Showing posts with label Families. Show all posts
Showing posts with label Families. Show all posts

Friday, December 12, 2014

~~Hai!~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua..

Fuhhh!! fuhh!! tiup sawang ckit...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghela nafas di bumi Allah ini.. lama giler tak muncul kat cni.. rindu pada blog ni teramat2 lah menebal.. tapi apakan daya masa tak mengizinkan utk aku mengadap blog kesayangan ni.. 

Utk yang tertanya2, Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby boy pada 9/9/14 yang lalu dan pada 10/12/14 baru ni aku telah kembali bertugas setelah bercuti selama 3 bulan.. Seronoknya wei duk umah.. rasa mcm dah malas nak masuk keje.. tapi bile pk tak bergaji, terpaksalah hayun kaki ni utk masuk ke opis..

InshaAllah, lepas ni aku akan curi2 masa menghapdate cerita2 yang dh basi ke dlm blog ni.. rinduuuuu sgt weii nak menaip guna jari jemari yg tak bape nk runcing ni... 

Di kesempatan yg ada, aku ingin memperkenalkan insan baru dalam hidup kami.. Inilah dia Muhammad Aqil Imran Bin Mohd Azraei..

Hari Pertama..

Sekarang..

Ok lah tu jer kot utk 1st entri setelah sekian lama mendiamkan diri.. bye!



Add caption



Wednesday, May 7, 2014

::Aktiviti 2 Minggu Lepas::

As-salam...

2 minggu lepas letih sungguh aku dibuatnya.. En. Asben tak de sebab gi Johor ade tournament futsal anjuran opis dia.. so aku lah jd driver ke sana ke sini.. ari Jumaat petang aku balik umah mak kat Sepangnyol coz nak packing kerepek.. stock kat opis dh makin berkurangan.. Alhamdulillah bisnes sangat menggalakkan.. 

Manakala ari Sabtu plak aku balik Shah Alam untuk antar adik aku.. Dia dh abis belajar dan sementara tunggu panggilan Degree, dia nak cari keje kat sana n duduk umah pusaka kami... so malam tu tido Shah Alam n esoknya kami mengemas umah yang dah lama di tinggalkan.. banyak sungguh 'penangan' si katak, si cicak dan si semut tinggalkan kat umah tu.. naik cramp kaki aku duk mengemas.. petang Ahad tu baru balik Putrajaya.. mmg malam tu aku lembik abis.. bateri dh out!

Alang2 balik Shah Alam, so kami merancang untuk wat bbq keluarga.. plan last minit ni mmg best n selalunya menjadi.. kalau kita plan berbulan2 sebelumnya, ade jer halangan yg mendatang.. ni yg di katakan kita hanya mampu merancang dan Allah S.W.T. adalah penentunya.. By the way, ari Sabtu ari tu, lepas Subuh masa kat Sepang, aku call Bapak.. aku dengar suara bapak aku macam terkejut.. mesti dalam hati dia berkata "Apehal anak aku ni call pepagi?"

Aku : Assalamualaikum.. Bapak, nak mintak tlg blh?
Bpk : Apa dia pepagi ni?
Aku : Orang teringin nak makan kuih keria warna-warni. Bapak boleh tlg carikan keledek warna purple & oren tak? kat kebun ade?
Bpk : Ha, nantilah bapak carikan
Aku : Ok, terima kasih.

hehehehehe.. sengal aku kan? call pepagi buta semata-mata nak suruh cari keledek.. ari tu dh mintak mak wat kan kerabu.. so kali ni mintak tlg bapak plak carikan keledek.. bestnya time2 mcm ni, juz gunakan lesen "teringin or mengidam".. confirm dapat! *___*

Maka petang Sabtu tu, aku dan sepupu aku pun menguli lah keledek untuk dijadikan keria..

Before..

After.. Yummy!

Dan malamnya pula seperti yang di rancang, kami wat bbq kecil2an.. 

Hasil perapan..


Sebahagian ahli keluarga yg terlibat..

Beso dah si Dania budak bertuah ni.. 


Adik Aku : Nia, kucing ni comellah.. jom kite bela.
Nia : Jom!
Adik Aku : Kita nak bagi nama apa kat kucing ni?
Nia : Kita bagi nama Mina.. Nia suka nama tu..

***********

Nia : Acik, baby acik ni laki ke pompuan?
Aku : Tak tau lagi Nia.. kenapa?
Nia : Kalau perempuan, acik bg nama Umairah.. kalau lelaki, acik bg nama Aqil Muhammad.
Aku : Ni mesti nama kawan Nia kat sekolah kan?
Nia : Eh, mane ade..
Aku : Abis mcmane Nia blh dapat nama tu?
Nia : Nia memang suka nama tu..

Boleh tahan mengelentong budak ni.. bile aku citer kat mak dia, mak dia kata tu semua nama bff dia kat sekolah.. *___*

Add caption

Wednesday, January 15, 2014

::Hari-Hari Bahagia::

Assalam..

