Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

::Aku Bukan Stokis::

Assalam..

Malam tadi tak de keje aku gi selongkar stor n keluarkan segala stok kain yg ada.. konon nak cari kain mana yg sesuai nak dibuat baju raya.. selongkar punya selongkar, sekali terjumpa lah bapak banyak stok kain aku rupanya.. 

Hadiah org bagi (10 helai)

Beli sendiri (4 helai)

En. Asben bagi.. (2 helai)

Jumlah keseluruhan (16 helai)..

Bile aku ingat2 balik, ni rupanya kain dari 2 tahun lepas.. ade yg boss bagi masa raya, ade yg dpt as souvenir dan mcm2 lagi lah.. dekat tailor ade lagi 2 pasang.. aku suruh hold dulu sebab takut measurement body aku lari.. hehehehe.. 

So, aku decide juz nak wat 2 helai baju raya drp kain2 yg ade ni.. yg lain nak wat lps bersalin nanti :) En Asben suruh aku jual jer kain2 ni sbb banyak sgt.. aku kata No! No! No!.. kain mahal ni org bagi lagi pun ade sentimental value.. sayang wooo.. *___*

Add caption

Thursday, February 27, 2014

~~Minat Mendalam Terhadap RM~~

As-salam...


Bila tengok tajuk mesti macam2 yg bermain dalam fikiran kan?? mesti tertanya2 RM tu apa? Ringgit Malaysia ke? Rosmah Mansor ke? **tett** kalau tak baca sampai habis mesti macam2 yang bermain di kepala hotak.. papepun, RM sebenar yg aku maksudkan adalah RUNNING MAN~~ Oppa!! kuikuikui..

Mungkin bagi sesetengah orang yang mengikuti RM ni dari mula, mesti diaorg akan gelakkan aku sebab aku ni br jer berkenalan dengan RM beberapa bulan kebelakangan ni, tp poyo jer lebih.. *___* sebelum ni aku kutuk giler vavi bila En. Asben n adik aku tgk RM ni sambil gelak sorang2.. mcm2 kutukan aku lemparkan.. sekarang, nah! hameekk kaw! ketulahan beb! dunia ni kan bulat.. now, aku plak terjebak tgk citer ni.. 1st time tgk terus jatuh cinta.. masa awal2 layan citer ni, aku cover2 kalau nak gelak sbb takut kena kutuk balik.. tp ade aku kisah?? hahahaha.. now aku kalau gelak mmg satu bangunan blh dgr.. sampai laki aku kata "mengucap yang.. control ckit gelak tu".. kihkihkih...

Sindrom jatuh cinta aku terhadap RM ni makin menjadi2 sejak pregnant ni.. kalau dalam seminggu tak tgk RM, rasa tak keruan di buatnya.. kuikuikui.. FYI, hari2 aku merengek kat telinga En. Asben.. "Rasa macam nak pegi Korea esoklah.. abg rasa kalau kita g sana, dapat tak jumpa RM?" senyum jer laki aku dgr walaupun dalam hati berbulu jer dia.. kihkihkih.. InshaAllah lepas bersalin aku nak jejakkan kaki ke sana gak.. :)




Penyakit aku ni berlarutan sampai ke sudah.. bukan En. Asben jer jd mangsa.. malah adik aku yg kat Kedah tu pun turut aku libatkan.. kihkihkih.. sebelum ni hari2 aku merengek kat dia nak t-shirt RM.. aku suruh dia cr sampai dapat.. asalnya aku ternampak kawan dia pakai tshirt I LOVE KWANG SOO.. So aku cakap dgn dia, tlg cari sampai dapat.. aku nak gak! mujur dapat adik yg prihatin.. (uwwweekkk)... dia pun cerita dgn kengkwn dia "kakak aku ni mengidam ntah apa2.. ade ke ngidam nak t-shirt RM".. pastu kengkwn dia kata "eh, kesiannya.. amiklah t-shirt aku ni".. pastu adik aku jawab dgn nada sindiran, "ha'ah, size badan kakak aku mmg sama dgn korang pun kan?" kihkihkihkih.. dan akhirnya... adik aku g tempahkan juga t-shirt RM ni utk aku.. bile dh ready, dia siap pos kan kat aku lagi.. metaceh aunty... :)

Ini lah t-shirt yang di maksudkan.. 

Selalu aku cakap dgn adik aku, kalau kenan air muka diaorg ni ok gak kan? adik aku kata, "mak bapak muka jawa, sekali keluar anak muka Korea.. tak ke pelik?" kihkihkih.. jeles lettew... anyway, dlm RM ni, aku paling minat kat Jae Suk.. walaupun dia dh tua, tp dia cute.. cergas plak tu orgnya.. dan yg paling mencuit hati aku adalah si Haroro.. mamat ni mmg manusia paling sengal.. banyak no dramanya dalam RM ni.. yg lain2 pun punya karekter yg tersendiri.. pendek kata, aku suka semuanya.. :) eh, next week si giraffe nk dtg Sunway.. tp aku ade hal kat Johor.. so tak de jodoh antara kita lah giraffe :)

BTW, rasa agak frust gak sebab saluran 395 kat Astro dh abis tempoh percuma yg diarog bagi.. kalau tak, setiap tengah malam Jumaat & Sabtu, mesti aku melanguk dpn tv menanti kehadiran RM.. now, juz bergantung dgn TV2 jer sbb ada RM setiap Sabtu & Ahad petang.. ekceli, aku tak sabar nak tunggu adik aku abis sem bln 4 ni.. kat lap top dia ade full episode.. aku layan RM ni start 1st episode.. huhuhu...

