Showing posts with label Out Station. Show all posts
Showing posts with label Out Station. Show all posts

Monday, February 10, 2014

::Kisah Si Empat Segi::

As-salam...

Lesen Memandu

Kisah ni telah aku luahkan di pesbuk pd bulan lalu.. kehanginan aku time ni memang memuncak ke tahap maksimum.. alkisah terjadi sebab aku nak renew lesen memandu aku yg mati bulan November ari tu.. Nak diikutkan masa bulan November aku mmg bz dan ade trip obersi.. so aku memberanikan diri memandu di atas jalan raya tanpa menghidupkan lesen... mujur nasib aku baik tak de pape perkara yg tak di ingini berlaku.. Alhamdulillah..

So pada pertengahan Disember, aku pun pergi ke JPJ Bangi.. time tu nombor aku lg seratus lebih.. tunggu punya tunggu, sekali sistem offline.. ok, aku boleh bersabar lg time tu sebab aku mmg free kebetulan boss tak de.. tp byk giler org merungut kat ctu sebab katanya dh kerap sgt benda yg sama berlaku..

Selang dua minggu, aku nekad amik cuti coz nak renew lesen kat JPJ Banting.. dengar feedback kat cni servis not bad.. so aku pun pepagi bute dh memunculkan diri kat sana bertemankan adik aku.. masa amik nombor, nombor giliran aku yg ke seratus lebih gak.. so utk membuang masa, aku pun pergilah lepak kat The Store, KFC, Surau kat Petronas, Kedai Mamak n Kedai Majalah.. dalam pukul 4.30pm, aku gi jenguk, nombor aku lagi 20.. dalam hati, sempat ke tak sempat ni.. tp aku tetap sabar menanti..

Lg 5 minit nak pukul 5pm, dan no aku time tu berbaki 2 no. lagi.. tiba2, datang pak cik guard lalu bersuara, "maaf yer tuan2 dan puan2, kaunter kita tutup pukul 5pm, so sape yg no. tak dipanggil boleh dtg hari berikutnya"... time tu aku memang dh panas dah.. org2 lain kat belakang pun dh bising.. antaranya ada yg cakap "lain kali nombor tu control lah.. kalau tak boleh nk serve byk, jgn keluarkan no byk2".... "buang masa org jer"... dan mcm2 lagilah.. time tu aku cuba control kesabaran yg dh semakin menipis ni.. bile semua dh beredar, dan tinggal aku dan 2-3 org lagi, kami pun cuba menggunakan taktik memujuk rayu.. "Encik, tak blh tolong ke, no. saya lagi 2 jer lagi.. please".. dan muncul seorang pegawai JPJ pompuan yg garang.. "tak boleh.. mintak maaf.. kalau sy buat mcm ni, nanti semua org pun nak"

Fine! Fine! kesabaran aku makin di uji.. dgn tangan menggigil2, aku pun menyuarakan apa yg terbuku di hati kat para pekerja JPJ di kaunter tu.. "I'm very upset dgn sistem JPJ ni.. tak salah nak upgrade sistem.. tapi biar semua keperluan mencukupi.. ni dgn sistem asyik offline,  sistem bernombor tak dikawal, dgn staff tak cukup, semuanya nak diubah secara mendadak.. sy ni duduk di Putrajaya, ari tu sy pergi JPJ Bangi, sistem offline, ni sy pegi Banting dr pagi sy datang siap amik cuti, mcm ni plak jadinya"...

Maka pak guard td pun masuk campur.. "Puan, kalau tak puas hati, puan boleh isi borang dan hantar ke JPJ Padang Jawa, Shah Alam"... aku dgn keadaan bengang ni pun menjawab.. "tak pe pak cik, tak perlu lah sy nak menghantar aduan sy ni jauh2 ke Shah Alam tu.. saya akan hantar direct ke JPJ HQ di Putrajaya.. Saya tak salah kan para petugas sebab mereka buat sehabis baik.. sy marah dkt pengurusan atasan yg melaksanakan sistem tanpa mengambil kira kesannya kepada org ramai".. dan time tu salah seorang petugas JPJ yg agak hensem berdiri dan menunjukkan isyarat thumbs up kat aku sambil berkata, "bagus kak, report jer kat HQ tu biar dia tau.. asyik kami jer di persalahkan".. 

