Salam...
Satu kisah yg blh di jadikan tauladan dan sempadan.. di petik dari utusan online hari ini..
Sesiapa lihat suami saya, Amin tentu jatuh hati kerana baik, lemah lembut, hormat orang tua, muka syurga, dua kali buat umrah dan bergelar haji, kalau saya cakap keburukan perangainya tak akan ada orang yang percaya.
‘‘Tetapi dia pantang tengok perempuan berduit dan berharta mulalah dia memancing. Saya perasankan kelakuannya setelah dapat dua anak. Bila terbongkar dia putuskan hubungan, katanya masih sayangkan saya.’’ Itu kata Norhidayah ketika kami bertemu Selasa lalu.
‘‘Sebelum kahwin saya kurang selidik perangai Amin. Namun saya pilih dia kerana dia baik, rajin solat dan jujur dengan saya. Tolak tepi dia pengawal keselamatan sedangkan saya pegawai lulusan universiti. Tapi saya ikhlas mungkin dah jodoh saya.
‘‘Lepas kahwin saya suruh dia belajar, tapi dia bengap, belajar tak sampai ke mana, tapi berkat usaha kami, dia dapat kerja jadi kerani rendah. Sejak kahwin semua urusan keluarga jadi tanggungjawab saya, dari sewa rumah, makan pakai dan susu anak, belanja dapur, tadika, sekolah, segalanya atas tengkuk saya. Dia sentiasa kata gajinya tak cukup.
‘‘Amin memang kaki perempuan, lepas satu, satu perempuan jadi mangsa, dan dia putuskan hubungan bila aktivitinya terbongkar konon takutkan saya. Dari awal lagi saya bagi tahu Amin saya tak tegah dia nak kahwin lagi, tetapi ceraikan saya, sebab dia tak mampu.
‘‘Walaupun saya menanggung keluarga tetapi saya tak pernah beritahu ibu bapa dan adik beradik saya, sebab ada antara mereka dari awal menasihatkan saya supaya fikir dua kali kahwin dengan Amin kerana perbezaan kedudukan dan gaji kami, tetapi saya redha.
‘‘Berkat kesabaran dan pengorbanan saya, Allah memberi saya jalan untuk kumpul duit dan saya dapat beli tiga buah rumah murah. Entah macam mana bodohnya saya, semua rumah tersebut saya gunakan namanya. Cuma terbaru saya beli guna dua nama. Bukan itu saja saya beli tanah juga atas namanya, begitu juga motorsikal dan kereta.
‘‘Saya tak pernah bercerita pada keluarga saya bila Amin digantung kerja oleh majikannya atas tuduhan rasuah. Malah saya keluar duit carikan peguam atas permintaannya. Saya lakukan kerana dia suami saya dan tak mahu anak-anak malu.
‘‘Anak-anak yang dah besar pernah tanya saya, ‘ayah tu kerja jaga, tapi sana sini bawa laptop?’’ Saya tak terfikir pulak. Namun anak-anak lebih bijak, mereka tahu ayahnya ada facebook ada emel dan mereka buka satu persatu. Mereka terjerit panggil saya tengok facebook ayahnya mendakwa dia duda kaya dah dua tahun, ingin cari calon isteri, bekerja arkitek ada firma sendiri.
‘‘Sedihnya adik-beradik Amin bukan saja menambah masalah, tetapi turut menyusahkan saya. Mereka bukan sahaja kerap datang ke rumah, malah suka minta duit Amin. Mereka juga sesuka hati merancang buat kenduri di rumah saya tanpa berbincang dengan saya dulu. Sepatutnya ketika Amin tak bekerja mereka bantu saya, bukan menyusahkan saya dengan berhutang kiri kanan. Mereka kata Amin kaya ada rumah sewa. Sedangkan saya tak pernah merasa sesen pun walaupun rumah itu saya beli, Amin yang kutip sewa.
‘‘Amin pernah ceraikan saya dua tahun lalu, tapi adik-beradiknya kelam-kabut suruh rujuk semula dan kami rujuk dua minggu kemudian. ‘‘Namun Allah Maha Adil, saya terjumpa draf dan dokumen tersebut dalam beg Farid, siap ada surat peguam lagi. Bila rahsia terbongkar adik-beradiknya tuduh saya kurang ajar nak rebut harta Amin. Siapa rebut harta siapa? Bukankah itu duit titik peluh saya, adiknya Pengawal Keselamatan, mana ada duit? Saya pertahankan hak anak-anak saya.
‘‘Saya ingin merujuk kembali kes perceraian pertama saya supaya pembaca faham. Saya diceraikan bulan Ramadan dua bulan selepas saya melahirkan anak. Amin lafazkan cerai secara lisan dan menulis surat yang dia tanda tangan sendiri. Sebab dia nak kahwin. Ketika itu saya baru habis solat. Bila saya kemukakan pada hakim, Amin mengaku dia tulis dan tandatangan surat tersebut, tetapi dia enggan mengaku dia ceraikan saya.