Anyway, gelak2 jugak, tp byk moral of d story yg kita blh dapat.. aku tgk diaorg ni sgt akrab dan hormat antara satu sama lain.. kalau org kita wat game show mcm ni, mesti dh ade mcm2 citer yg tak sedap di dengar.. diaorg ni wat rakaman sampai beratus2 episode dan semuanya berjalan lancar.. diaorg dh mcm satu keluarga.. kdg2 bila diaorg nangis, aku pun rasa sebak.. sumtimes terharu giler bile tgk diaorg bekerjasama dan bersatu hati utk abiskan setiap task yg di beri.. bak kata wonder pets, "apa yg penting? KERJASAMA"

Ok dah abis.. aku nak start dreaming lg.. :)


Add caption

Monday, April 29, 2013

::Keikhlasan dalam berkawan::

As salam..

Siapa yg mengenali aku sedalamnya, mereka akan tahu bagaimana perangai aku.. aku bkn org yg terlalu sensitif sampai nak sentap tak tentu pasal.. aku sgt jarang terasa hati dgn sesiapa.. but once bila aku berkecil hati dan di sulami dgn air mata, itu maknanya hati aku jd semakin kecil dan menjauh... Hari ini aku benar2 berkecil hati.. tak sangka org yg kita percaya dan kita jadikan sahabat untill jannah tidak sama seperti apa yg kita sangka.. bg aku, apa yg terjadi di sekeliling kita haruslah di fikirkan daripada sudut yg positif.. 

Pada masa ini lah kita akan nampak siapa kawan dan siapa lawan.. bila masuk bab politik, masing2 punya pendirian tersendiri.. tapi, jgnlah sampai kawan nak di jadikan seteru hanya di sebabkan kita tidak sehaluan.. tidak perlu membida rakan yg lain utk berjaga2 dgn aku.. Aku bukannya ada M16, senapang gajah atau seangkatan dengannya utk mengingatkan mereka agar berhati2 dgn aku.. bg aku, ingatan itu sungguh tidak mesra utk di gunapakai masa ini.. jika benar sahabat kita mengenali dan ikhlas dgn tali persahabatan yg di bina, maka tak akan berlaku unsur2 was2 itu.. never!!

Sebelum ini kita mesra,  berkongsi rasa dan bertukar pandangan.. tp tidak pernah sekelumit terlintas di fikiran utk aku berpesan dgn rakan2 yg lain agar berhati2 dgnnya.. kerana bagi aku, hubungan persahabatan itu sgt murni dan syumul.. ianya tidak dapat dijual beli.. mungkin smlm kita ade terlepas kata.. tapi hari ini, mengapa kita sanggup mengulanginya.. tanpa sedar atau tanpa niat kdg2 kata2 kita menyinggung perasaan org lain.. tp kita dgn mudah beranggapan bahawa kita tersilap tutur kata dalam berbicara.. dan mereka akan memaafkannya.. semudah itu yg kita ungkapkan.. tp kita tak tahu bagaimana terhirisnya perasaan mereka.. 

Masing2 telah dewasa dan matang.. jadi sepatutnya kita berfikir dari sudut yg kreatif dan sihat.. tidak perlu di depan kita di jadikan keterpaksaan untuk angguk2 geleng2, tapi di belakang kita menyinsing lengan.. usah menjadi seperti pokok semalu dan ulat gonggok.. br di sentuh terus memberi reaksi spontan.. kita masih ada masa utk berfikir.. 

Kita manusia punya minat dan kecenderungan ke arah sesuatu perkara.. itu adalah nikmat yg sememangnya tidak dapat didustakan.. dari itu, hormati jua hak dan minat org lain.. usah kita taksub bahawa apa yg kita minat akan sama dgn org lain.. peminat politik dan bola tiada bezanya.. jika kita rasa tiada gunanya kita berdekah2, namun tiada pulangan yg kita peroleh, maka dari itu usahlah kita meletakkan diri kita di situasi berkenaan.. kerana perbezaan fahaman ini sekali lagi akan mengganggu gugat tali persahabatan.. mencegah itu adalah semujarab2 ubat.. 

Di petik dari Hadis Riwayat Muslim :

"Seorang Muslim adalah saudara Muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya"

Usah menjadi api dlm bersahabat.. 
Kelak, di khuatiri api itu akan menyambar diri sendiri...


Friday, April 26, 2013

~~Tunaikanlah Kewajipan Kepada Negara~~

As-salam..

