Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Friday, September 20, 2013

::Cerita Hari Ahad::

As-salam..

Minggu ni rasa best gler sebab laju jer masa berlalu.. memang best keje 4 hari seminggu ni erk? ditambah lagi boss tak de.. pergghhh!!! nikmat dunia katanya.. kalau selalu mcm ni kan best... tp org kata, benda baik tak dtg selalu.. hehehehe.. Anyway, nk citer ckit apa yg telah terjadi Ahad baru ni dalam kehidupan aku.. 

Pepagi buta aku dan adik ipar aku teman mak gi antar rombongan pengantin kat Sijangkang.. Pukul 9 lebih kami dh siap.. tapi pepaham jer lah.. nama jer rombongan.. tunggu org tu, tunggu org ni, kul 11am br gerak.. Sebenarnya aku kenal mak pengantin lelaki ni sebab dia tukang urut tetap aku di Sepangnyol.. dia pelawa aku utk antar rombongan pihak lelaki.. so aku wajib lah pergi.. mestilah kena jaga hati.. so lps ni dapat extra  hour kalau mengurut.. kehkehkehkeh...

Sedap wei makan kat umah pengantin ni.. dan bertambah2 sedap bile tgk nama catering tu adalah "Salehah Catering".. auuwww.. bertambah2 aku makan.. sebab aku suka nama catering tu, maka aku promotelah kat cni yer.. :)

Anyway, aku suka pengantin kat atas tu.. umurnya baru 25 tahun.. umah pengantin pompuan ala2 banglo okay.. tp buat majlis mmg simple gler.. pelamin xde, yg ada hanyalah kerusi jati.. payung pun tak de.. pakai payung TM jer ntah sape pny dlm kereta.. tak de kompang.. memang aku respect abis.. ni yg di katakan buat majlis mengikut syarak.. Pengantin pompuan ada kedai jahit.. mmg cantik hasil air tangan dia.. tabik spring aku kat dia!

Dari Sijangkang, kami gerak terus ke Desa Tasik.. kali ni pengantin pompuan adalah kawan sekolah rendah adik ipar aku.. dekat majlis ni plak, aku suka giler pelamin dia.. sgt memenuhi citarasa aku.. especially kaler puprle tu.. aku kan mmg giler kat purple.. so rasa jatuh cinta yg teramat sgt dgn decoration dia.. rasa mcm nk wat mcm ni kat bilik tdo aku.. kehkehkeh..

Alang2 dh kat Desa Tasik, maka kami pun masuk lah kejap ke Kem ATM di Sungai Besi.. Sajer mengimbas kenangan silam.. Dulu masa kecik2 aku memang selalu ke sini sebab pak cik aku askar dan mmg menetap kat sini.. dan tak sangka plak rupanya En. Asben sekeluarga pun menetap kat dalam kem.. mungkin masa kecik2 dulu kami pernah terserempak masa main kat playground... tapi time tu memasing tak kenal lagi kan.. so tak delah perasaan cintan cintun.. muahahaha... FYI, aku mmg sangat suka bermain dgn imaginasi.. *___* Anyway, gambar kat atas tu adalah rumah lama En. Asben sekeluarga.. sekolah plak kat  sebelah jer..

Masa kami tengah solat zohor kat dalam kem, aku dapat call daripada kakak sepupu aku yg mana beliau telah menyampaikan berita sedih.. pak cik aku yang terlantar sakit sebelum ni akibat kanser tulang dan juga prostat telah kembali menemui penciptanya.. Jenazah telah di kafan dan di solatkan di Shah Alam dan selamat di kebumikan di kampung halamannya di Jengka, Pahang.. Ini adalah kehilangan kedua dalam adik beradik arwah mak setelah arwah mak pergi pada tahun 2007 dulu.. Al-Fatihah buat Arwah Abdul Majid Bin Maksud dan juga Kasminah Binti Maksud.. Semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh.. Amin..

Aku tak ikut gi Jengka.. dan malam tu memang kami dh plan utk tdo umah Shah Alam.. disebabkan kebulur, maka aku dan En. Asben gi merayau sekitar Shah Alam utk cari makanan.. Mula2 plan nak makan kat Tupai2.. pastu separuh jalan tkr plan plak.. konon teringin nak makan ayam penyet.. sudahnya bila ternampak satu restoran ni, masing2 telah mengubah selera..

Nama Restoren ni Bisik2.. Terletak di belakang Unisel Seksyen 7, Shah Alam.. Dia menghidangkan bermacam2 aneka masakan Johor.. yg paling aku tak tahan adalah Mee Bandung Udang Galah.. Perggghh!! kecur air liur.. lapar plak tetibe di buatnya.. selain Mi Bandung, ada gak soto, nasi ambeng, otak2, mi rebus dan mcm2 lagi lah.. memang wajib cuba okay.. Harga pun berpatutan.. Kedai ni pernah masuk JJCM dan beberapa media massa yg lain.. Lepas ni aku nak cuba kedai sebelah dia plak.. Kedai sebelah jual Mi Ketam.. nampak sedap wei!

