Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Friday, May 16, 2014

::Luahan Di Pagi Jumaat::

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari..

Maafkan beta.. 

Lately dah lah jarang2 muncul, sekali muncul nak membebel plak.. tapi kalau tak di luahkan, rasa dada ni berkocak2.. berbalam2 sakitnya.. 

Kes 1

Allah maha berkuasa! itu yang mampu aku ungkapkan.. tak perlu kita mengadu domba, balasan Allah S.W.T. itu adalah pasti.. jika kebaikan yang kita lakukan, maka baiklah balasan yg akan di terima.. dan begitu jugalah sebaliknya... sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua... 

Tak baik menipu! kan dah kantoi.. so sendiri tanggunglah bila dah kantoi.. tapi dasar manusia yg tak berfikir panjang dan suka amik mudah dalam sesuatu perkara, maka perbuatan yg sama masih di ulangi.. kalau tak effect kat aku tak pe.. memang aku malas nak amik port.. tapi ni mmg melibatkan keje2 seharian aku..

Keje aku tetap kejap aku.. keje dia pun aku yg kena wat.. bile disuruh asyik bertangguh.. at last aku jugak yang kena settled! tapi bile nak mintak tolong aku, bukan main ayat manis.. suara lembut nak mam! serius, aku dh sampai satu tahap tak boleh nak pandang muka dia.. sebab dh terlalu sakit hati.. 10 dia tanya aku, 3 jer aku jawab..

En. Asben selalu pesan jgn wat keje berat n jgn terlalu stress dgn keje2 kat opis.. tp kalau dh time aku perlukan mangkuk hayun ni wat keje, tp dia tak de dan boss plak nak segera, tak ke aku jugak yg kena wat? tp hati aku ade rasa lega ckit sebab boss dh bg warning kat dia.. walaupun bebanan yg terpaksa aku pikul tetap sama, tp sekurang2nya peringatan telah di berikan pd dia.. kalau tak serik jugak, lu pikir lah sendiri! aku malas nak campur...

Kes 2

Kerana pulut santan binasa, haaa sambunglah sendiri.. sikap sesetengah manusia kdg2 buat orang jelak! duk asyik menunding jari kat org, tp tak cermin diri sendiri.. perkataan busy tak pernah lekang dr mulut.. tp hakikatnya, busy body mengalahkan busy wat keje2 harian.. 

Berbalam sungguh ati aku.. dulu pernah dia cakap aku "gampang".. tapi takpe, aku dh maafkan.. baru ni aku dgr lagi dia mempersoalkan keje2 aku... bg aku busy mcmane pun kita, masing2 ada cara untuk release stress kita.. so tak perlu kot nak pertikaikan cara masing2.. ko pun ada cara ko jugak kan? ok, enough! aku hanya nak sentuh yg berkaitan aku jer.. yg lain, biaq pi lah..

Kes 3

Harta dia, harta dia.. harta kita pun harta dia jugak.. susah kalau ada org mcm ni.. manusia yg jenis wat tak paham.. kalau harta dia, "aku amik balik yer aku punya barang ni".. itu pun mujur cakap.. ade setengah benda, tgk2 dh ilang.. padahal kami tak de niat pun nak amik.. ko yg letak kat kawasan kami... pastu tiba masa, ko amik balik.. tak kisah pun..

Tp yg aku kisah kan sgt adalah... harta benda aku dan keluarga aku.. time org tak de, amik senyap2.. pastu guna barang kami mcm tak de perasaan.. choiii!! sedih! tp ape boleh wat.. darah daging sendiri.. sumtimes kita tak boleh mengukur keperibadian seseorang melalui keimanan yg di pamerkan.. luar dan dalam tak kan sama.. 

Sekian...


Add caption

Monday, February 10, 2014

::Kisah Si Empat Segi::

As-salam...

Lesen Memandu

Kisah ni telah aku luahkan di pesbuk pd bulan lalu.. kehanginan aku time ni memang memuncak ke tahap maksimum.. alkisah terjadi sebab aku nak renew lesen memandu aku yg mati bulan November ari tu.. Nak diikutkan masa bulan November aku mmg bz dan ade trip obersi.. so aku memberanikan diri memandu di atas jalan raya tanpa menghidupkan lesen... mujur nasib aku baik tak de pape perkara yg tak di ingini berlaku.. Alhamdulillah..

So pada pertengahan Disember, aku pun pergi ke JPJ Bangi.. time tu nombor aku lg seratus lebih.. tunggu punya tunggu, sekali sistem offline.. ok, aku boleh bersabar lg time tu sebab aku mmg free kebetulan boss tak de.. tp byk giler org merungut kat ctu sebab katanya dh kerap sgt benda yg sama berlaku..

Selang dua minggu, aku nekad amik cuti coz nak renew lesen kat JPJ Banting.. dengar feedback kat cni servis not bad.. so aku pun pepagi bute dh memunculkan diri kat sana bertemankan adik aku.. masa amik nombor, nombor giliran aku yg ke seratus lebih gak.. so utk membuang masa, aku pun pergilah lepak kat The Store, KFC, Surau kat Petronas, Kedai Mamak n Kedai Majalah.. dalam pukul 4.30pm, aku gi jenguk, nombor aku lagi 20.. dalam hati, sempat ke tak sempat ni.. tp aku tetap sabar menanti..

Lg 5 minit nak pukul 5pm, dan no aku time tu berbaki 2 no. lagi.. tiba2, datang pak cik guard lalu bersuara, "maaf yer tuan2 dan puan2, kaunter kita tutup pukul 5pm, so sape yg no. tak dipanggil boleh dtg hari berikutnya"... time tu aku memang dh panas dah.. org2 lain kat belakang pun dh bising.. antaranya ada yg cakap "lain kali nombor tu control lah.. kalau tak boleh nk serve byk, jgn keluarkan no byk2".... "buang masa org jer"... dan mcm2 lagilah.. time tu aku cuba control kesabaran yg dh semakin menipis ni.. bile semua dh beredar, dan tinggal aku dan 2-3 org lagi, kami pun cuba menggunakan taktik memujuk rayu.. "Encik, tak blh tolong ke, no. saya lagi 2 jer lagi.. please".. dan muncul seorang pegawai JPJ pompuan yg garang.. "tak boleh.. mintak maaf.. kalau sy buat mcm ni, nanti semua org pun nak"

Fine! Fine! kesabaran aku makin di uji.. dgn tangan menggigil2, aku pun menyuarakan apa yg terbuku di hati kat para pekerja JPJ di kaunter tu.. "I'm very upset dgn sistem JPJ ni.. tak salah nak upgrade sistem.. tapi biar semua keperluan mencukupi.. ni dgn sistem asyik offline,  sistem bernombor tak dikawal, dgn staff tak cukup, semuanya nak diubah secara mendadak.. sy ni duduk di Putrajaya, ari tu sy pergi JPJ Bangi, sistem offline, ni sy pegi Banting dr pagi sy datang siap amik cuti, mcm ni plak jadinya"...

