Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

~~Muncul Semula~~

Assalamualaikum w.b.t. dan salam aidilfitri...

Apa khabar semua sahabat2 yang di kasihi?? lama gler aku tak menghupdate blog ni.. naik bersawang dan ditumbuhi kulat nampaknya.. Sebelum terlewat, aku nak mengambil kesempatan yg ada untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin di atas segala kekhilafan yang di sengajakan mahupun tidak.. 

Tahun ni raya aku memang tak kemana.. sajer nak rehat kat umah mak.. syok giler duk umah, pastu hari2 mencekik segala makanan yang aku teringin.. raya pertama mkn Ayamas, raya kedua nasi goreng tom yam, ABC, raya ketiga cekodok, goreng pisang, ikan bakar, raya keempat nasi ayam dan begitulah hari2 seterusnya.. hihihihi.. ape yg aku teringin, semua aku masak sendiri.. mak dengan En. Asben sampai geleng2 kepala tengok aku yg tak abis2 duk kelentang kelentung kat dapo.. hihihihi.. ok, abis citer pasal raya.. 

Masuk plak bab baby.. Alhamdulillah minggu ni masuk minggu ke-37 kandungan aku.. boleh di katakan aku ni menunggu hari jer.. aku harap segalanya di permudahkan olehNya.. Doa daripada kalian juga aku harapkan agar segalanya berjalan lancar.. Amin.. barang2 keperluan semua pun dah ready dlm kereta.. aku pun tak de amik cuti awal.. bila dah sakit, terus jer gi spital n bermula lah cuti aku.. 

Oh ya, pasal jantina baby, sebelum ni kami dah excited cari nama baby boy n beli barang berasaskan jantina lelaki.. tapi bulan lepas, Doc scan kata baby girl plak.. kompius aku dibuatnya.. so, sekarang, nafsu utk shopping barang baby n cari nama baby dihentikan seketika.. tak sabar nak tunggu baby keluar dan barulah kami mulakan pencarian semula.. huhuhuhu.. malas dah nak pk pasal jantina baby.. apa yg penting, baby selamat di lahirkan dan sempurna.. itu sudah cukup memadai.. 

Tu jer kot nak cerita.. huhuhuhu.. by the way, sblm ni malas update blog sebab usb tab rosak.. so tak leh nak transfer gambo2.. ape lah makna menghupdate blog tanpa gambo kan? tak meriah rasanya.. bile usb dah ok, keje plak banyak.. so semakin lama semakin jauh aku dgn blog ni walaupun dlm hati tuhan jer yg tahu betapa aku nak sgt berkongsi cerita ceriti kat blog kesayangan ni.. 

Sebelum akhir bicara dan sebelum masuk labour room, meh aku belanja ckit gambo raya.. memang betul2 ckit kali ni aku belanja.. :)

Family sebelah En. Asben..

Last raya berdua :) 

Ni masa raya ke10.. kengkwn PA datang beraya kat umah..

Add caption

Tuesday, May 20, 2014

::Aku Bukan Stokis::

Assalam..

Malam tadi tak de keje aku gi selongkar stor n keluarkan segala stok kain yg ada.. konon nak cari kain mana yg sesuai nak dibuat baju raya.. selongkar punya selongkar, sekali terjumpa lah bapak banyak stok kain aku rupanya.. 

Hadiah org bagi (10 helai)

Beli sendiri (4 helai)

En. Asben bagi.. (2 helai)

Jumlah keseluruhan (16 helai)..

Bile aku ingat2 balik, ni rupanya kain dari 2 tahun lepas.. ade yg boss bagi masa raya, ade yg dpt as souvenir dan mcm2 lagi lah.. dekat tailor ade lagi 2 pasang.. aku suruh hold dulu sebab takut measurement body aku lari.. hehehehe.. 

So, aku decide juz nak wat 2 helai baju raya drp kain2 yg ade ni.. yg lain nak wat lps bersalin nanti :) En Asben suruh aku jual jer kain2 ni sbb banyak sgt.. aku kata No! No! No!.. kain mahal ni org bagi lagi pun ade sentimental value.. sayang wooo.. *___*

Add caption

Wednesday, October 16, 2013

~~Cerita Ceriti Raya Qurban~~

As-salam...