Mujur mamat hensem tu muncul, cair ckit ati aku.. kuikuikui.. fyi, 2 minggu berturut2 di dada2 akhbar, melaporkan perkara yg sama.. org ramai sana sini menyuarakan hasrat tak puas hati dgn sistem yg sedang di upgrade tu.. dh elok2 blh renew kat pej pos, di hentikan pulak perkhidmatannya.. so org ramai byk membuang masa di kaunter JPJ sehari suntuk.. urusan yg sebelum ni hanya menelan waktu lebih kurang setengah jam, dgn adanya sistem baru, org ramai terpaksa menghabiskan waktu sehari suntuk kat JPJ... dan ada juga yg mengatakan bahawa urusan mereka still tidak selesai walaupun dh 3 hari tercongok kat JPJ tu.. 

Selang seminggu, my bff antar mesej "Aa, baik ko gi Pej. Pos sekarang.. bdk ofis aku br renew lesen kat Pej. Pos Parcel B.. dh boleh buat lesen kat Pej. Pos wat masa ni".. maka aku dgn sepantas kilat mengarahkan ofis boy aku utk renew lesen aku dgn kadar MAKSIMUM! hamekkk!! 5 tahun terus aku renew dgn harga RM200.. puas ati aku.. hahahahaha.. harap2 aku tak lupa utk renew lesen lagi 5 tahun.. lame tu... hikhikhik..

Gara2 menatang ni, darah aku naik mencanak2.. :)



Enrich Card

Selama 4 tahun menjadi pelanggan setia MAS, aku masih lagi memegang kad keahlian yg diberi nama "Enrich Blue".. Dan akhirnya, pada awal tahun ari tu, aku telah di upgrade utk menjadi pemegang kad "Enrich Silver".. yahooo... yabedabedu!! dan paling aku bersyukur, Enrich point aku dah melayakkan aku utk menikmati penerbangan percuma pegi balik ke London.. Alhamdulillah.. tp entah bile aku nak redeem pun aku tak tau.. huhuhu.. yerlah tahun ni mmg aku dh letak jawatan utk fly ke  sana sini.. tengoklah tahun dpn mcmane.. :)

By the way, di sebalik Enrich Silver ni, tersimpan satu kisah.. masa aku bukak peti surat ari tu, aku ternampak satu envelope dan tercatit tulisan tangan yang berbunyi begini "Sori Puan, sy jumpa surat Puan ni kat Lobi Blok C dalam keadaan basah dan terbukak.. so saya masukkan balik dalam peti surat Puan.." Terima kasih.. Yang benar, - Budak Pailang"...

Kihkihkihkih.. tergelak2 aku dgn laki aku baca tulisan budak pailang ni.. anyway, aku sgt berterima kasih kat budak pailang ni sebab jujur dan bertanggungjawab.. kalau ade sesapa yg mengenali budak pailang ni, bglah tau aku yer.. aku nak belanja dia makan.. terhutang budi rasanya... :)

From blue to silver.. Alhamdulillah.. :)

Add caption

Wednesday, December 4, 2013

::Cerita Abu Dhabi & Dubai::

As-salam..

Hari pertama aku jejakkan kaki ke UAE, aku terus ke Abu Dhabi sebab ade official visit kat sana.. juz pergi balik hari.. malam tu lepas settled semua kami shoot balik ke Dubai semula.. Jarak dari Dubai ke Abu Dhabi by road lebih kurang 2 jam.. Kat Abu Dhabi tak de yg menarik sangat.. yg jadi perhatian kat sini hanyalah "Ferrari World".. the largest indoor theme park in d world katanya.. tapi aku tak pergi pun.. so tak leh nak citer sangat..






As usual, kalau dah abis keje, mestilah waktu utk shopping dan cuci mata wajib di peruntukkan untuk diri sendiri.. Destinasi wajib adalah ke Naif Road.. Fyi, ni kali ketiga aku menjejakkan kaki ke Dubai.. so dh ade beberapa kedai yg aku dah mark dan dah kenal ownernya.. so senanglah kan nak deal harga kalau membeli.. kali ni aku tak berapa nak shopping sangat.. sbb rasanya dah banyak stok kat umah utk jubah n perfume.. yg sedia ada kat umah pun aku jarang pakai.. and time besday baru ni aku dapat lagi 3 helai jubah sebagai birthday present.. mentang2 kat arab, so memasing decide nak bg jubah.. papepun, tq so much kepada yg sudi memberi.. kali ni aku banyak membeli utk kiriman org jer..

