak aku yg malu? dan ni besday sape plak sebenarnya ni? huhuhu...
 

 
By the way, hari Rabu last week, besday nenek En. Asben.. memandangkan Raya Haji baru ni ramai anak, cucu, cicit, cencurut yg dapat balik, maka acara memotong kek telah di adakan secara kecil2an..
 
To both of u, InsyaAllah dengan rezeki kesihatan yg di kurniakan ini, di doakan agar boss dan juga nenek terus-terusan di limpahi rahmat kebahagiaan bersama insan2 di sekeliling.. Amin..
 
*** Boss nak blanje lunch rabu ni kat Lake Club...

 
 

Wednesday, October 24, 2012

##Wordless Wednesday##



 
Hobi kami suami isteri... mengumpul duit 50 sen lama... sekarang agak payah nak dapat duit ni.. kalau beli barang, pastu dapat balanced 50 sen lama ni, rasa hepi giler... tabungan kami ni baru capai tahap suku baldi.. ari tu gatal kira, baru suku baldi dah ada around RM250.. InsyaAllah, kalau penuh, dapat kot RM8-900.. Mudah-mudahan... Rezeki anak2 cacing dalam perut.. muahahahaha..
 
Wordless ke? ^___^
 

Tuesday, October 23, 2012

::Ahli Keluarga Baru::

 
 
Hampir sebulan keluarga mertua aku menerima ahli keluarga baru.. tapi, baru hari ni aku berkesempatan nak update cerita.. bz lah sgt kononnya kan... huhuhu.. 1st and foremost, kami nak ucapkan tahniah pada pasangan pengantin baru iaitu adik ipar aku dan suaminya.. tahniah juga buat mak n abah coz telah menerima sorang lagi menantu hantu dalam keluarga.. walauapapun, mak kata aku tetap menantu pilihan.. muahahahahaha...
 
Memandangkan dh hampir sebulan kenangan manis ni berlaku, maka kita cuci mata tgk gambar ajerlah yer... ni pun malas tahap gaban aku di buatnya.. aku just pilih gambar yg berkenaan jer.. ngeh3x...
 
After nikah.. Alhamdulillah dgn sekali lafaz, ija n rizal sah bergelar suami isteri... Abah yg menikahkan pasangan ini...

Malam berinai.. Temanya Arabian nite..
 
Di siang hari keesokannya...
 
Selang 2 minggu, majlis di sebelah pihak lelaki pula.. Adik ipar aku ni dapat org kampung sebelah jer.. 15 minit dah blh sampai.. senangkan?
 
Mercun yg di mainkan di malam hari bagi menyambut kehadiran org baru...
 
By the way, walaupun suami adik ipar aku ni adalah sebaya dengan aku n En. Asben, tapi kami sgt suka membuli beliau... mujurlah dapat ahli keluarga baru yg boleh masuk kepala hotaknya dgn kami.. mmg best bab buli membuli ni kan? ahaks!
 
Di kesempatan ni, kami sekeluarga nak ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas kesudian anda utk meluangkan masa berkunjung ke rumah kami tempoh hari... Kehadiran anda begitu kami hargai.. Buat pasangan pengantin  baru, kami ucapkan selamat menempuh alam rumah tangga yg penuh dengan onak dan liku.. moga kalian tabah menghadapi apa jua dugaan yg mendatang..
 

Monday, October 22, 2012

::Sahabat Selamanya::


Oh, hampir seminggu entri ini tertunggak... di pendekkan cerita, my bff yg sedang berkhidmat di Jepun iaitu Suraihan telah balik bercuti untuk menyelesaikan beberapa perkara penting di sini.. alang2 dah balik, mmg tak sah lah kalau tak jumpa geng.. so, satu pertemuan telah di atur.. pada hari kejadian, iaitu last week, masing2 decide utk amik cuti sebab nak kluar berjimba jimbana.. mujur time tu boss aku out of country.. so mmg peluang keemasan utk aku.. yehaaa!!
 
Pagi tu Sue gerak dari Muar.. aku dan bob tunggu kat Putrajaya.. Bila Sue sampai, aku n bob gerak sekali ke Setia City Mall utk jumpa Mas plak.. Di sana aktiviti bermula.. 1st activity, kami tgk wayang citer Hantu Kapcai.. Memang sengal citer ni.. memang sesuai utk release tension.. abis tgk wayang, kami lepak kat Sweet Chat.. lama gak lepak situ.. makannya tak sampai setengah jam.. bergosipnya yg lama.. ;) Almaklumlah, bukan senang nak dapat kumpul sesama macam ni.. so, bila di izinkan olehNya, maka peluang yg ada haruslah di manfaatkan sebaik yang mungkin...
 
