Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

::Mee Ketam & Besday BFF::

As-salam..

2 minggu lepas, bff kat Meru ajak makan mee ketam kat Seksyen 7, Shah Alam.. setelah berbincang dgn bff yg lain, maka kata sepakat telah pun termeterai.. mengikut perjanjian, kali ni bff kat Meru yang belanja.. :) Kami janji jumpa kat tempat ni kul 5pm.. 

Fyi, sebelum ni kami pernah makan Mee Bandung Udang Galah yang terletak betul2 kat sebelah kedai Mee Ketam ni.. so si udang dan ketam ni adalah jiran tetangga.. mujur kedai sebelah dh ade penyewa, kalau tak mesti akan wujud kedai Mee Sotong... *___*

Masa kami pergi ari tu, tengah catuan air.. so makanan di hidang dalam polisterin jer.. tapi ok gak.. pakai buang kan.. tak yah basuh2... Untuk sesapa yang nak cuba makan kat cni, kedai ni terletak betul2 kat belakang UNISEL Seksyen 7 dan bersebelahan dengan Restoren Bisik2.. kalau nak datang kena awal sebab ari tu kami pergi, kul 6.30pm dia dh kemas2 nak tutup kedai..



Mee Kari Ketam.. RM9.90

Mee Kari Udang Galah pun ada..

Sup ketam pun ada.. 
Macam2 lagi hidangan berasaskan ketam ada di jual di sini..
  
Lepas selesai makan, kami gi lepak kat tasik berhadapan UNISEL utk celebrate besday our bff iaitu si Suraihan.. Buat Sue, hepi 29th birthday.. semoga di kurniakan kesihatan dan kebahagian dalam hidup dan di pertemukan jodoh yang baik.. Amin... :)

Mas, Sue, Bob, Le'a...

-True Friendship That Never Ends-

Add caption

Friday, February 14, 2014

::DSKrian Gathering::

As-salam..

Kejadian berlaku pada bulan lepas.. ya, sesungguhnya memang banyak entri2 basi yg baru nak dipublish kat blog ni... Anyway, kami (geng setiausaha) telah mengadakan gathering secara kecil2an di salah sebuah rumah bff kami iaitu di Bangi.. nak diikutkan ramai gak yang dijemput termasuklah para lecturer, batch kami dan juga junior.. tapi kesudahannya hanya kami 8 orang jer yang hadir.. yang lain maybe ade hal sebab time tu cuti 3 hari.. 

Walaupun hanya 8 orang, tapi majlis tetap berjalan lancar n meriah.. seronok bile dapat berkumpul kembali dan mengenang balik kisah2 hidup..hehehehehe.. by the way, konsep pada hari tersebut adalah potluck + bbq.. memang sampai lebam kami makan.. siap tapau bawak balik utk stok 2-3 hari.. kihkihkih.. mcm2 makanan yg ada.. antaranya laksa, steamboat, ayam, ikan, seafood, mashed potato, red velvet & buah2an... 



Pada hari kejadian, Bob mengambil kesempatan utk celebrate besday Awra.. kononnya nak celebrate dgn anak2 member lain yg lahir pada bulan Januari.. tapi nampaknya Awra sorang jer yg lahir pada bulan 1.. huhuhu.. Hepi belated besday Awra-chan..


Para suami ditugaskan untuk memasak di luar.. 
bila dah siap, juz panggil para isteri utk mencekik.. :)





Anak-anak pulak kejap bermain kat luar, kejap kat dalam.. 
Suke ati lah nak.. yg penting jangan kacau mak2 bergossip.. kuikuikui

Walaupun duduk dekat2, tapi jarang berjumpa..

Acara baling dart juga turut di adakan.. :)

Sesi pertukaran hadiah dan pemberian souvenir dari tuan umah..



KAMI.. 

Sambil borak2, kami plan utk wat trip gi bercuti sama2.. harap2 terlaksanalah hasrat murni tersebut.. bila dan di mana masih belum di putuskan.. finally, selaku penganjur bersama, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi meluangkan masa utk hadir bersama ke majlis ni.. lebiu guys.. till we meet again..