‘‘Bukti sudah cukup nyata, tetapi kerana Amin tidak mahu ceraikan saya (atas nasihat adik beradik) maka hakim cadangkan Amin angkat sumpah Istizhar bahawa dia tidak ceraikan saya. Amin ikut cakap hakim. Dan hakim tolak bukti yang saya kemukakan.
‘‘Masa itulah adik-beradiknya kelam kabut pujuk Amin dan saya rujuk semula. Kerana tak tahu kedudukan saya sama ada sah bercerai atau tidak maka saya terpaksa rujuk takut berdosa. Dalam tempoh sebulan selepas rujuk mereka tukarkan harta saya atas nama Amin kepada nama kakak mereka, seperti saya ceritakan tadi.
‘‘Kepada penegak keadilan saya ingin maklumkan kes cerai kali kedua yang suami saya failkan memakan masa hampir setahun dengan 13 sesi perbicaraan, namun keputusan tetap berpihak kepada Amin, walaupun Amin mengaku dia lafazkan cerai. Tetapi hakim tanya Amin mengapa dia failkan cerai? Biarkan isteri yang buat tuntutan cerai?
‘‘Dalam kes perceraian kedua ini saya habis lebih RM50,000, untuk peguam tapi Amin menang tanpa peguam bela, namun dia ditolong dan dinasihati oleh hakim yang memihak kepadanya. Adakah kerana Amin ada anak saudara jadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di situ, maka semua takut dan bantu dia? Adakah ini adil?
‘‘Hakim meminta saya bawa bukti, takkan saya nak bawa janda kaya dari Johor, pegawai Putrajaya, janda Gombak yang banyak rumah sewa, isteri orang yang kini hamil 5 bulan dan banyak lagi untuk jadi saksi, ataupun anak-anak saya melihat facebook ayahnya, naik mahkamah. Sedangkan saya sudah berjanji tidak akan aibkan mereka.
‘‘Tak cukupkah bukti yang saya kemukakan surat Amin ceraikan dan melafazkan cerai pada saya? Terbaru kerana Amin menang kes, dia jadi ego dan terus berzina. Anak-anak sendiri melihat bilik kami bersepah dengan pakaian, pewangi, baju tidur wanita yang tidak sempat disorokkannya ketika kami sampai. Adakah anak-anak saya juga berbohong? Atau ayahnya tidak bermaruah. Sama-samalah anda tolong fikirkan.’’
Itu cerita Norhidayah yang telah 20 tahun berkahwin dan akan memfailkan kes terbarunya untuk mendapatkan keadilan.
tajuk menarik kak..erm nila sbb nya ramai prmpuan xkwin kot..heheh lelaki ni sukar nk tafsir sikap mereka..
ReplyDeleteaku da serik da nk kwen..~
ReplyDeleteFina : InsyaAllah, akak doakan jdh adik dgn org yg betul2 mcm kite kenal dia...
ReplyDeleteIntan : Sabar wei.. tp dlm citer ni, jantan ni sgt kejam!!! rs nk tembak jer...
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya..terlalu sukar tok kta fahami hati dan jiwa sorg insan bergelar lelaki..
ReplyDeletecian kn..pmpuan nie slalu jd mangsa..~
ReplyDeleteitu namany lelaki.. hope kite tak terperangkap dgn kata2 mereka.. InsyaAllah, byk kan doa agar di tetapkan hati mereka ni....
ReplyDeleteItulah..bila kita kata penguatkuasaan sistem perundangan syariah kat negara kita ni tah macam hape2..x terima..bukti dah banyak dah..perempuan jugak yang jadi mangsanya..sampai yang bukan islam kata, Islam ni x berlaku adil dengan perempuan, hukum hakam melebihkan lelaki sesaja..satu hal dah tu..haduyaiii..
ReplyDelete*kalau jumpa si amin dengan adik beradiknya..rasa nak ikat semua kat pokok kelapa..pas tu lumur dengan kerengga...huh!
btul tu dik.. sumtimes tak tau nk slh sape bile citer bab perundangan ni... nk citer lbh pun, ilmu didada msh tandus.. so, hny mampu melihat jer ape yg terjadi..
ReplyDeleteBab Amin tu, rasa cam nk potong jer dia pny %^$&#$&.... ngeh3x...
hahahahha..xnk msuk cmpur hahhah
ReplyDeleteluaran nya adik ketawa..tp hakikatnya adik reply komen akak ni airmata adik berguguran..huhuhuhu(nk syer ngn akak xtau mcm mna nk syer..
ReplyDeleteaduyai... mcmane erk?? akak nk on YM, bos plak ade... kalau lps ofis hour blh lh akak online kat umah...
ReplyDeleteSabar dik... cover cun k... *__*
hahahha(ayt cover cun tp lencun kna air mata hujan hahhaha)its ok kak..kak xbuat entry baru?di ambang puasa ni hihihi
ReplyDeleteso cam ne kite nk sharing is caring?? nk emel akak?? or adk nk sms akak??