Maka pak guard td pun masuk campur.. "Puan, kalau tak puas hati, puan boleh isi borang dan hantar ke JPJ Padang Jawa, Shah Alam"... aku dgn keadaan bengang ni pun menjawab.. "tak pe pak cik, tak perlu lah sy nak menghantar aduan sy ni jauh2 ke Shah Alam tu.. saya akan hantar direct ke JPJ HQ di Putrajaya.. Saya tak salah kan para petugas sebab mereka buat sehabis baik.. sy marah dkt pengurusan atasan yg melaksanakan sistem tanpa mengambil kira kesannya kepada org ramai".. dan time tu salah seorang petugas JPJ yg agak hensem berdiri dan menunjukkan isyarat thumbs up kat aku sambil berkata, "bagus kak, report jer kat HQ tu biar dia tau.. asyik kami jer di persalahkan".. 

Mujur mamat hensem tu muncul, cair ckit ati aku.. kuikuikui.. fyi, 2 minggu berturut2 di dada2 akhbar, melaporkan perkara yg sama.. org ramai sana sini menyuarakan hasrat tak puas hati dgn sistem yg sedang di upgrade tu.. dh elok2 blh renew kat pej pos, di hentikan pulak perkhidmatannya.. so org ramai byk membuang masa di kaunter JPJ sehari suntuk.. urusan yg sebelum ni hanya menelan waktu lebih kurang setengah jam, dgn adanya sistem baru, org ramai terpaksa menghabiskan waktu sehari suntuk kat JPJ... dan ada juga yg mengatakan bahawa urusan mereka still tidak selesai walaupun dh 3 hari tercongok kat JPJ tu.. 

Selang seminggu, my bff antar mesej "Aa, baik ko gi Pej. Pos sekarang.. bdk ofis aku br renew lesen kat Pej. Pos Parcel B.. dh boleh buat lesen kat Pej. Pos wat masa ni".. maka aku dgn sepantas kilat mengarahkan ofis boy aku utk renew lesen aku dgn kadar MAKSIMUM! hamekkk!! 5 tahun terus aku renew dgn harga RM200.. puas ati aku.. hahahahaha.. harap2 aku tak lupa utk renew lesen lagi 5 tahun.. lame tu... hikhikhik..

Gara2 menatang ni, darah aku naik mencanak2.. :)



Enrich Card

Selama 4 tahun menjadi pelanggan setia MAS, aku masih lagi memegang kad keahlian yg diberi nama "Enrich Blue".. Dan akhirnya, pada awal tahun ari tu, aku telah di upgrade utk menjadi pemegang kad "Enrich Silver".. yahooo... yabedabedu!! dan paling aku bersyukur, Enrich point aku dah melayakkan aku utk menikmati penerbangan percuma pegi balik ke London.. Alhamdulillah.. tp entah bile aku nak redeem pun aku tak tau.. huhuhu.. yerlah tahun ni mmg aku dh letak jawatan utk fly ke  sana sini.. tengoklah tahun dpn mcmane.. :)

By the way, di sebalik Enrich Silver ni, tersimpan satu kisah.. masa aku bukak peti surat ari tu, aku ternampak satu envelope dan tercatit tulisan tangan yang berbunyi begini "Sori Puan, sy jumpa surat Puan ni kat Lobi Blok C dalam keadaan basah dan terbukak.. so saya masukkan balik dalam peti surat Puan.." Terima kasih.. Yang benar, - Budak Pailang"...

Kihkihkihkih.. tergelak2 aku dgn laki aku baca tulisan budak pailang ni.. anyway, aku sgt berterima kasih kat budak pailang ni sebab jujur dan bertanggungjawab.. kalau ade sesapa yg mengenali budak pailang ni, bglah tau aku yer.. aku nak belanja dia makan.. terhutang budi rasanya... :)

From blue to silver.. Alhamdulillah.. :)

Add caption

Wednesday, December 25, 2013

::Tekanan VS Bebanan = Bebelan::

As-salam..

Bebanan

Sebenarnya nak meluahkan sejak minggu lepas lagi.. tapi sebab bz, aku simpan dalam2.. tp aku dh berjanji dgn diri sendiri by hook or by crook, mesti akan aku coretkan jugak kat blog ni.. apa yg nak aku kongsikan ni adalah pengajaran utk diri aku sendiri.. yg mana nak terasa mahupun tidak, terpulanglah..

Sebenarnya aku berbalam jugak bile dh ujung2 tahun mcm ni org dh sepatutnya rileks2, tp aku dgn beberapa org rakan kat bahagian aku ni kena berhempas pulas wat keje.. bukan nak merungut atas tuntutan keje mcm ni, tapi rasa bengang bile keje yg banyak tidak di bahagikan sama adil.. yg lemah pasti kena buli, yg kuat goyang kaki.. ini TIDAK adil! aku pun tak tau sampai bile aku harus bertahan kat cni.. mintak keluar kena ungkit.. payah kalau terhutang budi ni.. memang tergadai mental dan body! 

Keje banyak macamane pun kalau tak de yang menekan dan cakap baik2, masih boleh kami terima.. ini setiap kali buat event besar, mesti nak berangin je kejenya.. benda kecik di perbesar2kan.. mulut dah lah tak de insurans.. tak fikir dulu setiap perkataan yg di keluarkan tu mengguris hati org atau pun tidak.. sumtimes aku terfikir, aku ni sebenarnya keje dengan manusia atau syaitan? adakalanya keje yang kami lakukan di luar batasan kemampuan fikiran.. yang tak boleh pun jadi boleh.. tapi hanya utk "mereka".. kalau golongan marhaen spt kami ni, peraturan WAJIB di patuhi! Depan mata aku ianya terjadi.. dah terang2an buat salah, dan dendanya adalah sebanyak RM3,200.. tapi di sebabkan kuasa dan kedudukan, dari RM3,200 hanya menjadi RM100.. kalau golongan marhaen yg melakukan kesalahan seperti itu, denda tetap denda! bayar tetap bayar! adil kah seperti itu? tepuk dada, tanya hatilah kawan!

Semalam sembang2 dgn BFF.. kami PA seluruh Malaysia ni menyuarakan ketidakpuasan hati sebab elaun antara kami belum tentu sama.. ade sesetengah jabatan tak approve elaun DWI BAHASA utk PA yg berjumlah RM85 per month atas alasan, "PA sekarang dah tak guna trengkas dalam keje seharian"... fine! jawapan sangat menghiburkan hati.. tapi, perkara seperti ini tak terjadi plak pada golongan atasan.. antara elaun yang mereka peroleh adalah di panggil ELAUN KERAIAN.. banyak plak tu jumlahnya.. hari2 ke mereka meraikan orang?? yg depan mata aku ni terang2an nampak hareemmm nak meraikan staff sendiri apatah lagi org luar.. kalau yg "dibawah", cepat betul di kenakan tindakan.. inilah yg di katakan gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang laut jelas kelihatan.. ini yang dipanggil diskriminasi!

