Friday, November 29, 2013

~~Pemergian~~

As-salam...

Lama dah rasanya tak update cerita pasal anak2 angkat kami yang kat ladang tu.. Si Tina, Haron, Tijah & Odah katanya.. mereka sekarang ni dh bertukar tuan.. En. Asben telah menjual mereka kepada orang lain.. susah gak nak jaga anak2 lembu ni.. so decide jual mereka dan nak beli yg beso ckit.. lebih senang dijaga dan cepat membesar.. aku bab2 ni memang tak bape nak expert.. semuanya En. Asben yang handle dgn sepupu dia.. keje aku hanyalah melawat kawasan.. huhuhu..

Kebetulan, bulan lepas dalam petang2 ckit aku ajak En. Asben gi menziarah mereka ni.. rupanya pagi tu si Tina dan rakan2 telah di perdagangkan.. tak de rejeki aku lah nak peluk cium mereka buat kali terakhir.. kihkihkih... FYI,  bkn Tina, Haron, Tijah & Odah jer yg kena jual.. tapi semua rakan2 yg seusia mereka telah habis di jual.. ini lah yg di katakan pelaburan.. bila cukup waktunya kita jual.. dan bila tiba saat yg di rasakan perlu, kita beli lagi.. 


Yang tinggal hanyalah mereka ini..


InshaAllah kalian akan dpt pengganti Tina & rakan2 dlm masa terdekat yer..
*___*


Ade ciri2 penternak moden tak? ;)

Sekian sahaja cerita dari ladang...

Add caption

Wednesday, November 27, 2013

~~Souq Waqif, Doha~~

As-salam...

Kali ni tak banyak benda nak citer sepanjang berada di Doha, Qatar sebab last year baru pergi.. then kat Doha ni tak byk tempat menarik.. sebab negara ni baru membangun dalam tempoh seploh tahun kebelakangan ni hasil daripada kejayaan yang baru mereka peroleh dari Saudi mengenai penjualan hasil cari gali minyak mereka..

View from our hotel..

Destinasi mencuci mata kami selain ke Doha City Center, adalah ke Souq Al Waqif yang terletak kira2 15 minit perjalanan dari Hotel.. depends pada traffic jammed jugaklah.. Last year pun aku dh pergi tempat ni..tak de apa sangat sebenarnya yg nak di beli.. aku juz cuci mata dan menghabiskan duit Riyal aku tahun lepas yg  berbaki 45 Qatar Riyal.. Aku pergi kali ni tak tukar duit langsung sebab tau tak de apa nak di belinya.. Dan Alhamdulillah dgn balanced duit last year tu, dapat aku kaut 2 fridge magnet, 1 set bekas pepper & salt dan juga piring hiasan.. itu pun dah memadai..


Kat Souq ni ade jual segala rempah ratus, kekacang, coklat dan mcm2 lagi lah.. Pendek citer, kalau nak masak, datang jer cni.. macam2 ada.. Harganya pun ok..

Souvenir utk pengantin dan barangan baby pun ada..



Haiwan pun ada..











Aku malas nak bergamba beria sangat sebab last year pun dh possing kat tempat yang sama.. cuma baju jer lain.. huhuhu.. ok, tu jer citer Doha... harap2 tak datang lah lagi next year.. kalau nak dtg pun lambat lah ckit.. :)





Add caption

Tuesday, November 26, 2013

~~Selamat Pengantin Baru Sahabat~~

As-salam...

Masa aku gi London baru ni, my bff iaitu si Eton telah selamat melangsungkan perkahwinan dgn pasangan beliau di Kelana Jaya.. Alhamdulillah hubungan yang dibina selama berbelas tahun akhirnya di tamatkan dengan ikatan yang sah di jinjang pelamin pada 26hb Oktober yang lalu... Sori sahabat, tuntutat kerja yang menanti membuatkan kami tak dapat bersama di hari bahagia tersebut... hanya doa mengiringi perjalanan majlis mu... aku hanya dpt pos En. Asben n adik ipar aku je.. huhuhu..

Dan weekend ni pula majlis sambut menantu akan di adakan di Terengganu pula.. and sori again yer sahabat, saya tidak dapat bersama2 anda atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.. Semoga majlis berjalan lancar seperti yang dirancang... InshaAllah..


Selesai upacara nikah dengan sekali lafaz..


Gambar2 ni semua kengkwn aku tagged kat pesbuk..
suka kan bako line? chooii!!



Nasihat buat mu sahabat, selamat menjalani kehidupan di alam rumah tangga dengan penuh kesabaran .. sekarang kehidupan dah berbeza, so segala2nya perlu di hadapi dengan penuh tenang okay.. lebiu..