Bahang pilihanraya semakin hari semakin terasa.. Jika di tanya pendapat setiap yg ada, pasti mereka punya reason tersendiri dalam menegakkan parti pilihan mereka.. Harapan aku, setelah selesai PRU akan dtg ni, maka kite seluruh rakyat Malaysia akan kembali bersatu semula.. barang yg lepas usahlah di kenang..

Hari ni aku nak berkongsi sedikit nasihat yg masih terngiang2 di telinga bila mana time aku menuntut ilmu suatu ketika dahulu, ustaz aku pernah berpesan pada anak muridnya... dalam memilih calon, beberapa perkara serta pendekatan perlulah di buat terlebih dahulu... Antara ciri yg perlu di titik beratkan adalah seperti berikut :

Agama
Pastikan kite memilih calon yg beragama Islam. Itu adalah Pasti!

Jantina
Utamakan yang lelaki daripada perempuan kerana lelaki itu lbh rasional ketika memimpin jika di bandingkan dgn wanita yang agak beremosi dalam membuat keputusan

Keluarga :
Sekiranya calon mempunyai kedua2 ciri di atas, maka kita di galakkan untuk meneliti latar belakang keluarganya pula samada beliau berjaya membentuk keluarga yg boleh di jadikan contoh terbaik atau sebaliknya. Kerana utk menjadi pemimpin terbaik buat rakyat, calon perlulah terlebih dahulu berjaya memimpin keluarganya sendiri.

Itu sahaja yg boleh aku kongsikan utk panduan bersama.. tiada paksaan untuk menurut apa jua yg aku nyatakan tadi.. tepuk dada, tanyalah iman.. Selamat menunaikan tanggungjawab buat semua yg telah layak mengundi! 


Thursday, November 29, 2012

~~Budi Bahasa Budaya Kita~~

 
Aku ingin melahirkan rasa kekecewaan yg terbuku kat hati dan sanubari ni.. aku tak nak pendam, nanti berulat.. BENGANG!! itu yg ingin aku katakan..
 
1st, aku di layan endah tak endah dgn rakan sekerja sendiri bila mana aku dtg utk menanyakan soalan yg sememangnya di bawah tugasan dan tanggungjawab beliau.. kalau tak tau, cakap tak tau.. aku pun tak tau gak.. so boleh lah sesama kita mencari options.. ni dah lah tak tau, pandang muka kite pun tak.. susah sgt ke nk layan manusia mcm manusia lain??
 
At last aku cari pekeliling n deal sendiri dgn pihak pengurusan di Jabatan aku... settled! aku bkn mengharap manusia melayan aku mcm raja.. cukup sekadar kita sesama manusia menghormati sesama sendiri.. itu sudah memadai..
 
Situasi kedua, baru jer berlaku tadi.. aku gi Kedutaan untuk urusan visa.. bile nombor dah di panggil, aku dapat dekat kaunter yg mana pekerjanya adalah org Melayu dan Islam.. ingatkan bile dapat org kite, senanglah urusan.. tp ni sebaliknya pulak yg berlaku.. dah lah mula2 jumpa, senyum pun tidak.. then main campak2 jer dokumen kat aku.. mcm hareeemmmm..  bile tanya soalan, jawab mcm nak tak nak.. pandang muke pun tidak..
 
Sometimes, aku respect dgn bangsa lain.. diaorg kalau jumpe kaum sesama diaorg, mesti diaorg mengutamakan dulu org dia.. bkn main ramah diaorg melayan dan berborak sesama sendiri.. tp knp perkara sebegini tidak berlaku dgn kita yg sesama bangsa... itu lah persoalan yg aku tiada jawapannya.. mmg tak semua bangsa aku mcm ni.. tp aku sgt ralat bile ianya berlaku..
 
Oh! Malaysia ku... ke mana hilangnya tagline "Budi Bahasa Budaya Kita" dan "Senyum Itu Satu Sedekah".. Renung2kan dan selamat beramal... Malas nk komen lebih2.. Moga aku tidak menjadi seperti mereka.. Sekian..


Tuesday, September 11, 2012

~~Memerdekakan Pemikiran~~

Berdasarkan pengalaman yg ada, ingin aku kongsikan  bersama kalian bagaimana cara pemikiran kita dalam menempuhi kehidupan seharian.. entri ini khas bagi mereka yg sgt terbuka pemikirannya untuk menerima segala apa yg ingin di ketengahkan.. bagi mereka yg merasakan bahawa pandangan aku ini tidak dapat di terima pakai, terpulanglah..

Malaysia tanah air ku tercinta.. berpegangkan pada pengalaman aku di 8 buah negara yang pernah aku kunjungi, aku sgt bersetuju dengan pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, hujan lebat di mana-mana".. eh! ^_____^

Bagi aku, Malaysia mmg tiada tolok bandingannya jika hendak di bandingkan dgn negara maju lain.. mungkin ada yg mengatakan aku ni cerewet, kolot dan sebagainya.. yerlah, lain org, lain lah caranya kan.. tp aku ingin menegaskan di sini bahawasanya kita perlu menyayangi dan memelihara Malaysia tanah air kita ni dengan sebaik yang mungkin...

