Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, October 14, 2013

~~Cerita-Ceriti~~

As-salam...

Ari ni opis agak sunyi sepi coz ramai yg dh start cuti.. but, once bila boss aku masuk jer, dh macam kat konsert Metallica plak jadinya.. kejap2 terpekik, kejap2 terlolong.. ayooo bingit! ilang dh mood raya aku... anyway, sementara nk tunggu petang n aku sbnrnya tak sabar nak balik umah mak, ingin aku penuhkan masa aku ni dgn borak2 kosong... 

Lately waktu senggang kami laki bini dipenuhi dgn practise main angklung yg kami beli kat Bandung tempohari.. Aku cabar En. Asben untuk mainkan lagu Hepi Besday sempena besday aku next month.. dia kata kacang botol jer tu.. tapi mmg yer pun.. aku tgk dia sekejap jer dh expert.. syabas merebeteh! so lps ni aku nk bg task baru lah.. nk suruh dia main lagu kuch kuch hota hei... :)

By the way, adik aku dh start cuti sem.. So Khamis lepas dia dh mendarat kat umah aku.. sebelum dia balik, kenalah touch up sikit bilik tetamu.. selongkar pny selongkar, aku jumpa set cadar yg aku gunakan masa aku tunang n kawin dulu.. Alhamdulillah keadaannya masih elok lagi dan kebetulan kena dengan tema bilik.. deejavu sgt tau bila tgk cadar ni.. auuwww!

In other case, aku skrg cuba utk kejar balik prog diet aku yg dh lari ke laut tu.. aku tgk makin lama makin hancur plak.. sblm berat naik mencanak2 semula, baik aku amik inisiatif.. nak diikutkan, prog diet aku mcm ni kengkonon... 

Breakfast
Air kosong + buah2an + blend

Minum Pagi 
Buah2an jer..


Tengahari avoid nasi seboleh2nya..
Tapi tgk apa yg aku makan?? hancus!

Malam selalunya aku tak makan.. dah aku perlu amik air masak sehari around 4-5liter.. Alhamdulillah bab air tu ok lagi.. tp aku sgt tewas kebiasaannya pada hari Selasa dan Jumaat coz ada pasar malam wei.. mula2 niat di hati nak jenjln cuci mata jer.. tp bila masuk kete, penuh tangan kiri kanan duk menjijit plastic bag.. aiyaarrkkk!

Papepun, doakan lah usaha suci murni aku ni berjaya yer.. di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Quban buat semua.. Semoga kita tidak mensia-siakan segala pengorbanan insan di sekeliling terhadap kita selama ini yer... bye!


Add caption

Wednesday, October 9, 2013

##Wordless Wednesday##

As-salam...

Lori Pasir @ Bandung

"MEMANG BAWAANKU BERAT, TAPI TAK SEBERAT RINDUKU"
*____*

Add caption

Tuesday, October 8, 2013

::Day 4 @ Bandung::

As-salam..

Tangkuban Parahu


Ini merupakan lawatan pada hari terakhir kami.. pepagi kami dh kluar hotel utk menuju ke beberapa destinasi yg lain.. 1st destination ialah ke Tangkuban Parahu yg terletak kira2 sejam lebih perjalanan dari Bandar Bandung.. bayaran masuk ke sini adalah sebanyak IDR50,000 = RM15 per pax dan IDR50,000 = RM15 per car..

Sebelum ke sini, dalam fikiran aku adalah kawasan ni berbentuk gunung berapi.. tapi bila dah sampai dan di beri penerangan, rupanya kawasan ni tak lagi di panggil gunung berapi coz dh beberapa kali meletup dan landai.. so yg tinggal hanyalah kawah gunung berapi yg masih dikategorikan sebagai aktif...




Nak di ikutkan, kawasan ni agak luas dan banyak cabang kita boleh lalu.. kita juga boleh berjalan mengelilingi kawah ni.. tapi bagi kami yg dh agak veteran tenaganya, memang idookk lah nak menapak kan.. separuh pun dh cukup bagus.. ;) Lagi satu, buat sesapa yg ada asma atau penyakit kronik yg lain, anda tidak digalakkan untuk berada lama di sini tanpa menggunakan penutup hidung dan mulut coz bau sulfur (karbait) sgt lah kuatnya.. sumtimes, mcm bau longkang pun ada.. huhuhuhu..



