Showing posts with label Besday. Show all posts
Showing posts with label Besday. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

::Mee Ketam & Besday BFF::

As-salam..

2 minggu lepas, bff kat Meru ajak makan mee ketam kat Seksyen 7, Shah Alam.. setelah berbincang dgn bff yg lain, maka kata sepakat telah pun termeterai.. mengikut perjanjian, kali ni bff kat Meru yang belanja.. :) Kami janji jumpa kat tempat ni kul 5pm.. 

Fyi, sebelum ni kami pernah makan Mee Bandung Udang Galah yang terletak betul2 kat sebelah kedai Mee Ketam ni.. so si udang dan ketam ni adalah jiran tetangga.. mujur kedai sebelah dh ade penyewa, kalau tak mesti akan wujud kedai Mee Sotong... *___*

Masa kami pergi ari tu, tengah catuan air.. so makanan di hidang dalam polisterin jer.. tapi ok gak.. pakai buang kan.. tak yah basuh2... Untuk sesapa yang nak cuba makan kat cni, kedai ni terletak betul2 kat belakang UNISEL Seksyen 7 dan bersebelahan dengan Restoren Bisik2.. kalau nak datang kena awal sebab ari tu kami pergi, kul 6.30pm dia dh kemas2 nak tutup kedai..



Mee Kari Ketam.. RM9.90

Mee Kari Udang Galah pun ada..

Sup ketam pun ada.. 
Macam2 lagi hidangan berasaskan ketam ada di jual di sini..
  
Lepas selesai makan, kami gi lepak kat tasik berhadapan UNISEL utk celebrate besday our bff iaitu si Suraihan.. Buat Sue, hepi 29th birthday.. semoga di kurniakan kesihatan dan kebahagian dalam hidup dan di pertemukan jodoh yang baik.. Amin... :)

Mas, Sue, Bob, Le'a...

-True Friendship That Never Ends-

Add caption

Wednesday, January 15, 2014

::Hari-Hari Bahagia::

Assalam..

Restaurant Haji Sharin Low

Lamanya blog di tinggalkan sepi tanpa berita.. lately malas sungguh nak mengupdate.. gi mana2 pun malas sungguh nak amik gambo.. tapi hari ni aku gagahkan jugak jari jemari aku ni utk menaip.. walaupun entri hari ni dan seterusnya adalah cerita2 yg dah basi, tapi kemahuan untuk publish kan dalam blog ni tetap tinggi menggunung.. 


Pada  malam 31 Dec yg lalu, kami sekeluarga pergi dinner dekat Restoran Haji Sharin Low, Bangi utk celebrate besday mak yang ke 54 tahun.. Alhamdulillah mak masih dikurniakan kesihatan yg baik di usia sebegini dan bahagia serta gembira dikelilingi anak-anak dan suami yg tersayang... Restaurant Chinese Muslim ni dipilih sebab mak pernah menyuarakan hasrat hati yg mana beliau teringin nak mencuba makanan kat restoran macam ni.. 

Malam tu aku  byk diam dari bercakap sebab seluruh badan aku menggeletar mcm di landa gempa... (org lain pny besday, org lain plak yg excited).. huhuhu.. apa yg aku telan semuanya rasa pahit.. di sebabkan nervous tak tentu pasal, aku juz tangkap sekeping gambar jer iaitu gambar kek kat atas tu dan 1 video time mak n abah main suap2 makan kek.. bengong sungguh aku malam tu!! gambar makanan dan ahli jemaah menteri yg hadir ke dinner tersebut langsung aku tak amik.. betul2 punya sengal!


Pada 2hb Januari plak, adalah merupakan besday yg ke 26 buat adik ipar aku.. so kiranya dinner malam tu kami celebrate utk dua org pny big day.. papepun, aku sebagai menantu dan kakak ipar, sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.. untuk emak, InshaAllah Le'a akan cuba memberikan mak hadiah yang terbaik sebagai seorang anak.. sama2lah kita doakan.. 

Western Express (WE)

Petang tahun baru hari tu bff ajak keluar lepak2... so kami decide untuk ke Shah Alam.. Si Ebob ni terliur nak makan menatang2 western.. katanya penangan Jalan2 Cari Makan.. so kami turutkan ajer.. bila sampai sana, aku bukak menu, dan yg paling mengiurkan adalah char kuey teow.. dalam hati aku berkata, confirm kena bahan kalau aku order ni sebab pegi tempat western food, tp nak order makanan melayu yg kat tepi jalan pun blh order.. tapi ade aku kisah?? nak di jadikan cerita, tak de rejeki aku.. char kuey teow hanya ada di WE Cawangan Cheras.. fine!!








