Aku kira agak lama juga aku tinggalkan blog ini terbiar kesepian sendiri... byk catatan yg ingin aku abadikan di sini.. tapi masa dan keadaan agak kurang mengizinkan.. walaubagaimanapun, apa yg berlaku semalam aku rasakan, wajib utk aku coretkan jua ianya di sini hari ini..
Semalam petang, kira2 jam 3.30 petang, aku menerima panggilan telefon daripada adik aku yg memberi suatu perkhabaran yg agak perit utk di terima.. 2 org kawan baik beliau telah pergi menghembuskan nafas terakhir utk selama2nya... tak sangka, arwah fydo n shafiq pergi dalam sekelip mata..
Minggu ni adalah merupakan minggu getir bagi kebanyakkan students bila mana mereka perlu menjalani final exam utk sem ni... kegetiran itu di tambah lagi dgn berita yg amat mengejutkan semalam.. mmg agak sukar utk menerima ketentuan takdir ini... kawan yg selalunya di jadikan tempat bergaduh, tempat meluahkan perasaan, kini tiada lagi dapat didengari suaranya...
Aku sempat mengenali arwah Fydo dalam tempoh setahun kebelakangan ini.. walaupun belum pernah bersua muka, namun, setiap kali mendengar suara dan berBBM dgn beliau, ianya adalah merupakan moment indah yg tak dpt di lupakan.. aku menganggapnya seperti adik kandung aku sendiri..
Pernah hati aku tersentuh bila mana beliau pernah menelefon aku di tengah malam yg hening sblm aku berlepas ke New York pada bulan Mac yang lalu... katanya, "Akak, sy nak tdo dah lepas ni... takut tak sempat nak call akak nanti.. akak dh kat airport kan? sy just nk cakap kat akak, jaga diri baik2 kat tempat org... ingat saya selalu tau.. jgn lupa ole2 saya"...
Begitu juga kalau time cuti sem.. bila mana aku sibuk masak kat dapur, adik aku akan send gambar apa yg aku masak pd si Fydo... beliau sungguh teruja utk mengetahui apa yg kami hidangkan pada hari tersebut... pernah dalam telefon, arwah berkata pada aku.. "kak, kalau akak datang Kedah, akak bawaklah lauk yg akak masak.. sy teringin nak rasa air tangan akak.. salia selalu cakap akak masak sedap.."
Ya Allah, kuatkan lah hati keluarga beliau, rakan2 beliau dan sesiapa jua yg pernah rapat dan mengenalinya.. Pada mu ku panjatkan doa agar roh arwah Firdaus Tajudin dan Shafiq Bahari di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman.. Amin ya rabbal Alamin..
Semoga roh kalian di cucuri rahmat...
Hati dan emosi aku belum cukup kuat untuk menceritakan apa yg telah terjadi sebenarnya.. setakat entri pendek ni pun air mata aku dah bercucuran.. Untuk mengetahui berita kemalangan tersebut, anda boleh Klik Sini atau di Harian Metro hari ini, muka surat 10..
Al Fatihah...
Takziah.... Smg roh mereka dicucuri rahmat.
ReplyDeleteSama2 kita doakan apa yg terbaik buat mereka..
Delete