Stock perfume kami kat umah.. 
Asal nampak murah kat epot jer aku beli.. 
so ni stock utk 2 tahun.. cukup!


  


Tidak ketinggalan iaitu destinasi wajib kalau ke Dubai ialah ke Burj Al-Khalifa utk menyaksikan water fountain kat bangunan tertinggi mereka tu.. memang cantik dan mengasyikkan sungguh panorama di waktu malam kat cni.. sambil tgk air menari2, kita jugak dapat dengar lagu2 yg mengusik jiwa.. (bukan lagu arab yer)..



Ni satu lagi destinasi wajib kalau ke mana2 negara org... En. Asben sekarang ni pandai dah.. kalau aku tanya nak ape? jawapan dia adalah, "tak yah susah2 nak belikan abg barang.. sehelai t-shirt Hard Rock dh cukup".. amboi... pandai dah order..



Kat sebelah Burj Al-Arab ni terletaknya Dubai Mall iaitu shopping complex diaorg yg sgt besar.. aku baru jalan separuh dh rasa mcm nak tercabut skru kat kaki.. dan kat dalam Dubai Mall ni jugak ade Aquarium.. aku tengok dari luar jer.. malas  nak masuk sbb aku dh pernah jelajah Aquarium terbesar mereka yang terletak kat Palm Atlantis..


Tak puas tengok bangunan ni time malam, kami repeat ke sini time siang plak.. 
huhuhu..




Berdepan dengan Dubai Mall adalah Souq Al-Bahar.. kat dalam ni ade jual macam2 barang iaitu termasuklah souvenir, manisan, jubah dan mcm2 lagi.. tapi harganya agak mahal..

Ok, tu jer kot nak citer.. bye!


Add caption

Wednesday, November 27, 2013

~~Souq Waqif, Doha~~

As-salam...

Kali ni tak banyak benda nak citer sepanjang berada di Doha, Qatar sebab last year baru pergi.. then kat Doha ni tak byk tempat menarik.. sebab negara ni baru membangun dalam tempoh seploh tahun kebelakangan ni hasil daripada kejayaan yang baru mereka peroleh dari Saudi mengenai penjualan hasil cari gali minyak mereka..

View from our hotel..

Destinasi mencuci mata kami selain ke Doha City Center, adalah ke Souq Al Waqif yang terletak kira2 15 minit perjalanan dari Hotel.. depends pada traffic jammed jugaklah.. Last year pun aku dh pergi tempat ni..tak de apa sangat sebenarnya yg nak di beli.. aku juz cuci mata dan menghabiskan duit Riyal aku tahun lepas yg  berbaki 45 Qatar Riyal.. Aku pergi kali ni tak tukar duit langsung sebab tau tak de apa nak di belinya.. Dan Alhamdulillah dgn balanced duit last year tu, dapat aku kaut 2 fridge magnet, 1 set bekas pepper & salt dan juga piring hiasan.. itu pun dah memadai..


Kat Souq ni ade jual segala rempah ratus, kekacang, coklat dan mcm2 lagi lah.. Pendek citer, kalau nak masak, datang jer cni.. macam2 ada.. Harganya pun ok..

Souvenir utk pengantin dan barangan baby pun ada..



Haiwan pun ada..











Aku malas nak bergamba beria sangat sebab last year pun dh possing kat tempat yang sama.. cuma baju jer lain.. huhuhu.. ok, tu jer citer Doha... harap2 tak datang lah lagi next year.. kalau nak dtg pun lambat lah ckit.. :)





Add caption

Sunday, November 10, 2013

::10hb November::

As-salam..

Alhamdulillah hari ni genap 28 tahun aku melihat dunia.. syukur tak terhingga dan terima kasih buat arwah mak yang telah melahirkan aku 28 tahun yang lalu.. terima kasih juga buat bapak yang telah membesarkan aku dan semua ahli keluarga baik family sendiri mahupun family in law yg banyak memberi kekuatan utk aku meneruskan kehidupan ni... 

Kali ni besday aku di sambut di Doha, Qatar... as usual, tuntutan kerja perlu di dahulukan.. penat ke London tak ilang lagi, now kena fly lagi.. what to do kan... huhuhuhu... after Qatar ni, kami straight forward ke Dubai, UAE pulak.. 15hb Nov baru sampai Malaysia.. xsabarnya nak balliiikkkkkkk.... 