Memasing order menu lain2 supaya dapat rasa semua.. so petang tu bermacam2 haiwan yg kami order antaranya lembu, ayam, kambing dan burger daging yg menyerupai ladam kuda.. kuikuikui..

Komen aku, rasa dan harga bolehlah di pertimbangkan.. so utk sesapa yg nak cuba, boleh lah dtg ke WE ni yg terletak di Seksyen 7 (Pintu  Belakang UiTM), Shah Alam..


13hb Januari yang lalu, besday budak bam2 ni plak.. eiii geramnya aku tgk si Awra Chan ni tau.. rasa nak gigit2 jer.. papepun, Acik Le'a doakan semoga Awra dapat membesar dgn di limpahi kasih sayang yang melimpah ruah dari papa n mama.. Be a good girl okay.. muuuaahhh.. 





Tuesday, December 3, 2013

~~Hepi Besday Nenek~~

As-salam..

Sabtu baru ni keluarga sebelah En. Asben ada wat sedikit majlis doa selamat dan makan2 utk ahli keluarga bagi meraikan hari jadi nenek yang ke 85 dan family day kecil2an kengkononnya.. plan asal nak tempah jer makanan, then kami juz prepare utk wat bbq.. tapi bila tiba masanya lain plak jadinya.. huhuhu.. sudahnya semua pakat nak masak sendiri hidangan utk hari tu.. aku rasa dah macam nak wat kenduri kawin pun ade.. penat giler kot.. dah lah ahli keluarga En. Asben ni ramai..

Pada hari kejadian, En. Asben tak de sebab kena outstation ke Pantai Timur.. So aku balik kg sensorang tengahari tu.. sampai2, aku tengok menu utk lunch dah sedia terhidang.. so aku pun tinggal makan jer lah kan.. lps makan baru prepare masak utk doa selamat pada petang tu.. 

Tema khemah adalah warna warni aidilfitri.. huhuhu..

Antara menu yang dihidangkan adalah :
Soto, laksam, nasi goreng, kuih muih, mi grg, satay, lauk pauk

Rambutan yang sangat berlambak

Petang tu ada pertandingan mewarna utk bebudak.. Utk ahli keluarga yang dah berkahwin pulak, memasing dapat cenderahati berupa biskut Jacobs satu tin & kordial.. hehehehe... jadilah kan.. fyi, setiap ahli keluarga yang telah berkahwin di wajibkan membayar  RM50 bagi majlis ni..

Menu utama yang ditunggu2 ialah kambing, ikan dan ayam bako..
  
Inilah yang paling dinanti2kan oleh aku.. iaitu nasi ambeng.. Tapi sedih.. aku tak dapat rasa pun.. tengah sibuk2 kat dapur, sampai lupa nak grab sebungkus.. rupanya ni utk org kampung yang datang baca doa selamat utk nenek.. :( takpe2.. aku akan mintak mak repeat wat lagi.. hehehehe.. 

So petang tu hanya di adakan bacaan doa selamat utk nenek.. malam barulah acara sebenar di mulakan iaitu makan2, sembang2, penyampaian hadiah dan perlantikan AJK utk program2 yang bakal di rancang selepas ini...

Keadaan nenek yang dah semakin uzur..

Buat nenda tersayang, semoga nenek di kurniakan kekuatan dan ketabahan utk meneruskan kehidupan kat dunia ni.. dan kami sebagai cucu2 mendoakan agar nenek tabah menghadapi segala ujian daripada Nya.. Selamat Hari Lahir yang Ke 85 buat Nenek Sally tersayang.. 

Add caption

Tuesday, November 19, 2013

~~Cerita Sabtu~~

As-salam..

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke tanah air tercinta pada pagi Sabtu baru ni.. aku harap ini adalah trip terakhir utk tahun ni.. badan dah tak leh nak terima dah rasanya.. penat! penat badan dan fikiran.. almaklumlah sejak dh tua2 ni, badan dah tak seaktif dulu.. puiii! :) So ari ni nak cerita pasal program Sabtu yang lalu...