BFF untill jannah.. InshaAllah..






Hoiii! g toilet pun nk amik gambo ke?

Ratu sgt kan kami??

Buah2an yg mereka jual kat sana sangat manis.. must try!

Angklung beb.. 
terpesona tgk mamat ni main.. 
so kami pun terpengaruh lalu membelinya.. :)

Oooh yer, ada lagi beberapa nasihat yg boleh di kongsikan.. kat sini, ramai penjual yg akan mengekori kita untuk menjual barangan mereka... spt yg aku katakan sebelum ini, sila tolak hasrat mereka baik2 yer.. coz aku ada terdengar, kat sini ada segelintir yg dh kena pukau.. utk lebih selamat, jgn bawak duit byk2 or brg berharga time ke sini okay.. lagi satu, org kata tempat ni sejuk.. aku rasa mmg sejuk pun... tapi masih blh tahan lg lah.. utk selamat, bawak jer cardigan or sweater..

Floating Market, Lembang


Rugi bagi sesiapa yg dah pergi ke Tangkuban Parahu, tapi tak singgah kat tempat ni coz Pasar Terapung Lembang ni terletak di sebelah kiri jalan dari Tangkuban Perahu menuju ke bandar Bandung.. so, on d way back from Tangkuban memang akan melalui kawasan ni.. tapi tak ramai yg tahu pasal tempat ni termasuklah pak supir kami.. huhuhu.. 

Tempat ni memang cantik n menenangkan coz kawasan sekitarnya masih banyak berwarna hijau.. saujana mata memandang.. bermacam2 tumbuhan ada di tanam di sini.. cthnya macam strawberi, lemon, padi, labu dan mcm2 lagi lah.. haiwan pun ada mcm2.. sapa yg bwk anak2, pelbagai aktiviti boleh di lakukan di sini.. oh ye, sesapa yg nak naik sampan or boat juga boleh.. tp bayarannya aku tak tau.. lupa nak tny..

Bayaran masuk ke sini adalah IDR10,000 = RM3.00.. masa kat dalam ni, semua urusniaga perlulah menggunakan token atau coin yg telah ditetapkan.. kaunter penukaran mmg banyak.. dun wori k... 





Kelinci = Arnab





Terbaekkk pisang keju ni..












Bali Heaven 


FYI, kami naik flight kul 7.20pm... kul 3.15pm, pak supir dh nak masuk airport.. sikit lagi time beliau nak masuk parking, kami mintak dia pusing2 lagi coz awal sgt.. airportnya dh lah kecik, so tak leh nak cuci mata sgt kalau berada awal kat dlm tu.. kami request dia untuk bawa kami kemana2 kawasan berhampiran coz nak abiskan rupiah yg ada.. maka, di bawanya kami ke Bali Heaven, satu lagi factory outlet yg sgt sesuai utk menghabiskan duit dan ianya sgt lah dekat dgn airport... macam2 ada di jual di sini.. tak rugi singgah.. En. Asben sempat lagi rembat sehelai jeans disini..





-END OF DAY 4-

************************************************

Sepanjang kami berada di sana, kami telah menggunakan khidmat pengangkutan daripada Setiawan Transport.. Pak Supir kami bernama Pak Engkus.. sesapa yg nak guna perkhidmatan dia, dgn segala hormatnya di persilakan.. dan kalian boleh request Pak Engkus utk jadi driver anda coz orgnya sangat lah baik hati dan tak berkira..  Papehal, boleh call or whatss app dgn boss dia iaitu Iwan di talian : +6281221401090 Si Iwan ni ada gak ofis kat Cheras coz dia berkahwin dgn org Cheras.. tp alamat kat Cheras tu aku tak tau.. silalah berhubung dgn beliau sendiri yer..

Pengangkutan kami yg terpaksa di tukar utk hari terakhir coz kereta sebelumnya tak dapat menampung hasil shopping kami.. *___*



Penginapan kami pula adalah di Pop Hotel.. aku book online thru Agoda.. aku rasa harganya sgt murah n biliknya juga sangat selesa.. breakfast pun disediakan.. Hotel ni ada connecting dgn shopping complex iaitu Festival City Link.. so senang kalau lapo blh gi cr makan kat tempat yg sama.. cumanya hotel ni tak provide iron.. itu sahaja yg dapat dikongsikan.. TQ sudi singgah..

- END OF VISIT -

Add caption


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™