Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

::21hb November::

As-salam...

Anniversary Wishes 

Alhamdulillah kami masih utuh bersama utk tahun yang keempat.. Betapa bersyukurnya aku tak dapat di gambarkan bila di jodohkan dengan org yg kita sayang dan cintai dan dapat hidup bersama dengannya dan InshaAllah akan berkekalan hingga ke Jannah hendaknya.. Amin.. Hari ni genap 4 tahun kami mendirikan rumah tangga..

Bak kata org, lautan mana yang tidak bergelora dan lidah mana yang tak pernah di gigit gigi.. begitu juga dengan kehidupan berumah tangga.. walauapapun dugaan yang mendatang, InshaAllah kami cuba mengharunginya bersama.. Itu janji kami utk meneruskan kehidupan yang ada kalanya di atas dan adakalanya di bawah bersama-sama.. 

Kebahagiaan yang aku kecapi hingga ke hari ini tak dapat di gambarkan dengan kata2.. suami, rasanya kau lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam hati isteri mu ini.. Bersama2lah kita buang sejauh2nya yang keruh dan cedok sebanyak2nya perkara yang jernih demi masa depan kita bersama.. I luv U so much dear.. and again, "Hepi 4th Wedding Anniversary"...


Honeymoon


Ok, abis dah ayat jiwang karat... masuk bab lain plak.. huhuhu.. sempena Wedding Anniversary kali ni, kami plan utk merehatkan badan dan minda di Lexis, PD.. Kami gi ari Ahad lepas dan check out ari Senin.. seronok gler bila dapat cuti tanpa diganggu dgn hal kerja.. dan kebetulan boss tak de kat Malaysia.. sesungguhnya quality time itu adalah satu nikmat yang tak dapat di dustakan..










Dinner

Kalau ikut plan asalnya, ingat nak gi dinner kat luar.. tapi bila fikir2 balik, aku rasa better aku penuhkan perut suami aku dgn air tangan aku sendiri.. so aku tanya En. Asben apa dia nak makan.. Dia juz request udang dan aku tau dia suka gler makan ikan stim limau kat Tom Yam Kung Presint 15 tu.. last week selang sehari kami makan kat ctu semata nak order ikan stim limau.. so last night I tried my best to make him happy and enjoy our dinner..

Our dinner last night..
Resepi akan di kongsikan kemudian.. :)

I : Bang, Anniversary kita nanti abg nak kek apa? ayg ingat nak wat kek..
S : Tak yah lah.. abg tak bape suka makan kek..
I : Alaaa.. tak bestlah..
S : Baik ayg buat apam.. apam mcm dolu2 tu.. yg makan dgn kelapa..
I : Wah.. old school gler abg ni.. ok2.. nanti ayg cuba wat..

Maka hasil kukusan malam tadi...
*_____*



******************************

Oh ye, terima kasih buat my bff yg bagi mixer as a besday present..
Telah aku rasmikan ia malam td..

Add caption

Tuesday, October 8, 2013

::Day 4 @ Bandung::

As-salam..

Tangkuban Parahu


Ini merupakan lawatan pada hari terakhir kami.. pepagi kami dh kluar hotel utk menuju ke beberapa destinasi yg lain.. 1st destination ialah ke Tangkuban Parahu yg terletak kira2 sejam lebih perjalanan dari Bandar Bandung.. bayaran masuk ke sini adalah sebanyak IDR50,000 = RM15 per pax dan IDR50,000 = RM15 per car..

Sebelum ke sini, dalam fikiran aku adalah kawasan ni berbentuk gunung berapi.. tapi bila dah sampai dan di beri penerangan, rupanya kawasan ni tak lagi di panggil gunung berapi coz dh beberapa kali meletup dan landai.. so yg tinggal hanyalah kawah gunung berapi yg masih dikategorikan sebagai aktif...




Nak di ikutkan, kawasan ni agak luas dan banyak cabang kita boleh lalu.. kita juga boleh berjalan mengelilingi kawah ni.. tapi bagi kami yg dh agak veteran tenaganya, memang idookk lah nak menapak kan.. separuh pun dh cukup bagus.. ;) Lagi satu, buat sesapa yg ada asma atau penyakit kronik yg lain, anda tidak digalakkan untuk berada lama di sini tanpa menggunakan penutup hidung dan mulut coz bau sulfur (karbait) sgt lah kuatnya.. sumtimes, mcm bau longkang pun ada.. huhuhuhu..



