As-salam..
Sabtu baru ni keluarga sebelah En. Asben ada wat sedikit majlis doa selamat dan makan2 utk ahli keluarga bagi meraikan hari jadi nenek yang ke 85 dan family day kecil2an kengkononnya.. plan asal nak tempah jer makanan, then kami juz prepare utk wat bbq.. tapi bila tiba masanya lain plak jadinya.. huhuhu.. sudahnya semua pakat nak masak sendiri hidangan utk hari tu.. aku rasa dah macam nak wat kenduri kawin pun ade.. penat giler kot.. dah lah ahli keluarga En. Asben ni ramai..
Pada hari kejadian, En. Asben tak de sebab kena outstation ke Pantai Timur.. So aku balik kg sensorang tengahari tu.. sampai2, aku tengok menu utk lunch dah sedia terhidang.. so aku pun tinggal makan jer lah kan.. lps makan baru prepare masak utk doa selamat pada petang tu..
Tema khemah adalah warna warni aidilfitri.. huhuhu..
Antara menu yang dihidangkan adalah :
Soto, laksam, nasi goreng, kuih muih, mi grg, satay, lauk pauk
Rambutan yang sangat berlambak
Petang tu ada pertandingan mewarna utk bebudak.. Utk ahli keluarga yang dah berkahwin pulak, memasing dapat cenderahati berupa biskut Jacobs satu tin & kordial.. hehehehe... jadilah kan.. fyi, setiap ahli keluarga yang telah berkahwin di wajibkan membayar RM50 bagi majlis ni..
Menu utama yang ditunggu2 ialah kambing, ikan dan ayam bako..
Inilah yang paling dinanti2kan oleh aku.. iaitu nasi ambeng.. Tapi sedih.. aku tak dapat rasa pun.. tengah sibuk2 kat dapur, sampai lupa nak grab sebungkus.. rupanya ni utk org kampung yang datang baca doa selamat utk nenek.. :( takpe2.. aku akan mintak mak repeat wat lagi.. hehehehe..
So petang tu hanya di adakan bacaan doa selamat utk nenek.. malam barulah acara sebenar di mulakan iaitu makan2, sembang2, penyampaian hadiah dan perlantikan AJK utk program2 yang bakal di rancang selepas ini...
Keadaan nenek yang dah semakin uzur..
Buat nenda tersayang, semoga nenek di kurniakan kekuatan dan ketabahan utk meneruskan kehidupan kat dunia ni.. dan kami sebagai cucu2 mendoakan agar nenek tabah menghadapi segala ujian daripada Nya.. Selamat Hari Lahir yang Ke 85 buat Nenek Sally tersayang..
Add caption |
meriahnye besday nenek..
ReplyDeletesemoga nenek sihat sejahtera..amin..
Amin.. Tq Ann..
DeleteInshaAllah..