Tandas

First, ingin aku kongsikan bab kebersihan tandas... bukanlah aku ni seorang yg pembersih sgt.. tp sekurang2nya cukup untuk buat org tidak loya dgn kita sudah memadai.. perkara yg aku sgt menitikberatkan ialah bab tandas.. ini kerana tandas adalah destinasi WAJIB yg perlu aku dan kalian lawati setiap hari...

Aku terdetik untuk buka isu ni sebab semasa aku di China baru ni, aku rasa sgt perit untuk membuang sisa kumbahan aku di tandas mereka.. 1st, mereka kebanyakkannya menggunakan jamban cangkung, dan yg paling kritikal mereka tidak mempunyai sebarang paip air dan tisu.. kalau setakat nak kencing, ok lah lagi.. tp kalau tahap nk buang air besar dan untuk perempuan pula yg ingin menukar pad, bagaimana caranya?? mmg sgt menyeksakan bukan? kalau kita dh prepare tisu ok lah.. tp yg dh kehabisan stok, mcmane pula? selepas ada pengalaman spt itu, aku tak kan ketinggalan utk membawa botol air kosong ke mana2 sahaja..

Di sini, aku ingin kongsikan sedikit teknik yg telah aku praktikan jika aku berada di tandas awam tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara bagi menjamin kebahagiaan lubang hidung kita bersama... 1st, sebelum membuang sisa kumbahan, aku akan pastikan aku siram terlebih dahulu ruangan kecil di dalam toilet tersebut.. setelah selesai membuang niat, aku akan flush dan siram sekali lagi ruangan di sekelilingnya.. jika ada tisu di atas lantai, aku akan siramkan ketepi biar menjadi setempat.. dan bg mereka yg sentiasa membawa perfume kemana2, apa salahnya kita semburkan sedikit di ruangan tersebut sebelum keluar.. sekiranya semua org melakukan perkara yg sama, maka kita semua pasti akan tersenyum sebelum niat sebenar dapat di lepaskan.. setuju??

Sampah

Aku sangat kagum bila melihat negara org yg sgt bersih... di kiri dan kanan jalan mereka, tiada sedikit pun sampah sarap yg kelihatan.. kalau lantai di sekitar bazaar, blh siap buat tidur lagi.. mmg kilat dan bersih.. tapi, mengapa tidak di negara kita... contoh terdekat adalah di bazaar jalan TAR dan Masjid India time nak raya baru ni.. mak datuk, sampah minuman dan makanan sama menggunung dengan tudung bawal tiga tone yg di longgok kat atas meja.. apa salahnya kita simpan tin minuman kita sampai kita jumpa tong sampah ataupun bawak blk jer.. setin jer pun.. ringan plak tu... boleh kengkwn??

Kesejahteraan Malaysia sebenarnya terletak pada cara pemikiran dan perilaku kita.. sharing is caring.. tak percaya, cubalah.. ok, jumpa lagi di lain ceramah akan dtg yer... bubye!!




Monday, June 11, 2012

~~Belum Kembali Normal~~

Salam...

Ape yg tak normalnya?? Kepala hotak aku ni mmg agak kurang normalnya sejak kebelakangan ni... macam2 perkara berlaku di sekeliling semenjak dua menjak ni... perasaan plak mcm2 ada.. gembira, sedih, bengang dan juga senang nk marah... mungkin ini semua di sebabkan aku punya kurang masa utk berehat.. manataknya, bebanan tugas yg semakin hari semakin bertambah...

Masanya telah bermula utk itu semua... by hook or by crook, semuanya perlu di bereskan... Byk benda nk di kongsikan kat dlm ni, tp kekangan masa membuatkan segalanya terhalang... InsyaAllah, mulai esk aku akan cuba update beberapa program yg telah berlaku kebelakangan ni...

Pagi tadi ade meeting kecil2an...  boss kata, keje dh semakin bertambah.. "Therefore, I want all of u be in a good health"... InsyaAllah boss... Korang pun doakan kami semua di kurniakan kesihatan yg berpanjangan yer termasuklah u ols sekali k...  Bye!


Monday, May 14, 2012

::Nafsu Membeli Mengatasi Segalanya::

Salam...

Sebagai seorang wanita normal, nafsu utk aku membeli belah amatlah membuak2... honestly, nafsu aku kat barangan wanita ni lebih kepada kasut daripada barangan yg lain... pantang nampak kasut yg agak kena dgn jiwa dan sanubari, pasti aku akan rembat... buat masa ni, kaki aku hanya serasi dengan kasut keluaran Sembonia, Bata & Clanks.. (Sebenarnya nk bgtau yg kaki gajah ni pny size hny available kat kedai tu jer pun)... ^__^ FYI, hasil rembatan setakat ini adalah....

See...

Almari sedia ada dh xdpt nk menampung bebanan nmpkny...

Friday, March 30, 2012

~~Ketam Lembut~~


Salam...

Mlm tadi En. Asben telah bermurah hati utk blanja dinner kat luar... So aku pun suke giler lah kan... tak yah susah2 nk mengasapkan dapur... Tempat yg kami tuju mlm td ialah ke Restoran Cina Muslim Haji Sharin Low di Sungai Merab... selain drpd memilih udang ketak goreng tepung, squid salted egg dan tauhu masak bersama isi ketam, kami memilih satu lagi menu yg kebelakangan ni asyik di sebut2 org iaitu ketam lembut...

