Showing posts with label U.A.E.. Show all posts
Showing posts with label U.A.E.. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

::Cerita Abu Dhabi & Dubai::

As-salam..

Hari pertama aku jejakkan kaki ke UAE, aku terus ke Abu Dhabi sebab ade official visit kat sana.. juz pergi balik hari.. malam tu lepas settled semua kami shoot balik ke Dubai semula.. Jarak dari Dubai ke Abu Dhabi by road lebih kurang 2 jam.. Kat Abu Dhabi tak de yg menarik sangat.. yg jadi perhatian kat sini hanyalah "Ferrari World".. the largest indoor theme park in d world katanya.. tapi aku tak pergi pun.. so tak leh nak citer sangat..






As usual, kalau dah abis keje, mestilah waktu utk shopping dan cuci mata wajib di peruntukkan untuk diri sendiri.. Destinasi wajib adalah ke Naif Road.. Fyi, ni kali ketiga aku menjejakkan kaki ke Dubai.. so dh ade beberapa kedai yg aku dah mark dan dah kenal ownernya.. so senanglah kan nak deal harga kalau membeli.. kali ni aku tak berapa nak shopping sangat.. sbb rasanya dah banyak stok kat umah utk jubah n perfume.. yg sedia ada kat umah pun aku jarang pakai.. and time besday baru ni aku dapat lagi 3 helai jubah sebagai birthday present.. mentang2 kat arab, so memasing decide nak bg jubah.. papepun, tq so much kepada yg sudi memberi.. kali ni aku banyak membeli utk kiriman org jer..

Stock perfume kami kat umah.. 
Asal nampak murah kat epot jer aku beli.. 
so ni stock utk 2 tahun.. cukup!


  


Tidak ketinggalan iaitu destinasi wajib kalau ke Dubai ialah ke Burj Al-Khalifa utk menyaksikan water fountain kat bangunan tertinggi mereka tu.. memang cantik dan mengasyikkan sungguh panorama di waktu malam kat cni.. sambil tgk air menari2, kita jugak dapat dengar lagu2 yg mengusik jiwa.. (bukan lagu arab yer)..



Ni satu lagi destinasi wajib kalau ke mana2 negara org... En. Asben sekarang ni pandai dah.. kalau aku tanya nak ape? jawapan dia adalah, "tak yah susah2 nak belikan abg barang.. sehelai t-shirt Hard Rock dh cukup".. amboi... pandai dah order..



Kat sebelah Burj Al-Arab ni terletaknya Dubai Mall iaitu shopping complex diaorg yg sgt besar.. aku baru jalan separuh dh rasa mcm nak tercabut skru kat kaki.. dan kat dalam Dubai Mall ni jugak ade Aquarium.. aku tengok dari luar jer.. malas  nak masuk sbb aku dh pernah jelajah Aquarium terbesar mereka yang terletak kat Palm Atlantis..


Tak puas tengok bangunan ni time malam, kami repeat ke sini time siang plak.. 
huhuhu..




Berdepan dengan Dubai Mall adalah Souq Al-Bahar.. kat dalam ni ade jual macam2 barang iaitu termasuklah souvenir, manisan, jubah dan mcm2 lagi.. tapi harganya agak mahal..

Ok, tu jer kot nak citer.. bye!


Add caption

Monday, August 13, 2012

~~Corat Coret Dubai~~



Sbnrnya mood nk keje n nak update blog dh terjun tiruk ke laut... fikiran plak dah melayang2 ke preparation menyambut raya... Alhamdulillah, shopping raya dah settled.. tinggal nak kemas umah jer... InsyaAllah, masuk minggu kedua lepas raya, ade trip lg... pergghhh!! penat... Sebelum trip lain menjelma, ari ni aku nak kongsikan sedikit corat-coret yg  boleh di kongsikan bersama sekiranya anda ingin menjejakkan kaki ke Dubai...

