Wednesday, October 10, 2012

~~Aras Terbuka~~

 
Pada beberapa minggu yang lepas.. (tarikh malas nk ingat!)... nampak noo dh lama majlis ni berlangsung.. Kami, iaitu seluruh penduduk Aras 4, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra yg hanya ada 12 org time tu telah mengadakan majlis makan2 yg bertujuan untuk menjamu seluruh warga ofis kami makan tengah hari.. mula2 plan nak wat jamuan raya, tapi memandangkan time tu dh bkn bulan syawal, makanya kami wat makan2 sempena Hari Malaysia lah gamaknya.. nak kata jamuan raya, kang kena gelak plak..
 
 
Seminggu sebelum majlis di adakan, satu mesyuarat yg tak bape nak rasmi telah di adakan among us.. time tu kami tanyalah sape yg sukarela nk bawak makanan yg bersesuaian coz temanya adalah menu ala kampung... setelah perbincangan selesai dan menemui kesepakatan, maka majlis yg di tunggu pun tiba.. (wah! dh mcm nk wat majlis walimatul urus plak..)
 
 
Antara menu yg telah di persetujui adalah Asam pedas ikan tenggiri, gulai ikan talang & nenas, ayam goreng berempah, ikan keli berlada, ikan kembung goreng, sotong kunyit, sambal ikan bilis, tumisan hati & pedal, telur dadar, telur masin, kerabu bayam, terung berlada, ulam2an, sambal belacan, dadih, kek dan buah2an...
 
 
Time tiba hari kejadian, kami sebagai tuan rumah bedal awal2 dulu sebelum tetamu aras lain hadir.. alas perut kononnya.. cuak woo nk makan byk2 sbb takut lauk utk tetamu tak cukup..  tapi,  bila tetamu semua dh balik, kami pun apa lagi, 2nd n 3rd roundlah... pulun sampai licin... Alhamdulillah semuanya bermula dan berakhir dengan baik...  InsyaAllah, jika di izinkan olehNYa, maka majlis seperti ini akan di adakan lagi... Terima kasih yg tidak terhingga juga buat semua warga kerja aras 4 di atas kerjasama erat yg telah di tunjukkan.. sayang kamoo semua...


 Uh, lapoonya...
 
Sebelum di nodai..
 
Setelah di cabuli sedikit...

Terima kasih kepada semua penaja..

 Menu Ala Kampung katanya..
 
Team produksi.. ^___^

Warga Aras 4...

Sesi membedal awal...
 
Aku masak sotong kunyit..
 
dan sambal tumis ikan bilis...
 
 
 

No comments:

Post a Comment


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™