Tekanan

Setiap hari, rata2 dari kita sama ada yg tinggal di kampung mahupun di bandar, yg org Kerajaan atau Pembangkang, yang tua atau yg muda, tidak berhenti dari memperkatakan tentang keNAIKkan harga barangan dan taraf hidup.. rasanya bab ni tiada siapa yg boleh menafikannya.. setiap dari kita pasti merasai bahang keNAIKkan ni.. 

Tapi apakan daya.. siapa kita untuk menghalang dari keNAIKkan semua ini.. ade tak de kita ni lah yg kena mengubah cara hidup dengan cara berjimat-cermat agar lebih "senang" kehidupan kita kelak... bagi aku, InshaAllah aku boleh mengurangkan apa yg lebih dalam kehidupan aku daripada sebelumnya.. tapi, bagi mereka yg sebelum ni cukup2 makan dan kais pagi, makan pagi, mcmane lah agaknya yer.. pernahkah kita terfikir akan golongan seperti mereka ni? aku masih mempunyai sedara mara yg org kata dah tahap WAJIB duduk rumah sebab tak boleh keje di sebabkan beberapa penyakit kronik yg dihidapi.. tapi, di sebabkan tanggungjawab pada keluarga, mereka masih perlu keluar mencari rezeki dgn keadaan kesihatan yang sebegitu rupa.. 

Itu belum lagi keluarga yang hidupnya di bebani dgn bayaran bil hospital kerana ada ahli keluarga yg masih/pernah dirawat di hospital.. walaupun masuk hospital kerajaan, duit pasti perlu di sediakan.. jika kita kakitangan kerajaan, Alhamdulillah, ahli keluarga masih boleh menarik nafas lega.. tapi kita jgn alpa dan membangga diri kerana di luar sana masih ade yg tertekan dengan bebanan bil2 hospital yg perlu ditanggung.. aku pernah merasai tekanan seperti ini masa arwah mak menetap 9 tahun lamanya di hospital..

Rasanya cukuplah setakat ni apa yg ingin aku luahkan dan kongsikan.. yg buruk datangnya dari diri aku sendiri dan yang baik itu semuanya dari Allah S.W.T... buat sahabat2 semua, La Tahzan Innallah Ma'ana.. (Jangan bersedih, Allah bersama kita)...

**Mujurlah ade green tea.. dapatlah kurangkan sedikit stress.. 
Tq so much org di Jepun atas kiriman ini.. I really appreciate it!**

Add caption

Thursday, August 1, 2013

::Kekecewaan yang Berpanjangan::

As-salam...

Masuk hampir minggu ketiga aku menahan perasaan kecewa, marah dan sakit yg teramat sgt.. permohonan aku hanya ibarat sampah berterbangan ketika di tiup angin.. Kesabaran aku mungkin ada batasnya... DIAM adalah merupakan ubat yang aku rasakan paling mujarab ketika ini.. Segala kesakitan yang tersimpan di dalam lubuk hati aku telah di zahirkan di setiap inci tubuh ini.. setiap kali aku sentuh anggota tubuh badan aku, sakit yg teramat sgt aku rasakan.. Ya tuhan, aku tahu Kau tak akan menduga umat mu jika mereka tidak berupaya utk menanggungnya.. Tapi Ya Rabb, aku rasa sudah tidak berdaya lagi untuk menahan perasaan ini hingga ke akhirnya..

"Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran" (Riwayat Ad-Dailami)

Amanah yang disandarkan, kesakitan yang di lemparkan.. 6 tahun bukanlah tempoh yang singkat bagi kami.. teduhan yang kami beri, najis yang dibalas... aku, abg aku dan juga adik aku.. kami 3 beradik adalah anak piatu yg di pandang enteng oleh mereka.. diam kami tak bererti kami redha dgn apa yg mereka lakukan.. sumtimes org yg kita lihat tinggi nilai agamanya, namun sayang seribu kali sayang jika mereka tidak mempraktikkan apa yg di pelajari..

"Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapak yang penyayang" (HR. Bukhori)

Tidak luak rasanya rezeki yang diperoleh jika mereka bersungguh hendak membantu permintaan kami yg tidak seberapa ini... kalau hendak di bandingkan dengan apa yg telah kami korbankan, wang ringgit itu bukanlah selayak pengganti... tapi kenapa perlu berkira segala2nya setelah keselesaan di peroleh?? sungguh!! aku tak faham dengan perangai segelintir umat Muhammad seperti ini.. sedangkan dengan adik beradik sedarah sedaging pun mereka boleh mengatakan "Sia-sia bekerja kalau duit yg dapat kena beli makanan utk diaorg".. ini kan pula kami yang sungguh jauh jarak darah dagingnya..

InshaAllah, jika rezeki telah tertulis di tangan kami, pasti ianya tidakkan kemana.. Apa yg perlu aku lakukan sekarang adalah berdoa dan mempertingkatkan lagi usaha demi untuk keharmonian keluarga aku.. kesejahteraan dan kegembiraan mereka adalah kebahagiaan bagi aku.. I should not give up because the beginning is always the hardest.. tiada niat untuk membalas apa jua yang telah terjadi.. but I will keep calm and I believe karma will hit them back... 

I hate the moment when suddenly my anger turns into tears!


Add caption

Friday, May 10, 2013

!!Say No To Racism!!

As-salam..

Hari ni aku nak menyentuh sedikit mengenai isu perkauman yg mana ianya skrg begitu hangat di perkatakan di sana sini.. bagi aku isu ini tidak perlu di gembar-gemburkan baik dtgnya daripada mulut pemimpin, mahupun rakyat jelata sekiranya kita tidak menyiasat dari akar umbi dan tidak menyelidik kesahihan sesuatu perkara itu sebelum ianya di kongsi dgn org lain.. ini kerana di khuatiri apa yg ingin kita share itu lbh byk mendatangkan kemudaratan daripada niat sebenar kita yg ingin berkongsi maklumat.. 

Maksud ayat  Al-Quran :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidiki lah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dgn perkara yg tidak diingini dgn sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

(Al-Hujraat : 6)

Almaklumlah, sedari kecil kita sudah pun menjalinkan persahabatan dgn pelbagai jenis bangsa yg ada di sekeliling kita.. Jadinya, di sekeliling kita tanpa sedar, kita sedang di perhati dan di jadikan contoh dlm melakukan sesuatu perkara itu.. jika baik teladan yg kita pamerkan, maka baiklah hasilnya.. begitu juga dgn sebaliknya.. Dengan yg demikian, renung2kan dan buatlah kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara itu sebelum ianya di sebarkan.. di zaman dunia tanpa sempadan ini, pelbagai sumber blh kita peroleh utk di jadikan bahan rujukan.. dari itu, tiada alasan utk kita mengiya atau menidakkan sesuatu itu tanpa di usul periksa terlebih dahulu..