Restaurant Haji Sharin Low

Lamanya blog di tinggalkan sepi tanpa berita.. lately malas sungguh nak mengupdate.. gi mana2 pun malas sungguh nak amik gambo.. tapi hari ni aku gagahkan jugak jari jemari aku ni utk menaip.. walaupun entri hari ni dan seterusnya adalah cerita2 yg dah basi, tapi kemahuan untuk publish kan dalam blog ni tetap tinggi menggunung.. 


Pada  malam 31 Dec yg lalu, kami sekeluarga pergi dinner dekat Restoran Haji Sharin Low, Bangi utk celebrate besday mak yang ke 54 tahun.. Alhamdulillah mak masih dikurniakan kesihatan yg baik di usia sebegini dan bahagia serta gembira dikelilingi anak-anak dan suami yg tersayang... Restaurant Chinese Muslim ni dipilih sebab mak pernah menyuarakan hasrat hati yg mana beliau teringin nak mencuba makanan kat restoran macam ni.. 

Malam tu aku  byk diam dari bercakap sebab seluruh badan aku menggeletar mcm di landa gempa... (org lain pny besday, org lain plak yg excited).. huhuhu.. apa yg aku telan semuanya rasa pahit.. di sebabkan nervous tak tentu pasal, aku juz tangkap sekeping gambar jer iaitu gambar kek kat atas tu dan 1 video time mak n abah main suap2 makan kek.. bengong sungguh aku malam tu!! gambar makanan dan ahli jemaah menteri yg hadir ke dinner tersebut langsung aku tak amik.. betul2 punya sengal!


Pada 2hb Januari plak, adalah merupakan besday yg ke 26 buat adik ipar aku.. so kiranya dinner malam tu kami celebrate utk dua org pny big day.. papepun, aku sebagai menantu dan kakak ipar, sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.. untuk emak, InshaAllah Le'a akan cuba memberikan mak hadiah yang terbaik sebagai seorang anak.. sama2lah kita doakan.. 

Western Express (WE)

Petang tahun baru hari tu bff ajak keluar lepak2... so kami decide untuk ke Shah Alam.. Si Ebob ni terliur nak makan menatang2 western.. katanya penangan Jalan2 Cari Makan.. so kami turutkan ajer.. bila sampai sana, aku bukak menu, dan yg paling mengiurkan adalah char kuey teow.. dalam hati aku berkata, confirm kena bahan kalau aku order ni sebab pegi tempat western food, tp nak order makanan melayu yg kat tepi jalan pun blh order.. tapi ade aku kisah?? nak di jadikan cerita, tak de rejeki aku.. char kuey teow hanya ada di WE Cawangan Cheras.. fine!!








Memasing order menu lain2 supaya dapat rasa semua.. so petang tu bermacam2 haiwan yg kami order antaranya lembu, ayam, kambing dan burger daging yg menyerupai ladam kuda.. kuikuikui..

Komen aku, rasa dan harga bolehlah di pertimbangkan.. so utk sesapa yg nak cuba, boleh lah dtg ke WE ni yg terletak di Seksyen 7 (Pintu  Belakang UiTM), Shah Alam..


13hb Januari yang lalu, besday budak bam2 ni plak.. eiii geramnya aku tgk si Awra Chan ni tau.. rasa nak gigit2 jer.. papepun, Acik Le'a doakan semoga Awra dapat membesar dgn di limpahi kasih sayang yang melimpah ruah dari papa n mama.. Be a good girl okay.. muuuaahhh.. 





Tuesday, December 24, 2013

::Red Carpet @ I-City::

As-salam..


Sambungan dari episod semalam.. tujuan utama aku ke I-City adalah semata-mata nak masuk dua tempat iaitu Trick Art Museum & Red Carpet @ Madame Tussauds Malaysia... so impian dh tertunai.. lepas ni tak de dah nak merengek2 kat kengkawan mahupun En. Asben lagi.. kuikuikui.. bayaran masuk ke tempat ni adalah RM35 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak).. Tak yah banyak bunyi, jom layan gambo2 yg berlambak kat bawah ni..






































Ade sesetengah tokoh / selebriti tu mmg kami kenal.. dan ade juga yg kami tak kenal.. papepun, possing tetap possing.. kenal tak kenal tu belakang citer.. kuikuikui...

Sebelum ke sini, aku ade buat sedikit survey.. ade yg kata masuk kat tempat ni mahal dan patung lilin tu agak sedikit.. so tak berbaloi dan rugi.. Bagi aku, ianya adalah WORTH dgn bayaran RM35 tu.. bukan senang nak bawak masuk kreativiti yg bertaraf antarabangsa ni ke Malaysia.. segala kos bagai perlu di ambil kira.. so bila benda2 macam ni dh sampai di negara kita, hargai dan rasailah keberuntungan tersebut dengan cara kita merasai sendiri pengalaman tanpa perlu ke negara orang.. kekurangan itu tetap ada.. contohnya, ade beberapa org selebriti yg iras wajahnya memang lari betul.... yg tu korang complain lah sendiri kat pihak pengurusan yer.. huhuhu... 

Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™