Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

~Mengintai Rutin Harian Dr. Ezani~

Salam....


Lazimnya, selesai melakukan kerja-kerja seperti memasak dan mengemas rumah , Dr. Ezani Farhana Md. Monoto, 26 bersantai di ruang tamu sambil membaca buku-buku resipi. Sesekali, apabila kebosanan menjengah, dia menghabiskan masa menyapu sampah atau menyiram pokok bunga di halaman rumahnya yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Jika mempunyai masa lapang pula, dia pasti memasak menu baru. Pendek kata, rutin hariannya sentiasa diisi dengan perkara berfaedah.

Bagaimanapun, sejak bergelar juara MasterChef Malaysia, masanya di rumah agak terhad.  Siapa sangka, minat mendalam seorang doktor gigi terhadap dunia kulinari membuahkan hasil. Namun biarpun sudah bergelar juara, bagi Ezani, masih belum terlintas di fikirannya mahu meninggalkan kerjaya profesionalnya. Ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini, penampilannya yang santai dilengkapi apron sudah cukup menterjemahkan betapa dalamnya minat wanita muda ini terhadap dunia memasak.

Menurut Dr. Ezani, aktiviti berkenaan bukanlah perkara asing baginya dan keluarga. Bak kata orang tua-tua, dapur mereka sentiasa berasap. "Saya menyertai MasterChef Malaysia kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang kulinari. Memang dari kecil saya suka memasak dan menjadikan ibu sebagai idola dalam bidang masakan. "Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang kulinari sebagai kerjaya saya memandangkan ahli keluarga semuanya mempunyai pekerjaan profesional. "Sewaktu menuntut di Australia, MasterChef Australia menjadi program yang tidak pernah saya lepaskan," ujar Eza.

Dr. Ezani melihat bagaimana peserta MasterChef Australia memasak dan beraksi di dapur lalu ia memberikan inspirasi kepadanya untuk memberanikan diri menyertai MasterChef Malaysia. "Pada masa sama juga, saya suka membaca dan membeli buku resipi. Dari situ, saya mendapat pelbagai idea untuk muncul dengan resipi sendiri sepanjang berada dalam MasterChef Malaysia," katanya.

Menyentuh dekorasi kediaman pilihan, Dr. Ezani gemarkan sesuatu yang ringkas. Baginya, kediaman adalah tempat untuk dia mendapatkan ilham khususnya mencipta resipi sendiri. Selain itu, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbincang tentang menu baru melalui buku-buku resipi miliknya.

Apa yang menariknya, Dr. Ezani juga memperuntukkan sebahagian masanya untuk mengumpul ilham fotografi di rumah. Kebanyakan gambar-gambar milik peribadi dan keluarganya diambil sendiri. "Adakalanya, lenyap rasa penat apabila berehat di ruang kediaman. Ia juga pencetus semangat untuk saya mencari idea resipi sendiri atau berehat pada waktu malam atau hujung minggu," tutur Dr. Ezani.

*** Mmg bertuah sape dpt Dr. Ezani ni..
(Rindunya nk tgk Master Chef lagi)...

Thursday, January 5, 2012

::Gembira & Sedih::

Salam...

Good News

Tahniah aku ucapkan buat dua org sahabat baik aku yg telah selamat melahirkan bayi yang comel baru2 ni...  Tahniah yg pertama aku tujukan pada ofismate aku iaitu Shikin kerana telah selamat melahirkan baby keduanya iaitu Ayard Muiz pada 26hb Dec yang lepas...


2nd, sekalung tahniah aku tujukan kepada ex polymate aku iaitu Mummy Intan yg telah selamat melahirkan seorang hero comel bernama Rayyan Haziq pada Disember yg lepas juga.. buat Intan n Rayyan, auntie doakan agar both of u cpt sembuh n dpt kuar hosp secepat yg mungkin n u ols bolehlah terbang balik ke Perak... InsyaAllah...


Bad News

Sekali air bah, sekali pantai berubah... Salah satu hakikat kehidupan zaman ialah nan tiap yg hidup pasti akan pergi jua akhirnya..Begitulah realiti kehidupan di dunia ini... Ade yg sedih dan ade yg gembira... Namun aku percaya, setiap apa yang berlaku itu pasti ade hikmah di sebaliknya...