Pagi 

Lepas solat raya, masa utk mencekik lah kan.. pepagi dh sarapan berat2.. mcmane badan tak berat? huhuhu.. mak smlm masak macam2 tp dalam kuantiti yg sikit sbb katanya cukup utk sekali makan.. xnak membazir.. kang anak2 dah balik, tak de sape nk makan..

Menu mak semalam ialah Pulut Kuning + Nasi Impit + Kuah Kacang + Kari Daging + Rendang Kerang + Ayam Goreng..

Menu pemberian sedara-mara plak Lemang + Bihun Goreng + Daging Kicap + Perut Masak Lemak + Bakso + Popiah Basah + Nasi Lemak...

Tak lengkaplah kalau aku pun tak menyumbang air tangan kan? huhuhu.. Aku masak steamboat + tauhu terbalik... 


Penuh meja wei...
(Lapoooo)

Tengahari 

Lepas En. Asben dan Abah balik dari menyembelih lembu, maka kami yg perempuan2 ni plak memulakan tugasan menyalai daging, mencincang daging dan sebagainya.. betul2 raya di buatnya.. huhuhu.. FYI, kampung En. Asben di Sepangnyol ni smlm tumbang 23 ekor lembu.. memang masaklah org kampung duk melapah lembu... banyak tuuu wei.. kampung tak beso mana pun... tapi kata org, sepakat membawa berkat..

Alhamdulillah.. Ni lah daging korban rezeki kami sekeluarga..
Macam2 part ada.. 
Tulang, perut, hati, jantung, paru, gear box & daging...

Petang 

Dah penat memotong daging, maka nya, perut harus di sumbat lagi.. aduyaiii rosak diet aku! asyik makan jer kejenya.. lepas makan lepak dpn tv tgk Ombak Rindu.. FYI, ni kali ketiga aku tgk Ombak Rindu.. 3 kali aku tgk, 3 kali gak aku menangis.. kehkehkeh.. mujur ahli keluarga yg lain dh tertido time layan citer ni.. kalau tak, confirm aku kena bahan... hati tisu sungguh! *___*

Malam 

Balik ke Putrajaya.. Kul 10pm layan Extreme Make Over kat 707.. mulalah rasa semangat berkobar2 nak buang segala lemak2 kat badan ni bila tgk diaorg yg kat US tu boleh reduce lemak berkilo2  dalam tempoh setahun... tapi, abis jer citer tu, terus hilang keinsafan.. aduyaiii!!!!! ok2... aku harus lempang diri patploh kali utk sedarkan diri.... 

##OOTD

Hari Ini

Perasan tak baju aku pakai ari ni? sape tegur siap! aku debik kang.. Daging Korban punya pasal, sampai aku lupa ari ni hari Rabu rupanya.. bersemangat aku sarung baju Batik tau ari ni ingat dah Khamis dah... maleewww....

Add caption

Thursday, August 22, 2013

~~Bila Setiausaha Beraya~~

As-salam....

Masing2 masih mood raya lagi kan? so entri kali ni pun berkisarkan hari raya.. ari ni nak citer pasal aku dan geng2 setiausaha aku gi beraya ke umah sahabat2 kami.. Time raya ni lah masa utk yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita mesrakan lagi bg tujuan ukhuwah sillaturrahim sesama kita.. walaupun ada antara kami duduk berhampiran, tapi bukan senang nak jumpa.. almaklumlah masing2 dah berkeluarga.. so masing2 punya tanggungjawab yg tersendiri.. Nak diikutkan, kami punya sahabat setiausaha lebih kurang 20 orang di Putrajaya ni..

Kami start marathon raya hari Rabu lepas.. weekend pun kami belasah gak.. seronok sebenarnya bile dpt jumpa sebahagian daripada mereka yang sporting ni.. bile ingat kenangan masa belajar dulu, memang pecah gelak di buatnya.. anyway, ada lagi beberapa rumah yg bakal kami terjah lagi selepas ni.. InshaAllah.. 

So, berikut adalah ringkasan mengenai sahabat2 kesayangan hamba.. gambar adalah  mengikut turutan lokasi dan waktu kami beraya..