Kami sebenarnya nak ketam ni di masak sos bercili, tp org yg amik order tu slh dgr... sudahnya dia masak ketam goreng butter... ape blh wat... blasah jer lah labuu... memandangkan malam tadi kebanyakkan menu adalah bergoreng, makanya ketam ni kami tak abis utk menjamahny... so, tapau lah jawapannya kn... pagi ni aku bwk ke opis utk kengkwn merasa.. semua kate sdp... hakikatnya, mmg sdp pun menatang ni rupanya... almaklumlah tinggal gigit jer... tak yah dh nk di kopek kulitnya...

Ni lah rupa ketam lembut tu...

Sedang asyik menikmati hidangan mlm td, En. Asben tiba2 menyatakan sesuatu pada aku...

Asben : Yang, abg kene g kursus 3 minggu kat Sabah...
Aku : Sabah?? 3 minggu??
Asben : Haah...
Aku : Sabah kat ne?
Asben : Cheras... (dgn muka tak bersalah)
Aku : Fine!! Ulang alik ke tdo sane?
Asben : Abg nk tdo sane tak nak blk...
Aku : Ermmm...

Sumtimes, aku pun tak bape nk phm ngan laki aku ni... suke benor bergurau tak kire situasi... kdg2 aku tak tau mane yg betul, mane yg tidak... dh semua benda di buat main2... ini lah jadinya... Ermmm... (sambil garu kepala yg tak gatal..)

Monday, January 30, 2012

!!Kesilapan Sendiri!!

Salam...

Padan muke aku!! padan muke aku sekali lagi... tu lah sape suruh makan tak heeengat dunia akhirat... bile bdn dh naik mencanak2 br nk insaf... tu pun insaf sekejap jer... pastu kembali kpd tabiat asal.... nasib ko lah labu....

Bile balik kg, mak, abah n jiran tetangga semua tegur... En. asben plak sampai dh tak terucap di buatnya... kihkihkihkih... produk plak dh mcm2 aku cuba... tp aku ni jenis tak istiqamah... semuanya hangat2 tahik dinosour jer... kalau nk exercise mmg tak de mase lah kan... weekdays paling awal aku sampai umah kul 7pm... tu paling awal... kalau lg lewat??? weekends plak sibuk ke sane ke sini... prog tak pernahnya abis.... yg abisnya cuma duit... huhuhuhu....

Aduyaiiii... ape lah nk jadi ngan aku ni... FYI, byk baju aku kat dlm almari yg dh tak muat tau... sane sini membesar bagai juara... sayang tul... ade gak baju yg aku dh sedekah kat kengkawan yg lbh kurang size ngan aku... ape blh wat... drp kain tu reput kat dlm almari, baik aku wat amal jariah... yer ndak??

So, utk aku pergi keje tak mcm nangka yg di balut, maka aku telah membeli beberapa meter kain utk aku menggantikan baju2 aku yg dh tak muat tu...


Pada pemikiran aku yg tak bpe nk bijak ni, kalau aku tak ganti baju2 aku ni dr skrg, mau suatu ari nanti aku g keje dh mcm incredible  hulk... baju terkoyak sane sini.... ^___^


Moral of the story, makan lah byk2 kalau anda mahukan baju baru berada di dalam almari anda.... Sekian....

Friday, January 20, 2012

::Pagi Yang Dingin::

Salam...

Pagi ni ujan turun dgn begitu lebat
Tatkala mata sepatutnya dibuka
Namun aku pula semakin lena di buai mimpi
Bile guruh semakin kuat berdentum
Maka selimut semakin erat aku tarik
Akhirnya aku terkandas
Jam menunjukkan pukul 7 pagi
Aku kelam kelibut

Bile dah bangun, terasa malas plak nak mandi
Bile dh dlm bilik air, tak reti2 plak nk kluar
Sedapnya dpt berendam air panas

Aku dan Asben kuar umah kul 8.30am ari ni
Masing2 lambat ke tempat keje
Aku masih menunggu sms dari beliau
Mungkin beliau masih berteduh
Doa isteri mu sentiasa mengiringi
Moga beliau selamat sampai ke destinasi

Bile sampai ofis, perut plak berkeroncong
Lalu aku menggodam peti besi simpanan bekalan
sudahnya aku hanya dapat......
2 hidangan menarik di waktu hujan ni...

Sangat osem bile sejuk2 mcm ni dpt minum kopi O dgn
biskut cap ping pong....

Saturday, December 31, 2011

~~Musim Buah Telah Tiba~~

Salam...

Ye, musim buah telah kembali... dalam minggu ni, rezeki buah2an sangat masyuk utk aku.... tu merupakan petanda baik yang mana bile diaorg nampak buah jer, diaorg akan ingat kat aku... aiik, lain macam jer ayat??? ngeh3x...

Balik kg baru ni mak bagi pisang 2 sisir... sudahnya, aku bg kat sepupu aku sesisir... sampai umah aku wat pisang goreng... tp sampai skrg masih ade lg setengah sisir... sape nak lg setengah sisir tu, sile angkat tangan...

