Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Monday, September 24, 2012

::Shanghai - Sightseeing II::

Alhamdulillah, demam dan selsema dah beransur pulih... tapi tekak sgt memeritkan especially bile nak telan air liur.. tuhan jer yg tahu... batuk pun tak reda lagi... setiap kali batuk, terkencing2 di buatnya.. oh, perit!
Anyway, aku nak abiskan juga citer jenjalan masa kat Shanghai ari tu.. malas nk citer panjang, biarlah gambar menceritakan segalanya... yg penting tak de entri tertunggak... ^___^
Silk King ni merupakan gedung menjual sutera.. tapi aku tak mampu nak beli sutera kat cni.. mahal nak mam! semeter RM400.. so cuci mata jer lah..




Lepas balik dari Water Village ari tu, kami gi jenjalan cari souvenir kat tempat ni.. memandangkan aku ni byk mkn semut, so aku tak ingat dah apa nama tempat ni.. padahal 2 kali dah kitaorg gi ke sini.. aku mmg sah tak leh jd tourist guide.. hancus! ampun kan saya penunggu gua!

Time ni kami sedang berjalan2 utk mencari Halal restaurant.. mmg agak payah kat Shanghai nak cari restoren yg halal.. mission just dpt suggest 3 jer kedai makan yg halal.. sebesar2 bandar Shanghai tu, 3 jer restoren yg halal.. yg satu tu, time kami gi dh tutup..

By the way, ingin aku kongsikan sedikit pengalaman time kat sana... FYI, pengalaman yg tak dpt di lupakan ialah kemana2 jer kami pergi, drumstick babi panggang di jual dgn meriahnya.. konon macam kopok lekor kat Msia ni... lalu jer, jumpa... jumpa jer lalu.. Alamak, tetibe rasa loya... ;(

Masa kat sana kami stay kat Kerry Hotel.. Hotel ni milik org Malaysia kita iaitu Tan Sri Robert Kuok.. Tauke gula yg terkaya kat Malaysia tu... Ada gak rakyat Malaysia yg berkerja kat hotel ni... tapi yg sedihnya, setiap kali breakfast kat hotel ni, aku hanya minum black coffee n mee goreng vegetarian.. tu jer yg bebas daripada daging haiwan berkenaan... spt yg aku nyatakan tadi, haiwan pink tu ade juga kat cafe hotel ni...

Apa lagi yer yg nak di kongsikan? rasanya cukup dh tu kot... apa?? barang shopping... ngeh3x... tgk lah nanti kalau free aku update.. nak layan tekak jap.. bubye!


Friday, September 14, 2012

::Shanghai - Sightseeing::

First, aku rasa mcm nak menjerit sekuat hati  sebab dgn angkuhnya bile En. Asben suruh bawak tab, aku kate "tak yah lah bang... member ayg selalu bawak kamera".... Sesungguhnya malang memang tidak berbau... Sekali, member aku tak bawak kamera daaaa... So, sementara menanti ketibaan kengkwn yg lain sampai dalam  masa sehari dua, kami pun merakamkan kenangan menggunakan blackbabi jer... hasilnya mmg cukup mengecewakan... :(
BTW, dah alang2 sampai di negara orang, tidak sah rasanya kalau kita tidak mengenali budaya dan melawati beberapa tempat yg blh meninggalkan kenangan dlm hidup... Semasa mengadakan lawatan kerja di Shanghai baru2 ni, kami berkesempatan untuk melawati satu perkampungan air yg bersejarah (Water Village) di salah sebuah daerah di Shanghai..


Untuk ke Water Village ni, kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah dengan menaiki kereta dari Hotel yg kami diami... Sampai di sini, kami perlu menaiki feri pula untuk ke destinasi sebenar perkampungan yg penuh dgn sejarah pada zaman Dynasty Yin dan Yang.. Kite pernah belajar dulu kan pasal zaman kegemilangan Dynasty Yin dan Yang masa di bangku sekolah suatu ketika dulu... kalau tak ingat, bukak buku balik k... kalau x, cari jer kat google.. ^___^



Dari waktu kami sampai, hinggalah nak balik, hujan turun tak berhenti2... hujan rahmat menanti kedatangan kami gamaknya... ngeh3x... Mujur dh stand by payung..



 Dekat kawasan ni terdapat banyak tokong2 kecil dan besar yang mencatat sejarahnya yg tersendiri.. Ape sejarahnya?? Entah, aku pun tak tau.. ^___^



Cantik sgt pemandangan kat water village ni... tempatnya pun besar dan tak pernah lengang drpd di kunjungi pelancong... terdapat banyak sejarah yg tersurat dan tersirat di setiap inci kawasan ni bermula dari tempat kami melangkahkan kaki keluar daripada feri sehinggalah kaki melangkah masuk semula ke dalam feri... bagi anda yang berhasrat ingin ke Shanghai, tidak rugi rasanya jika anda singgah sebentar di kawasan ini..

