Friday, January 3, 2014

~~2013/2014~~

As-salam..

Walaupun hari ni dah masuk hari ketiga dalam tahun 2014, tapi aku rasa belum terlambat nak cerita ceriti pasal pengalaman yang telah di lalui sepanjang 2013 dan awal 2014 ni... tak yah panjang2 sangat lah kan.. juz ringkasan sudah..

2013

Alhamdulillah dapat menempuh pelbagai pengalaman di usia 28 tahun sepanjang 2013... kehidupan as usual, suam2 kuku.. yg paling penting kebahagian dan kegembiraan di samping keluarga dan sahabat handai tidak sesekali dilupakan.. kasih sayang dan moral support dr mereka ini sangat memberi kesan besar terhadap diri aku.. 

Alhamdulillah dari segi kesihatan, aku dapat turunkan berat badan sebanyak 13kg.. dan aku harap aku tak naik mendadak di tahun 2014 ni.. ekceli, bile badan tak bape nak berat, sebenarnya ia memudahkan pergerakan kita.. tapi bukan senang nk berlawan dgn mental dan emosi ni.. so, semuanya kena tough!

Alhamdulillah.. percutian seperti yang dirancang telah dapat ditempuhi dengan jayanya baik dgn En. Asben mahupun kengkwn.. tahun ni tak de plan lagi.. tapi rasanya banyakkan berehat dan tak kemana2 kot.. kena jimat2 ckit n kumpul duit sampai bertingkek2.. kuikuikui..

Dari segi kerja, tiap2 tahun pun memberi tekanan yg hebat utk aku.. tahun ni rasanya aku nak pencen dari kebizian.. huhuhu.. lain mcm bunyinya.. perjanjian antara aku dan boss telah termeterai semalam.. so aku harap beliau dapat mengotakan janjinya.. aku harap sangat!

Kesimpulannya, kenangan dan cabaran pada tahun 2013 membuatkan aku bertambah matang dan mempertingkatkan lagi tahap kesabaran yg sedia ada.. seperti kalian, aku  juga telahpun di uji dengan pelbagai perkara dan InshaAllah semuanya mematangkan lagi fikiran dan kehidupan aku selepas ini.. 

2014

Walaupun ianya baru sahaja bermula, tapi pembuka bicara 2014 ini banyak perkara manis telah mencorakkan kehidupan kami.. antaranya, pada 1hb yang lalu, mak mertua aku genap mencecah usia 54 tahun.. dan aku berharap sgt kegembiraan dan kebahagiaan yang beliau peroleh skrg ni akan menjadi saat manis yang tak dapat dilupakan.. InshaAllah.. buat mak, terima kasih banyak2 atas pengorbanan dan doa2 mak selama ini buat kami.. kami sayangkan mak sangat2..

Dan tahun ni aku berazam utk memperbaiki kehidupan agar dapat menjadi hamba yg taat pada penciptaNya, isteri yg lebih disenangi suami, anak yg tidak membebankan org tua, pekerja yg komited, sahabat yang sejati buat rakan2nya dan individu yang berguna kepada masyarakat... InshaAllah.. 

(gambar hiasan)

Hidup ini adakalanya berada di atas & tak mustahil akan jatuh ke bawah..
Hidup ini juga punya pasang dan surutnya..
Apa2 pun, kesabaran adalah kunci sebenar dalam kehidupan..


Selamat Menyambut Tahun 2014!


Add caption

8 comments:

  1. apakah?.. kuar dr tembok itu hee.., kat luar pon sm pahit manisnya..wpon x sepahit disitu, semlm nampak eo pendek tu kat foodcourt..akak pon mls nk tgk dia..pastu rupanya dok kalut2 ada sus dato tu..mai klinik kot ada kapas mcm lps amik darah kat lengan..nmpak shamsul..tgk jerlah dr dekat bkn jauh..

    ReplyDelete
  2. hehehehe.. xkluar lg kak dr tembok ni.. cuma try utk pecahkan tembok jer.. :)

    Akak rindu ke kat EO tu? :)

    ReplyDelete
  3. Waaa..dpt trn 13kg..hebat!share la ape2 tips..N pun thn ni kene kuatkan smngt la nk loose weight..

    ReplyDelete
  4. InshaAllah Ann.. one day saya akan share jugak.. :)

    ReplyDelete
  5. nk komen dlm bentuk point:

    1) tahniah.. dh berjaya turunkan 13kg. thn ni turunkan lg 13kg jom!
    2) u ols baru 28thn muda lagi. i ols dh 32thn dis year. mak dh tua nyah!!!
    3) muda lg mak mertua lea. walaupun ibu kandung dh xde, dpt juga menumpang kasih ibu mertua yg baik hati, alhamdulillah... semoga hubungan yg baik dan mesra ini berkekalan sampai bila2.
    4) akak doakan azam lea utk 2014 ni tercapai insyaAllah amin. mana tau thn ni ada berita baik ke? ehem ehem! *buah zuriat tu dh makan ke belom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) tahun ni tak leh lah kak nak turunkan lagi.. lemak dh abis.. kuikuikui..

      2) ye ke dh 32 thn? nmpk mcm br 23 jer.. :)

      3) Alhamdulillah.. amin... syukur sy dapat pengganti ibu yg baik...

      4) ehem2!.. lalalalalala...

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™