Ok tu jer cerita Ahad.. Cerita Senin tak de apa sgt.. sebab kena masuk opis time org lain bercuti.. chooiii!

Add caption

Monday, May 20, 2013

::Aktiviti Sabtu::

As-salam..

Sabtu baru ni, jadual kami laki bini sangat padat.. mmg wajib utk aku catatkan di sini sebagai kenangan yang tak mungkin dpt kami lupakan..

Pagi

Opis aku ade anjurkan game paintball kat MAEPS.. tp kali ni aku tak main sekali dan aku bg laluan pada En. Asben utk enjoy this game.. bebdk opis pujuk aku utk join sekali... tapi aku tetap berkeras tak nak main coz kesakitan terkena tembakan pellet last year masih terasa kat peha gebu aku ni ha.. so wat masa ni mmg blum pasang niat utk mencuba sekali lagi.. juz mampu utk temankan mereka sahaja..




Lately cuaca mmg agak panas keterlaluan.. start kul 1030am kat cni dh rasa mcm kul 12.30pm.. panasnya ya ampun.. tapi, panas mcmane pun, kene gak bersabar tunggu sampai game abis.. mmg nmpk diaorg enjoy gler.. mau tak nya, sorang sampai 5-6 game dibelasahnya.. Kali ni laki aku kene 3 das tembakan..

Petang

Membute... tak yah masak kali ni sebab dpt nasi lemak percuma kat MAEPS..

Lps Maghrib

Tetibe tekak teringin nk makan meatball abg burn.. so kami gi Sg Ramal utk mencuba meatball + beli 2 ketul burger bakar.. 



Pendapat aku, marbeles lagi meatball ikea.. bagi penggemar tegar daging, mungkin ini adalah solutions nya coz mmg 100% kesegaran daging dpt dinikmati with every single bites..

Malam 

Lepas isi perut, kami meneruskan perjalanan ke Uptown Danau Kota utk cuci mata.. mula2 niat nk cuci mata.. tp sudahnya tercuci dompet sekali.. Ni merupakan pengalaman pertama kami ke Uptown Danau coz sblm ni kami pernah pergi, tp tutup plak tempatnya.. maybe salah hari.. but once bile dh sampai, rasanya meriah lagi uptown Shah Alam n Cheras.. coz kat cni byk gerai menjual benda yg sama.... 

Tengah Malam

Balik dari Uptown, kami pergi plak round bandar KL dan singgah ke chow kit utk mencari sayur buat stok kat umah.. seronok giler dpt gi sini coz aku dpt pilih pelbagai sayur kampung yg segar selain daripada harganya yg sgt murah.. kluar duit RM6, tapi dapat grab sayur mcm stok nak bg mkn kambing.. sgt puas ati.. aku adelah merupakan seorang penggemar tegar tumbuh2an hijau!


Masa kat chow kit, mereka hanya menjual sayuran dan buah2an sahaja coz gerai yg lain bukak waktu siang.. so kami meneruskan perjalanan ke Pasar Borong Selangor utk mencari lauk-pauk selain drp mencari pasal... 

Sampai kat Pasar Borong Selangor time tu kul 1.40 pagi.. rupanya ikan ngan geng2 lautan dia lum sampai lagi.. yg bukak hanyalah gerai2 sayur ketika itu.. utk mengelakkan kemaluan, maka aku pun beli lah cili besor dgn cili api.. jadilah daripada tak de...

Di Keheningan Malam

On d way back from Pasar Borong nak menuju ke Presint 5, kami melalui sebuah selekoh tajam sebelum sampai ke jambatan tulang ikan berhampiran AGC... Time tu amatlah terkejut beruk kami di buatnya coz tgh sdp aku layan corner lap, tetibe ade sekumpulan bebdk motor tahan kami.. Time tu En. Asben kata berenti tepi dan jgn keluar biar dia sorang jer g reccee..

Time tu aku bukak tingkap dan dgr diaorg mintak tlg utk hantarkan kawan diaorg yg tgh pengsan akibat kemalangan terlanggar divider n tercampak terkena pokok yg ade kat ctu.. aku pun bg tanda persetujuan kat En. Asben utk hantar mangsa ke hospital.. Time tu aku  bwk kete, adk aku duduk depan dan mangsa di pangku oleh slh seorang rakannya di belakang.. En. Asben plak berkonvoi ke Hospital Putrajaya dgn bebdk motor yg lain..

Sepanjang jln menuju ke Hosp, aku tak kedengaran langsung bunyi nafas mangsa tadi.. aku mintak member dia tepuk2 ckit si mangsa dan tak nak dia terus senyap.. Sampai kat Hosp, aku terus pergi ke tempat kecemasan dan mintak bantuan.. FYI, mangsa langsung tidak mempunyai sebarang kesan luka.. setitik darah pun tak de.. Aku sifatkan bahawa mangsa mengalami pendarahan dalaman coz aku tgk muke dan kakinya dh lebam..

Lepas mangsa dibawa masuk ke bahagian kecemasan, kami bersembang sekejap dgn bebdk lain dan kemudiannya kami amik keputusan utk blk ke umah coz  mate dh makin mengecil.. sampai di umah, kami rasa tak sedap hati dan try make a call kat slh seorang kengkwn mangsa..