Ni plak PAR aku yg terlebih rajin tu dtg umah antar buah manggis satu plastik... ntah bile dia jadi petani moden pun aku tak tau... tetibe jer aku dpt hasilny... syukur Alhamdullilah...
 
Tu diaa Raja segala buah.... fevret aku sejak azali lg... durian ni pemberian jiran dpn umah.... import dari kg dia kat Perak katanya... Syukran...
 
Ni plak rambutan Selangor walaupun dr Perak coz kaler dia merah kuning.... huhuhu.... jiran bg gak ni... 

Memandangkan hanya aku berdua jer kat umah tu, sudahnya aku hangkut segala buah2an tu g opis.... bile kat opis ni, laju ckit jalanny... tak sempat buah tu nk berair, licin dh plastik tu... huhuhu... berkat makan secara berjemaah lh kate kan... Buat semua donors, terima kasih daun keladi, kalau ade buah bg lah lg... (mcm lh diaorg bc blog aku ni kan)... 

Friday, December 30, 2011

::Hari2 Terakhir Di Tahun Lama::

Salam..

Ari ni adelah ari Jumaat terakhir yg kite jumpa utk tahun ni... tinggal beberapa hari jer lg kite akan melangkah ke tahun baru 2012... Bile sebut jer 2012, meremang bulu roma di buatny... huhuhuhu... ni semua gara2 citer 2012 tu lh... memberi kesan tul citer tu kat diri aku.. di tambah lg mlm td aku tgk citer The Day After Tomorrow... mmg double trouble meremang di buatny...

Sesungguhnya tahun 2011 sgt byk meninggalkan kenangan pahit dan manis buat diri aku selain memberi impak yg sgt besar dlm kehidupan... Aku harap di atas apa yg telah berlaku, aku akan ceduk yg jernih dan campak jauh2 yg keruh...

BTW, di kesempatan ni aku ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua yg sudi singgah kat blog ni... semoga tahun hadapan ianya akan memberi 1001 kebahagian, keceriaan, rezeki yg melimpah ruah buat kite semua... InsyaAllah...

Nasihat aku kepada sesiapa yg sakit perut mlm esk dlm kul 11.50pm ke atas, di harapkan anda akan dapat menahan kesakitan itu utk sementara waktu... ini kerana jika anda masuk ke toilet, anda akan terkurung selama setahun... bahaya tau!! ngeh3x...

Monday, December 19, 2011

::Menjelma Akhirnya::

Salam...

Berkurun lamany aku tak memanjakan jari utk menaip di atas papan kekunci bagi menghiasi blog aku ni... Alhamdulillah, ari ni aku menjelma jua akhirnya... yehaaa!!! kesibukan dalam menguruskan urusan dunia yg tak pernah habis ni membuatkan aku tak berkesempatan hampir setengah bulan utk menjengah blog kesayangan ni...

Lega selega leganya bile bebanan tugas yg hampir mengheret aku ke alam barzakh ni dpt di kurangkan jua akhirnya... nk kate bebanan tugas dh berakhir, mmg tak lah kan... keje kat opis ni mmg tak pernah abis... di tambah lagi dgn arahan yg sentiasa berubah setiap 5 minit... mmg naik hantu di buatnya... but now, perasaan aku laaa ni tak sbr giler nk cuti coz nk merehatkan badan dan minda yg telah di kerah bagai nk giler ni...

Anyway, di kesempatan ni aku nk ucapkan selamat bercuti kpd mereka yg telah mula bercuti.... kepada mereka dan keluarga mereka yg masih di bebani dgn tugasan harian, aku ucapkan selamat menjalani stress okey... ^____^

InsyaAllah, andai di beri kesempatan, mulai esk aku akan update blog spt biasa...


Friday, December 2, 2011

::Salam Penghulu Hari::

Salam...

Sedar tak sedar, hari ni dh masuk hari kedua di bulan akhir utk thn ni... terlalu pantas rasanya masa berlalu... tetibe plak jd seram sejuk bile mengingatkan thn 2012 yg akan datang... ni semua gara2 Filem 2012 yg aku tgk ari tu dan di kuatkan lg dgn info2 yg di baca dan di dengar dr sudut perspektif Islam mengenai tahun hadapan... oh Noo!! bersediakah aku utk hadapi thn hadapan dgn senipis iman yg ada ini?? tepuk dada, tanya hati lh Le'a oiii...

Anyway, lately aku rs mcm letih yg teramat sgt.. selalu jer blk lewat... bdn sgt penat coz tak cukup rest... jgn kata weekdays jer blk lewat, weekend pun kene merelakan hati yg ikhlas tp jauh ni utk berkeje... ni lah nasib.... tp ape blh buat... "Saya yg menurut perintah" kn... ekceli, bebanan keje dh start melambak dr last month lg... almaklumlah dh hampir tiba di penghujung tahun ni, maka semua event nk d pulun dlm bln ni gak agar ianya termaktub dlm kalendar 2011.. selain tu, x sbr rasanya nk tunggu mereka dan keluarga mereka ni g bercuti coz golongan marhain spt aku ni pun inginkan sedikit ruang utk berehat....

