Monday, January 6, 2014

::Dating Bersama BFF @ Opismate::

As-salam...

Kejadian berlaku sehari selepas krismas ari tu.. sajer bawak bff @ opismate jenjalan kat Sepangnyol.. diaorg rasa nak berkenalan dgn Sepangnyol sebab selalu asyik dengar aku citer jer kan.. sesekali nak rasa gak penangan Sepangnyol.. huhuhuhu.. kami gerak berlima dari Putrajaya jam 10am, dan pulang ke sangkar pada jam 7.30pm.. 

Aktiviti I - Massage

Acara di mulakan dengan memperkenalkan mereka kepada tukang urut aku.. hameeekk kaw! hanya 3 org jer yg sempat urut sebab setiap org yg mengurut telah mengambil masa selama 1-2 jam.. kalau semua nak mengurut, mmg kena tido sanalah gamaknya.. kalau ikut planning asal pun, memang kami nak tido sana.. tp semua chalet or homestay penuh.. cuti panjanglah katakan.. papepun, semuanya suka dan serasi dgn teknik mengurut mak cik tu.. dan semua jadi "gian".. konon nak repeat lagi.. :) **gambar time massage mmg tak de lah kan.. giler nak letak?**

Aktiviti II - Lawatan ke Kilang Kerepek

Ni aktiviti memenuhi nafsu dan mengeringkan poket.. memasing tak berhenti2 duk merasa segala tester kerepek yg ada.. pastu  bingung nak wat pilihan sebab semuanya sedap.. kuikuikui... sudahnya, penuh tangan memasing jinjit plastic bag.. :)


Aktiviti III - Makan Seafood

Ni aktiviti yg paling dinanti2kan.. sedapnya lahai makan seafood di waktu petang sambil di tiup angin sepoi2 bahasa.. asiiikkk!! sebagai warga Sepangnyol, aku recommend sgt kepada sesapa yg nak gi makan kat Bagan Lalang, pegi lah makan kat Restoran Bayu Malam a.k.a Ikan Bakar Wak Lan.. harganya sangat berpatutan dan sedap!





Sahabat Dunia Akhirat.. 
Mereka aku anggap seperti keluarga sendiri..

Aktiviti IV - Bersiar-siar di Tepian Pantai

Sementara menunggu makanan tiba, ayuhlah kita bersiar2 di tepi pantai sambil menghirup udara segar.. tenang jer rasa dapat pijak pasir dan tengok sunset.. petang tu tak ramai orang sangat.. So memang syok bila dapat buat macam pantai sendiri.. :)





Add caption

4 comments:

  1. Sepangnyol yea, hehehee... sane best makan ikan bakar, sambil menghirup udara laut yg nyaman....heehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. br nampak international sikit kalau sebut.. :)

      kan? selamat dtg ke sepangnyol..

      Delete
  2. next time mesti bawak akak anak-beranak ke sepangnyol gak eyh. mesti besttttttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. opkos! mesti meriah anah n izz main pasir.. kalau ade nia pun best.. :)

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™