Thursday, August 29, 2013

...Tempat Jatuh Lagi Di Kenang...

As-salam...

Orang kata tempat jatuh lagi di kenang ini kan pula tempat suka dan duka tatkala kita membesar... hari ni aku nak berkongsi cerita dan gambar mengenai rumah family aku di Shah Alam.. di sinilah tempat aku dan adik beradik aku membesar dgn pelbagai cerita jatuh dan bangunnya kami sekeluarga..

Adakalanya perasaan aku ni bercampur baur bile balik ke Shah Alam.. mana taknya, bila jejak jer kaki ke situ, macam2 memori terimbas di fikiran.. Kenangan masa kecik2 dulu kena rotan, kenangan main kejar2 kat umah, kenangan time abg aku sunat, aku kahwin, dan yang paling tak dapat aku lupakan adalah kenangan sepanjang arwah mak hidup sampailah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.... Semua tu adalah memori yg sangat berharga untuk aku..

Masa itu tak kan dapat di undur.. lepas mak meninggal, banyak perubahan berlaku.. aku kawin, abg aku pindah Damansara, adik aku belajar sana sini dan bapak pindah umah baru.. maka umah keluarga kami di duduki oleh sepupu aku selama hampir 6 tahun.. Dulu umah kami ceria dan sedap mata memandang... bila dah tak de yg menguruskan, maka mcm2 jadinya.. aku dan En. Asben nekad untuk rumah keluarga kami tu berseri seperti sediakala sebelum syawal menjelma.. maka aku dan En. Asben  membanting tulang mengemas teratak kami seboleh yang mungkin pada awal Ramadhan yg lalu..

Sedih memang lah sgt sedih sebab rumahnya yg dulunya kami jaga sebaik yang mungkin kini jadi seperti tempat kucing beranak.. kami siap jumpa bangkai kucing dan sebagainya.. sambil mengemas, aku sebak menahan tangisan.. hanya Tuhan yang maha mengetahui apa yg ada di dalam hati aku.. dan DIA juga yg memahami apa yg tersirat dan tersurat yg tidak dapat aku coretkan disini..


BEFORE :


Ni bilik abang aku..

Dalam bilik ni juga kami jumpa bangkai kucing..

  


Ruang tamu kami..

Ruang dapur dibahagian luar..

Bilik adik... Bilik aku lupa nak snap..
  
Bahagian luar..

Alhamdulillah kami dapat cuci dan mengemas umah dalam masa sehari suntuk.. penat dan semput tuhan jer yang tau.. dan seminggu sebelum raya abah, En. Asben dan abg aku turun padang untuk cat umah luar dan dalam.. aku nak sgt umah ni nampak macam "rumah orang".. so aku tak kisah berkorban apa sahaja.. Syukur sgt2 hajat kami tercapai.. InshaAllah lepas ni banyak lagi perkara yang perlu di pelihara dan di pulihara dalam rumah tu.. aku akan cuba lakukan step by step.. 

Sekarang rumah kami kekal menjadi 3 bilik dan dapur kami hanya tinggal sedikit sahaja ruang yg ada kerana ianya telah di sekat sedikit untuk di jadikan rumah sewa.. lantak lah.. yg penting, lepas ni kami ade tempat untuk berkumpul sekeluarga.. moga keharmonian keluarga kami akan kekal sampai bila2.. Amin..

AFTER :



















Di kesempatan ini, aku nak menzahirkan rasa terima kasih yg tak terhingga pada suami tersayang kerana beliau adalah merupakan sahabat sejati aku yg tak pernah mengira waktu dan ketika.. beliau sentiasa menjadi pendengar setia dan tak pernah jemu memberi nasihat tatkala aku berada dalam keadaan yg paling teruk sekali.. thank you so much dear.. I will luv u untill jannah.. 

Tak lupa juga utk abah, mak dan seluruh ahli keluarga serta makcik aku yg tidak pernah berkira dalam setiap bantuan yang mereka berikan.. aku sangat2 menghargai segala pengorbanan dan jasa2 mereka.. tak akan aku lupakan sampai aku mati.. InshaAllah.. 

Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa.. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).. Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Add caption

6 comments:

  1. Salam lea... selamat hari raya..

    Besar betul rumah family lea nie.. memang laa kan. Rumah tmpt kita membesar tu .. banyak kenangan terindah ..

    Awak rindu akk ek.. hahahahhaa.. aah laa blog akk krna malaware.. tp kalau bukak dgn mozilla ok..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak.. slmt hari raya..

    Tak de lah besar mana pun kak.. biasa2 jer.. yg paling besar dan terkesan adalah kenangan kan?

    Opkos lah rindu.. asyik tak blh jer nak terjah blog akak.. tak leh di buang ke virus tu kak oiii? mozilla kat opis ni lembap! huhuhu..

    ReplyDelete
  3. hahahhaha.. dah try buat tapi tak bleh.. huhuh.. lea pandai tak.. heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori kak sy ni mmg hareemm bab2 ni.. Alhamdulillah dh sihat blog akak sekarang kan.. currlasss...

      Delete
  4. hooo...akak pahammm perasaan mu pasal umah ni..sampai hati kao buat lea mcm ni kann... sabar jerlah... hanya Allah yg tahu kann... tahniah mengembalikan keceriaan rumah ni kembali..kalu pi putraheight mesti ingt umah ko lea.. thn dpn m.cik akak pindah putrajaya dia beli umah kat presint 14..dh x pi la sebelah sana huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak kerana memahami.. betul kata akak.. hanya Allah yang tahu..

      wow! kayanya beli umah kat presint 14.. ;) tp mak cik akak still mengajar kat Alam Megah ke?

      Delete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™