Monday, February 10, 2014

::Kisah Si Empat Segi::

As-salam...

Lesen Memandu

Kisah ni telah aku luahkan di pesbuk pd bulan lalu.. kehanginan aku time ni memang memuncak ke tahap maksimum.. alkisah terjadi sebab aku nak renew lesen memandu aku yg mati bulan November ari tu.. Nak diikutkan masa bulan November aku mmg bz dan ade trip obersi.. so aku memberanikan diri memandu di atas jalan raya tanpa menghidupkan lesen... mujur nasib aku baik tak de pape perkara yg tak di ingini berlaku.. Alhamdulillah..

So pada pertengahan Disember, aku pun pergi ke JPJ Bangi.. time tu nombor aku lg seratus lebih.. tunggu punya tunggu, sekali sistem offline.. ok, aku boleh bersabar lg time tu sebab aku mmg free kebetulan boss tak de.. tp byk giler org merungut kat ctu sebab katanya dh kerap sgt benda yg sama berlaku..

Selang dua minggu, aku nekad amik cuti coz nak renew lesen kat JPJ Banting.. dengar feedback kat cni servis not bad.. so aku pun pepagi bute dh memunculkan diri kat sana bertemankan adik aku.. masa amik nombor, nombor giliran aku yg ke seratus lebih gak.. so utk membuang masa, aku pun pergilah lepak kat The Store, KFC, Surau kat Petronas, Kedai Mamak n Kedai Majalah.. dalam pukul 4.30pm, aku gi jenguk, nombor aku lagi 20.. dalam hati, sempat ke tak sempat ni.. tp aku tetap sabar menanti..

Lg 5 minit nak pukul 5pm, dan no aku time tu berbaki 2 no. lagi.. tiba2, datang pak cik guard lalu bersuara, "maaf yer tuan2 dan puan2, kaunter kita tutup pukul 5pm, so sape yg no. tak dipanggil boleh dtg hari berikutnya"... time tu aku memang dh panas dah.. org2 lain kat belakang pun dh bising.. antaranya ada yg cakap "lain kali nombor tu control lah.. kalau tak boleh nk serve byk, jgn keluarkan no byk2".... "buang masa org jer"... dan mcm2 lagilah.. time tu aku cuba control kesabaran yg dh semakin menipis ni.. bile semua dh beredar, dan tinggal aku dan 2-3 org lagi, kami pun cuba menggunakan taktik memujuk rayu.. "Encik, tak blh tolong ke, no. saya lagi 2 jer lagi.. please".. dan muncul seorang pegawai JPJ pompuan yg garang.. "tak boleh.. mintak maaf.. kalau sy buat mcm ni, nanti semua org pun nak"

Fine! Fine! kesabaran aku makin di uji.. dgn tangan menggigil2, aku pun menyuarakan apa yg terbuku di hati kat para pekerja JPJ di kaunter tu.. "I'm very upset dgn sistem JPJ ni.. tak salah nak upgrade sistem.. tapi biar semua keperluan mencukupi.. ni dgn sistem asyik offline,  sistem bernombor tak dikawal, dgn staff tak cukup, semuanya nak diubah secara mendadak.. sy ni duduk di Putrajaya, ari tu sy pergi JPJ Bangi, sistem offline, ni sy pegi Banting dr pagi sy datang siap amik cuti, mcm ni plak jadinya"...

Maka pak guard td pun masuk campur.. "Puan, kalau tak puas hati, puan boleh isi borang dan hantar ke JPJ Padang Jawa, Shah Alam"... aku dgn keadaan bengang ni pun menjawab.. "tak pe pak cik, tak perlu lah sy nak menghantar aduan sy ni jauh2 ke Shah Alam tu.. saya akan hantar direct ke JPJ HQ di Putrajaya.. Saya tak salah kan para petugas sebab mereka buat sehabis baik.. sy marah dkt pengurusan atasan yg melaksanakan sistem tanpa mengambil kira kesannya kepada org ramai".. dan time tu salah seorang petugas JPJ yg agak hensem berdiri dan menunjukkan isyarat thumbs up kat aku sambil berkata, "bagus kak, report jer kat HQ tu biar dia tau.. asyik kami jer di persalahkan".. 

Mujur mamat hensem tu muncul, cair ckit ati aku.. kuikuikui.. fyi, 2 minggu berturut2 di dada2 akhbar, melaporkan perkara yg sama.. org ramai sana sini menyuarakan hasrat tak puas hati dgn sistem yg sedang di upgrade tu.. dh elok2 blh renew kat pej pos, di hentikan pulak perkhidmatannya.. so org ramai byk membuang masa di kaunter JPJ sehari suntuk.. urusan yg sebelum ni hanya menelan waktu lebih kurang setengah jam, dgn adanya sistem baru, org ramai terpaksa menghabiskan waktu sehari suntuk kat JPJ... dan ada juga yg mengatakan bahawa urusan mereka still tidak selesai walaupun dh 3 hari tercongok kat JPJ tu.. 

Selang seminggu, my bff antar mesej "Aa, baik ko gi Pej. Pos sekarang.. bdk ofis aku br renew lesen kat Pej. Pos Parcel B.. dh boleh buat lesen kat Pej. Pos wat masa ni".. maka aku dgn sepantas kilat mengarahkan ofis boy aku utk renew lesen aku dgn kadar MAKSIMUM! hamekkk!! 5 tahun terus aku renew dgn harga RM200.. puas ati aku.. hahahahaha.. harap2 aku tak lupa utk renew lesen lagi 5 tahun.. lame tu... hikhikhik..

Gara2 menatang ni, darah aku naik mencanak2.. :)



Enrich Card

Selama 4 tahun menjadi pelanggan setia MAS, aku masih lagi memegang kad keahlian yg diberi nama "Enrich Blue".. Dan akhirnya, pada awal tahun ari tu, aku telah di upgrade utk menjadi pemegang kad "Enrich Silver".. yahooo... yabedabedu!! dan paling aku bersyukur, Enrich point aku dah melayakkan aku utk menikmati penerbangan percuma pegi balik ke London.. Alhamdulillah.. tp entah bile aku nak redeem pun aku tak tau.. huhuhu.. yerlah tahun ni mmg aku dh letak jawatan utk fly ke  sana sini.. tengoklah tahun dpn mcmane.. :)

By the way, di sebalik Enrich Silver ni, tersimpan satu kisah.. masa aku bukak peti surat ari tu, aku ternampak satu envelope dan tercatit tulisan tangan yang berbunyi begini "Sori Puan, sy jumpa surat Puan ni kat Lobi Blok C dalam keadaan basah dan terbukak.. so saya masukkan balik dalam peti surat Puan.." Terima kasih.. Yang benar, - Budak Pailang"...

Kihkihkihkih.. tergelak2 aku dgn laki aku baca tulisan budak pailang ni.. anyway, aku sgt berterima kasih kat budak pailang ni sebab jujur dan bertanggungjawab.. kalau ade sesapa yg mengenali budak pailang ni, bglah tau aku yer.. aku nak belanja dia makan.. terhutang budi rasanya... :)

From blue to silver.. Alhamdulillah.. :)

Add caption

3 comments:

  1. sbaik la muncut mamat ensem tu kan dan sbaik juga dah boleh renew kt pej.pos kalau tak..ade yg pejabat JPJ kene serang amuk nti..huuhuh

    waaa...free to London..nak ikut boleh??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik.. kan? kalau x ade plak laporan JPJ sana sini kena bako.. hahahaha..

      Jom2... (walaupun xtau bile)

      Delete
  2. Waalaikumsalam.. thanks sudi singgah..

    InshaaAllah..

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™