Add caption

Friday, November 22, 2013

::Spaghetti Bolognese Versi Aku-stik::

As-salam..

Lama dah rasanya tak berkongsi resepi.. almaklumlah lately dapur dh kurang berasap.. huhuhu.. Papepun, aku rasa hepi sekarang ni coz buat masa ni aku dapat meneruskan kehidupan seperti org lain.. yer lah bila dh ujung2 tahun ni, keje dah makin kurang, so masa utk berada di umah lebih mudah di peroleh.. dan yang paling best, aku dapat gi Pasar Borong Selangor utk beli lauk segar dan apa yg aku nak semua ada.. memang best! hehehehe..


Bahan2 :

- Spaghetti, daging kisar, sosej
- Cendawan, serbuk bolognese brand Maggi
- Bawang merah & putih, cili api (blend)
- Sos cili & tomato, lada sulah, stok ayam, mix herbs..

Cara Penyediaan :

- Potong sosej ikut suka hati pastu cucuk kat spaghetti
- Rebus seketika
-Tumis bahan kisar sampai naik bau then masukkan daging
- Masukkan cendawan dan segala sos
- Masukkan serbuk bolognese dan letak air 
- Perasakan ikut tekak masing2..


Siap di hidangkan..

Add caption

Thursday, November 21, 2013

::21hb November::

As-salam...

Anniversary Wishes 

Alhamdulillah kami masih utuh bersama utk tahun yang keempat.. Betapa bersyukurnya aku tak dapat di gambarkan bila di jodohkan dengan org yg kita sayang dan cintai dan dapat hidup bersama dengannya dan InshaAllah akan berkekalan hingga ke Jannah hendaknya.. Amin.. Hari ni genap 4 tahun kami mendirikan rumah tangga..

Bak kata org, lautan mana yang tidak bergelora dan lidah mana yang tak pernah di gigit gigi.. begitu juga dengan kehidupan berumah tangga.. walauapapun dugaan yang mendatang, InshaAllah kami cuba mengharunginya bersama.. Itu janji kami utk meneruskan kehidupan yang ada kalanya di atas dan adakalanya di bawah bersama-sama.. 

Kebahagiaan yang aku kecapi hingga ke hari ini tak dapat di gambarkan dengan kata2.. suami, rasanya kau lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam hati isteri mu ini.. Bersama2lah kita buang sejauh2nya yang keruh dan cedok sebanyak2nya perkara yang jernih demi masa depan kita bersama.. I luv U so much dear.. and again, "Hepi 4th Wedding Anniversary"...


Honeymoon


Ok, abis dah ayat jiwang karat... masuk bab lain plak.. huhuhu.. sempena Wedding Anniversary kali ni, kami plan utk merehatkan badan dan minda di Lexis, PD.. Kami gi ari Ahad lepas dan check out ari Senin.. seronok gler bila dapat cuti tanpa diganggu dgn hal kerja.. dan kebetulan boss tak de kat Malaysia.. sesungguhnya quality time itu adalah satu nikmat yang tak dapat di dustakan..










Dinner

Kalau ikut plan asalnya, ingat nak gi dinner kat luar.. tapi bila fikir2 balik, aku rasa better aku penuhkan perut suami aku dgn air tangan aku sendiri.. so aku tanya En. Asben apa dia nak makan.. Dia juz request udang dan aku tau dia suka gler makan ikan stim limau kat Tom Yam Kung Presint 15 tu.. last week selang sehari kami makan kat ctu semata nak order ikan stim limau.. so last night I tried my best to make him happy and enjoy our dinner..

Our dinner last night..
Resepi akan di kongsikan kemudian.. :)

I : Bang, Anniversary kita nanti abg nak kek apa? ayg ingat nak wat kek..
S : Tak yah lah.. abg tak bape suka makan kek..
I : Alaaa.. tak bestlah..
S : Baik ayg buat apam.. apam mcm dolu2 tu.. yg makan dgn kelapa..
I : Wah.. old school gler abg ni.. ok2.. nanti ayg cuba wat..

Maka hasil kukusan malam tadi...
*_____*



******************************

Oh ye, terima kasih buat my bff yg bagi mixer as a besday present..
Telah aku rasmikan ia malam td..

Add caption

Tuesday, November 19, 2013

~~Cerita Sabtu~~

As-salam..

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke tanah air tercinta pada pagi Sabtu baru ni.. aku harap ini adalah trip terakhir utk tahun ni.. badan dah tak leh nak terima dah rasanya.. penat! penat badan dan fikiran.. almaklumlah sejak dh tua2 ni, badan dah tak seaktif dulu.. puiii! :) So ari ni nak cerita pasal program Sabtu yang lalu...