Ini hanyalah pendapat dari aku iaitu seorang manusia yg naif lagi kerdil dlm berkata2... dlm menjaga hubungan sesama manusia, tak salah sekiranya kita menampilkan contoh terbaik di peringkat bawahan dulu iaitu bermula dgn diri kita sendiri.. contohnya, kita perlulah menjaga, menghormati, bersatu dan tidak menyakiti hati org2 yang berhampiran dgn kita.. seperti rakan2, jiran tetangga dan juga saudara mara.. jika kita mulakan usaha yg di anggap kecil ini, maka In sha Allah lama-kelamaan ianya akan menjadi sebati dalam diri kita dan boleh di contohi oleh masyarakat sekeliling... tak ada gunanya kalau kite duk bising2 mintak supaya bangsa kita bersatu, tapi hubungan kita dgn org sekeliling tak di pelihara terlebih dahulu.. especially yg melibatkan hati dan sensitiviti..

Silaturrahim yg terjalin antara kita bkn senang nak dibina.. sekiranya dh dibina, semai lah ia sebaik yg mungkin.. usah buat keputusan bila di pengaruhi emosi.. bila kita rasa tak sependapat, usahlah kita terburu2 hendak membuang kawan mahupun lawan kita... jangankan esk lusa bila perasaan hendak berkawan itu timbul semula, mulalah perasaan bercampur baur wujud dalam diri kita bila mana kita mahu mengutip mereka semula.. bagi aku, itu bukanlah satu keputusan bijak yg boleh digunapakai.. Prevention is better than cure..

Celik jer mata kita kat dunia ni, mmg kita telah menghela nafas dalam kepelbagaian bangsa dan budaya.. kepelbagaian bangsa ini lah yg menjadi salah satu faktor yg di pandang tinggi oleh negara luar terhadap negara kita... oleh itu, usah sesekali kita mewujudkan sentimen perkauman tanpa sebarang sebab dan alasan yg kukuh.. jgn kerana terikut2, maka kita terjebak dlm mengambil keputusan yg salah.. 

Semalam, suami aku ade tunjuk salah satu post rakan beliau kat pesbuk yg berbunyi lebih kurang begini, "Wei Cina babi, korang $@@$^&*^%$#@%^*".. Sangat sedapkah ayat itu kedengaran di telinga kita?? sekiranya bangsa kita pula di perkatakan sedemikian rupa oleh bangsa lain, adakah kita akan berdiam diri atau sebaliknya?? dari itu, utk melakukan sesuatu, haruslah kita berfikir panjang terlebih dahulu.. dalam apa jua keadaan sekalipun, letakkan lah diri kita dahulu di dalam sesuatu keadaan sebelum kita meletakkan diri org lain... 

Kita duk sibuk melaung2kan bersatulah Melayu, bersatulah! tapi apa yg kita pamerkan setiap hari langsung tidak menunjukkan contoh terbaik utk tujuan penyatuan itu.. bukan niat aku utk back up sesuatu kaum.. tp aku ingin mengajak kita semua renung2kan semula apa yg telah cuba kita lakukan demi utk kebaikan kaum kita khususnya dan kaum lain amnya.. 

Hidup di dunia ni, kita amat memerlukan antara satu sama lain.. kadang2 tanpa sedar mulut kita menyatakan yg kita benci akan sesuatu kaum/bangsa itu.. hakikatnya, kita masyarakat yg saling bergantung utk meneruskan kelangsungan hdp di bumi Malaysia ni.. nak kan contoh?? baiklah... Jika esk lusa kereta kita punya masalah, secara kebiasaannya kita tau kebanyakkan kedai Cina sgt profesional dalam membaiki kenderaan.. tp, di sebabkan rasa kebencian yg kita semai dlm diri kita sendiri, tak kan kita sanggup nk pergi ke kedai lain yg kita tau mereka hanya membuat kerja sambil lewa demi semata2 kita tidak mahu pergi ke kedai kaum yg kita bencikan tadi.. dlm hal ini, aku rasa kita hanya merugikan diri sendiri..

Tidak cukup dgn itu, sudah menjadi tradisi dalam kebanyakkan dari kita utk membeli peralatan elektrik, perabot, alat telekomunikasi dan juga keperluan am yg lain yang mana kebanyakkan kedai2 tersebut mmg kita tidak nafikan yg ianya di dominasi oleh kaum cina.. jadinya, demi melayan perasaan kita yg ingin mewujudkan jurang perkauman dlm diri, adakah kita sanggup pergi mencari kedai2 lain yg mana kita pasti tidak esok mahupun lusa, pasti kita akan u-turn kembali kepada kaum ini..

Dari itu, fikir2kan lah.. kita sangat memerlukan tolenrasi sesama kita.. jika mereka menjual sesuatu barang atau perkhidmatan, mereka amat memerlukan kita sebagai pembeli.. dan kita juga sebagai pembeli, sememangnya perlukan produk dan perkhidmatan daripada mereka.. we need each other! Sehubungan itu, usah kita mementingkan diri utk bersatu dgn puak2 kita sahaja.. hidup bermasyarakat itu sebenarnya perlu di wujudkan dgn semua kaum yg ada di Malaysia ini..

Sekian...

Jutaan kemaafan aku pohon dari ujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesilapan dalam penulisan mahupun tanpa sedar aku ada mengguris perasaan sesiapa yg terasa dalam pembacaan ini..


Add captio

Friday, November 2, 2012

!!Tekanan Memuncak!!

 
Ya Ampun.. Sakitnya lah kepala aku.. bile byk keje yang perlu di bereskan dalam satu2 masa, maka simptom ini lah yg kerap aku alami.. masa yang tinggal dah tak banyak.. kalau benda tak settle minggu dpn, mmg aku yg kena hampuk.. mmg semua tugasan ni di bawah pengawasan aku.. so tanggungjawab aku utk menyelesaikan kesemuanya... Ya Allah, berilah aku kelapangan dada dan masa untuk aku menyiapkan kesemua tugasan ini Ya Allah.. Kau permudahkanlah segalanya Ya Allah...
 
 
Bebanan tugas + emosi manusia = sakit jiwa aku di buatnya.. masing2 sekarang  berada dlm keadaan dan waktu yg sangat genting.. byk benda yg perlu di buat sblm date line sampai.. masing2 ada tanggungjawab masing2.. so tak perlu lah nak menengking, mengherdik dan seangkatan dengannya.. kami tau kerja kami.. bknnya kami tak pernah buat pun sblm ni.. so, plzz.. bagi kami ruang dan peluang...
 
