Perjalanan kami di teruskan lagi.. Masuk hari keempat berada di Jepun, kami memilih utk ke Kawaguchi di mana terletaknya sebuah perkampungan Jepun yg mempunyai pelbagai keistimewaan yg tersendiri di setiap buah rumah yg ada di situ.. Total rumah yg ade kat situ ada 22 buah... Antaranya House of Relaxation, House of Memories, House of Fabrics, Japanese Paper Workshop and etc.. Kawaguchi terletak kira-kira 2 jam perjalanan daripada Bandar Tokyo..
Antara byk2 rumah yg ada kat situ, rumah yg kami paling suka adalah rumah No. 18 coz kami dpt mencuba sendiri pakaian tradisional masyarakat Jepun.. (Mujur ada kimono bersaiz besar.. Kalau x, berputih matalah aku jawabny)...*___*
Sebenarnya Kampung Nenba ni asalnya pernah mengalami kejadian puting beliung yg maha dasyat pada tahun 1966 dan menyebabkan tanah runtuh dan sekaligus meranapkan kampung tersebut.. setelah beberapa tahun, kampung ini di bangunkan semula tetapi bkn utk di diami namun di jadikan sebagai pusat pelancongan..
Sepatutnya, sebelum ke Nenba ni, kami perlu singgah ke Mount Fuji.. tp kalau dh bukan rezeki kan.. Nak di jadikan cerita, time kami pergi ke sini, kabus terlalu tebal.. so kenderaan tidak di benarkan melalui kawasan pergunungan tersebut..
Perjalanan masih belum menemui jalan buntu.. Balik daripada Nenba, kami pergi mencari biskut beras utk di bawak balik sbg souvenir.. time jln2 kat area kedai2 tu, kami ternampak takoyaki... kami pun singgah lah jap utk merasa.. Perghh!! mmg tak rugi rasa beb.. sdp giler!
Selepas beli biskut beras, kami singgah ke area Roponggi plak utk pegi ke Hard Rock utk cari sedikit souvenir n belikan kiriman org.. En. Asben adalah org yg paling excited nk ke sini.. huhuhu..
Sekian sahaja cerita utk hari keempat kami.. masih berbaki 2 hari lagi utk cerita kami sewaktu berada di negara matahari terbit ni.. So, I will continue later k..
Add caption |
ya allah...sonoknya ...jeles tgk pic2 akak...
ReplyDeleteMemang seronok dik..
DeleteAkak doakan satu hari nanti Awin pun dpt jejakkan kaki ke sana k.. InsyaAllah..
Comelnya. Gaya ala-ala shooting filem dah.
ReplyDeleteBtw, cantik rumah baru....
hehehe.. Pelakon tak terkenal..
DeleteUmah baru hadiah menang contest..