Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Monday, August 19, 2013

~~Roads and Paths~~

As-salam....

Everyone needs to take some time out for themselves sometimes, and it can be difficult to truly relax when you do... But there is always so much heavy work to do... Just now I feel so pressured to do my regular job..  The more rapidly and deeply I learned to quiet my mind and relax my body, the more restored I felt afterward.. I know I can try and have positive thoughts and thinking...  

As our journey...

there may be some steep hills to climb,


some times when the road seems treacherous and you aren't sure which turn to take...

times when you feel like you are on the brink of falling,


and there may be many curves in the road.

As you make your way through the ups and downs

May you know ALLAH SWT' s presence with you through each tunnel,

every steep climb,

every curve,

in the beautiful mountaintop experiences with ALLAH SWT,

and through the slippery storms of life;

May ALLAH SWT walk with you down through the valleys and up the mountains,

take your hand and guide you through to the light,

put a hedge around you to keep you safe,

help you to find joy and excitement in the roller coaster ride,

and fill you with amazement at the beauty ALLAH SWT provides along the way.

Take time to smell the flowers,

To admire ALLAH SWT'S handiwork

along Life's railway;

And may THE love flood over you, fill you,
and overflow in praise to ALLAH SWT for all ALLAH SWT's have done!


Add caption

Sunday, July 21, 2013

~~Kami & Recycle~~

As-salam..


Sejak 2 bulan yang lepas aku mengajak En. Asben untuk mula mengumpul bahan buangan yang boleh di kitar semula.. tak kira sama ada yg melibatkan bahan kaca, tin, mahupun plastik.. Masa mula2 dia nampak aku duk mengumpul barang2 recycle ni, dia tny kat aku, "sejak bila ayg mengumpul barang2 ni?" maka jawapan aku ialah.... (wah, dh mcm cerpen)

Ada satu malam time aku blk keje, aku ternampak seorang pak cik naik motor dan berenti kat rumah sampah di blok aku.. pak cik tu tengah menyelongkar sampah sarap dan disisinya terletak beg plastik utk di isi dengan barang2 yg blh dikitar semula.. time tu aku rasa sebak yg teramat sgt sebab aku sedang meletakkan diri bapak aku di situasi tersebut.. sanggup seorang bapa menghabiskan waktu malamnya dengan meneliti satu persatu bahan buangan yg kita anggap sudah tidak di perlukan, tapi baginya, itulah punca rezeki tambahan... (ok, aku tgh touching lg ni!)

Sejak daripada kejadian malam tu, aku terfikir.. Kenapa tidak kita memudahkan jalan mereka yg berusaha untuk mencari rezeki sedangkan kita mampu utk melakukannya.. Berbekalkan kepada pengalaman semasa tinggal di umah sahabat baik aku di Jepun masa short holiday ari tu, aku nekad untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian aku khususnya dan teman2 lain amnya.. InshaAllah..

Ilmu pengurusan bahan buangan yg sangat praktikal ni aku pelajari daripada masyarakat Jepun yang telah melaksanakan kaedah seperti ini sejak dari dulu lagi.. So kengkawan, marilah kita berusaha bersama2 utk kesejahteraan semua.. 

1 - Basuh terlebih dahulu bahan buangan dan keringkan 

2 - Tanggalkan label produk sekiranya boleh dan RAJIN..

3 - Kumpulkan semampu yang boleh..

Hasil simpanan kami selama 2 bulan..

Masa nak buang bahan recycle kat rumah sampah, jangan masukkan ke dalam tong sampah besar tu.. Niat asal kita nak membantu mereka yg memerlukan, so biarlah niat tu murni sampai ke akhirnya.. Means, taruklah beg plastik tersebut di luar mahupun di sisi tong sampah besar berkenaan.. So bg sesiapa yg memerlukan brg tersebut tidak perlu lagi menggali longgokan sampah yg mana kita sendiri pun kalau  boleh tak nak mendekatinya..

Hari ni, aku ingin menyeru kepada teman2 yg membaca blog ni utk mulakan usaha yg adakalanya di anggap KECIL bagi kita, tapi sangat BESAR maknanya buat sesetengah golongan.. Tak de lah susah mana pun nak mengasingkan barang2 tersebut jika di bandingkan dengan susah payah mereka yg terpaksa menggali berpuluh2 beg bahan buangan semata2 utk mendapatkan sebiji tin minuman ataupun yg seangkatan dengannya..

Buat rakan2 yg telah memulakan usaha sebegini lebih awal daripada aku, TAHNIAH aku ucapkan.. tapi, buat mereka yg belum bertindak sedemikian, usah tunggu sampai esk.. anda mampu mengubahnya!