 
Adakalanya aku lelah untuk menjaga hati manusia.. adakah dengan herdikkan dan tengkingan maka kerja yg sedang di lakukan akan siap dengan sendirinya?? sudah tentu tidak.. so, fahamilah... kami juga manusia.. bukannya haiwan jalanan yang boleh di suruh2 tanpa mengira waktu... kami juga perlukan rehat, ketenangan dan yg paling penting, aku juga punya keluarga... aku tidak mahu apa yg aku kejar tidak kan dapat dan apa yg aku jinjing akan jatuh berciciran..
 
 
Buat masa ini, waktu yang tinggal adalah  begitu terhad.. maka aku akan gunakannya dengan sebaik yg mungkin.. akan aku gunakan setiap saat yang ada dengan melakukan sesuatu yg bermanfaat sementara menantikan detik itu tiba pada minggu hadapan..
 
 
 
 
 

Thursday, October 18, 2012

~~Bintang Mana Yang Harus Di Gapai~~

 
 
Oh, sebenarnya ada beberapa perkara yg perlu aku selesaikan di waktu dan ketika ini... tapi, fikiran aku tak fokus utk melakukannya.. hati aku lagi lah.. jauh sungguh ianya melayang..  mulut plak tak abis2 terkumat kamit.. bkn serapah darah bulan yg aku baca, tapi duk merungut sendirian..
 
Kebelakangan ni, sikap manusia membuatkan tahap kesabaran aku di uji.. ada saja tindak tanduk sesetengah daripada mereka yg membuatkan aku berasa kurang senang.. kalau dulunya, aku mampu lagi bersabar.. tp semakin hari semakin muak aku melayan karenah manusia yg adakalanya boleh membuatkan aku mcm nak pecah kepala.. di benak fikiran aku ni, byk benda penting lagi yg nak di isi.. tp sumtimes ada pihak yg aku rasakan secara sengaja ingin memenuhkan ruang kecil di kepala aku ni dgn perkara2 yg tak perlu di muatkan... babe, memori kepala aku ni tak besar mana.. so, please.. jgn lah sumbat byk dokumen sampai sendat.. kang kalau dh masuk virus, boleh bikin panas nanti...
 
Ya, aku memang suka berkias.... andai ada yg terasa, maka beliaulah org yg tergigit cili tersebut.. Nasihat buat diri aku juga, BERKATALAH mengenai perkara yang PERLU dan bukannya perkara yg REMEH...
 
Tak salah rasanya nak menggapai semua bintang di langit sana.. asal usaha dan keringat yg di banting setanding dengan apa yg di impikan.. jangan hanya mengetuk tin kosong yg bunyinya menggegarkan seantero dunia, tapi isi dalamnya kosong...
 
Tidak di nafikan bahawa semua manusia normal di dunia ini punya impian dan cita2 yg tersendiri... tapi utk mengecapinya, bukanlah sesuatu yg mudah.. dari itu, teruskanlah usaha tanpa mengenal erti jemu.. akan tetapi, usaha yg ingin di lakukan itu, jangan lah di buat dengan cara "hentam keromo".. perhatikanlah dulu keadaan sekeliling, hati dan juga perasaan sesama kita.. adakah ianya bersesuaian?? Mungkin jua ianya bersesuaian dgn anda, tapi tidak dengan semua pihak... Maka, kajilah ia sedalam-dalamnya...
 
Hadis Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk...
 

Saturday, April 28, 2012

~~Bila Manusia Berwang~~

Salam...

Aku sangat terkesan dengan kata-kata ini yang baru sahaja aku temui...

Dengan duit anda boleh beli sebuah rumah
tetapi bukan tempat berlindung
Dengan duit anda boleh beli sebuah jam
tetapi bukan masa
Dengan duit anda boleh beli katil yang selesa
tetapi bukan tidur
Dengan duit anda boleh membeli buku
tetapi bukan ilmu
Dengan duit anda boleh beli kedudukan
tetapi bukan kehormatan
Dengan duit anda boleh beli darah
tetapi bukan nyawa
Dengan duit anda boleh beli seks
tetapi bukan cinta


Jadi, aku mula percaya sekarang ini yang duit bukanlah segala-galanya.. Ketika ini hati dan perasaan aku sgt terkilan kerana di sebabkan duit insan yg aku kenali telah berubah... tatkala berduit, beliau seolah2 lupa daratan... bagi beliau, duit adalah segala2nya... duit dpt memberikan keseronokan kepadanya... tp beliau tidak sedar yg itu semua hanyalah sementara... keseronokkan yg hakiki telah beliau membelakangi tanpa di sedari...

Monday, March 5, 2012

::Bile Hati Ini Mengecil..::

Salam...

Macam2 perasaan bergelumang kat dlm hati bile kite berjauhan dgn org2 yg kita rapat dan sayangi... ini disebabkan kite tak blh nk mengadu dan nk berkongsi cerita dgn mereka seperti kebiasaannya.. once bile kat negara org, kite kena pandai bwk diri n jaga ati sesama kita agar masa yg pendek ni dpt di isi dgn pelbagai kenangan yg indah dan bkn sebaliknya...

Mcm biasa, langit tak selalunya cerah.. sebagai org bawahan, aku cuba wat yg terbaik dan aku byk mengunci mulut dr berkata2 demi menjaga hati dan perasaan org utk kurang berpuas hati dgn aku... kat cni aku cuma nk nyatakan bahawa hati aku telah mengecil sedikit dek kerana perilaku beberapa org yg secara sengaja atau tidak telah mengguris perasaan aku... sukar utk di ceritakan situasi sebenar yg berlaku... cuma aku harapkan agar aku tidak lagi di layan seperti ini... 

Time mood sedih cenggini aku teringat kat petikan lagu Shima...

"Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar"



Tuesday, January 31, 2012

::Annoying::

Salam...

Eiii... tetibe plak aku rasa nak berhangin satu badan... aku tak suke tul dgn org yg wat keje separuh jalan ni... asyik2 nk mintak tlg aku jer nk settlekan... kalau setakat sekali dua tak pe... ni acapkali bile di beri tugas, aku gak yg kene find out everythings... ko tu gaji dh lh beso drp aku... bile kat ofis asyik online sana sini... FB 24 hours asyik duk mengadap... sudahnya aku yg jd mangsa...

Mlm ni bos aku dh touch down... so byk lg rutin harian yg perlu aku settlekan... yg mangkuk ni plak bile nk terberak br nk cr lubang... semua benda nk wat last minit... masuk dh lh ikut suke ati mak bapak dia... stress aku mcm ni tau... sgt tak adil aku rasa... kat cni kebanyakkannya yg bergaji besar lbh byk bergoyang kaki dr wat keje... ikan2 bilis yg kat bwh ni gak yg jadi mangsa...

