Wednesday, May 15, 2013

~~Mandi Manda~~

As-salam..

Lately cuaca panas giler.. dapat berendam kat air terjun mmg terbaik.. anyway, aku nak share sedikit cerita time kami gi mandi manda kat Sungai Gabai 3 bulan yg lepas.. entri ni mmg agak basi.. tapi aku tetap nak share di sini..

Ini adalah pengalaman kali kedua aku ke Sungai Gabai.. Last aku pergi ke sini adalah dlm 8 tahun yg lepas.. masa tu pergi dgn arwah mak.. mak time tu teringin sgt nak ke sini.. so aku gagahkan juga mencari jalan utk ke Sg Gabai ni.. Kali ni aku pergi ke sini dengan En. Asben, adik2 ipar dan sepupu sepapat mereka..


Yang menyeksakan aku untuk ke sini adalah kita terpaksa mendaki anak tangga yg beratus2 tu utk dpt view yg agak cantik kat sebelah atas.. nk di ikutkan kat bawah pun ade port yg ok.. tp mereka ni tak nak.. katanya kalau lepak bawah nanti dpt air kencing org atas jer.. ngok ngek betul!

Yang ni kat pertengahan jalan on d way nak ke atas.. cantik view kat cni.. tapi tak leh nak lepak sebab pondok usang tu tinggal tunggu masa jer nak rebah..


Alhamdulillah... sampai jugak kami kat blah atas kawasan air terjun ni.. nak di ikutkan, ade lg port yg lebih tinggi.. tapi kami kaum hawa hanya mampu lepak setakat ni jer dan membiarkan kaum adam mendaki ke kawasan lbh tinggi demi utk kepuasan mereka..
  



Sekarang kalau kita pergi kebanyakkan kawasan riadah dah tak sama mcm dulu kan? byk kawasan di Malaysia ni yg semakin tidak terurus dari segi pengurusan kebersihan... time pergi sini aku sbnrnya seram gak bile melihat kawasan sekitar yg agak kurang terurus.. mulalah aku terfikir tentang penyebaran virus kencing tikus.. Nauzubillah.. mintak di jauhkan.. 

Walauapapun, kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman... justeru, tanamkanlah dalam diri kita untuk menjadi seorang yg sayangkan alam sekitar.. walau kemana pun kita pergi, make sure jangan kita tinggalkan sampah sarap sewenang2nya.. biarlah kenangan sahaja yg kita tinggalkan di sesuatu tempat itu dan bukannya kekotoran yg akan membawa kemusnahan terhadap alam sekitar dan generasi akan datang.. 


2 comments:

  1. Dah lama x lepak sini. Seronok kan piknik dgn family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp dh tak bpe best kak suasananya.. Tp air tetap sejuk! hehehehehe

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™