Jam time tu menunjukkan pukul 3.00am.. Dan kami di khabarkan bahawa doktor mengesahkan bahawa mangsa telah pun kembali menemui penciptanya semasa di tempat kejadian lagi... Innalillahi wainallillah hirojiun..


Arwah yg baru berusia 19 tahun adalah merupakan salah seorang anak kepada anggota PGA di Cheras dan telah selamat di kebumikan semalam di kampung halaman keluarganya di Pulau Pangkor..

Bergenang air mata aku bila teringat semula kejadian itu.. Sama2lah kita berdoa agar arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman.. Alfatihah... 

Add caption

Thursday, October 4, 2012

::Semoga Roh Mereka Di Cucuri Rahmat::


Aku kira agak lama juga aku tinggalkan blog ini terbiar kesepian sendiri... byk catatan yg ingin aku abadikan di sini.. tapi masa dan keadaan agak kurang mengizinkan.. walaubagaimanapun, apa yg berlaku semalam aku rasakan, wajib utk aku coretkan jua ianya di sini hari ini..
 
Semalam petang, kira2 jam 3.30 petang, aku menerima panggilan telefon daripada adik aku yg memberi suatu perkhabaran  yg agak perit utk di terima.. 2 org kawan baik beliau telah pergi menghembuskan nafas terakhir utk selama2nya... tak sangka, arwah fydo n shafiq pergi dalam sekelip mata..
 
Minggu ni adalah merupakan  minggu getir bagi kebanyakkan students bila mana mereka perlu menjalani final exam utk sem ni... kegetiran itu di tambah lagi dgn berita yg amat mengejutkan semalam.. mmg agak sukar utk menerima ketentuan takdir ini... kawan yg selalunya di jadikan tempat bergaduh, tempat meluahkan perasaan, kini tiada lagi dapat didengari suaranya...
 
Aku sempat mengenali arwah Fydo dalam tempoh setahun kebelakangan ini.. walaupun belum pernah bersua muka, namun, setiap kali mendengar suara dan berBBM dgn beliau, ianya adalah merupakan moment indah yg tak dpt di lupakan.. aku menganggapnya seperti adik kandung aku sendiri..
 
Pernah hati aku tersentuh bila mana beliau pernah menelefon aku di tengah malam yg hening sblm aku berlepas ke New York pada bulan Mac yang lalu... katanya, "Akak, sy nak tdo dah lepas ni... takut tak sempat nak call akak nanti.. akak dh kat airport kan? sy just nk cakap kat akak, jaga diri baik2 kat tempat org... ingat saya selalu tau.. jgn lupa ole2 saya"...
 
Begitu juga kalau time cuti sem.. bila mana aku sibuk masak kat dapur, adik aku akan send gambar apa yg aku masak pd si Fydo... beliau sungguh teruja utk mengetahui apa yg kami hidangkan pada hari tersebut... pernah dalam telefon, arwah berkata pada aku.. "kak, kalau akak datang Kedah, akak  bawaklah lauk yg akak masak.. sy teringin nak rasa air tangan akak.. salia selalu cakap akak masak sedap.."
 
Ya Allah, kuatkan lah hati keluarga beliau, rakan2 beliau dan sesiapa jua yg pernah rapat dan mengenalinya.. Pada mu ku panjatkan doa agar roh arwah Firdaus Tajudin dan Shafiq Bahari di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman.. Amin ya rabbal Alamin..
 
Semoga roh kalian di cucuri rahmat...
 
Hati dan emosi aku belum cukup kuat untuk menceritakan apa yg telah terjadi sebenarnya.. setakat entri pendek ni pun air mata aku dah bercucuran.. Untuk mengetahui berita kemalangan tersebut, anda boleh Klik Sini atau di Harian Metro hari ini, muka surat 10..
 
Al Fatihah...
 

Thursday, July 21, 2011

~~Takziah Buat Mu Sahabat~~

Salam...

Al-Fatihah buat sahabat karib aku iaitu Suraihan Binti Ratas di atas pemergian abah tersayang ke rahmatullah akibat jangkitan kuman pd paru2, petang semalam... Moga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman... Amin..

FYI, last week Sue br blk Malaysia from Tokyo coz atok sue juga mengalami jangkitan kuman d paru2ny... Ari ahad lps sue dh blk semula ke Tokyo n last nite Sue bergegas blk Malaysia thru Singapore Airlines.. Cian Sue... BTW, aku doakan agar Sue n family cekal dan tabah menghadapi ketentuan takdir ini...

Cik Suraihan..

Thursday, June 9, 2011

~~Takziah Buat Mu Sahabat~~

Salam...

Sekalung takziah aku tujukan khas buat sahabat baik ku iaitu Cik Masrini sekeluarga di atas pulangnya ke rahmatullah ayahanda tercinta, pada 30hb Mei 2011 (Isnin) yang lalu.... Moga roh beliau d cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Amin...

Buat sahabatku, aku doakan agar kalian sekeluarga tabah menerima qada' dan qadar yang telah di tentukan...

Cik Mas....


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™