Wednesday, October 12, 2011

::Keikhlasan Hati::

Salam...

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." Sambil kemudian mencium tangannya.


Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Di copy paste drp sebuah forum... sgt touching bile membacanya... Zaman skrg agak sukar utk menemui sekeping hati yg benar2 ikhlas menerima ketentuanNya...

"We're born alone, we live alone, we die alone.. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.."  - Orson Welles

4 comments:

  1. hukhuk.. terharew akak bc kesah ni. eh dh lama taw x bc cerpen or novel sbb bz sgt (buku agama pn dh jrg2 bc) uhuks sedih...

    akak bygkan rangga tau watak lelaki dlm kesah ni adalah Rangga. wow kacaknyer.. dan akak membayangkan diri akak catrina (sila jgn muntah). bila lea ckp catrina tu gemuk, duduk atas kerusi roda, kaki kudung, tgn cacat (auch... buruknye akak) tetapi.. rangga tetap mahu :)

    rupa2nya catrina adalah si cantik yg sdg menunggu dlm restoran. chissss.. benci betul ending mcm ni. mengapa ending bkn catrina si gadis cacat? dan rangga tetap mahu meneruskan hidup dengannya dan mereka berkahwin. itu br feeling!

    (ok pengajaran di sini ialah org yg berhati ikhlas kesudahannya baik. abes tu, kalo catrina betul2 adalah si cacat, itu bkn kesudahan yg baik kah?)

    x puas hati dgn cite ni sbb nk jugak ganjarankan si ikhlas dgn si cantik. menyampah!

    yg benar,
    si gemuk yang hodoh dan perut berlipat2

    ReplyDelete
  2. wow... komen akak pun dh ala2 cerpen dh ni... hehehehe...

    Citer ni kalau wat drama ni mmg touching giler... tp drama dr seberang lah coz akak nak pelakon utama dia rangga kn??

    Moral of the story - setiap perkara yg di lakukan dgn ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yg setimpal...

    Tp kesian pd si cacat yg gemuk tu... hanya di jadikan watak tambahan dlm drama... (akak nk ke kalau di tawarkan berlakon ngan rangga dan memegang watak perempuan cacat n gemuk tu??)^___^

    Yg Benar,
    Aku yg gemuk jua...

    ReplyDelete
  3. hikhik.. mestilah nakkkkkkkkkk... tp berlakon dlm mimpi jelah sbb akak malas nak hafal skrip (eceh mcm la pandai berlakon) ^_^ tulah, x puas hati kan dgn watak tambahan si cacat gemuk. kesian dia. tp kan... ntah2 si cantik tu orang gaji rumah dia tak? dia pulak anak orang kaya. kira balancela kecacatan dan kekayaan yang dia miliki kan kan kannnnnsssss?

    dlm dunia yg kejam skrg, x selalunya buat baik dibalas baik seperti kisah seekor buaya dan lembu yang bodoh (depan izz dgn nanah x blh sebut perkataan ni). tetapi sentiasalah berbuat baik sesama insan kerana ganjaran di akhirat tentu2lah pasti.

    ReplyDelete
  4. ala kak, skrip pendek jer... betul ke nk lps kan peluang berlakon ni??? bkn sng sy nk offer tau... wakakakakakaka..

    Betul tu... jgn sebut perkataan yg tak elok dpn anak2... Dania dh pandai sebut sengal, bodoh n biba (sile terbalikkan)...

    Yer, mmg pasti!! ganjaran di akhirat kelak bakal di peroleh jika setiap amalan kat dunia ni di lakukan dgn sehabis baik..

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™