1st, mesti tempat shopping kan? Dubai adelah syurga shopping bagi yg gemar bershopping sakan... ade beberapa tempat yg boleh di kategorikan utk beberapa golongan... iaitu 1st utk golongan atasan dan kedua adalah utk marhain mcm aku... menurut pihak embassy kita di sana, kualiti adalah sama, cuma fasiliti tempat tu jer yg membuatkan harga berbeza...

Tempat wajib yg perlu di kunjungi jika ke Dubai adalah Naif Road, Al Soor Street dan kawasan2 sekitarnya... Kat sini macam2 ada... daripada kain, perfume, cenderamata, cenderakaki, t-shirt, jubah n mcm2 lagi... bawak duit berjuta pun x cukup babe!





Kalau nak tempat yg sejuk, nyaman dan inginkan keselesaan yang lebih, senang citer ni utk golongan yg berkemampuan, anda boleh lah berkunjung ke Souk Al-Bahar, Dubai Mall n mcm2 lagi lah tempat... tak ingatlah... banyak benor tempat shoppingnya... selain tu, anda juga boleh membeli belah kat Airport coz kat sana pun harga jauh lebih murah dari kat Malaysia... Negara diaorg ni kaya raya... thats y harga barang murah coz Govt diaorg byk tanggung tax...





Berkaitan water fountain plak, kalau tak silap, ianya di mainkan 2 kali sehari... iaitu jam 7pm & 11pm... mmg mengasyikkan giler time tgk air ni menari2 dgn berlatar belakang menara tertinggi di dunia.. di tambah lagi dgn back ground lagunya, mmg melayang2 perasaan di buatnya... FYI, kat sini merupakan water fountain terhebat di dunia katanya... anda boleh melihat show ni live dari Souk Al-Bahar or Dubai Mall..

Before..

Show dh start...

Sori yer aku malas giler nk upload video time water fountain ni beraksi... kalau korang nk tgk, cari kat you tube lah yer... huhuhu... satu lagi, gambar yg kitaorg amik ni mmg tak berseni langsung... asal boleh jer... so layan jer lah ape ade nya... yg penting, memori indah telah tersemat... ^___^





Monday, August 6, 2012

~~Souvenir Hasil Trip Ke Dubai~~


Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk diri ini menjejakkan kaki ke bumi Dubai, UAE buat kali yang kedua... My first visit dulu masa bulan 10 2009 iaitu sebulan sebelum aku menjadi isteri orang... dan  Dubai juga merupakan 1st country yg aku lawati sejurus keluar dari bumi Malaysia tercinta ini...

Banyak sangat kenangan yg sempat di rakamkan melalui gambar2 yg telah di ambil oleh aku mahupun my colleagues... ari ni aku just nk share ape yg telah aku beli sebagai tanda ingatan buat sahabat, saudara mara dan keluarga... next time kalau ade sesape ke Dubai, boleh lah kirim... ^___^

InsyaAllah, next entri akan cerita pasal perkara lain plak..

Key chain + FM...

For me...

T-Shirst utk adik-adik aku...

Jubah raya untuk Dania n SIL...

Dubai adelah syurga perfume...
Murah n berkualiti..




Monday, July 9, 2012

??Mengapa Aku Menyepi??

Mujur ade sedikit ruang yg sempat di berikan olehNya utk aku meninggalkan sedikit coretan sebelum aku memulakan misi yang lain selepas ini.. Tak boleh nak membebel mcm biasa, ari ni aku perlu ringkaskan ayat seringkas yg boleh..


Dari hari ke hari aku hanya mampu memandang blog dengan rasa hampa... mmg tak sempat langsung nak update perkembangan terkini dan berkongsi segala kenangan2 yg telah di lalui... bz nak mati... hari2 balik kul 10pm ke atas...


Malam ni aku akan meninggalkan Malaysia untuk kesekian kalinya... 1st country yg aku akan pergi adalah di Banglore, India iaitu selama 2 hari dan aku akan direct fly to Dubai, UAE untuk meneruskan tugas selama 7 hari...