ReplyDeleteEntry puase sehari sblm pose kang br akak post... ngeh3x..
akak bglah email.. insyaALLAH t adik email.
ReplyDeleteok dear... saleha@pmo.gov.my
ReplyDeleteTHNKS KAK
ReplyDeleteno worries dear.. im waiting 4 ur mail..
ReplyDeleteadik dh send
ReplyDeletedh reply pun...
ReplyDeletearrrghhhh!!...kejam pnye jantan!!!
ReplyDeleters mcm nk kelar2 jer kan beb??
ReplyDeleteowh sungguh sebak membaca cerita ini. punyelah besar pengorbanan si norhidayah tp suaminya tak bersyukur, makin teruk lg ader. plg x tahan adik-beradik pn buruk perangai gak siap nk tukar nama lg segala harta. malu isk.. sgt malu!
ReplyDeletex boleh ke tukar balik nama harta2 tu. tp sume makan masa & of course nk persetujuan jantan keparat tuh. isk isk ngeri sungguh bc kes ni. mintak dijauhkanlah....
Siannya lah..setiap manusia dengan ujiannya masing2..peliknya,kes tahap macam tu sekali pun ada..siap ada sedara hakim syarie tu...wah!!hebat betul amin tuh..tapi bila dah sampai tahap keluar paper tu, mungkin boleh membantu kot..terbeliak la sikit mate orang2 di Jabatan berkaitan tu..kalang ketibong la nak menjawab nanti..ataupun dah sedia jawaban standard.."masalah terpencil"...tahu sangat dah..
ReplyDeleteNauzubillah... mintak d jauhkan juga...
ReplyDeleteTak paham tul kan ngan sistem penghakiman negara kita ni... siasat lah betul2 kn...
Kalau ikutkan rumah yang ditukar nama tu, boleh dituntut lagi,itupun kalau si Amin tu x jual rumah tu pada kakak dia, tah apa dia dah jual..boleh tuntut lagi dari duitnya..tapi makan taun la proses, kalau penah modal 50,000 x dapat apa..kali ni lagi banyak kot..x de makne tol kan...ke elok tutup je mahkamah syarie, guna sivil je..bosan dah!
ReplyDelete*rasa nak (*&^%*((@ je si Amin tuh!
mmg cilake tul Amin ni... tp kalau nk ikutkan, walaupun tak dapat sebutir habuk, tp dia still blh tuntut harta pencarian kan??
ReplyDeleteMakin ramai yg berilmu kat mahkamah, tp makin mcm2 jdny..
Tu kira harta sepencarian la tu..banyak lg x dikira tu, kalau betul buat, boleh sampai muflis dia..tapi kena cari peguam yg betul2 la..better amek peguam perempuan..ceh! sempat g..kalau tengok kes ni..banyak tol peguam tu amek duit dia..kalau betul2,x dapat untung pun dapat sumbat dia dalam penjara da kira ok.
ReplyDeleteHEHEHE.. BTUL3X... TAK DPT SESEN PUN, JANJI DPT SUMBAT DIA KAT PENJARA OK GAK.. PULANGAN YG SGT BERBALOI2.. NI YG DI NAMAKAN ALIM2 KUCING.. G TANAH SUCI DH BYK KALI, TP PERANGAI MCM SYAIITOOONN...
ReplyDeletekadang2 kita selalu leka dengan ujian ALLAH...kita selalu menyangka ujian yang kita terima adalah perit dan getir..hingga kita lupa kepada insan2 lain yang di beri ujian olehNYA melebihi dari kita....masya-allah lekanya aku sebagai umatNYA...kn kak?
ReplyDeletebetul tu dik... ujian Allah di dunia skrg akan di bayar secara cash bile2 masa yg DIA rasakan perlu...
ReplyDeletetapi yang pastinya sekarang, bila cakap pasal perundangan syariah..pendek kata semua orang mengeluh..Undang2 dah ada,nak melaksanakannya tu..aduhai..ibarat tuduhan berzina, nak saksi 4 orang..x ke pening..lainla diorang panggil kita reramai tengok masa nak 'main' kan.....bila pasang cc tv, dikata orang lain pulak...wah!!!kesitu lak g nyeeee...he he
ReplyDeletengeh3x... sgt setuju... so ape yg patut kite wat dgn sistem perundangan kite ni?? nk jd lowyer mmg tak layak.. ade tak de lowyer buruk jer..
ReplyDeletex bleh jadik nih....gerarrrrammm plak dgn si amin ni (ntah saper). Sian kt pompuan jugakkkkk. Ini tidak adil!!!!!!
ReplyDeleteNok jd lowyer...tu lah x layak plak..
Sokmo ngat org laki amik kesempatan....(bukan seme)di ats kebaikan isteri...
:'(
lps ni kalau jumpe org name amin jer, kite smack down... boleh tak mcm tu?? ngeh3x..
ReplyDelete