A big thank you to everyone!


Add caption

Sunday, January 15, 2012

::Buah Zuriat::

Salam....


Buah ini telah diberikan oleh ofismate aku yg pergi wat ibadah haji pada musim yg lepas... ni adalah kali kedua aku dpt buah zuriat atau sesetengah org panggil buah fatimah... sebelum ni ade seorang kawan aku bg gak buah ni yg mana ianya hanya terdapat di tanah arab...

Menurut mereka dan keluarga mereka, buah ni perlu di kopakkan utk di ambil isinya dan di rebus lalu di minum air rebusan tersebut.... Tp bengongny aku ni, aku pegi simpan buah ni kat kg... once bile blk kg, aku asyik lupe jer nk mintak asben aku kopakkan buah ni... Bile kat umah Putrajaya plak, kami kekurangan parang utk membelah buah ni... FYI, kulit buah ni sgt keras... so sampai skrg aku tak pernah lg rasa mcmane rasanya air buah zuriat ni... huhuhuhu...

Pendapat aku plak, mungkin kepayahan utk mendapatkan zuriat ni dpt di terjemahkan melalui buah ni... mcmane payahny nk kopakkan buah ni, mcm tu jugaklah kita perlu berusaha lebih utk mendapatkan zuriat yg di idamkan... logik tak yer pendapat aku ni?? huhuhu...

Finally, tak semua manusia di uji dgn dugaan yg serupa kn... So kami hanya mampu berusaha, selebihnya hanya terserah pada ketentuanNYA...

Saturday, November 5, 2011

~~Uniknya 2011~~

Salam...

Alhamdulillah, aku masih lg d panjangkan umur utk meneruskan kehidupan di bulan November ni... dh 5 hari November melabuhkan tirainya.... thn ni selama 10 bulan aku setia menunggu kehadiran November seperti tahun2 sebelumnya... akhirnya, ia kembali... FYI, bln November ni byk perkara dan sejarah yg berlaku dlm hdp aku... InsyaAllah, aku akan update bile tibe masanya nanti k..

Time tgh berblog walking td, aku terjumpa beberapa fakta menarik yg boleh di kaitkan dgn topik aku ni iaitu mengenai angka 11... Memandangkan skrg kite berada di tahun 2011, maka dgn itu, moh ler kite tgk ape yg menarik mengenai tahun ni... 

Fakta pertama : tahun ini kita mengalami 4 tarikh cantik yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11....

Fakta kedua : cuba ambil 2 nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 untuk semua orang. Contoh: Tahun lahir 1988, umur 23 tahun:  88 + 23 = 111...

Fakta ketiga : pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu. Untuk pengetahuan anda, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun! Subhanallah.....

Menarik kan?? Harapan aku agar kemuliaan dan kemanisan bulan November ni akan berpanjangan sepanjang tahun hendaknya...  InsyaAllah.. Manakala nasihat aku kepada mereka yg berniat utk wat onar kat aku pd bulan ni mahupun bulan2 seterusnya, lupakan lah niat "murni" anda tu k... Tiada gunanya mencari kesalahan org lain, sedangkan kesilapan sendiri jelas terukir di hadapan mata... Renung2kan dan slmt beramal...

*** Siapa makan cili, dia pny telinga yg merah.... ^____^

Wednesday, October 12, 2011

::Keikhlasan Hati::

Salam...

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." Sambil kemudian mencium tangannya.


Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

Di copy paste drp sebuah forum... sgt touching bile membacanya... Zaman skrg agak sukar utk menemui sekeping hati yg benar2 ikhlas menerima ketentuanNya...

"We're born alone, we live alone, we die alone.. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.."  - Orson Welles

Friday, October 7, 2011

!!Gua Tabik Spring!!

Salam...

Pepagi ni ketika sedang berblog walking, ternampak satu artikel ni Kisah Tun Zaki... sgt menarik utk dibaca dan di kongsikan.. maybe aku terlewat jumpe... tp still di beri kesempatan utk membacanya... Alhamdulillah... So, kalau sesape ade kesempatan, try lah baca... tak rugi hokey... chow!!!


Thursday, September 22, 2011

~~Khasiat Epal Hijau~~

Salam...

Sedikit info utk di kongsikan...

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Thursday, September 15, 2011

..I Try 2 Motivate Myself..

Salam...