Masrini & Suraihan..
 
Normazua & Saleha

KAMI...
 
Our menu...
So sad.. time tu durian pancake x ready lg..
 
Sahabat selamanya... InsyaAllah..
 
Malam tu Sue check in kat umah Bob.. Keesokannya lepas ofis hour, program di teruskan lagi.. kali ni kami berkarok kat Alamanda plak.. tapi program kali ni Mas tak dapat join coz dia jauh di mata, tapi dekat di hati... :)
 
Malam tu besday mak buyong..
Mak buyong menyanyi hampir nk terberanak dibuatnya..
 
Sambil menyanyi, perut haruslah di isi..
 
Malam tu, Sue check ini umah aku plak.. kebetulan En. Asben gi out station.. mmg gud timing lah kan.. esok paginya, Sue gerak balik Muar.. Selang seminggu, su datang balik check in kat umah aku coz esoknya Sue mintak tolong utk hantar ke airport.. Alhamdulillah, Sue dah selamat sampai sana... InsyaAllah, jika diizinkan sekali lagi olehNya maka kita akan jumpa lagi k... Gonna miss u babeh!
 
Till we meet again...
 
Hadiah pre-besday katanya..
^___^
 
 

Thursday, October 18, 2012

~~Bintang Mana Yang Harus Di Gapai~~

 
 
Oh, sebenarnya ada beberapa perkara yg perlu aku selesaikan di waktu dan ketika ini... tapi, fikiran aku tak fokus utk melakukannya.. hati aku lagi lah.. jauh sungguh ianya melayang..  mulut plak tak abis2 terkumat kamit.. bkn serapah darah bulan yg aku baca, tapi duk merungut sendirian..
 
Kebelakangan ni, sikap manusia membuatkan tahap kesabaran aku di uji.. ada saja tindak tanduk sesetengah daripada mereka yg membuatkan aku berasa kurang senang.. kalau dulunya, aku mampu lagi bersabar.. tp semakin hari semakin muak aku melayan karenah manusia yg adakalanya boleh membuatkan aku mcm nak pecah kepala.. di benak fikiran aku ni, byk benda penting lagi yg nak di isi.. tp sumtimes ada pihak yg aku rasakan secara sengaja ingin memenuhkan ruang kecil di kepala aku ni dgn perkara2 yg tak perlu di muatkan... babe, memori kepala aku ni tak besar mana.. so, please.. jgn lah sumbat byk dokumen sampai sendat.. kang kalau dh masuk virus, boleh bikin panas nanti...
 
Ya, aku memang suka berkias.... andai ada yg terasa, maka beliaulah org yg tergigit cili tersebut.. Nasihat buat diri aku juga, BERKATALAH mengenai perkara yang PERLU dan bukannya perkara yg REMEH...
 
Tak salah rasanya nak menggapai semua bintang di langit sana.. asal usaha dan keringat yg di banting setanding dengan apa yg di impikan.. jangan hanya mengetuk tin kosong yg bunyinya menggegarkan seantero dunia, tapi isi dalamnya kosong...
 
Tidak di nafikan bahawa semua manusia normal di dunia ini punya impian dan cita2 yg tersendiri... tapi utk mengecapinya, bukanlah sesuatu yg mudah.. dari itu, teruskanlah usaha tanpa mengenal erti jemu.. akan tetapi, usaha yg ingin di lakukan itu, jangan lah di buat dengan cara "hentam keromo".. perhatikanlah dulu keadaan sekeliling, hati dan juga perasaan sesama kita.. adakah ianya bersesuaian?? Mungkin jua ianya bersesuaian dgn anda, tapi tidak dengan semua pihak... Maka, kajilah ia sedalam-dalamnya...
 
Hadis Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk...
 

Wednesday, October 17, 2012

##Wordless Wednesday##

 
 
 
Setiap kali aku dukung or pegang budak yg comel lote, mesti org akan berkata "Wei, sepadannya lah bdk ni dgn ko.. mcm ibu dan anak"... ya, aku faham.. hakikatnya, aku n bebudak cenggini mmg sama comel n cute kan? ^____^
 
 

Wednesday, October 10, 2012

~~Aras Terbuka~~

 
Pada beberapa minggu yang lepas.. (tarikh malas nk ingat!)... nampak noo dh lama majlis ni berlangsung.. Kami, iaitu seluruh penduduk Aras 4, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra yg hanya ada 12 org time tu telah mengadakan majlis makan2 yg bertujuan untuk menjamu seluruh warga ofis kami makan tengah hari.. mula2 plan nak wat jamuan raya, tapi memandangkan time tu dh bkn bulan syawal, makanya kami wat makan2 sempena Hari Malaysia lah gamaknya.. nak kata jamuan raya, kang kena gelak plak..
 