Hopefully aku dan kengkwn yang lain di beri kesihatan yg berpanjangan agar dapat menjalankan tugas dengan mudah dan selamat... Almaklumlah kat India skrg tgh musim hujan... manakala Dubai plak tengah panas mencanak2... kalau tak jaga kesihatan, mau pengsan di buatnya... Anyway, aku dh lambat ni... mlm ni nak fly, tp barang tak abis kemas lagi...

Ni jer yg sempat aku campak pagi tadi...


Sebelum berangkat, ade beberapa pesanan untuk kalian :

* Buat kengkwn yg aku blum sempat nk membalas komen n nk gi jenguk blog kalian, sila jgn amik hati... InsyaAllah aku akan merealisasikannnya sedikit masa lagi...


* Buat my beloved asben, sepanjang ketiadaan isteri mu ini, jagalah diri anda sebaik yg mungkin yer... Gonna miss u babeh... ^___^ (Tlg siram kan pokok bunga ayg yer)...



Wednesday, November 30, 2011

::Panggilan Ke U.A.E.::


Salam...

Last week aku dpt panggilan last minit utk terbang ke U.A.E. atas urusan kerja... ini bukanlah kali pertama aku kluar dr Malaysia, tp ini adalah pertama kali aku dpt short notice iaitu 2 hari sblm hari kejadian... mcm2 benda yg x settle lg kat Malaysia ni, then aku dh nk kene terbang... kali ni short trip... just 2 hari setengah jer... perjalanan jer dh mkn masa 15 jam... kali ni g kene duk kat economy class coz jadual penerbangan tak bersesuaian utk naik fligt MAS yg mana automatik kite leh di upgrade ke business class... sudahnya time pergi kami naik Qatar Airways n transit di Doha then naik semula utk g ke Abu Dhabi... baliknya pun sama.. kene gak naik economy class thru Ihtihad plak...

FYI, itu lh sebab aku diam jer sejak kebelakangan ni... selain dr bebanan keje yg semakin menimbun, aku as usuall di serang sindrom "jet lags"... ya, jet lags!! mmg tak keruan aku di buatnya... kepala ni rs berpusing jer... mcm ada batu atas kepala pun ada...

Pengalaman kat sana plak, mcm2 yg dpt aku pelajari... walaupun just short trip, tp pengalaman tak terikat dgn batasan waktu... time kat sana, kaki mcm nk tercabut pun ada... bile blk cni, kaki melecet2 di buatnya... Alhamdulillah, pada mlm kedua, kami di beri peluang utk bersemayam di Emirates Palace yg indahnya bak Palace sebenar... tp, dr bilik aku nk ke blk bos aku n hall utk majlis, jauhnya hny tuhan yg tau... aku rs dh blh dpt haji kecil dh aku ni...

Stay kat Hilton pada mlm pertama...

Ni lah Emirates Palace tu...

Yang ni plak kunci cip yg akan di peroleh sekiranya kita menjadi tetamu di hotel bertaraf lebih drpd 5 bintang ni... Once kalau kite scan jer, secara automatik pintunya akan terbuka dan kita akan masuk ke syurga dunia...

 
Ni lah bilik kami...

Time kat sana, orang embassy blanja kitaorg mkn nasi beriyani kat restoran Al Ibrahimi... walaupun aku bernafsu tinggi tang mkn ni, tp aku tak leh nk abiskn ns beriani diaorg ni... byk no di serve ny... almaklumlah, ikut selera pak arab...



Hari terakhir sblm pulang, kami sempat singgah ke Carefour Abu Dhabi utk beli sedikit souvenir like FM as usual... bebdk yg lain plak g beli coke... katanya unik botol n tulisannya... Mujurlh ade Carefour yg terdekat... dpt gak lah cr souvenir utk di bwk blk...

Last but not least, jom cuci mate tgk pic keindahan Abu Dhabi...







Dpt coklat Patchi... yummy!!!

Next trip ke mana plak agaknya yer??? Ahaks!!!



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™