Ok, tukar topik plak... BTW, kebiasaannya kalau hari Jumaat ni, ianya adalah hari yg di tunggu2 oleh aku dan kengkwn kat opis ni coz selalunya kalau rezeki berpihak kepada kami, maka kami akan dpt mkn free di penghulu segala hari ni..... tp itu pun ihsan dari pihak Hotel yg serve utk meeting kabinet pak menteri kita... lauk pauk lain aku tak heran sgt... tp yg paling aku dan kengkwn nantikan ialah.... Jeng3x...

Dimsum....

Dimsum ni mmg sdp giler... lagi2 kalau ada Vitamin F (Free)... mmg double trouble sdp dia...  huhuhu... kalau nk beli kat luar mmg mahal giler lh kn... so, bile ada org yg sudi memberi, kecik tapak tangan, tapak kaki aku tadahkan... ^___^ tp malangnya, ari ni tak de plak meeting kabinet coz semua pak menteri bz bersidang di PWTC... yg tinggal hanyalah kitchen kabinet jer.... Hopefully, next week rezeki yg dtg berkali gandalh hendakny... InsyaAllah...

Tuesday, October 25, 2011

::Bile Si Lelaki Berbicara::

Salam...

Wah, tajuk dh mcm novel plak yer... huhuhu... ekceli aku nk berkongsi dgn u ols beberapa blog fevret yg di hasilkan oleh beberapa org lelaki yg prihatin n kreatif kat Malaysia ni... normally aku asyik bace blog hasil nukilan air tangan wanita jer... so sesekali bile bace blog air tangan lelaki ni, dia punyer aura tu lain ckit... 1 more things, diaorg ni tak mcm pompuan... blog pompuan kebanyakannya klise... termasuklah blog aku.. bkn aku kate air tangan pompuan tu tak bagus... tp bile golongan minoriti menghasilkan sesuatu, ianya kelihatan lbh menyerlah sedikit berbanding golongan majoriti... ini hny pendapat aku k... maaf andai korang tidak sependapat dgn aku...


Ni antara blog yg aku suke n addicted giler nk bace...

 Daddy Twins 
- Sbg seorang isteri dan anak, aku sgt touching bc blog ni... aku tabik spring kat Daddy ni coz prinsip dia adelah "Family First"... Selalu sgt puji wife dia.. so sweet hokey... Daddy dikurniakan sepasang anak kembar selain mempunyai seorang isteri yg sgt cun giler hokey...

 Ustaz Pahrol
- Byk perkara yg akan membuatkan kite bangkit setelah baca blog ni dgn penuh penghayatan... tp dgn syarat, kalau nk baca, kene betul2 waktu yg kite tgh free.. pasti korang akan dpt memahaminya dgn mendalam...

 Abg Jonni
- Mamat ni sgt sengal dan kreatif hokey... blh terputus urat kentut kalau bc hasil karya dia... rs mcm bace komik online pun ade... beliau juga bakal berkahwin tak lame lg dgn slh seorang blogger jugak... alam maya telah menyatukan mereka.. congratz babe!!

Si Bujal
- Blog ni mengisahkan kehidupan suke duke seorang pekerja, ayah dan juga suami... suka ayat dia yg ringkas, tp mencuit hati.. seorang blogger yg mementingkan bahasa baku... keh keh ~~... itu adelah trademark beliau...

Uncle Gedek
- Yg ni mmg tak blh blah... Uncle Gedek ni ape punyer pesen tangkap gmbr mcm gitu pun aku tak tau... tp walaupun tak blh blah, aku still menjadi pembaca tegar blog beliau.. Hari2 mesti jengah blog uncle... Uncle sgt unik dan menyenangkan hokey... 2 Uncle, thanks a lot coz sudi jd slh seorang followers sy... ayuh, group hug... ^___^

Friday, October 21, 2011

~~Rezeki Minggu Ni~~

Salam...

Alhamdulillah... sejak kebelakangan ni rezeki mencurah2 ke ladang gandum... bak kate kawan aku, walaupun rezeki yg di tunggu belum kunjung tiba, tp Allah S.W.T. maha adil... rezeki lain plak yg di kurniakan... bak kate pepatah, org berbudi, kite berbahasa... org memberi, kite merasa... kalau org kurang ajar, kite bahasakan jer!! rite??


Lunch hour ni ade sumone nk belanje makan aku n geng2 aku secara berjemaah kat Restoran Cina Muslim "Haji Sharin Low" ari tu... Yummmyy!!

Moral of the story, rezeki jgn ditolak, musuh jgn di cari... biarlah org anggap kite musuh dia... tp kite jgn sesekali mengikut perangai kejinya... (nasihat utk diri aku sendiri)... Chow!!

Wednesday, October 19, 2011

::KahKahKahKah::

Salam..


Di atas adelah bukti aku dtg lewat ke opis ari ni... nk tau knp aku blh lewat dtg opis ari ni?? haaa meh cni aku nk citer kronologi akibat kelewatan aku... pg tadi aku terjaga awal dlm kul 5.50am coz terdengar azan subuh... memandangkan aku sedang di landa bendera merah, makanya lepas buang air, aku pun sambung lah tido balik... ketidoan aku ni lh yg menyebabkan aku terlewat bangun okey...