Pada tanggal 27hb Disember lepas, pak cik aku di Muar telah menghembuskan nafas terakhirnya kira2 jam 1am.. arwah sebelum ini pernah menghidap sakit buah pinggang hampir setahun yg lalu... namun takdir telah menentukan segala2ny...

Berita sedih keluarga pak cik aku bertimpa lagi... selang seminggu selepas pak cik aku meninggal, anak arwah a.k.a sepupu aku plak meninggal dunia setelah 4 hari koma di Hosp Tuanku Jaafar, Seremban... kronologi pemergiaan arwah sepupu aku ni ialah time tu arwah membonceng motor dgn jiran sblh umah.... then kain dia terselit pada paddle motor... org yg bwk motor plak tak perasan arwah dh terjatuh sampai lah time dia nk daki bukit, br dia perasan yg motor tu ringan jer... bile pusing blakang tgk arwah sepupu aku dh terjatuh... bermula dr saat tu lah arwah sepupu aku dh tak sedarkan diri sampailah akhir hayatny... Innalillahi wainallahi rojiun...Moga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan solehah...

Itulah ketentuan Illahi.....

Monday, August 8, 2011

...Thanks Big Bos...

Salam...

Syukran jazilla.... Alhamdulillah... finally, Kerajaan Malaysia yg di wakili oleh our big bos, telah mengumumkan bahawasanya gov servant akan dpt bonus separuh gaji utk Aidilfitri yg akan datang ni dan minimum adalah sebanyak RM 500... korang jgn ingat aku menyebarkan berita palsu plak yer... aku dgr sendiri kat Buletin Utama td... tajuk utama lg tu beb... kelassss!!!

So kengkwn, rezki yg dtg ni blh lah kite gunakan sebaik mungkin utk menyambut Aidilfitri yg akan dtg ni yer... jgn membazir tak tentu pasal plak yer... jgn simpan niat nk beli carpet or langsir baru plak... eh..eh... aku ckp pasal sape plak ni??? mcm terkena kat batang idung sendiri jer... adoooiii....

Anyway, bile waktu cenggini bg sesape yg suami dan isteri nya adalah kakitangan kerajaan, maka akan kluar lah dialog mcm ni "Nasib baik kite berdua keje gov kan dear.. dptlah kita raya sakan tahun ni"... (dialog ni sering kedengaran bile kakitangan kerajaan br dpt berita baik...) tp bile dh beberapa tahun tak dpt bonus n salah sorang pasangan merupakan pekerja swasta, maka dialog sebegini pulak yg sering kite dengar... "Mujurlah awak keje swasta... kalau nk hrp sy yg keje gov ni, mkn pasir lh jwbny kite ghaye ni"... ngeh3x... ade setuju ka kawan2?

Renung2kan dan selamat beramal... chowww!!


Thursday, August 4, 2011

::Alahaii... Musnah Harapan::

Salam...

Sejak En. Suami duk kat Kuching, blh di katakan, setiap kali dia blk, mesti aku suruh dia beli kek lapis... tp bile dh terbaca artikel ni, rs kembang kuncup plak tokak den ni haaa....

Peralatan kek lapis guna bahan tidak halal perlu disamak


KUCHING 3 Ogos — Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega Golden Churn Creamy Butter yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.

"Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal. Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.

Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

"Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain. Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri ini," katanya. - BERNAMA

Monday, July 25, 2011

::Bila Cerai Jadi Mainan::


Salam...

Satu kisah yg blh di jadikan tauladan dan sempadan.. di petik dari utusan online hari ini..

Sesiapa lihat suami saya, Amin tentu jatuh hati kerana baik, lemah lembut, hormat orang tua, muka syurga, dua kali buat umrah dan bergelar haji, kalau saya cakap keburukan perangainya tak akan ada orang yang percaya.

‘‘Tetapi dia pantang tengok perempuan berduit dan berharta mulalah dia memancing. Saya perasankan kelakuannya setelah dapat dua anak. Bila terbongkar dia putuskan hubungan, katanya masih sayangkan saya.’’ Itu kata Norhidayah ketika kami bertemu Selasa lalu.

‘‘Sebelum kahwin saya kurang selidik perangai Amin. Namun saya pilih dia kerana dia baik, rajin solat dan jujur dengan saya. Tolak tepi dia pengawal keselamatan sedangkan saya pegawai lulusan universiti. Tapi saya ikhlas mungkin dah jodoh saya.