Malam tadi tepat kul 12am (waktu Malaysia), dapat sms dari En. Asben.. uuuwwwaaaa.. sambil baca sms, sambil meleleh air mata.. dear, lebiu damn much.. thnx 4 d wishes n nasihat yg sangat berharga itu.. dan malam tadi jugak kul 10pm (waktu Qatar), my colleague ajak lepak starbucks kat cni.. so celebrate kecil2an jer.. huhuhuhu.. then masuk bilik tgk ade perfume atas katil.. tq Cik Adni.. lebiu...

Ok, tu jer nak update setakat ari ni.. thnx a lot juga kat kengkwn dan relative yg wish besday kat aku.. doa2 kalian amat bermakna utk aku.. lebiu guys.. 


Salam kehangatan dari Bandar Doha, Qatar..
*_____*


Add caption

Wednesday, November 6, 2013

~~Corat-Coret London~~

As-salam..

Bertemu Rakan Seperjuangan

Alhamdulillah, peluang untuk menjalankan tugas di London baru-baru ni telah membuka ruang untuk aku bertemu semula dengan rakan2 seperjuangan.. 1st, aku jumpa dgn akak senior kat ofis ni yang jaga rumah persekutuan kat London tu.. disebabkan excited time berjumpa, bersembang tak hengat dunia, lupa nak amik gambar.. huhuhu.. Sori kak june.. Dalam sembang punya sembang, rupanya kak june ni mak sedara kepada member study aku dulu.. alahai.. keciknyalah dunia.. anyway, kak june ni baik sangat.. dua kali dia dtg jenguk aku kat hotel.. dan dua kali jugaklah dia masak dan bawakkan aku bekal.. tq so much kak.. lebiu..

Gambar lelaki kat bawah ni plak adalah junior aku masa study dulu.. beliau kini jadi PA di High. Com. kita di UK.. Junior aku ni dah kahwin dan dah ada anak sorang.. Wife n anak dia pun menetap kat sana.. dan Alhamdulillah juga wife dia skrg tengah pregnant anak kedua mereka.. congrats! ;) Hari tu, dia ni sempat lagi kirim aku mangga muda, daun kesum dan bunga kantan.. ngidam katanya.. huhuhu.. mujur kirim benda yg senang cari.. 

Manakala yang sebelah kiri aku plak tu adalah member satu batch dulu.. Dia baru jer posting ke London 3 minggu yg lalu.. barang2 kargo pun tak sampai lagi.. masih homesick lagi ni.. huhuhuhu.. dan beliau kini di tempatkan untuk menjaga students JPA di UK.. Masih bujang lagi ni.. *___*

Lia, Aku & Herry
Macam tak percaya dapat bertemu mereka..
Take k babe, dude!

Jalan2 Cari Pasal

London ni adalah sebuah negara maju dan bandar yang selamat.. jalan2 tengah malam sensorang pun InshaAllah selamat.. kadar jenayah sangatlah rendah jika di bandingkan dengan negara kita.. jarak antara hotel dgn tempat membeli belah antara 5-6 kilometer.. so bila ada waktu senggang jer, cepat2 aku melarikan diri gi cuci mata n poket.. kuikuikui.. sampai demam2 lah aku dibuatnya sebab keluar gi jenjalan sensorang malam2 dgn cuaca yang sejuk.. hehehehehe..



Harrods

Harrods ni menjadi pusat tumpuan untuk org shopping di Kota London.. Katanya kalau dh sampai London, tak singgah Harrods mmg rugi beso.. huhuhu.. Harrods ni bukan juz jual barangan Harrods jer, tapi mcm2 branded item lain ada dijualnya.. besar nak mampus tempat ni.. sehari meneroka memang tak kan abis.. 









Bicester Village (Outlet) 

Tempat ni terletak lebih kurang sejam perjalanan dari Kota London dengan menaiki kereta.. Bicester Village adalah sebuah outlet yang menjual pelabagai barangan berjenama yang agak murah sedikit harganya jika dibandingkan di Kota London mahupun di Malaysia.. tapi, kat sini kedai2 dia tak sebanyak, tak seluas dan tak semurah di New York.. Buat masa ni, Woodbury Commons, New York is a really great place to shop! :) 








Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™