Knp aku terlewat bangun??? sebabnya, aku bermimpi sesuatu... sebelum tu, aku nk lps kn gelak sekali lagi... kahkahkahkahkah... korang tau ape aku mimpi??? jeng3x...


Aku mimpi Jep Sepah hokey... kahkahkahkah... aduyai.. dlm ramai2 org, mcmane lah aku leh mimpikan dia... mmg tak di nafikan yg aku ni minat giler kat si Jep ni.. tp tak sangka plak blh terbawak2 dlm mimpi.. dlm mimpi aku tu, aku duk sekampung ngan Jep... kampung tu cantik sgt... ade sawah padi di sekeliling kampung... Ari2 aku g sekolah same2 ngan dia naik basikal... pada suatu hari, iaitu hari terakhir persekolahan, dia telah meluahkan perasaan kat aku coz katenya takut tak berkesempatan dh lps ni... almaklumlah, dh abis sekolah... lps ni masing2 nk wat hala tuju sendiri... wakakakakaka...

Sakit perut aku nk abiskan citer ni... kahkahkahkah... mase dia luahkan perasaan kat aku, aku pun bls dgn ayat cenggini "Jep, maafkan Le'a... Le'a dh di jodohkan dgn org lain... mungkin kite lbh sesuai jd kwn dan bknny utk lbh serius dr itu".... kahkahkahkah... jiwang nk mampus!!

Lps Jep dgr ayat aku tu, muke dia agak frust giler babi... kahkahkahkah... then Jep kate "Tak pe lah Le'a... mungkin bkn takdir kite utk hdp bersama... Jep doakan Le'a bahagia walau dgn siapa pun pilihan Le'a lps ni".... kahkahkahkahkah...

Mcm dlm drama... mimpi aku hampir menyerupai drama melayu kat tv... dlm kelas muke Jep agak sugul dan tak happy mcm selalu... hati aku jd gundah gulana tatkala tgk riak wajah Jep yg bertukar secara tibe2... hati aku d rundung rasa serba salah yg tak terkata... aku tak sangka persahabatan yg aku bina selama ni tanpa disedari telah menimbulkan bibit2 cinta dlm diam...

Tetibe... Gedegang!!! aku terkejut lalu terjaga... ghupenyer adik ipar aku terhempas daun pintu bilik yg kedengaran agak kuat sekali... bile tersedar, aku tgk jam dh pukul 7.45am... ape lg, kelam kelibut lah aku... sambil mandi, aku tersenyum sorang2 bak siput babi terkulat2 tatkala teringat blk ape yg aku mimpi td... kalau aku tak dgr bunyi pintu td, mcmanelah agaknya kesudahan cerita aku ngan Jep tu yer... kahkahkahkahkahkah....

Wednesday, October 12, 2011

::Rezeki Minggu Ni::

Salam...

Aku mmg sgt percaya dan yakin yg setiap rezeki tu dtgnya dari Allah S.W.T. dan manusia merupakan salah satu agen pengantara untuk rezeki tersebut di sampaikan kepada setiap individu... Alhamdulillah, minggu ni ade rezki lg utk aku... bak kate pepatah, Orang berbudi kite berbahasa, Orang memberi kite merasa...

Ari senin ari tu ade org blanje mkn n ade org  bg shawl... Selase plak ade org bg songket n muffin home made... Ari ni plak ade org blanje karipap n nasi lemak.. Alhamdulillah... Anyway, thanks a lot guys... Moga u ols di murahkan rezki yg melimpah ruah lg lps ni k... tp kalau dh melimpah ruah tu, jgn lupe blanje I lg k... ^___^




Monday, October 10, 2011

~~Monday Blues~~

Salam...

Ari ni adelah Monday Blues bg aku... serba serbi malas di buatnya... pagi tadi bangun lewat... En. Asben sempat minum horlicks jer... keropok lekor n mi tak sempat di jamah coz msh hangat di dlm kuali... lps lambaian ke atas beliau di lakukan, aku pun baring semula kat atas sofa sambil melelapkan mata barang sepuluh - dua puluh minit... ngantuk giler mate...

Kemungkinan besar  mate ni ngantuk adalah di sebabkan oleh citer "Bini2 Ku Gangster" yg kami beli thru Astro 1st mlm td... layan citer ni start kul 12am sampai lah tv tertutup dgn sendiriny...

Pagi ni wat keje bapak ler malas giler... wat 3 surat makan mase 3 jam okey... mate n kepale ni plak asyik di awang2an jer... aduyai.... menguap jgn citer lah... termasuk yg br kejap ni adelah kali yg ke 20.... perut plak asyik wat hal... ni gara2 belasah budu + cili api yg maha pedas 2-3 hari ni...

Ni nk wat new N3 ni pun amik mase 2 jam... ayooyooo... ape nk jadi ni aney??? oklah, chow!!! (nk smbg bersemayam kat ladies...)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™