Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

~~Preparation @ 29 Weeks~~

Assalam..

Alhamdulillah minggu ni masuk minggu ke 29 usia kandungan aku.. Syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih di beri kekuatan dan semangat yg utuh untuk sama2 meneruskan kehidupan bersama bayi di dalam kandungan ku ini.. Alhamdulillah, tahap kesihatan pun sangatlah baik yg teramat.. cumanya kaki dh start bengkak ckit.. ada masa surut, ada masa x surut2... tapi tak pe, tu cuma dugaan kecik jer.. masih mampu utk aku tanggung..

As usual, kebanyakkan masa cuti hujung minggu aku abiskan kat kampung sebelah mertua.. time blk umah mak ni lah nak kutip segala ilmu, petua, pengalaman n nasihat.. semuanya sangat2 berguna utk masa depan aku selepas ni.. 

Persediaan setakat ni Alhamdulillah dh hampir 90% barang baby & aku telah di persiapkan.. Org kata kandungan masuk usia 7 bulan dh kena prepare apa yg patut.. so aku pun mengambil langkah menyediakan payung sebelum hujan.. barang2 semua kami beli sikit2.. kalau sekali harung, mau botak kepala.. huhuhuhu..


Last week aku dh terlebih rajin + semangat mak2 yg berkobar2 telah datang secara tiba2.. maka, aku kumpulkan semua pakaian & keperluan baby yg dah di beli, then aku cuci + nila.. punya happy duk basuh barang2 ni semua, tak sedar dah 2 jam rupanya aku duk dalam bilik air tu.. hehehehe.. 

Dan hasilnya..... Jeng3x...
*___*



Kalau tengok warna pakaian & keperluan yg aku basuh kat atas tu, mesti dh dapat agak kami akan dapat baby apa kan? :) InshaAllah kami bakal menimang cahaya mata lelaki pada penghujung Ogos nanti.. 

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat2 baik aku yang turut menghadiahkan dan berkongsi barangan bersama bakal anak kami.. macam2 yang telah aku terima setakat ni.. antaranya ialah sweater, romper, kasut, stokin, stroller, baby rockers, set tilam, botol susu & tupperware... Seronok rasanya bila kegembiraan ini turut di rasai oleh orang sekeliling.. Alhamdulillah, rezeki anak ibu..

Oh ye, aku baru start minum Hi-Goat beberapa hari ni.. aku baru tau elok minum susu kambing ni bagi mengelakkan baby terkena Jaundice.. Harap2 belum terlewat utk aku mencegahnya.. Nak diikutkan sebelum ni mmg susah tekak aku nak telan susu.. confirm keluar balik.. tp demi baby & bapak baby yg bersungguh2 bancuh susu setiap malam, maka aku memujuk diri utk meminumnya.. (drama sungguh ayat aku  ni kan? :)

Buat rakan2 semua, aku juga memohon doa & sokongan kalian untuk menempuh pengalaman pertama yg cukup berharga ini.. doakan yang terbaik buat aku yer.. thank u in advance.. bye!

Add caption

Thursday, December 12, 2013

::Pengalaman Menempuh Banjir::

As-salam...

Introduction

Hati mana yang tak tersentuh bila melihat keadaan saudara mara kita yang sedang di landa musibah banjir baru2 ni, baik di selatan mahupun di pantai timur.. kesukaran melalui detik2 seperti itu pasti tak kan dapat di lupakan... 1st aku tengok wajah2 dan keadaan rumah mereka, terus aku teringat pengalaman masa zaman budak2 aku dulu.. Kawasan rumah aku memang mudah dinaiki air.. asal ujung tahun jer, memang kami dah bersedia untuk menempuh bah yang besar.. bile time ujan lebat, kami penduduk kampung memang tak dapat tido lena.. kadang2 time tido tengah malam terdengar suara org bising2.. bila keluar tgk air dah memenuhi jalan raya.. 

Had Kelajuan

Aku & abg aku ada cara untuk mintak mak aku bersiap sedia kemas barang kat umah dgn cara mengukur paras kelajuan air.. contohnya macam gambar kat atas ni.. first, kami letak batu di atas jalan raya pada paras terkini air (A).. dalam masa sepuluh minit, kami tgk air tu boleh pergi jauh mana (B).. kalau jarak dari A ke B sangatlah cepat, maka banjir besar akan melanda kampung kami sebab kehadiran air sangatlah laju time tu.. dan kalau air dari paras A ke B bergerak sangatlah lambat, so kami wat bodoh jer.. malas nak kemas barang.. sebab rumah kami keadaan tanahnya agak tinggi sikit berbanding jiran2 yang lain.. boleh faham? lantak lahai faham ke tak.. sebab ni teori geografi+kimia aku dgn abg aku..  so hanya kami jer yang faham.. hahahaha.. 