Pagi 

Aku mintak driver ofis amik aku n my colleague kat epot.. malas nak susahkan En. Asben sbb awal pagi sgt aku sampai.. bila sampai jer umah golek sana, golek sini, mata tak leh lelap.. padahal ngantuk yg amat.. sudahnya aku amik keputusan makan nasi lemak dua bungkus.. ha, sekejapan jer mata aku berat.. terus tido tak sedarkan diri.. masing2 terjaga bila dengar azan.. lalu berpandangan kami sesama sendiri.. aku tanya En. Asben, "bang, ni azan Zohor ke Asar?" Pastu masing2 meraba jam n henpon.. tapi tak jumpa.. rupanya baru azan Zohor.. huhuhu.. terasa lama gila kami tdo.. 

Petang 

Kepingin benor tekak aku ni nak makan lauk pauk kat Tom Yam Kung Presint 15 tu.. sedap benor masakan kat situ... terbayang2 dari dalam flight lagi sebenarnya.. huhuhu.. so calling bff iaitu si Ebob & Su utk jumpa kat sana.. open table & makan besor katanya.. 

Su kata dia dtg lambat sikit sebab Bangi banjir katanya.. tup2 bila dia sampai, surprised!! dia bawak kek utk kami rupanya.. so sweet.. metaceh su.. lebiu..



Scorpio & Sagitarius


Maghrib

Lepas makan, berpecah kononnya.. Ebob balik umah, Su terus gi Alamanda & jumpa balik kat sana nanti.. Aku plak kengkonon nak masuk Mydin jap dgn adik aku cari barang.. En Asben aku tugaskan gi ronda cari parking.. but suddenly, aku ubah fikiran tak nak masuk Mydin.. so aku pun call En Asben kata aku tunggu dpn Mydin.. dekat setengah jam menunggu.. segan wei.. org lalu lalang.. dah lah nak azan time tu.. tapi En. Asben tak kunjung tiba..

I : Abg kat ne? Ayg dh siap..
S : Abg tengah ronda cari parking.. jap ye..
I : Ok.. 

Selepas seploh minit

I : Abg kat ne?
S : Jap, abg jumpa kedai speaker ni.. abg singgah jap
I : Ok

Selepas seploh minit lagi

I: Abg kat ne sebenarnya? meh ayg gi kedai tu jln kaki..
S : Eh! jangan.. abg nak siap dah.. tunggu jap je..
I : Ok..

Selepas 5 minit, baru beliau muncul.. time bukak pintu kete, rupanya ade suprised lagi! hahahahaha.. Abang2... tak pasal2 kena bebel.. gi kedai speaker yer?? ha kan dh kena loud speaker dgn bini... papepun, tq so much bang.. really appreciate it! I luv u..

Ini lah "speaker" yg dimaksudkan
*____*

Malam


Gi main boling sementara tunggu nak tgk cerita hantu siam kul 11pm.. Time masuk kat tempat boling, terkejut badak tgk bebdk ofis ramai gler kat ctu.. rupanya malam tu ade tournament suka sama suka antara kami.. aku tak di maklumkan sebab aku kan tak de kat ofis.. so diaorg semua bersaing, dan kami plak baling ikut suka.. huhuhu.. aku main satu game jer.. pancit wei! lama giler tak melontar.. En. Asben & Su duk bersaing sesama sendiri sampai 3 games.. sape kalah belanja air n popcorn time tgk wayang nanti.. dan kemenangan berpihak kepada En. Asben.. yeaahh!! :)

Cuba tenung dalam anak mata kat atas tu?
huhuhu..


*****************

Alhamdulillah, 28 tahun sudah diri ku ini.. Moga kesihatan dan kebahagiaan yg aku miliki sekarang akan berkekalan hingga keakhirnya.. Amin..

Terima kasih buat kengkwn yg sudi wish besday dan mendoakan kebahagian serta kejayaan aku.. Aku pun mendoakan kalian begitu jua.. Amin.. Dan terima kasih tidak terhingga buat mereka yg sudi memberikan tanda ingatan sempena ulang tahun aku kali ni.. macam2 gak yg aku dapat.. :) Alhamdulillah.. Terima kasih sangat2.. 

Buat mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran sama dengan aku, aku ucapkan Hepi Belated Besday! Org Scorpio tabah kan? :)

Add caption

Sunday, November 10, 2013

::10hb November::

As-salam..

Alhamdulillah hari ni genap 28 tahun aku melihat dunia.. syukur tak terhingga dan terima kasih buat arwah mak yang telah melahirkan aku 28 tahun yang lalu.. terima kasih juga buat bapak yang telah membesarkan aku dan semua ahli keluarga baik family sendiri mahupun family in law yg banyak memberi kekuatan utk aku meneruskan kehidupan ni... 