Lately aku cuba memotivasikan diri atas **Sebab2 Tertentu**... Then aku cuba alihkan pemikiran utk tak pk mc2m dgn baca buku2 motivasi... Alhamdulillah, aku dh selesai bc satu buku yg bertajuk "INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA".. Buku ni telah memberi kekuatan kepada aku utk bangkit daripada segala putus harap, lemah semangat, mati jiwa, buta mata dan cetek fikiran..

Sesungguhnya apa yg kita tempuh di muka bumi adalah pembersih dosa utk membuatkan kita lbh sabar, redha dan tambah bersyukur.. juga ianya utk mengajar kita bertindak dgn lbh bijak dari sehari ke sehari... kat cni aku ade beberapa kata2 yg blh di kongsikan bersama yg telah aku petik drpd buku ni.. InsyaAllah lps ni aku akan beralih ke buku "THE SECRET" plak...

Jika kita bercinta dengan Allah, tidak mungkin hidup kita sengsara bahkan kitalah yg paling bahagia di dunia dan akhirat.. Maka teruskanlah bercinta dgn Allah. Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan bergantung harap..

Setiap kali masuk ke dalam rumah, amalkan memberi salam tidak kira sama ada berpenghuni atau tidak dan bacakan surah Al-Ikhlas.. InsyaAllah Allah akan mengangkat segala kekurangan dan masalah di dalam rumah tersebut...

"Allah bertindak mengikut apa yg ada dalam fikiran kamu"... (Hadis Qudsi)

Jln perkahwinan ini hny ada dua iaitu memilih utk bersama hingga akhir hayat atau bercerai.. Jika memilih utk bersama, pastikan anda berada dalam keadaan slmt dan di landasan yg betul.. Jika mahu bercerai, pastikan juga anda bahagia setelah bercerai.. Apa jua pilihan anda, mempertahankan perkahwinan atau bercerai, lakukanlah semata-mata demi mencari redha Allah... Kelak di hujung nyawa anda, anda tidak akan sekali-kali menyesal dgn keputusan yg anda ambil.. sesungguhnya perkara ini bukanlah mudah melainkan bg yg memiliki kekuatan iman dan jiwa yg teguh! Maka tingkatkan doa dan perbaiki amal...

"Sesungguhnya kami tlh meninggikan satu darjat lelaki itu lbh drp kaum perempuan"..
(Surah An-Nisa' : ayat 34)
Atas sebab ini kaum lelaki menjadi pelindung bg kaum wanita.. Segala keperluan makan minum, pakaian dan tempat tinggal seorang isteri adalah menjadi tanggungan suaminya.. Seharusnya slps perkahwinan, kehidupan isteri menjadi lbh mudah dan lbh terurus drp sblmny..

Seandainya anda seorang wanita berkerjaya, wang pendapatan anda haram di sentuh suami.. Namun, seandainya anda bermurah hari dan rela memberi utk meringankan beban suami, maka itu di haruskan.. Tetapi t/jwb asal dlm menafkahkan keluarga tidak blh d lepaskan ke atas bahu isteri! Ikutlah sunatullah yg tlh di gariskan Allah..

Sekirany anda di duga, lakukan perkara ini.. Kesat air mata, kuatkan semangat, tenangkan fikiran dan tarik nafas dlm2.. Istighfar dan sebut nama Allah.. Ulangi berkali2 sehingga anda merasakan getaranny.. Rasakan juga bahawa DIA yg mendatangkan musibah, dan DIA juga yg akan menghapuskanny..

Jgn sesekali anda meragui tentang kewujudan Allah bahkan tanda2 kewujudan Allah itu ada di mana2 shj di sekeliling anda.. Anda sedar akan adanya kamera litar tertutup atau CCTV Tuhan yg 24 jam mengawasi anda dan malaikat maut dtg menjenguk anda 70 kali setiap hari.. Maka perbaikilah perjalanan hdp anda... Jadilah org yg lbh baik dari sehari ke sehari...

Adakalanya diam itu lbh baik drp berkata2... Mengalah tidak bererti kalah...

Monday, July 18, 2011

::Doa Pembuka Dua Belas Pintu::

Salam...

Di pagi Monday blues ni, aku nk share satu doa yg InsyaAllah dapat di jadikan amalan harian kita bersama... Doa ni aku dpt masa aku join ceramah dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah time sambutan Maulidur Rasul yang lalu... Katenya banyak fadhilat yg blh kite peroleh dgn mengamalkan doa ni.... Aku taruk doa ni kat tepi PC aku... So, setiap hari sebelum mulakan keje, aku akan baca doa ni...