Tuan rumah : Kak Adha (Berjubah hitam)
Lokasi : Presint 5
Tempat Kerja : Kem. Penerangan, Komunikasi & Multimedia
Menu : Bihun Sup + nuget + kentang

Tuan rumah : Aku (Berselendang merah)
Lokasi : Presint 5
Tempat Kerja : JPM
Menu : Kuey teow tomyam + nuget

Tuan Rumah : Masrini (Bertudung pink)
**Beliau kini sedang pregnant anak sulung.. 
InshaAllah bulan 10 ni kami timang anak buah lagi..
Lokasi : Meru, Klang
Tempat Kerja : Kastam Pelabuhan Klang
Menu : Mee kari + Nasi Mazola (marbeles!)

Tuan Rumah : Nana (bertudung hitam)
Lokasi : Bandar Sunway
Tempat Kerja : RTM
Menu : Laksa, Serawa Durian, Trifle 

Tuan Rumah : Kak Mas (Bertudung Coklat)
Lokasi : Kem Wardieburn, Setapak
Tempat Kerja : MKN, KL
Menu : Ketupat palas +Pisang & keledek grg + Sambal Kicap 

Tuan Rumah : Emma Aminah (bertudung putih)
Lokasi : Presint 15
Tempat Kerja : Kem. Pendidikan
Menu : Ketupat palas + nasi impit + sambal sotong + rendang ayam + kuah lodeh + apam bee & polkadot

Terima kasih para suami kerana memberi kerjasama dan sanggup temankan kami berborak sampai tak hengat donia.... 

Anak-anak juga adakalanya behave.. dan adakalanya ehem3..

Ari Ahad ari tu kluar umah kul 10.30 am then sampai umah kul 1.15am.. Balik beraya singgah The Mines gi layan movie The Conjuring.. Seram nak mam!! cakap banyak tak gune.. sape berani gi tengoklah wei.. citer ni based on true story.. 

Ok, tu jer nak citer.. bye! Selamat Hari Raya.. 

Add caption

Friday, August 16, 2013

::Cerita Raya Kami::

As-salam...

Semalam hari pertama aku start keje lepas raya.. mmg agak lemau dari pagi sampailah ke malam.. seperti biasa, once dah jejakkan kaki ke ofis, mmg rutin harian sedia menanti.. lagi2 time ni kami tgh sibuk wat jemputan utk open house.. mmg bz di buatnya.. hari pertama kerja aku dh balik kul 8.30pm.. :(

Anyway, di kesempatan ni aku nak update cepat2 pasal cerita raya kami sebelum basi.. ok, lets straight to the ampang point.. As usual, a day before raya aku akan berada di Shah Alam utk kemas pape yg patut then berbuka puasa terakhir bersama family aku.. tgh malam raya br cabut ke Sepangnyol.. Means, aku sambut raya di Sepangnyol.. Raya kedua baru ke rumah bapak aku di Shah Alam.. Tema tahun ni purple, iaitu febret kaler aku..

Bersama adik2 ipar..

Bertambah sorang lagi ahli keluarga..
  
Mereka bersama mak dan abah..

Kami!

Aku memilih serawa durian dan soto kaki ayam.. nyum3..

Menu raya di Sepangnyol tak pernah mengecewakan.. pagi raya kat umah nenek masak nasi lemak, laksa, popia cili, serawa durian.. belum lagi hari2 lain dan umah lain.. memang heaven!

Our beloved bapak..

My siblings..

Lepas raya ke umah bapak di Shah Alam, kami shoot balik kampung arwah mak di Muar dan Tangkak.. 2 hari 1 malam kami menetap di sana.. syok duduk sana.. kami di layan bak raja.. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati wei...



Keluarga pak cik dan mak cik aku sangat baik hati.. apa saja kami mahu, pasti diikutkan kemahuan kami.. antaranya, aku kepingin benor nak makan buah ni di hari raya ketiga..

Pak cik aku pancing kitaorg dgn udang ni biar kitaorg extend lg satu malam..
Sori korang pancingan tak mengena umpan..

Ni lah pak cik kami yg sgt baik hati..
TQ paman..
  