Kali ni besday aku di sambut di Doha, Qatar... as usual, tuntutan kerja perlu di dahulukan.. penat ke London tak ilang lagi, now kena fly lagi.. what to do kan... huhuhuhu... after Qatar ni, kami straight forward ke Dubai, UAE pulak.. 15hb Nov baru sampai Malaysia.. xsabarnya nak balliiikkkkkkk.... 

Malam tadi tepat kul 12am (waktu Malaysia), dapat sms dari En. Asben.. uuuwwwaaaa.. sambil baca sms, sambil meleleh air mata.. dear, lebiu damn much.. thnx 4 d wishes n nasihat yg sangat berharga itu.. dan malam tadi jugak kul 10pm (waktu Qatar), my colleague ajak lepak starbucks kat cni.. so celebrate kecil2an jer.. huhuhuhu.. then masuk bilik tgk ade perfume atas katil.. tq Cik Adni.. lebiu...

Ok, tu jer nak update setakat ari ni.. thnx a lot juga kat kengkwn dan relative yg wish besday kat aku.. doa2 kalian amat bermakna utk aku.. lebiu guys.. 


Salam kehangatan dari Bandar Doha, Qatar..
*_____*


Add caption

Wednesday, July 24, 2013

##Wordless Wednesday##

As-salam..

It finally arrived!
Belated & becoming birthday present..
We really luv it!
(Gucci Guilty + Burberry Brit)
*______*

Add caption





Tuesday, July 2, 2013

~~Besday Celebration~~

As-salam..

Jumaat lepas aku amik cuti coz kami plan nak g jenguk adik aku kat UiTM Merbok.. Dah alang2 g sana, aku pun plan secara senyap utk surprisedkan En. Asben sempena besday beliau malam tu.. Aku cakap kat En. Asben aku nk wat makan2 malam tu sbb nak berkenalan dgn kengkwn adik aku.. So dia pun x suspek pape.. Malam tu kengkwn adik aku dtg dlm 16 org.. majlis kecil2an tersebut start kul 8pm - 1230am.. 

Model Homestay x berbayar..

Sesiapa yg berhasrat nak ke Sg. Petani, boleh lah sewa homestay ni.. Rumah yg agak selesa.. Luas plak tu.. RM120 semalam..

Adik aku tempah nasi lemak marbeles!
Then kami grg fries n aku wat sosej wrap..

Steamboat khas dr Putrajaya.. Aku masak kuah tomyam siap2 dr umah..

Si suspek ber t-shirt putih.. :)

Dan bila tiba masanya..

Ekceli, ade video time En.Asben kena surprised waktu ni.. tapi, dia cakap kat aku, "Ayang tooollloooongggllah jgn upload video tu.. abg malu"... kehkehkehkeh.. Sebagai isteri yg menurut kata, aku pun xnk lah upload.. Tp, benda ni boleh di jadikan bahan.. kalau dia malas buat sesuatu, aku ugut dia.. "Haaa.. kang ayang upload video kang".. terus dia bangun sambil gelak2.. "Fine! main ugut2"... hahahaha....

Kek Red Velvet ditempah oleh adik aku..

Notis ingatan mesra yang di tampal di kebanyakkan kedai kek di Kedah..
I loiikke!

Rejeki kami.. kwn adik aku yg br blk dr kampungnya di Kulim bawak 8 bijik durian terbaaeeekk utk di santap mlm tu..

Gud bye Kedah! gonna miss u..

Finally, aku nak ucapkan TQ so much to students DPA Sem 4 UiTM Merbok atas kehadiran kalian di malam itu.. Kalian sgt sporting! Next time kite gather lg k..

**Kedah  makan murah weii! chicken chop RM5**

Add caption

Monday, July 1, 2013

~~Hepi Besday Dear~~

As-salam..

Di kesempatan yang ada, ingin aku coretkan dalam diari elektronik ni ucapan Selamat Hari Jadi yang ke-28 buat suami tersayang pada 29hb Jun baru ni.. Semoga peningkatan usia ini seiring dengan kematangan yg ada pada dirinya... Aku doakan semoga suamiku di kurniakan kesihatan, ketenangan hidup dan juga segala yg diimpikan InshaAllah menjadi kenyataan.. 

Thank you for everything that you have done for me.. I luv u sooo much dear.. Sori, thn ni hadiah delay sbb di terbangkan dari jauh.. *____* I hope you enjoyed our short vacation last weekend!


Add caption


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™