As salam..
Siapa yg mengenali aku sedalamnya, mereka akan tahu bagaimana perangai aku.. aku bkn org yg terlalu sensitif sampai nak sentap tak tentu pasal.. aku sgt jarang terasa hati dgn sesiapa.. but once bila aku berkecil hati dan di sulami dgn air mata, itu maknanya hati aku jd semakin kecil dan menjauh... Hari ini aku benar2 berkecil hati.. tak sangka org yg kita percaya dan kita jadikan sahabat untill jannah tidak sama seperti apa yg kita sangka.. bg aku, apa yg terjadi di sekeliling kita haruslah di fikirkan daripada sudut yg positif..
Pada masa ini lah kita akan nampak siapa kawan dan siapa lawan.. bila masuk bab politik, masing2 punya pendirian tersendiri.. tapi, jgnlah sampai kawan nak di jadikan seteru hanya di sebabkan kita tidak sehaluan.. tidak perlu membida rakan yg lain utk berjaga2 dgn aku.. Aku bukannya ada M16, senapang gajah atau seangkatan dengannya utk mengingatkan mereka agar berhati2 dgn aku.. bg aku, ingatan itu sungguh tidak mesra utk di gunapakai masa ini.. jika benar sahabat kita mengenali dan ikhlas dgn tali persahabatan yg di bina, maka tak akan berlaku unsur2 was2 itu.. never!!
Sebelum ini kita mesra, berkongsi rasa dan bertukar pandangan.. tp tidak pernah sekelumit terlintas di fikiran utk aku berpesan dgn rakan2 yg lain agar berhati2 dgnnya.. kerana bagi aku, hubungan persahabatan itu sgt murni dan syumul.. ianya tidak dapat dijual beli.. mungkin smlm kita ade terlepas kata.. tapi hari ini, mengapa kita sanggup mengulanginya.. tanpa sedar atau tanpa niat kdg2 kata2 kita menyinggung perasaan org lain.. tp kita dgn mudah beranggapan bahawa kita tersilap tutur kata dalam berbicara.. dan mereka akan memaafkannya.. semudah itu yg kita ungkapkan.. tp kita tak tahu bagaimana terhirisnya perasaan mereka..
Masing2 telah dewasa dan matang.. jadi sepatutnya kita berfikir dari sudut yg kreatif dan sihat.. tidak perlu di depan kita di jadikan keterpaksaan untuk angguk2 geleng2, tapi di belakang kita menyinsing lengan.. usah menjadi seperti pokok semalu dan ulat gonggok.. br di sentuh terus memberi reaksi spontan.. kita masih ada masa utk berfikir..
Kita manusia punya minat dan kecenderungan ke arah sesuatu perkara.. itu adalah nikmat yg sememangnya tidak dapat didustakan.. dari itu, hormati jua hak dan minat org lain.. usah kita taksub bahawa apa yg kita minat akan sama dgn org lain.. peminat politik dan bola tiada bezanya.. jika kita rasa tiada gunanya kita berdekah2, namun tiada pulangan yg kita peroleh, maka dari itu usahlah kita meletakkan diri kita di situasi berkenaan.. kerana perbezaan fahaman ini sekali lagi akan mengganggu gugat tali persahabatan.. mencegah itu adalah semujarab2 ubat..
Di petik dari Hadis Riwayat Muslim :
"Seorang Muslim adalah saudara Muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya"
Usah menjadi api dlm bersahabat..
Kelak, di khuatiri api itu akan menyambar diri sendiri...
No comments:
Post a Comment