 
Seminggu sebelum majlis di adakan, satu mesyuarat yg tak bape nak rasmi telah di adakan among us.. time tu kami tanyalah sape yg sukarela nk bawak makanan yg bersesuaian coz temanya adalah menu ala kampung... setelah perbincangan selesai dan menemui kesepakatan, maka majlis yg di tunggu pun tiba.. (wah! dh mcm nk wat majlis walimatul urus plak..)
 
 
Antara menu yg telah di persetujui adalah Asam pedas ikan tenggiri, gulai ikan talang & nenas, ayam goreng berempah, ikan keli berlada, ikan kembung goreng, sotong kunyit, sambal ikan bilis, tumisan hati & pedal, telur dadar, telur masin, kerabu bayam, terung berlada, ulam2an, sambal belacan, dadih, kek dan buah2an...
 
 
Time tiba hari kejadian, kami sebagai tuan rumah bedal awal2 dulu sebelum tetamu aras lain hadir.. alas perut kononnya.. cuak woo nk makan byk2 sbb takut lauk utk tetamu tak cukup..  tapi,  bila tetamu semua dh balik, kami pun apa lagi, 2nd n 3rd roundlah... pulun sampai licin... Alhamdulillah semuanya bermula dan berakhir dengan baik...  InsyaAllah, jika di izinkan olehNYa, maka majlis seperti ini akan di adakan lagi... Terima kasih yg tidak terhingga juga buat semua warga kerja aras 4 di atas kerjasama erat yg telah di tunjukkan.. sayang kamoo semua...


 Uh, lapoonya...
 
Sebelum di nodai..
 
Setelah di cabuli sedikit...

Terima kasih kepada semua penaja..

 Menu Ala Kampung katanya..
 
Team produksi.. ^___^

Warga Aras 4...

Sesi membedal awal...
 
Aku masak sotong kunyit..
 
dan sambal tumis ikan bilis...
 
 
 

Monday, October 8, 2012

::Bersantai Di Tepian Sungai::

 
Entri tertangguh.. niat hati ingin di biarkan begitu sahaja.. tapi kenangan perlu di titipkan utk memori di masa hadapan.. mahu atau tidak, lambat atau tidak, ianya perlu di tempel kan jua... Program Bersantai di Tepian Sungai ini telah berlangsung pada cuti Hari Malaysia yang lalu.. dek kerana banyak sgt halangan yg perlu di tempuh, maka entri ini terperam sudah hampir sebulan.. sebelum menjadi dua tiga bulan, makanya aku perlu settle kan ari ni jua..
 
Bertempat di Janda Baik, Pahang... Satu program yang boleh di katakan aktiviti tahunan ini telah berjaya di adakan sekali lagi.. seperti sebelum ini, aku telah lewat tiba di lokasi kejadian.. so, aku terlepas byk acara yg melibatkan kakitangan dan keluarga Pejabat aku.. Petang tu ada aktiviti menangkap ikan, lambungan kasih, horse riding, tarik upih, saringan vokal bukan sekadar rupa dan mcm2 lagi.. elok jer aku touch down kat sana, semua prog tu br abis.. ermmm.. what to do? En asben bising sebab dia teringin nk join semua prog tu.. utk menyejukkan hati, aku kata, "tahun depan kita datang awal yer bang"...
 
Malamnya pula, majlis di serikan dgn acara final vokal bukan sekadar rupa, pencarian bakat gangnam style dan di selang selikan dengan cabutan bertuah.. aku? tak bertuah langsung.. anyway, sebab benda dah basi, so malas nak citer panjang.. layan gambar jer lah yer...
 
Kambing golek..
(Sila sengetkan kepala anda)
 
Sungai yg di maksudkan..
 
Lawa giler umah tuan tanah ni..
Saujana mata memandang..
 
Muka En. Asben yg frust coz tak dapat join aktiviti..
 
Bunga api, mercun, meriam bagai semua ada..
 
Kak Zam dapat TV..
 
Eton dapat blackbabi..
 
Pengacara malam tu adalah Abon..
Mmg pecah perut dgr lawak dia..
Terbaekkk!!
 
** Terima kasih kepada yg sudi menjemput..
 
 
 

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™