Pagi 

Aku mintak driver ofis amik aku n my colleague kat epot.. malas nak susahkan En. Asben sbb awal pagi sgt aku sampai.. bila sampai jer umah golek sana, golek sini, mata tak leh lelap.. padahal ngantuk yg amat.. sudahnya aku amik keputusan makan nasi lemak dua bungkus.. ha, sekejapan jer mata aku berat.. terus tido tak sedarkan diri.. masing2 terjaga bila dengar azan.. lalu berpandangan kami sesama sendiri.. aku tanya En. Asben, "bang, ni azan Zohor ke Asar?" Pastu masing2 meraba jam n henpon.. tapi tak jumpa.. rupanya baru azan Zohor.. huhuhu.. terasa lama gila kami tdo.. 

Petang 

Kepingin benor tekak aku ni nak makan lauk pauk kat Tom Yam Kung Presint 15 tu.. sedap benor masakan kat situ... terbayang2 dari dalam flight lagi sebenarnya.. huhuhu.. so calling bff iaitu si Ebob & Su utk jumpa kat sana.. open table & makan besor katanya.. 

Su kata dia dtg lambat sikit sebab Bangi banjir katanya.. tup2 bila dia sampai, surprised!! dia bawak kek utk kami rupanya.. so sweet.. metaceh su.. lebiu..



Scorpio & Sagitarius


Maghrib

Lepas makan, berpecah kononnya.. Ebob balik umah, Su terus gi Alamanda & jumpa balik kat sana nanti.. Aku plak kengkonon nak masuk Mydin jap dgn adik aku cari barang.. En Asben aku tugaskan gi ronda cari parking.. but suddenly, aku ubah fikiran tak nak masuk Mydin.. so aku pun call En Asben kata aku tunggu dpn Mydin.. dekat setengah jam menunggu.. segan wei.. org lalu lalang.. dah lah nak azan time tu.. tapi En. Asben tak kunjung tiba..

I : Abg kat ne? Ayg dh siap..
S : Abg tengah ronda cari parking.. jap ye..
I : Ok.. 

Selepas seploh minit

I : Abg kat ne?
S : Jap, abg jumpa kedai speaker ni.. abg singgah jap
I : Ok

Selepas seploh minit lagi

I: Abg kat ne sebenarnya? meh ayg gi kedai tu jln kaki..
S : Eh! jangan.. abg nak siap dah.. tunggu jap je..
I : Ok..

Selepas 5 minit, baru beliau muncul.. time bukak pintu kete, rupanya ade suprised lagi! hahahahaha.. Abang2... tak pasal2 kena bebel.. gi kedai speaker yer?? ha kan dh kena loud speaker dgn bini... papepun, tq so much bang.. really appreciate it! I luv u..

Ini lah "speaker" yg dimaksudkan
*____*

Malam


Gi main boling sementara tunggu nak tgk cerita hantu siam kul 11pm.. Time masuk kat tempat boling, terkejut badak tgk bebdk ofis ramai gler kat ctu.. rupanya malam tu ade tournament suka sama suka antara kami.. aku tak di maklumkan sebab aku kan tak de kat ofis.. so diaorg semua bersaing, dan kami plak baling ikut suka.. huhuhu.. aku main satu game jer.. pancit wei! lama giler tak melontar.. En. Asben & Su duk bersaing sesama sendiri sampai 3 games.. sape kalah belanja air n popcorn time tgk wayang nanti.. dan kemenangan berpihak kepada En. Asben.. yeaahh!! :)

Cuba tenung dalam anak mata kat atas tu?
huhuhu..


*****************

Alhamdulillah, 28 tahun sudah diri ku ini.. Moga kesihatan dan kebahagiaan yg aku miliki sekarang akan berkekalan hingga keakhirnya.. Amin..

Terima kasih buat kengkwn yg sudi wish besday dan mendoakan kebahagian serta kejayaan aku.. Aku pun mendoakan kalian begitu jua.. Amin.. Dan terima kasih tidak terhingga buat mereka yg sudi memberikan tanda ingatan sempena ulang tahun aku kali ni.. macam2 gak yg aku dapat.. :) Alhamdulillah.. Terima kasih sangat2.. 

Buat mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran sama dengan aku, aku ucapkan Hepi Belated Besday! Org Scorpio tabah kan? :)

Add caption

Sunday, November 10, 2013

::10hb November::

As-salam..

Alhamdulillah hari ni genap 28 tahun aku melihat dunia.. syukur tak terhingga dan terima kasih buat arwah mak yang telah melahirkan aku 28 tahun yang lalu.. terima kasih juga buat bapak yang telah membesarkan aku dan semua ahli keluarga baik family sendiri mahupun family in law yg banyak memberi kekuatan utk aku meneruskan kehidupan ni... 