Add caption

Wednesday, January 15, 2014

::Hari-Hari Bahagia::

Assalam..

Restaurant Haji Sharin Low

Lamanya blog di tinggalkan sepi tanpa berita.. lately malas sungguh nak mengupdate.. gi mana2 pun malas sungguh nak amik gambo.. tapi hari ni aku gagahkan jugak jari jemari aku ni utk menaip.. walaupun entri hari ni dan seterusnya adalah cerita2 yg dah basi, tapi kemahuan untuk publish kan dalam blog ni tetap tinggi menggunung.. 


Pada  malam 31 Dec yg lalu, kami sekeluarga pergi dinner dekat Restoran Haji Sharin Low, Bangi utk celebrate besday mak yang ke 54 tahun.. Alhamdulillah mak masih dikurniakan kesihatan yg baik di usia sebegini dan bahagia serta gembira dikelilingi anak-anak dan suami yg tersayang... Restaurant Chinese Muslim ni dipilih sebab mak pernah menyuarakan hasrat hati yg mana beliau teringin nak mencuba makanan kat restoran macam ni.. 

Malam tu aku  byk diam dari bercakap sebab seluruh badan aku menggeletar mcm di landa gempa... (org lain pny besday, org lain plak yg excited).. huhuhu.. apa yg aku telan semuanya rasa pahit.. di sebabkan nervous tak tentu pasal, aku juz tangkap sekeping gambar jer iaitu gambar kek kat atas tu dan 1 video time mak n abah main suap2 makan kek.. bengong sungguh aku malam tu!! gambar makanan dan ahli jemaah menteri yg hadir ke dinner tersebut langsung aku tak amik.. betul2 punya sengal!


Pada 2hb Januari plak, adalah merupakan besday yg ke 26 buat adik ipar aku.. so kiranya dinner malam tu kami celebrate utk dua org pny big day.. papepun, aku sebagai menantu dan kakak ipar, sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.. untuk emak, InshaAllah Le'a akan cuba memberikan mak hadiah yang terbaik sebagai seorang anak.. sama2lah kita doakan.. 

Western Express (WE)

Petang tahun baru hari tu bff ajak keluar lepak2... so kami decide untuk ke Shah Alam.. Si Ebob ni terliur nak makan menatang2 western.. katanya penangan Jalan2 Cari Makan.. so kami turutkan ajer.. bila sampai sana, aku bukak menu, dan yg paling mengiurkan adalah char kuey teow.. dalam hati aku berkata, confirm kena bahan kalau aku order ni sebab pegi tempat western food, tp nak order makanan melayu yg kat tepi jalan pun blh order.. tapi ade aku kisah?? nak di jadikan cerita, tak de rejeki aku.. char kuey teow hanya ada di WE Cawangan Cheras.. fine!!








Memasing order menu lain2 supaya dapat rasa semua.. so petang tu bermacam2 haiwan yg kami order antaranya lembu, ayam, kambing dan burger daging yg menyerupai ladam kuda.. kuikuikui..

Komen aku, rasa dan harga bolehlah di pertimbangkan.. so utk sesapa yg nak cuba, boleh lah dtg ke WE ni yg terletak di Seksyen 7 (Pintu  Belakang UiTM), Shah Alam..


13hb Januari yang lalu, besday budak bam2 ni plak.. eiii geramnya aku tgk si Awra Chan ni tau.. rasa nak gigit2 jer.. papepun, Acik Le'a doakan semoga Awra dapat membesar dgn di limpahi kasih sayang yang melimpah ruah dari papa n mama.. Be a good girl okay.. muuuaahhh.. 





Monday, January 6, 2014

::Dating Bersama BFF @ Opismate::

As-salam...