Menurut beberapa rakan, Dr. Fadzilah Kamsah dlm setiap ceramah2ny sering berkongsi doa ini dan sangat2 menekankan kita untuk mengamalkannya... katenya lagi, sape2 yg blum dpt jodoh, InsyaAllah, akan di permudahkan jalannya... then kepada pasangan suami isteri, InsyaAllah, ikatan rumah tangga juga akan bahagia... so ape lg, moh ler kite renung2kan dan selamat beramal...


Ya Allah...! Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga... Ya Allah Yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang...

Amin...

Wednesday, April 6, 2011

::S.A.Y.A.N.G::

Salam...

Aku dapat emel ni daripada sorang opismate aku... tujuan aku publish entry ni adelah utk aku kongsikan utk renungan bersama....

"BILA DIA PANGGIL KAMU SAYANG"

bile dia panggil kamu sayang
kamu rasa kamu terawang awangan

bila dia panggil kamu sayang
kamu rasa dia benar benar sayangkan kamu

bila dia panggil kamu sayang
kamu rasa gembira

bila dia panggil kamu sayang
kamu rasa diri kamu dimanjakan

bila dia panggil kamu sayang
kamu rasa kamu pun nak panggil dia sayang

bila dia panggil kamu sayang
kamu rasa, kamu pun sayang dia jugak

bila dia panggil kamu sayang
kamu rasa, kamu nak dia panggil kamu selalu

tetapi sayang..tahukah kamu...

bila dia selalu panggil kamu sayang
dia juga mudah mengucapkan sayang pada orang lain

bila dia selalu panggil kamu sayang
perasaan sayang itu jua kadang kala hanya di bibir
bukan dari hati

bila dia selalu panggil kamu sayang
kamu selalunya tidak mendengar katanya
malah semakin degil

bila dia selalu panggil kamu sayang
kamu selalunya akan leka dengan belaian itu

sayang,
sayang itu hanya lah gelaran.
sayang itu hanya lah nama
sayang itu hanya lah panggilan

jika kita sayang
jarang dapat kita luahkannya selalu

simpan sayang kamu
simpan rapi dalam hati

supaya rasa itu dirasai melalui getaran jiwa
bukan ketapan bibir

tanpa panggilan sayang
tak semestinya dia tak sayang

sayangi lah diri kamu dahulu
sebelum mengemis sayang dari orang lain

sayangi keluarga kamu dahulu
sebelum menyebut sayang pada orang lain

sayangi kehidupan kamu dahulu
sebelum meminta sayang dari orang lain

Friday, March 25, 2011

::Petua Kebahagiaan::

PETUA 8P UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA....
Petua 8P ini adalah daripada Ustazah Siti Nur Bahyah

PUJI
Iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila
diberi pertolongan.

PELUK
Yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

PENGHARGAAN
Seterusnya dimana amalan memberi hadiah boleh menambahkan kasih sayang.


PERHATIAN

Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

PERSEFAHAMAN
Perlu adannya persefahaman antara suami isteri.

PERGAULAN
Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterunya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

PERCUTIAN
Di mana perlu merancang berdua-duaan dengan pasangannya ditempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

PERMOHONAN
Yang terakhir ialah berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

=====================================

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

 

Wednesday, February 16, 2011

::Utk Renungan Bersama::

Salam..

Td pepagi masuk jer opis, aku cam biaselah... perkare pertama yg aku wat ialah check emel... then aku dptlah 1 emel ni... aku pun tak tau sape sender ny... mmg tak kenal pun... sape sender ny bkn lah perkara utama... ape yg penting, isi kandungan emel tersebut.. agak menarik utk di kongsikan bersama... jom kita jadikan panduan bersama :

Assalamu'alaikum W.B.T.

Ini adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman. Antara faktor tersebut ialah :

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu  matahari akan turun di atas kepala.


PESANAN HAMBA INI :


(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

*** Bersamalah kita memperbaiki kesilapan diri
sementara masih ade lg sisa2 waktu yg tinggal...

Tuesday, February 1, 2011

::Cocoa Collagen::

Salam...

Kengkwn, meh lah kite ramai2 cube minum Cocoa Collagen ni.... Ari ni ari kedua aku start minum produk ni... selain rsnya yg sdp, ianya juga mengandungi byk khasiat tau... I bkn nk menggoda, tp cuma nk meniaga... kihkihkihkih... teringat kat iklan Kopi Janda plak tetibe... Menurut beberapa orang kwn aku yg dh jd penggemar tegar produk ni, dia kate antara kelebihan produk ni adalah seperti berikut :

* Mencantikkan kulit...

* Dpt menggembalikan keremajaan wanita...