Kali ni besday aku di sambut di Doha, Qatar... as usual, tuntutan kerja perlu di dahulukan.. penat ke London tak ilang lagi, now kena fly lagi.. what to do kan... huhuhuhu... after Qatar ni, kami straight forward ke Dubai, UAE pulak.. 15hb Nov baru sampai Malaysia.. xsabarnya nak balliiikkkkkkk.... 

Malam tadi tepat kul 12am (waktu Malaysia), dapat sms dari En. Asben.. uuuwwwaaaa.. sambil baca sms, sambil meleleh air mata.. dear, lebiu damn much.. thnx 4 d wishes n nasihat yg sangat berharga itu.. dan malam tadi jugak kul 10pm (waktu Qatar), my colleague ajak lepak starbucks kat cni.. so celebrate kecil2an jer.. huhuhuhu.. then masuk bilik tgk ade perfume atas katil.. tq Cik Adni.. lebiu...

Ok, tu jer nak update setakat ari ni.. thnx a lot juga kat kengkwn dan relative yg wish besday kat aku.. doa2 kalian amat bermakna utk aku.. lebiu guys.. 


Salam kehangatan dari Bandar Doha, Qatar..
*_____*


Add caption

Wednesday, November 6, 2013

~~Corat-Coret London~~

As-salam..

Bertemu Rakan Seperjuangan

Alhamdulillah, peluang untuk menjalankan tugas di London baru-baru ni telah membuka ruang untuk aku bertemu semula dengan rakan2 seperjuangan.. 1st, aku jumpa dgn akak senior kat ofis ni yang jaga rumah persekutuan kat London tu.. disebabkan excited time berjumpa, bersembang tak hengat dunia, lupa nak amik gambar.. huhuhu.. Sori kak june.. Dalam sembang punya sembang, rupanya kak june ni mak sedara kepada member study aku dulu.. alahai.. keciknyalah dunia.. anyway, kak june ni baik sangat.. dua kali dia dtg jenguk aku kat hotel.. dan dua kali jugaklah dia masak dan bawakkan aku bekal.. tq so much kak.. lebiu..

Gambar lelaki kat bawah ni plak adalah junior aku masa study dulu.. beliau kini jadi PA di High. Com. kita di UK.. Junior aku ni dah kahwin dan dah ada anak sorang.. Wife n anak dia pun menetap kat sana.. dan Alhamdulillah juga wife dia skrg tengah pregnant anak kedua mereka.. congrats! ;) Hari tu, dia ni sempat lagi kirim aku mangga muda, daun kesum dan bunga kantan.. ngidam katanya.. huhuhu.. mujur kirim benda yg senang cari.. 

Manakala yang sebelah kiri aku plak tu adalah member satu batch dulu.. Dia baru jer posting ke London 3 minggu yg lalu.. barang2 kargo pun tak sampai lagi.. masih homesick lagi ni.. huhuhuhu.. dan beliau kini di tempatkan untuk menjaga students JPA di UK.. Masih bujang lagi ni.. *___*

Lia, Aku & Herry
Macam tak percaya dapat bertemu mereka..
Take k babe, dude!

Jalan2 Cari Pasal

London ni adalah sebuah negara maju dan bandar yang selamat.. jalan2 tengah malam sensorang pun InshaAllah selamat.. kadar jenayah sangatlah rendah jika di bandingkan dengan negara kita.. jarak antara hotel dgn tempat membeli belah antara 5-6 kilometer.. so bila ada waktu senggang jer, cepat2 aku melarikan diri gi cuci mata n poket.. kuikuikui.. sampai demam2 lah aku dibuatnya sebab keluar gi jenjalan sensorang malam2 dgn cuaca yang sejuk.. hehehehehe..



Harrods

Harrods ni menjadi pusat tumpuan untuk org shopping di Kota London.. Katanya kalau dh sampai London, tak singgah Harrods mmg rugi beso.. huhuhu.. Harrods ni bukan juz jual barangan Harrods jer, tapi mcm2 branded item lain ada dijualnya.. besar nak mampus tempat ni.. sehari meneroka memang tak kan abis.. 









Bicester Village (Outlet) 

Tempat ni terletak lebih kurang sejam perjalanan dari Kota London dengan menaiki kereta.. Bicester Village adalah sebuah outlet yang menjual pelabagai barangan berjenama yang agak murah sedikit harganya jika dibandingkan di Kota London mahupun di Malaysia.. tapi, kat sini kedai2 dia tak sebanyak, tak seluas dan tak semurah di New York.. Buat masa ni, Woodbury Commons, New York is a really great place to shop! :) 








Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™