As-salam..
Bebanan
Sebenarnya nak meluahkan sejak minggu lepas lagi.. tapi sebab bz, aku simpan dalam2.. tp aku dh berjanji dgn diri sendiri by hook or by crook, mesti akan aku coretkan jugak kat blog ni.. apa yg nak aku kongsikan ni adalah pengajaran utk diri aku sendiri.. yg mana nak terasa mahupun tidak, terpulanglah..
Sebenarnya aku berbalam jugak bile dh ujung2 tahun mcm ni org dh sepatutnya rileks2, tp aku dgn beberapa org rakan kat bahagian aku ni kena berhempas pulas wat keje.. bukan nak merungut atas tuntutan keje mcm ni, tapi rasa bengang bile keje yg banyak tidak di bahagikan sama adil.. yg lemah pasti kena buli, yg kuat goyang kaki.. ini TIDAK adil! aku pun tak tau sampai bile aku harus bertahan kat cni.. mintak keluar kena ungkit.. payah kalau terhutang budi ni.. memang tergadai mental dan body!
Keje banyak macamane pun kalau tak de yang menekan dan cakap baik2, masih boleh kami terima.. ini setiap kali buat event besar, mesti nak berangin je kejenya.. benda kecik di perbesar2kan.. mulut dah lah tak de insurans.. tak fikir dulu setiap perkataan yg di keluarkan tu mengguris hati org atau pun tidak.. sumtimes aku terfikir, aku ni sebenarnya keje dengan manusia atau syaitan? adakalanya keje yang kami lakukan di luar batasan kemampuan fikiran.. yang tak boleh pun jadi boleh.. tapi hanya utk "mereka".. kalau golongan marhaen spt kami ni, peraturan WAJIB di patuhi! Depan mata aku ianya terjadi.. dah terang2an buat salah, dan dendanya adalah sebanyak RM3,200.. tapi di sebabkan kuasa dan kedudukan, dari RM3,200 hanya menjadi RM100.. kalau golongan marhaen yg melakukan kesalahan seperti itu, denda tetap denda! bayar tetap bayar! adil kah seperti itu? tepuk dada, tanya hatilah kawan!
Semalam sembang2 dgn BFF.. kami PA seluruh Malaysia ni menyuarakan ketidakpuasan hati sebab elaun antara kami belum tentu sama.. ade sesetengah jabatan tak approve elaun DWI BAHASA utk PA yg berjumlah RM85 per month atas alasan, "PA sekarang dah tak guna trengkas dalam keje seharian"... fine! jawapan sangat menghiburkan hati.. tapi, perkara seperti ini tak terjadi plak pada golongan atasan.. antara elaun yang mereka peroleh adalah di panggil ELAUN KERAIAN.. banyak plak tu jumlahnya.. hari2 ke mereka meraikan orang?? yg depan mata aku ni terang2an nampak hareemmm nak meraikan staff sendiri apatah lagi org luar.. kalau yg "dibawah", cepat betul di kenakan tindakan.. inilah yg di katakan gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang laut jelas kelihatan.. ini yang dipanggil diskriminasi!
Tekanan
Setiap hari, rata2 dari kita sama ada yg tinggal di kampung mahupun di bandar, yg org Kerajaan atau Pembangkang, yang tua atau yg muda, tidak berhenti dari memperkatakan tentang keNAIKkan harga barangan dan taraf hidup.. rasanya bab ni tiada siapa yg boleh menafikannya.. setiap dari kita pasti merasai bahang keNAIKkan ni..
Tapi apakan daya.. siapa kita untuk menghalang dari keNAIKkan semua ini.. ade tak de kita ni lah yg kena mengubah cara hidup dengan cara berjimat-cermat agar lebih "senang" kehidupan kita kelak... bagi aku, InshaAllah aku boleh mengurangkan apa yg lebih dalam kehidupan aku daripada sebelumnya.. tapi, bagi mereka yg sebelum ni cukup2 makan dan kais pagi, makan pagi, mcmane lah agaknya yer.. pernahkah kita terfikir akan golongan seperti mereka ni? aku masih mempunyai sedara mara yg org kata dah tahap WAJIB duduk rumah sebab tak boleh keje di sebabkan beberapa penyakit kronik yg dihidapi.. tapi, di sebabkan tanggungjawab pada keluarga, mereka masih perlu keluar mencari rezeki dgn keadaan kesihatan yang sebegitu rupa..
Itu belum lagi keluarga yang hidupnya di bebani dgn bayaran bil hospital kerana ada ahli keluarga yg masih/pernah dirawat di hospital.. walaupun masuk hospital kerajaan, duit pasti perlu di sediakan.. jika kita kakitangan kerajaan, Alhamdulillah, ahli keluarga masih boleh menarik nafas lega.. tapi kita jgn alpa dan membangga diri kerana di luar sana masih ade yg tertekan dengan bebanan bil2 hospital yg perlu ditanggung.. aku pernah merasai tekanan seperti ini masa arwah mak menetap 9 tahun lamanya di hospital..
Rasanya cukuplah setakat ni apa yg ingin aku luahkan dan kongsikan.. yg buruk datangnya dari diri aku sendiri dan yang baik itu semuanya dari Allah S.W.T... buat sahabat2 semua, La Tahzan Innallah Ma'ana.. (Jangan bersedih, Allah bersama kita)...
**Mujurlah ade green tea.. dapatlah kurangkan sedikit stress..
Tq so much org di Jepun atas kiriman ini.. I really appreciate it!**
Add caption |
2 hr lps dh taip pjg2 komen kt cni tp tetiba internet corrupt. pastu komen pun hilang. sedih...
ReplyDeletehehehehe.. alaa taip lah balik.. nak tau gak.. :)
Delete