Showing posts with label Aqil Imran. Show all posts
Showing posts with label Aqil Imran. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

::Mental Down::

Assalamualaikum..

Sejak naik keje, macam2 perkara berkaitan anak ligat berlegar kat fikiran aku ni... org kata hantar anak kat pengasuh ni kena yakin n tawakal.. tp hati mak mana yg tak berat bila tinggalkan anak pada org lain yg baru dikenali.. almaklumlah dah 3 bulan lebih hari2 duk mengadap si bam2 ni, tetibe jauh plak kat mata kita..

Mujur awal2 tahun ni tak berapa bz.. so tak de lah serabut sangat kepala hotak ni nk pk pasal keje n anak.. sejak jd mak2 ni, emosi n perasaan sangat mudah tersentuh.. rupanya inilah 'anugerah terindah' yg Allah kurniakan.. sebelum ni kalau dengar kes berkaitan baby, aku hanya dpt memahami dan bukan merasai.. now, perasaan tu hadir dengan sendirinya.. 

Aku sekang dalam dilema.. samada nak teruskan hantar Aqil Imran kepada pengasuh atau pada mak abah.. mak abah willing nak jaga Aqil Imran.. tp masalah aku ialah Aqil masih mengempeng dgn aku.. kalau sehari tak dpt nenen, dia akan menyondol dada sesapa sahaja yg dokong dia.. ari tu dh try tinggal dia 3 hari kat kg.. aku demam, dia pun demam.. rindu agaknya.. 

Ok lah, tak leh nak teruskan entri ni coz air mata dh bergenang.. antara ya dan tak? sungguh! aku keliru dalam membuat keputusan.. 


Ibu rindu sangat kat anak ibu ni...


Add caption

Friday, December 12, 2014

~~Hai!~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua..

Fuhhh!! fuhh!! tiup sawang ckit...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghela nafas di bumi Allah ini.. lama giler tak muncul kat cni.. rindu pada blog ni teramat2 lah menebal.. tapi apakan daya masa tak mengizinkan utk aku mengadap blog kesayangan ni.. 

Utk yang tertanya2, Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby boy pada 9/9/14 yang lalu dan pada 10/12/14 baru ni aku telah kembali bertugas setelah bercuti selama 3 bulan.. Seronoknya wei duk umah.. rasa mcm dah malas nak masuk keje.. tapi bile pk tak bergaji, terpaksalah hayun kaki ni utk masuk ke opis..

InshaAllah, lepas ni aku akan curi2 masa menghapdate cerita2 yang dh basi ke dlm blog ni.. rinduuuuu sgt weii nak menaip guna jari jemari yg tak bape nk runcing ni... 

Di kesempatan yg ada, aku ingin memperkenalkan insan baru dalam hidup kami.. Inilah dia Muhammad Aqil Imran Bin Mohd Azraei..

Hari Pertama..

Sekarang..

Ok lah tu jer kot utk 1st entri setelah sekian lama mendiamkan diri.. bye!



Add caption




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™