 

Tuesday, September 11, 2012

~~Memerdekakan Pemikiran~~

Berdasarkan pengalaman yg ada, ingin aku kongsikan  bersama kalian bagaimana cara pemikiran kita dalam menempuhi kehidupan seharian.. entri ini khas bagi mereka yg sgt terbuka pemikirannya untuk menerima segala apa yg ingin di ketengahkan.. bagi mereka yg merasakan bahawa pandangan aku ini tidak dapat di terima pakai, terpulanglah..

Malaysia tanah air ku tercinta.. berpegangkan pada pengalaman aku di 8 buah negara yang pernah aku kunjungi, aku sgt bersetuju dengan pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, hujan lebat di mana-mana".. eh! ^_____^

Bagi aku, Malaysia mmg tiada tolok bandingannya jika hendak di bandingkan dgn negara maju lain.. mungkin ada yg mengatakan aku ni cerewet, kolot dan sebagainya.. yerlah, lain org, lain lah caranya kan.. tp aku ingin menegaskan di sini bahawasanya kita perlu menyayangi dan memelihara Malaysia tanah air kita ni dengan sebaik yang mungkin...

Tandas

First, ingin aku kongsikan bab kebersihan tandas... bukanlah aku ni seorang yg pembersih sgt.. tp sekurang2nya cukup untuk buat org tidak loya dgn kita sudah memadai.. perkara yg aku sgt menitikberatkan ialah bab tandas.. ini kerana tandas adalah destinasi WAJIB yg perlu aku dan kalian lawati setiap hari...

Aku terdetik untuk buka isu ni sebab semasa aku di China baru ni, aku rasa sgt perit untuk membuang sisa kumbahan aku di tandas mereka.. 1st, mereka kebanyakkannya menggunakan jamban cangkung, dan yg paling kritikal mereka tidak mempunyai sebarang paip air dan tisu.. kalau setakat nak kencing, ok lah lagi.. tp kalau tahap nk buang air besar dan untuk perempuan pula yg ingin menukar pad, bagaimana caranya?? mmg sgt menyeksakan bukan? kalau kita dh prepare tisu ok lah.. tp yg dh kehabisan stok, mcmane pula? selepas ada pengalaman spt itu, aku tak kan ketinggalan utk membawa botol air kosong ke mana2 sahaja..

Di sini, aku ingin kongsikan sedikit teknik yg telah aku praktikan jika aku berada di tandas awam tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara bagi menjamin kebahagiaan lubang hidung kita bersama... 1st, sebelum membuang sisa kumbahan, aku akan pastikan aku siram terlebih dahulu ruangan kecil di dalam toilet tersebut.. setelah selesai membuang niat, aku akan flush dan siram sekali lagi ruangan di sekelilingnya.. jika ada tisu di atas lantai, aku akan siramkan ketepi biar menjadi setempat.. dan bg mereka yg sentiasa membawa perfume kemana2, apa salahnya kita semburkan sedikit di ruangan tersebut sebelum keluar.. sekiranya semua org melakukan perkara yg sama, maka kita semua pasti akan tersenyum sebelum niat sebenar dapat di lepaskan.. setuju??

Sampah

Aku sangat kagum bila melihat negara org yg sgt bersih... di kiri dan kanan jalan mereka, tiada sedikit pun sampah sarap yg kelihatan.. kalau lantai di sekitar bazaar, blh siap buat tidur lagi.. mmg kilat dan bersih.. tapi, mengapa tidak di negara kita... contoh terdekat adalah di bazaar jalan TAR dan Masjid India time nak raya baru ni.. mak datuk, sampah minuman dan makanan sama menggunung dengan tudung bawal tiga tone yg di longgok kat atas meja.. apa salahnya kita simpan tin minuman kita sampai kita jumpa tong sampah ataupun bawak blk jer.. setin jer pun.. ringan plak tu... boleh kengkwn??

Kesejahteraan Malaysia sebenarnya terletak pada cara pemikiran dan perilaku kita.. sharing is caring.. tak percaya, cubalah.. ok, jumpa lagi di lain ceramah akan dtg yer... bubye!!




Monday, September 3, 2012

..From Shanghai With Luv..


Alhamdulillah, aku n beberapa org delegates yang lain telah selamat tiba di Shanghai pagi tadi.. Hari ni aku bersiaran secara live dr shanghai menggunakan iPad boss aku.. Dia suruh aku check emel, tp aku telah mengambil kesempatan d waktu kesempitan utk singgah kat blog ni sekejap. Huhuhu... Utk 1st day ni xde ape yg menarik sgt utk d kongsikan... Bdn pun msh letih lg... 

Anyway, citer raya n open house pun x di wat lg... InsyaAllah, blk Malaysia nanti akan aku kongsikan k.. Bubye!!!! Ape, nk Kirim sutera China?? InsyaAllah... ^______^



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™