Bile keje tgh bertimbun, ikut suka ati dia jer amik cuti secara mengejut dgn alasan "Gua tgh stress... tlg jgn kacau"... eii, kalau ikut mulut aku yg tak bape nk ade insurans ni, lame dh aku blasah mamat ni tau... kecik beso, kecik beso jer aku tgk dia ni....


Tuesday, January 17, 2012

**Suatu Masa Dahulu**

Salam...

Hari ni ntah kenapa tetibe fikiran aku teringat kembali ke zaman silam a.k.a. zaman jahiliyah aku suatu ketika dahulu.... Bile ingat kisah lame, tak semena2 perasaan ni jd hiba... Dulu ramai yg pandang rendah kat aku dan keluarga... ramai yg berkata2 di belakang kami... tp aku sentiasa ingat pesan arwah mak "biar org wat kita, jgn kita wat kat org"... Ternyata, kata2 mak mmg tepat...

Dulu : Hdp keluarga aku susah... ada suatu ketika, kami sampai tahap kais pg, mkn pg, kais ptg, mkn ptg... pernah suatu kali raya, kami hanya mampu menjamah nasi goreng berbumbukan ikan bilis jer...

Skrg : W/pun aku tak kaya, tp Alhamdulillah... aku masih mampu untuk menampung kehidupan yg kini serba serbi tinggi kos hidupnya...

Dulu : Aku pergi sekolah bawak basikal uzur di mana aku perlu membonceng adk aku d belakang... bile basikal rosak, aku, adik dan seorang sahabat setia aku akan berjalan kaki utk ke sekolah sejauh 18km tidak kira panas atau hujan...

Skrg :  W/pun tak mampu beli kete beso, tp aku bersyukur coz masih mampu utk beli kete kotak yg boleh membawa aku dan keluarga kemana2 destinasi...

Dulu : Ada seorang jiran yg ngutuk aku gemok... tp aku diam jer... hny senyuman yg mampu aku lemparkan...

Skrg : Tuhan Maha Berkuasa.. skrg jiran aku dan anaknya sgt gemok hokey... lg besar dr aku skrg... seperti sebelum ni, aku hanya mampu tersenyum bile terserempak mereka...

Dulu : Org kate mak aku suke dera kami adik beradik dan tak sayangkan anak.. asal salah ckit, pasti rotan akan naik ke badan...

Skrg : Kalau tak kerana kami di rotan sampai lebam, kami tak kan jadi MANUSIA seperti skrg... Terima kasih mak atas rotan itu...

Dulu : Masa aku study, ade kumpulan budak jahat hentam aku dgn kate2 nista yg sgt perit utk aku terima... sukar utk aku lupakan selagi nyawa masih bersemadi bersama jasad.. Time tu aku rasa jiwa aku dh mati.. tp aku cakap ngan diri aku, "hidup diaorg pasti akan lalui waktu yg sukar suatu hari nanti"..

Skrg : Ternyata ianya benar!!

Moral of the story, jangan terlalu amik port dgn kata2 org di belakang kita... Dunia ni bulat... hari ni kite berada di atas, esk luse tak mustahil kite akan jatuh gedebuk ke bawah... What goes around, comes around... Sabar adalah kunci bagi segala2nya...

Thursday, January 12, 2012

::Pukul Anak Sindir Menantu::

Salam..

Anda faham dgn Peribahasa di atas?? kalau tak faham, g lah cari sendiri maksudnya kat google yer... kalau tak dpt gak, tu maknanya anda perlu amik paper Julai k... huhuhuhu... Anyway, aku berpendapat, hidup kat muka bumi yg semakin hari semakin nipis ozon nya ni sgt2lah menguji kesabaran yg semakin hari semakin menipis juga di dlm dada kita ni kn...

Kata orang, kalau tidak di pecahkan ruyung, manakan boleh mendapat sagunya... Begitulah kalau kita hendak mendapatkan keberkekalan atau kesempurnaan, sesuatu perkara itu mestilah perlu melalui proses berhemah dan tempoh perjalanan yang sesuai tanpa tergopoh-gapah... Aku tak paham tul dgn perangai manusia yg tak mengenal erti sabar ni... semua perkara nak cepat n sempurna... bkn tak blh nk hasilkan sesuatu yg sempurna tu dlm tempoh masa yg singkat, tp tolong lah top up kesabaran tu banyak2 ckit..

Marahkan nyamuk, kelambu plak yg di bakarny... ni satu lg perangai keji yg aku tak bape nk gemar... dh lah wat salah, pastu sesuka hati atok nenek blah mak tiri jiran sebelah umah dia  jer nak letakkan kesalahan tu pd org lain... tak kan lah setiap kesalahan tu berpunca daripada semua org di sekeliling kite... sumtimes kite pun ade wat salah... so just admit jerlah.. kdg2 kesalahan yg di buat tu secara terang2an mempunyai bukti di depan mata.. tp knp lah masih lg ligat nk berdalih.. perangai mcm ni mmg annoying giler... aku benci!!
 
Bile hati ni menjadi kecil, lalu ianya remuk dan sakit yang berpanjangan.. namun aku sgt yakin bahawa tiada byk pilihan yg terbentang luas di dpn mata... seperti kebiasaannya, ianya adalah pasti bahawa hati yg hancur ini jualah yg akan berusaha untuk memujuknya kembali kepada keadaan normal..  Alah bisa, tegal biasa.. aku rasa tak perlu mengharapkan simpati drpd org sekeliling... tak perlu nk bergantung harap dgn sesiapa... aku perlu berusaha dan memulakan langkah tanpa memandang kiri dan kanan.. Menurut kata seorang teman, "Ubahlah apa yang bisa kamu ubah, tapi terimalah apa yang tidak bisa diubah"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka ...


Man Jadda Wajada...

Monday, December 5, 2011

::Amarah Yg Terpendam::

Salam..

Bukan nak menagih simpati atau mengadu domba di pagi hari... cuma nk melepaskan apa yg tersirat dan tersurat dlm hati.. Pedih!! pedih yg teramat sgt dgn kata2 yg mengguris hati... aku bkn senang nk touching, tp sekali aku sentap, mmg sampai bile2 akan aku ingat...

Aku tau, aku hanya PA yg layak di gelar HA (Hamba Abdi), tp simpanlah cikit kata2 kesat tu... tidak perlu lh nk menengking setiap kali call aku... aku masih waras dan dpt faham apa arahan yg ko bagi... apa lg yg aku tak buat utk ko dan ofis selama ni??? tak cukup ke waktu yg aku korbankan selama ni?? tak kan semua benda yg aku buat  d luar ofis hour aku kene report gak?? mane privacy aku mcm tu....

Aku tak mintak utk di hargai, tp cukup sekadar aku tidak di caci maki... aku nk keluar ko tak bagi, tp ko sia2kan apa yg tlh aku beri... moga tahap kesabaran ini semakin menebal dlm hati dan sanubari.... (wah, dh mcm pantun pun ada..)

