As-salam..
Sebulan setengah yang lepas, aku dgn salah orang ofismate gi pasar malam kat Presint 2.. Time ofismate aku tengah pilih lauk, tetibe mata aku terpegun melihat selonggok udang yang sangat cantik kalernya iaitu kelabu kebiru2an.. Terletak di sebelahnya juga adalah selonggok udang yg bersaiz sangat kecil.. bile aku jenguk2 cari tanda harga tak plak nampak.. nak tanya abg peniaga tu, tgk dia tengah bz layan customer lain.. but suddenly aku terpandang kat payung pasar mereka.. mak aii terkejut aku gi letak tanda harga kat atas.. ape kes?? sape yang nampak?? dan tertulis kat board tu adalah UDANG MUARA : RM36/KG..
Kalau fikir logik, takkan udang kecik giler tu RM36 sekilo.. so aku beranggapan udang besar ni lah yg RM36.. tanpa membuang masa, aku pun pilihlah 12 ekor udang ni dgn gembiranya.. then bila ditimbang, mamat tu kata "RM51.45 kak".. terbeliak bijik mata aku dgn opismate aku time tu.. yg opismate aku plak siap bukak dompet dia nak standby takut duit aku tak cukup.. hahahaha.. ape nak buat.. bayar jer lah kan..
Sebelum blah, ade sorang customer ni datang.. dia pun belek2 udang td tu dan tanya kat mamat tu bpe harga dia sekilo.. then mamat tu kata "RM70 bang".. sekali lagi terkujat2 aku mendengarnya.. anyway, seminggu sblm tu, aku ade pergi pasar borong selangor.. udang yg size lbh kurang mcm ni harga dalam RM40 sekilo... so aku andaikan kat pasar ni lg murah.. sekali chooii! hamekk kaw!
Stress punya pasal, aku simpan udang ni dalam peti selama sebulan setengah.. hahahahaha.. tak pasal2 udang jadi mangsa.. tp weekend baru ni aku tewas.. sbb dh bosan makan ayam, so aku amik keputusan utk korbankan udang berharga ni..
Ni lah udang 12 ketul yang bernilai RM51.45..
Menu tengahari kami
udang (RM51) + kangkung (RM2) + Ayam (RM10)
= RM63.00 (Mak Cik Kayo!)
Pesanan aku kepada para peniaga, patuhilah arahan yang diberikan.. papan tanda harga tu kan wajib di letak di setiap produk perniagaan anda.. dan pastikan ianya diletakkan di tempat yang betul.. jangan bila KPDNKK datang baru nak letak harga.. bile KPDNKK blah, tanda harga pun di sorok.. ini bukan cara yg betul dalam perniagaan k..
Buat para pembeli, jangan bodoh sombong nak tanya harga kalau rasa was2.. kalau ikut kan hati, mmg mati.. ikut rasa binasa.. sbb kadang2 instinct kita bukannya betul sangat pun... kihkihkihkih...
**************
Kebengangan dgn peniaga udang terubat di kala ade yg sudi menghulurkan sekotak Red Velvet.. kuikuikui... Alhamdulillah semenjak dua menjak ni rezeki kerap berkunjung.. syukur Ya Allah..
Add caption |
samela brg kt pasar tani igtkan murah tp lg murah kt pasar mlm atau kedai..
ReplyDeletemahei la smp beza rm30 sekilo tu..ish3...xptt2..
kan? semuanya dh mahal.. poning..
Delete