BFF untill jannah.. InshaAllah..






Hoiii! g toilet pun nk amik gambo ke?

Ratu sgt kan kami??

Buah2an yg mereka jual kat sana sangat manis.. must try!

Angklung beb.. 
terpesona tgk mamat ni main.. 
so kami pun terpengaruh lalu membelinya.. :)

Oooh yer, ada lagi beberapa nasihat yg boleh di kongsikan.. kat sini, ramai penjual yg akan mengekori kita untuk menjual barangan mereka... spt yg aku katakan sebelum ini, sila tolak hasrat mereka baik2 yer.. coz aku ada terdengar, kat sini ada segelintir yg dh kena pukau.. utk lebih selamat, jgn bawak duit byk2 or brg berharga time ke sini okay.. lagi satu, org kata tempat ni sejuk.. aku rasa mmg sejuk pun... tapi masih blh tahan lg lah.. utk selamat, bawak jer cardigan or sweater..

Floating Market, Lembang


Rugi bagi sesiapa yg dah pergi ke Tangkuban Parahu, tapi tak singgah kat tempat ni coz Pasar Terapung Lembang ni terletak di sebelah kiri jalan dari Tangkuban Perahu menuju ke bandar Bandung.. so, on d way back from Tangkuban memang akan melalui kawasan ni.. tapi tak ramai yg tahu pasal tempat ni termasuklah pak supir kami.. huhuhu.. 

Tempat ni memang cantik n menenangkan coz kawasan sekitarnya masih banyak berwarna hijau.. saujana mata memandang.. bermacam2 tumbuhan ada di tanam di sini.. cthnya macam strawberi, lemon, padi, labu dan mcm2 lagi lah.. haiwan pun ada mcm2.. sapa yg bwk anak2, pelbagai aktiviti boleh di lakukan di sini.. oh ye, sesapa yg nak naik sampan or boat juga boleh.. tp bayarannya aku tak tau.. lupa nak tny..

Bayaran masuk ke sini adalah IDR10,000 = RM3.00.. masa kat dalam ni, semua urusniaga perlulah menggunakan token atau coin yg telah ditetapkan.. kaunter penukaran mmg banyak.. dun wori k... 





Kelinci = Arnab





Terbaekkk pisang keju ni..












Bali Heaven 


FYI, kami naik flight kul 7.20pm... kul 3.15pm, pak supir dh nak masuk airport.. sikit lagi time beliau nak masuk parking, kami mintak dia pusing2 lagi coz awal sgt.. airportnya dh lah kecik, so tak leh nak cuci mata sgt kalau berada awal kat dlm tu.. kami request dia untuk bawa kami kemana2 kawasan berhampiran coz nak abiskan rupiah yg ada.. maka, di bawanya kami ke Bali Heaven, satu lagi factory outlet yg sgt sesuai utk menghabiskan duit dan ianya sgt lah dekat dgn airport... macam2 ada di jual di sini.. tak rugi singgah.. En. Asben sempat lagi rembat sehelai jeans disini..





-END OF DAY 4-

************************************************

Sepanjang kami berada di sana, kami telah menggunakan khidmat pengangkutan daripada Setiawan Transport.. Pak Supir kami bernama Pak Engkus.. sesapa yg nak guna perkhidmatan dia, dgn segala hormatnya di persilakan.. dan kalian boleh request Pak Engkus utk jadi driver anda coz orgnya sangat lah baik hati dan tak berkira..  Papehal, boleh call or whatss app dgn boss dia iaitu Iwan di talian : +6281221401090 Si Iwan ni ada gak ofis kat Cheras coz dia berkahwin dgn org Cheras.. tp alamat kat Cheras tu aku tak tau.. silalah berhubung dgn beliau sendiri yer..

Pengangkutan kami yg terpaksa di tukar utk hari terakhir coz kereta sebelumnya tak dapat menampung hasil shopping kami.. *___*



Penginapan kami pula adalah di Pop Hotel.. aku book online thru Agoda.. aku rasa harganya sgt murah n biliknya juga sangat selesa.. breakfast pun disediakan.. Hotel ni ada connecting dgn shopping complex iaitu Festival City Link.. so senang kalau lapo blh gi cr makan kat tempat yg sama.. cumanya hotel ni tak provide iron.. itu sahaja yg dapat dikongsikan.. TQ sudi singgah..

- END OF VISIT -

Add caption


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™