‘‘Lepas kahwin saya suruh dia belajar, tapi dia bengap, belajar tak sampai ke mana, tapi berkat usaha kami, dia dapat kerja jadi kerani rendah. Sejak kahwin semua urusan keluarga jadi tanggungjawab saya, dari sewa rumah, makan pakai dan susu anak, belanja dapur, tadika, sekolah, segalanya atas tengkuk saya. Dia sentiasa kata gajinya tak cukup.

‘‘Amin memang kaki perempuan, lepas satu, satu perempuan jadi mangsa, dan dia putuskan hubungan bila aktivitinya terbongkar konon takutkan saya. Dari awal lagi saya bagi tahu Amin saya tak tegah dia nak kahwin lagi, tetapi ceraikan saya, sebab dia tak mampu.

‘‘Walaupun saya menanggung keluarga tetapi saya tak pernah beritahu ibu bapa dan adik beradik saya, sebab ada antara mereka dari awal menasihatkan saya supaya fikir dua kali kahwin dengan Amin kerana perbezaan kedudukan dan gaji kami, tetapi saya redha.

‘‘Berkat kesabaran dan pengorbanan saya, Allah memberi saya jalan untuk kumpul duit dan saya dapat beli tiga buah rumah murah. Entah macam mana bodohnya saya, semua rumah tersebut saya gunakan namanya. Cuma terbaru saya beli guna dua nama. Bukan itu saja saya beli tanah juga atas namanya, begitu juga motorsikal dan kereta.

‘‘Saya tak pernah bercerita pada keluarga saya bila Amin digantung kerja oleh majikannya atas tuduhan rasuah. Malah saya keluar duit carikan peguam atas permintaannya. Saya lakukan kerana dia suami saya dan tak mahu anak-anak malu.

‘‘Anak-anak yang dah besar pernah tanya saya, ‘ayah tu kerja jaga, tapi sana sini bawa laptop?’’ Saya tak terfikir pulak. Namun anak-anak lebih bijak, mereka tahu ayahnya ada facebook ada emel dan mereka buka satu persatu. Mereka terjerit panggil saya tengok facebook ayahnya mendakwa dia duda kaya dah dua tahun, ingin cari calon isteri, bekerja arkitek ada firma sendiri.

‘‘Sedihnya adik-beradik Amin bukan saja menambah masalah, tetapi turut menyusahkan saya. Mereka bukan sahaja kerap datang ke rumah, malah suka minta duit Amin. Mereka juga sesuka hati merancang buat kenduri di rumah saya tanpa berbincang dengan saya dulu. Sepatutnya ketika Amin tak bekerja mereka bantu saya, bukan menyusahkan saya dengan berhutang kiri kanan. Mereka kata Amin kaya ada rumah sewa. Sedangkan saya tak pernah merasa sesen pun walaupun rumah itu saya beli, Amin yang kutip sewa.

‘‘Amin pernah ceraikan saya dua tahun lalu, tapi adik-beradiknya kelam-kabut suruh rujuk semula dan kami rujuk dua minggu kemudian. ‘‘Namun Allah Maha Adil, saya terjumpa draf dan dokumen tersebut dalam beg Farid, siap ada surat peguam lagi. Bila rahsia terbongkar adik-beradiknya tuduh saya kurang ajar nak rebut harta Amin. Siapa rebut harta siapa? Bukankah itu duit titik peluh saya, adiknya Pengawal Keselamatan, mana ada duit? Saya pertahankan hak anak-anak saya.

‘‘Saya ingin merujuk kembali kes perceraian pertama saya supaya pembaca faham. Saya diceraikan bulan Ramadan dua bulan selepas saya melahirkan anak. Amin lafazkan cerai secara lisan dan menulis surat yang dia tanda tangan sendiri. Sebab dia nak kahwin. Ketika itu saya baru habis solat. Bila saya kemukakan pada hakim, Amin mengaku dia tulis dan tandatangan surat tersebut, tetapi dia enggan mengaku dia ceraikan saya.

‘‘Bukti sudah cukup nyata, tetapi kerana Amin tidak mahu ceraikan saya (atas nasihat adik beradik) maka hakim cadangkan Amin angkat sumpah Istizhar bahawa dia tidak ceraikan saya. Amin ikut cakap hakim. Dan hakim tolak bukti yang saya kemukakan.