Aku bersyukur kerana masih ade insan sekeliling yg memahami dan cuba mengambil hati ini... bile seorang memaki, namun 10 org pula masih sudi menggembirakan hati ni... ini lah adat resam kehidupan di dunia yg penuh dgn ketaksuban dan kerakusan manusia utk mereka di pandang tinggi di mata org lain tanpa menghiraukan byk hati yg telah di guris... chow!!! 


Thursday, September 29, 2011

..Segalanya Telah Di Tentukan...

Salam...

Semuanya spt telah elok tertulis... Alhamdulillah, tinggal beberapa hari jer lg suami aku akan kembali kepangkuan aku... dan syukur juga coz adik ipar aku pun dh dpt transfer di cawangan yg sgt dkt ngan umah mak... so, timing mmg sgt cantik... bile adik ipar kluar dr umah aku, then suami aku plak blk.. syukur sgt2... sgt indah ketentuan ini...

Terima kasih Ya Allah di atas segala apa yg telah Engkau rencanakan ini... mmg benar kata-kata hikmah yg menyatakan... "Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dan DIA datangkan petir dan kilat... Lalu kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah pelangi yg indah"...

Alhamdulillah, berita gembira menyusul satu demi satu dalam hdp kami sejak kebelakangan ini... semua urusan telah di permudahkan olehNya.. cuma rezeki utk mendapatkan zuriat jer blm terlaksana lg... tapi kami tak kan pernah putus asa utk berusaha ke arah itu... InsyaAllah...

Tp, di sebalik kegembiraaan kami, tak semua org merasakan perkara yg sama... di kesempatan ni aku nk melahirkan rasa simpati kepada kengkwn yg kurang bernasib baik... sedih sgt bile dgr mcm2 kes yg berlaku di sekeliling aku semenjak dua menjak ni... setiap org menerima dugaan dr pelbagai jenis ujian... kengkawan, yakinlah bahawa Allah ingin memberikan kita syurga, kerana itu DIA menguji iman kita.. dan yakinlah juga bahawa apa yg kita beri hari ini dengan ikhlas,  hasilnya akan kita tuai pada suatu masa nanti... Bersabar dan berusahalah, setiap apa yg kita lakukan pasti tidak akan di sia-siakan-Nya..

Segala yg telah terjadi dlm hidup kita ni semuanya telah di rencanakan dengan sebaik mungkin oleh Nya.. sesungguhnya yg buruk itu dtgny drp kesilapan kita dan yg baik itu dtgnya dr Allah S.W.T.. dan setiap apa yg berlaku itu pasti ade hikmah di sebaliknya... mungkin kesilapan yg pernah terjadi sblm ini blh di jadikan sebagai kayu pengukur dan sejarah utk kebaikan masa hadapan.. InsyaAllah...



Saturday, September 10, 2011

..Akan Ku Kenang..

Salam..

Dlm manis ada pahitnya, dlm suka ada dukanya, dlm pasang ada surutny, dlm terang ada gelapny... Aku sgt berkecil hati dan aku akan ingat sampai mati apa yg telah seorang Hamba Allah ni katakan pada aku.. Selagi nafas masih bersatu dgn jasad, segalany akan tersemat dlm memori aku... Ni lah yg di namakan kacang lupakan kulit... Madu yg aku beri, racun yg kau balas...

"Bkn aku yg nak, tp ko yg terhegeh2.. aku tak ingin pun"
"Aku cari ko sbb ko jer yg blh tlg aku"
"Ceritalah semuany... Jgn yg indah2 jer nk citer"

I'm really LOVE the words...

Tuesday, August 23, 2011

!!Aku Dh Ilang Sbr!!

Salam..

Semakin Ramadhan hampir tiba di penghujung, semakin tahap kesabaran aku di uji... Aku hari ni rasa cam dh hampir nk batal pose dah... hari ni mmg hati aku duk mencaci maki manusia kat dlm ni jer... aku tak tau lah nk ckp apa lg.... umur bknny semakin muda.. anytime dh kubur leh panggil... tp perangai Nauzubillah.. aku tau aku tak de hak nk judge org... tp mmg seumur hdp, aku tak pernah jumpa lagi manusia yg dh umur nk masuk Isyak ni berperangai mcm ni...

Yg lagi aku tak paham, dia blh sesuka hati nk marah, tengking, herdik n jatuhkan air muka org walau kat mana jer... but once bila org wat blk kat dia, 7 hari 7 malam dia duk citer benda yg sama... then satu kg dia g bukak cerita tak puas hati ngan org.. halo beb, what u give, u get back lah...

Yg lebih memalukan, aku yg menerima tempias ny... dia duk herdik org, then kesudahannya aku yg kene follow up apa yg dia nk.. so org pandang sinis kat aku... sesetengah org bercakap kasar ngan aku coz bengang ngan dia.. aku ckp dh sehabis lembut, tp org mcm acuh tak acuh bila bercakap ngan aku...

Aku mmg bengang giler bile wat sesuatu benda tu bukan sbb Lillahi Taala... Semua benda yg di buat Lillahi BESAH!! plzzz lah... si Besah tu just manusia yg tak mengenal erti syukur n always nak kejar glamor.. so jgnlh kite pun nk terikut2 perangai dia... aku mmg betul2 dh fed up!!!


Friday, July 29, 2011

::Yes, Bos!!::

Salam...

Pagi tadi aku join kursus mengenai cara menangani stress kat opis aku ni ha... lps selesai kursus tu, aku rs mcm lega n hepi coz byk perkara n teknik yg telah aku pelajari utk menangani stress sekiranya aku menghadapi situasi tersebut selepas ni... tp, ku sangka panas hingga ke petang, ghupenya hujan lebat di susuli ribut petir di tengah hari buta...

Ari ni perasaan ade ckit hepi coz bos tak msk opis... tp tak bermakna dia tak msk opis, dia tak kan ganggu hdp aku... spt yg telah aku jangka, dia telah membuat panggilan hangit kat aku... perbualan telefon antara aku dan dia adalah spt berikut :

(B = Bos, A = Aku )

B : Saleha, blh kamu tlg sy??
A : Tlg ape tok?
B : Ari selasa sy nk cuti, nk msk2 utk hantar kat umah anak yatim.. so, sy nk mintak bantuan kamu ckit...
A: Bantuan ape tu tok??
    (time tu degupan jantung aku sgt laju..)
B: Kamu dtg umah sy, tlg sy masak utk 200 orang...
A : ermm... ok tok...
     (pdhal dlm ati kate "tak mo!! tak mo!!")
B : Sy selalu masak ngan adik beradik n maid diaorg... thn ni tak cukup staff plak coz maid my sister dh lari...
A : I see.. (berkate lg dlm ati... "so aku ni d ibarat maid part time lh yer..")
B : Jgn lupe k... ari selasa minggu dpn... dtg pagi.. lps thumb in, u dtg umah I...
A : ok tok...

