As-salam...
Introduction
Hati mana yang tak tersentuh bila melihat keadaan saudara mara kita yang sedang di landa musibah banjir baru2 ni, baik di selatan mahupun di pantai timur.. kesukaran melalui detik2 seperti itu pasti tak kan dapat di lupakan... 1st aku tengok wajah2 dan keadaan rumah mereka, terus aku teringat pengalaman masa zaman budak2 aku dulu.. Kawasan rumah aku memang mudah dinaiki air.. asal ujung tahun jer, memang kami dah bersedia untuk menempuh bah yang besar.. bile time ujan lebat, kami penduduk kampung memang tak dapat tido lena.. kadang2 time tido tengah malam terdengar suara org bising2.. bila keluar tgk air dah memenuhi jalan raya..
Had Kelajuan
Aku & abg aku ada cara untuk mintak mak aku bersiap sedia kemas barang kat umah dgn cara mengukur paras kelajuan air.. contohnya macam gambar kat atas ni.. first, kami letak batu di atas jalan raya pada paras terkini air (A).. dalam masa sepuluh minit, kami tgk air tu boleh pergi jauh mana (B).. kalau jarak dari A ke B sangatlah cepat, maka banjir besar akan melanda kampung kami sebab kehadiran air sangatlah laju time tu.. dan kalau air dari paras A ke B bergerak sangatlah lambat, so kami wat bodoh jer.. malas nak kemas barang.. sebab rumah kami keadaan tanahnya agak tinggi sikit berbanding jiran2 yang lain.. boleh faham? lantak lahai faham ke tak.. sebab ni teori geografi+kimia aku dgn abg aku.. so hanya kami jer yang faham.. hahahaha..
Mangsa & Pemangsa
Aku ni memang takut sikit dengan banjir.. sebabnya aku geli air kotor, kedua aku takut dengan pelbagai haiwan yang muncul time air naik ni.. almaklumlah rumah2 haiwan ni juga di limpahi air, so mereka akan berenang2 kat permukaan air utk mencari penempatan baru ataupun mangsa.. dan ade sesetengah haiwan tu, mereka akan melekat di dinding2 rumah bagi mencari kawasan selamat.. time tu aku memang duduk jer atas katil tanpa kemana2 sebab aku geli giler dgn menatang2 tu.. itu lah satu2nya benda yang paling aku benci time banjir menimpa.. fobia sampai sekarang kot! hehehehe..
Bagi sesetengah kengkwan aku, musim banjir adalah pesta buat mereka.. yer lah budak2 kan.. seronok main air.. dan kebanyakkan dari mereka ni sangat kebal.. sampai pergi memburu lintah pastu kumpul dalam botol okay.. thats y aku suka duduk dlm umah sementara menunggu bot sampai.. sebab kalau aku keluar jer umah, aku adalah mangsa buli mereka.. diaorg ni termasuklah abg aku suka sgt campak2 lintah kat aku.. aku benci!!!! sumtimes benda tak de pun, tapi suka menyakat aku.. aku ingat sampai sekarang wei ape korang wat kat aku.. aku dendam okay.. hahahahaha..
Penempatan Banjir
Aku dgn abg aku dulu kan teringin bebenor nak duduk kat tempat penempatan mangsa banjir yang telah disediakan baik di sekolah mahupun di dewan masyarakat.. tapi, setiap kali banjir mesti kitaorg akan duduk dekat umah sedara-mara yang lain.. so tak dapat merasai suasana duduk ramai2 tu.. paling lama pun kami duduk adalah 2 jam sebab nak tunggu pak cik aku dtg.. bila banjir dah surut, kengkwn aku suka bakar line.. "best wei duduk kat dewan/sekolah.. 24 jam boleh main.. tak yah baca buku.. makan ramai2.. sedap!".. aku hanya mampu jawab "ooh ye ke?"
Time banjir dulu, mesti akan ada wartawan dari station tv yang akan datang ke kampung kami.. time wartawan tu interview mana2 penduduk kampung, kami bebudak hingusan ni mesti akan berebut2 nak ada di belakang org yang di temuramah tadi.. masuk tv kann.. sape tak nak.. mestilah batak.. hahahaha.. pastu nanti bila dh bukak sekolah, adelah kengkwn yang tinggal di kawasan lain cakap "eh, ari tu aku nampak muka ko masuk tv".. mau tak bangga? :)
Penutup
Papepun, Alhamdulillah setelah pendalaman sungai di lakukan, kampung kami telah bebas dari amukan bah yang besar tu.. Syukur sangat2... tapi pengalaman yang telah kami lalui amatlah berharga dan tak kan dapat dilupakan.. aku amat bersimpati dengan mereka2 yang terlibat dalam banjir ni.. Doa aku, agar mangsa-mangsa banjir kita ni banyakkan bersabar, tabah dan redha dengan apa yang telah menimpa.. Mungkin ini adalah ujian dariNya untuk menguji tahap keimanan kita bila mana dilanda musibah.. dan satu perkara yang boleh kita banggakan adalah keprihatinan masyarakat kita yang amat ringan dalam menghulurkan bantuan.. syukur sangat.. tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.. dan satu lagi pesanan aku, time dalam keadaan gawat seperti itu, kita janganlah terlalu demanding.. terimalah apa sahaja yang diberi dengan hati terbuka tanpa merungut.. kerana dalam susah kita, ada lagi ramai di luar sana yang lebih menderita kehidupannya berbanding kita.. sekian..
**Lakaran artis di atas adalah sangat menggerunkan..
Mohon di maafkan... **
*_____*
Add caption |
pengalaman banjir pasti tak dpt dilupakan.. betol tak Saleha?
ReplyDeletehope pulih segera...kesian rumah rumah mesti ade yg total lost kan?
betul tu eMMe.. hanya mereka yg pernah mengalaminya punya pengalaman yang tersendiri..
ReplyDeleteTu lah pasal.. ade yg kurang bernasib baik sampai habis ranap semua rumahnya.. dugaan masing2..