‘‘Masa itulah adik-beradiknya kelam kabut pujuk Amin dan saya rujuk semula. Kerana tak tahu kedudukan saya sama ada sah bercerai atau tidak maka saya terpaksa rujuk takut berdosa. Dalam tempoh sebulan selepas rujuk mereka tukarkan harta saya atas nama Amin kepada nama kakak mereka, seperti saya ceritakan tadi.

‘‘Kepada penegak keadilan saya ingin maklumkan kes cerai kali kedua yang suami saya failkan memakan masa hampir setahun dengan 13 sesi perbicaraan, namun keputusan tetap berpihak kepada Amin, walaupun Amin mengaku dia lafazkan cerai. Tetapi hakim tanya Amin mengapa dia failkan cerai? Biarkan isteri yang buat tuntutan cerai?

‘‘Dalam kes perceraian kedua ini saya habis lebih RM50,000, untuk peguam tapi Amin menang tanpa peguam bela, namun dia ditolong dan dinasihati oleh hakim yang memihak kepadanya. Adakah kerana Amin ada anak saudara jadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di situ, maka semua takut dan bantu dia? Adakah ini adil?

‘‘Hakim meminta saya bawa bukti, takkan saya nak bawa janda kaya dari Johor, pegawai Putrajaya, janda Gombak yang banyak rumah sewa, isteri orang yang kini hamil 5 bulan dan banyak lagi untuk jadi saksi, ataupun anak-anak saya melihat facebook ayahnya, naik mahkamah. Sedangkan saya sudah berjanji tidak akan aibkan mereka.

‘‘Tak cukupkah bukti yang saya kemukakan surat Amin ceraikan dan melafazkan cerai pada saya? Terbaru kerana Amin menang kes, dia jadi ego dan terus berzina. Anak-anak sendiri melihat bilik kami bersepah dengan pakaian, pewangi, baju tidur wanita yang tidak sempat disorokkannya ketika kami sampai. Adakah anak-anak saya juga berbohong? Atau ayahnya tidak bermaruah. Sama-samalah anda tolong fikirkan.’’

Itu cerita Norhidayah yang telah 20 tahun berkahwin dan akan memfailkan kes terbarunya untuk mendapatkan keadilan.

Wednesday, July 20, 2011

::Duhai Isteri::

Didenda RM250 kerana sembunyi kematian suami


MELAKA 19 Julai - ''Ketika di akhir hayatnya, dia selalu berpesan pada saya, jangan beritahu sesiapa jika dia meninggal dunia, menyebabkan saya terpaksa menyorokkan kematiannya tanpa memberitahu sesiapa.''

Alasan tersebut diberikan oleh seorang pengawal keselamatan kepada seorang majistret di sini, hari ini ketika ditanya mengapa wanita itu tidak memaklumkan kematian suaminya kepada orang lain.

Namun, akibat kesalahannya menyembunyikan kematian suaminya itu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda maksimum RM250 atau penjara tiga hari terhadap Zaini Malek, 48.

Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu setelah Zaini mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250.

Mengikut pertuduhan, Zaini yang didakwa ada pada masa kematian Abd. Halim Manan atau merawati semasa sakitnya yang terakhir merupakan orang yang layak untuk memberikan maklumat kepada pendaftar kelahiran dan kematian berkenaan dengan kematian tersebut. Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh antara 3 dan 6 Oktober tahun lalu di Lot 282 Batu 4 1/2 Jalan Kampung Batu Berendam di sini.

Mengikut fakta kes, pada pukul 9.05 pagi, 6 Oktober lalu sepasukan polis telah menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan, polis mendapati mayat tersebut merupakan suami tertuduh. Tertuduh ditangkap pada hari yang sama mayat suaminya ditemui.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Zaini memohon hukumannya dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak mempunyai anak.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd. Kudus yang mengendalikan pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berdasarkan fakta kes yang dikemukakan.

Memetik laporan akhbar pada 7 Oktober tahun lalu, mayat mangsa berusia 70-an itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam tidak jauh dari rumahnya oleh seorang penduduk kampung tempat pasangan itu menetap.

Penduduk itu, Mohd. Azahari Mohd. Zain, 13, mendakwa, dia ternampak seorang wanita sedang mengheret bungkusan plastik hitam dan membuangnya di kawasan semak di longkang itu kira-kira pukul 12 tengah malam.

Menurutnya, dia hanya teringat tentang bungkusan plastik hitam itu apabila datuknya meminta dia mencari punca bau busuk pada keesokan paginya.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™