* Dpt menurunkn brt bdn (tp kene btul2 konsisten lh)...

* Dpt memperbanyakkan air susu...

Kengkwn kalo nak beli leh lah roger2 I k... harga sekotak RM 16... tp kalo beli 3 kotak iaitu stok utk sebln, harganya RM 47 jer... Sekotak ade 10 sachet... kene minum b4 kite amik breakfast... sehari sekali pun dh memadai... Jom kite ramai2 cube erkkk... tak rugi tau...

Dptkn segera sementara stok msh ade.... huhuhuhu...

!!Godaan Laman Sosial!!

Salam...

Bunyi cam menarik kn??? tp pd hakikat sape yg melaluiny, sgt2 perit.... aku dpt tajuk ni time aku tgk ulangan rancangan fevret aku pg tadi iaitu "Semanis Kurma" yg di hoskan oleh ustazah Norbaayah n suaminy... tetamu kali ni Aziz M. Osman n Zila Bakarin...

Zaman teknologi sekarang ni byk sungguh laman2 sosial n website yg senang btul terpana kat diri kita kn?? InsyaAllah kalo betul cr kite menggunakanny, maka baiklah jd ny... tp kalo niat kita tak betul, maka akan timbullah perkara2 yg tak sdp di dgr.... Contohnya FB... FB ni mmg leh wat duit... ramai org wat bisnes melalui FB dgn hanya meng "tag" produk mereka... selain tu, FB juga dpt merapatkan hubungan sillaturrahim sesame umat manusia.... dr FB lh kita dpt jumpe blk kengkwn lame, sedare mare n cikgu cikgi yg pernah mencurahkan ilmu pd kita sblm ni... tp kite kena berhati2 gak coz dgn FB juga, sesebuah hubungan blh musnah di sebabkan oleh lemparan cerita2 yg kurang sdp di dgr...

So, berbalik pd tajuk, ade beberape nasihat yg telah diberikan oleh ustazah n ustaz td yg blh aku kongsikan bersame korang... antaranya ialah :

* Jgn sesekali mengadu domba mengenai hal rumah tangga kpd org yg berlainan jantina... (Hal ini juga telah di sebut oleh Rasulullah dlm hadisnya yg lbh kurang mcm ni bunyiny : "Jgn sesekali kamu menceritakan hal rumah tangga dgn org yg bukan mahram bg kamu kerana ia dikhuatiri akan mengundang kecurangan dlm rumah tangga")

* Simpan sedikit privacy utk diri sendiri dan bukan semuanya layak utk di persembahkan kpd pihak luar...

* Berhati2 dlm setiap tindak tanduk yg dilakukan kerana ianya akan mengundang kecelakaan tanpa kita sedari...

* Jika kita menghadapi musibah akibat drp godaan laman sosial or etc, segeralah kita lakukan solat taubat dan disusuli dgn solat hajat utk memohon agar di tetapkan iman kita...

So kengkwn, marilah kita menggunakan teknologi yg ade dgn sebaik mungkin... Ini adalah pesanan utk diri aku sendiri khususnya dan org2 sekeliling aku amnya.... sori, tak byk point yg sempat aku tulis coz aku tgk rancangan ni dh hampir nak abis td... insyaAllah, next time kalo ade isu yg menarik lg, aku akan kongsikan bersame k...

*** Celoteh pasangan suami isteri yg byk m'beri ilmu pd aku dr dulu lg...

Thursday, November 11, 2010

~~Mingguan Wanita~~

Salam...

Mmg aku tak de keje ari ni...keje nya update blog jer...dah bape post dah aku publish ari ni...melampau tul...huhuhuhu...tp keje hakiki aku dah siap dah tau...surat2 dah beres dr tadi lagi dah...(ayat cover, tkt org kate mkn gaji bute!!)....

Memandangkan tak berape nak ade keje, td lunch time aku ngan Shikin g alamanda...huhuhu....alang2 g alamanda, aku pun amik kesempatan lah singgah kat book store beli my fevret magazine...ape lg kalau bkn mingguan wanita...tgk ade yg latest, so tanpa membuang mase, aku pun kuarkan duit RM 3.30 n terus bayar...this week punyer keluaran siap ade free gift berupa shampoo tecik2 lg drp sunsilk...

By the way, belek punye belek, aku ternampak satu post yg blh di kongsikan bersama kalian...meh kite tgk k...

Cover minggu  ni gune muke Kak Engku ngan anak2 dia...

Ni lah post yg blh di kongsikan bersama...

** Kpd pihak yg berkenaan, sila praktikkan cara ni yer...ahaks!!!



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™