Kejadian berlaku sehari selepas krismas ari tu.. sajer bawak bff @ opismate jenjalan kat Sepangnyol.. diaorg rasa nak berkenalan dgn Sepangnyol sebab selalu asyik dengar aku citer jer kan.. sesekali nak rasa gak penangan Sepangnyol.. huhuhuhu.. kami gerak berlima dari Putrajaya jam 10am, dan pulang ke sangkar pada jam 7.30pm.. 

Aktiviti I - Massage

Acara di mulakan dengan memperkenalkan mereka kepada tukang urut aku.. hameeekk kaw! hanya 3 org jer yg sempat urut sebab setiap org yg mengurut telah mengambil masa selama 1-2 jam.. kalau semua nak mengurut, mmg kena tido sanalah gamaknya.. kalau ikut planning asal pun, memang kami nak tido sana.. tp semua chalet or homestay penuh.. cuti panjanglah katakan.. papepun, semuanya suka dan serasi dgn teknik mengurut mak cik tu.. dan semua jadi "gian".. konon nak repeat lagi.. :) **gambar time massage mmg tak de lah kan.. giler nak letak?**

Aktiviti II - Lawatan ke Kilang Kerepek

Ni aktiviti memenuhi nafsu dan mengeringkan poket.. memasing tak berhenti2 duk merasa segala tester kerepek yg ada.. pastu  bingung nak wat pilihan sebab semuanya sedap.. kuikuikui... sudahnya, penuh tangan memasing jinjit plastic bag.. :)


Aktiviti III - Makan Seafood

Ni aktiviti yg paling dinanti2kan.. sedapnya lahai makan seafood di waktu petang sambil di tiup angin sepoi2 bahasa.. asiiikkk!! sebagai warga Sepangnyol, aku recommend sgt kepada sesapa yg nak gi makan kat Bagan Lalang, pegi lah makan kat Restoran Bayu Malam a.k.a Ikan Bakar Wak Lan.. harganya sangat berpatutan dan sedap!





Sahabat Dunia Akhirat.. 
Mereka aku anggap seperti keluarga sendiri..

Aktiviti IV - Bersiar-siar di Tepian Pantai

Sementara menunggu makanan tiba, ayuhlah kita bersiar2 di tepi pantai sambil menghirup udara segar.. tenang jer rasa dapat pijak pasir dan tengok sunset.. petang tu tak ramai orang sangat.. So memang syok bila dapat buat macam pantai sendiri.. :)





Add caption

Tuesday, December 24, 2013

::Red Carpet @ I-City::

As-salam..


Sambungan dari episod semalam.. tujuan utama aku ke I-City adalah semata-mata nak masuk dua tempat iaitu Trick Art Museum & Red Carpet @ Madame Tussauds Malaysia... so impian dh tertunai.. lepas ni tak de dah nak merengek2 kat kengkawan mahupun En. Asben lagi.. kuikuikui.. bayaran masuk ke tempat ni adalah RM35 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak).. Tak yah banyak bunyi, jom layan gambo2 yg berlambak kat bawah ni..






































Ade sesetengah tokoh / selebriti tu mmg kami kenal.. dan ade juga yg kami tak kenal.. papepun, possing tetap possing.. kenal tak kenal tu belakang citer.. kuikuikui...

Sebelum ke sini, aku ade buat sedikit survey.. ade yg kata masuk kat tempat ni mahal dan patung lilin tu agak sedikit.. so tak berbaloi dan rugi.. Bagi aku, ianya adalah WORTH dgn bayaran RM35 tu.. bukan senang nak bawak masuk kreativiti yg bertaraf antarabangsa ni ke Malaysia.. segala kos bagai perlu di ambil kira.. so bila benda2 macam ni dh sampai di negara kita, hargai dan rasailah keberuntungan tersebut dengan cara kita merasai sendiri pengalaman tanpa perlu ke negara orang.. kekurangan itu tetap ada.. contohnya, ade beberapa org selebriti yg iras wajahnya memang lari betul.... yg tu korang complain lah sendiri kat pihak pengurusan yer.. huhuhu... 

Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™