Tak dilupa, sanak saudara yg dari jauh dan dekat dtg berkunjung ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi sorang pak cik kami yang terlantar sakit dek kerana menghidap kanser prostat.. kesian pak cik aku sorang ni.. dikala kita bergembira, masih ada yg sedang bertarung melawan kesakitan.. Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini.. :(

Dah sampai Putrajaya, maka rumah aku jadi pusat transit untuk makan tengahari.. Aku menjamu mereka bukan dengan hidangan raya.. tapi dgn menu febret mereka..

Dah bosan makan kuih raya, maka aku dgn adik aku gi keluar dating berdua utk shopping ckit then jamu tekak dgn kek secret recipe.. En Asben aku postkan ke Sepangnyol kerana beliau juga akan di kunjungi oleh sanak saudara dari Johor.. so kami berpecah coz semuanya datang serentak.. baik saudara aku  mahupun saudara beliau.. 

Finally, belum terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua kenalan yg jauh mahupun dekat, yg silent reader mahupun yg nyata.. Jutaan kemaafan di pinta andai ada yg terlebih dan terkurang.. Aku juga insan biasa seperti kamu yang tidak pernah sempurna.. Kemaafan adalah dendam yang terindah.. Berhati2 ketika memandu k!

Add caption

Wednesday, September 12, 2012

~~Corat Coret Open House~~

 
 

Alhamdulillah, hasrat kami suami isteri nak buat Open House tahun ni terlaksana juga dengan jayanya.. Last open house kami adalah pada 2 tahun lepas.. tak di sangka2 tahun ni rupanya lagi ramai yg sudi hadir bagi memeriahkannya.. Jutaan terima kasih buat kalian yg sudi membantu dan hadir ke rumah kami dgn niat mahu mengeratkan lagi tali silaturrahim yg telah sedia terjalin ini..
 
Tetamu mula membanjiri umah kami seawal jam 12.30 tengah hari dan tetamu terakhir keluar dari umah kami pada jam 11.30 malam.. walaupun penat, tapi kami gembira yg teramat sgt sebab dapat jumpa sedare mare dan kwn2 yg dah lama tidak kami temui...  tapi sayangnya, time dah kelam kelibut ke depan, ke dapur, sampai lupa nk tangkap gambar suasana sepanjang majlis berlangsung.. so, takdelah kenangan dengan tetamu yg hadir.. rasa menyesal giler bile teringat balik... uwaaaa...
 
Anyway, menu open house ari tu kebanyakkannya adalah hasil daripada air tangan aku sendiri.. rasa puas bila menyajikannya kepada mereka yg hadir.. walaupun open house sempena raya, tapi kami punya menu langsung tak de kene mengena dgn hari raya.. ^___^ pagi tu aku bangun seawal jam 6.45 pagi dan kemas2 ckit umah then terus memulakan acara memasak.. antara menu pada hari kejadian ialah..
 
Spagethi + bebola daging..
 
 
+
Steamboat..
 
Sate ayam..
 
Mak sponsor koktail..
 
Air Strawberi..
 
Kuih raya..
 
Petang tu, banyak makanan yg dh semakin susut walaupun dh di top up berkali2.. then adik ipar aku  amik inisiatif utk masuk dapur n masak mee hailam... aku time tu mmg betul2 dh kekurangan tenaga yg teramat sgt.. So, minta dia yg bantu.. Adik aku plak aku tugaskan goreng nuget untuk top up menu...
 
Cerita kehadiran kwn2 tidak berakhir pada hari kejadian.. Semalam, beberapa org ofismate yg tak dapat datang umah masa open house ari tu call kata nk dtg.. memandangkan ianya adalah hari bekerja, maka tahap kemalasan aku sgt lah menggunung tinggi.. sudahnya, aku hanya mampu menapau makanan utk di sajikan kepada mereka...  walaupun satu ofis, tapi kami jarang berborak panjang..  sudahnya semalam kami borak2 dari jam 6.30pm sampai 10.30 malam... women talk katanya... ^____^
 


 
 
 
Terima kasih sekali lagi buat semua saudara mara dan sahabat handai yg sudi hadir ke Majlis Rumah Terbuka kami.. Semoga hubungan kita semakin akrab dan di rahmati olehNya.. kami sebagai tuan rumah mendoakan agar kalian semua di kurniakan sakinah mawaddah warahmah seperti yang di harapkan... Semoga berjumpa lagi di tahun2 yg akan datang.. InsyaAllah...
 
 




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™