Arrrggghhhhh!!!! stress aku telah kembali menusuk2 ke seluruh tubuh ku.... aku tak kisah sbnrny nk tlg masak... small matter jer tu... cumanya, aku segan nk bercampur gaul ngan family dia... almaklumlah, dia tu org ada-ada... aku ni org takde-takde... dlm kepala hotak aku ni dh mcm2 aku pk... ape yg aku nk borak2 sambil masak2 nanti?? mane peginya anak buah dia yg berdozen2 tu?? knp aku plak yg d pilihny... aduyaiii...

Anyway, aku akan tetap menggalas tanggungjawab tersebut demi kerana dia bos aku... aku kene berbuat baik kat dia coz ade misi besar yg aku nk dia plak tlg aku sampai berjaya lps ni... ngeh3x.... walaupun aku dh jd PA dia selama 5 tahun, tp aku tetap malu2 tenuk ngan dia... Aku harap jgnlah dia ajak aku berbuka puasa sekali.... mmg aku puasa 24 jam lah nmpkny... time berbuka mesti malu giler nk mkn beb... dh lah keluarga dia keluarga besar... tak mcm aku, keluarga besar-besar... ngeh3x...

So, guys... doakan lah perjalanan aku selama sehari kat umah dia tu berada dlm keadaan yg terkawal k...

Wednesday, July 27, 2011

::Moga DIA Merestui::

Salam..

Aku tak tau  nk start mcmane, tp aku berharap dan berdoa agar jalan hidup aku dan suami di permudahkan... Bak kate kengkwn aku, "sebelah kaki dh selamat... tunggu ckit ari lg, sebelah kaki plak akan mendarat"... Aku tidak mengiyakan atau menidakkan... ape yg mampu aku lakukan hanyalah mengukir senyuman sambil berdoa dlm hati...

Segunung harapan telah aku pertaruhkan.. dan aku hrp moga usaha kali ni membuahkan hasil... sesungguhnya semangat aku dh tak kuat mcm dulu lagi utk meneruskan hidup di hari2 yg mendatang... semakin hari, kami semakin tertekan dgn keadaan seperti ini... pd zahir tidak terlihat... tp batin aku sering meronta, namun tiada siapa yg memperlihatkanny...

Bagi aku, memahami situasi dan merasai situasi adalah dua perkara berbeza dlm hidup... bak kate pepatah, berat mate memandang, berat lagi bahu yg menggalas bebanan... tidak sesekali aku menyalahkan takdir atas apa yg telah terjadi.... sesungguhnya aku adelah manusia biasa yg sering bersungut andai diri sudah tidak mampu untuk mengharunginy..

Many thanks 2 my little bos yg telah menunjukkan usahanya ke arah itu... dh berkurun lama aku menantikan saat utk beliau membuka mulut... akhirnya, 1st step telah di atur... moga langkah seterusnya akan membuahkan hasil...

Guys, doakan agar urusan kami di permudahkan... andai suami aku dpt pulang ke cni, itu adelah merupakan titik permulaan kepada kebahagiaan yg selama ini aku dambakan... Seperti lirik lagu Nur Kasih... "Lewat ini ku rasakan, Kasih kian ku dambakan, Resah hati yang ku pendam, Pada takdir dan harapan"....

Waktu kat jam dinding skrg tepat menunjukkan jam 9.30 malam... waktu seperti ini tidak sepatutnya aku masih berada di ofis... tatkala pasangan suami isteri lain beristirehat di rumah, namun semangat aku  masih utuh di sini melayan perasaan yg entah bila akan berakhir.... airmata yg tadinya tenang, kini telah mengalir deras ibarat hulu sungai yg masih belum menemui hilirnya...

Bulan Ramadhan Al-Mubarak semakin menghampiri kita... semakin ianya hampir, semakin bergelodak jiwa aku... mampukah aku melalui sekali lagi Ramadhan yg mulia ini seorang diri??? Tahun lepas aku berkata dlm hati... "Ya Ramadhan, aku harap ini adalah Ramadhan yg pertama dan terakhir aku menyambutnya bersendirian tanpa insan yang bergelar suami di sisiku"... tetapi nmpknya, jangkaan aku silap sama sekali...

Memang benar, kita hanya mampu merancang... The rest is in the hands of Allah and just pray for the best...

Tuesday, July 26, 2011

!!Hati Ku Bkn Pualam!!

Salam...

Kalau tgk tajuk kat atas tu dh mcm citer retro indonesia yg skrg tgh di tayangkan secara percuma kat pakej pelangi d Astro plak kn... tp bkn citer tu yg aku nk bangkitkan ari ni... skrg ati aku tgh berbalam2 ngan manusia yg bergelar operator kat opis aku ni...

Bengang sehabis bengang dh ni... suke ati mak bapak nenek tiri sebelah atok dia jer bg no. hp aku kat outsider... ntah sape2 yg dia bg... pastu siap pesan kat outsider tu jgn bgtau, dia yg bg fon no. tu... bengang tahap gaban panjat pokok kelapa dh aku ni!!!!

Kalau outsider yg sihat tak pe... ni ntah betul ntah tidak org tu... asyik call aku ckp nk mintak bantuan.. suruh aku hulur seratus dua utk duit dia mkn... pastu nanti dia suruh aku claim kat bos aku.. adoooiiii!!! ingat aku ni jabatan kebajikan ke??? dan lg satu dia ingat bos aku tu pemurah sgt ke??? 

Till now, bdk tu still call aku... tak cukup ngan nombor ofis, dia call hp aku... dh berpuluh2 miscol ade kat hp aku ni... mlm td dia call aku kul 1 pagi.. aku mmg bengang tahap 7 dh ni!!!!!!!!

Wednesday, July 20, 2011

...Aku Perlu Tabah...

Salam.....

Di petang yg hening ni tetibe jer air mate jernih tanpa di sedari telah berguguran... rinduny lah kat Mohd Azraei Bin Azemi... Di tambah lagi bile aku dok layan Sinar dot FM... lagu2 yg di putarkan semuanya spesis tangkap leleh punyer... sob..sob..sob..

Bertambah sedey lg bile ngenangkan bulan Ramadhan dh semakin dkt... bile lah agaknya dpt menikmati waktu bersama selama sebulan utk berpuasa, bersahur, berbuka dan bertarawikh dgn seorang insan yg bergelar suami... (sgt menantikan detik tersebut.. !!Fullstop!!)

Sgt sedih ngan sesetengah pihak yg tak dpt nk bantu aku walaupun mereka mampu utk melakukanya... sumtimes, manusia akan buat tak kisah dgn keadaan org d sekeliling mereka selagi mane ianya tak terkena pd batang hidung sendiri... Sekian!!

*** B, kamik rindu sama kitak...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™