Mangsa & Pemangsa

Aku ni memang takut sikit dengan banjir.. sebabnya aku geli air kotor, kedua aku takut dengan pelbagai haiwan yang muncul time air naik ni.. almaklumlah rumah2 haiwan ni juga di limpahi air, so mereka akan berenang2 kat permukaan air utk mencari penempatan baru ataupun mangsa.. dan ade sesetengah haiwan tu, mereka akan melekat di dinding2 rumah bagi mencari kawasan selamat.. time tu aku memang duduk jer atas katil tanpa kemana2 sebab aku geli giler dgn menatang2 tu.. itu lah satu2nya benda yang paling aku benci time banjir menimpa.. fobia sampai sekarang kot! hehehehe.. 


Bagi sesetengah kengkwan aku, musim banjir adalah pesta buat mereka.. yer lah budak2 kan.. seronok main air.. dan kebanyakkan dari mereka ni sangat kebal.. sampai pergi memburu lintah pastu kumpul dalam botol okay.. thats y aku suka duduk dlm umah sementara menunggu bot sampai.. sebab kalau aku keluar jer umah, aku adalah mangsa buli mereka.. diaorg ni termasuklah abg aku suka sgt campak2 lintah kat aku.. aku benci!!!! sumtimes benda tak de pun, tapi suka menyakat aku.. aku ingat sampai sekarang wei ape korang wat kat aku.. aku dendam okay.. hahahahaha..

Penempatan Banjir

Aku dgn abg aku dulu kan teringin bebenor nak duduk kat tempat penempatan mangsa banjir yang telah disediakan baik di sekolah mahupun di dewan masyarakat.. tapi, setiap kali banjir mesti kitaorg akan duduk dekat umah sedara-mara yang lain.. so tak dapat merasai suasana duduk ramai2 tu.. paling lama pun kami duduk adalah 2 jam sebab nak tunggu pak cik aku dtg.. bila banjir dah surut, kengkwn aku suka bakar line.. "best wei duduk kat dewan/sekolah.. 24 jam boleh main.. tak yah baca buku.. makan ramai2.. sedap!".. aku hanya mampu jawab "ooh ye ke?" 

Time banjir dulu, mesti akan ada wartawan dari station tv yang akan datang ke kampung kami.. time wartawan tu interview mana2 penduduk kampung, kami bebudak hingusan ni mesti akan berebut2 nak ada di belakang org yang di temuramah tadi.. masuk tv kann.. sape tak nak.. mestilah batak.. hahahaha.. pastu nanti bila dh bukak sekolah, adelah kengkwn yang tinggal di kawasan lain cakap "eh, ari tu aku nampak muka ko masuk tv".. mau tak bangga? :)

Penutup

Papepun, Alhamdulillah setelah pendalaman sungai di lakukan, kampung kami telah bebas dari amukan bah yang besar tu.. Syukur sangat2... tapi pengalaman yang telah kami lalui amatlah berharga dan tak kan dapat dilupakan.. aku amat bersimpati dengan mereka2 yang terlibat dalam banjir ni.. Doa aku, agar mangsa-mangsa banjir kita ni banyakkan bersabar, tabah dan redha dengan apa yang telah menimpa.. Mungkin ini adalah ujian dariNya untuk menguji tahap keimanan kita bila mana dilanda musibah.. dan satu perkara yang boleh kita banggakan adalah keprihatinan masyarakat kita yang amat ringan dalam menghulurkan bantuan.. syukur sangat.. tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.. dan satu lagi pesanan aku, time dalam keadaan gawat seperti itu, kita janganlah terlalu demanding.. terimalah apa sahaja yang diberi dengan hati terbuka tanpa merungut..  kerana dalam susah kita, ada lagi ramai di luar sana yang lebih menderita kehidupannya berbanding kita.. sekian..

**Lakaran artis di atas adalah sangat menggerunkan.. 
Mohon di maafkan... **
*_____*

Add caption

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™