Friday, April 26, 2013

~~Tunaikanlah Kewajipan Kepada Negara~~

As-salam..

Bahang pilihanraya semakin hari semakin terasa.. Jika di tanya pendapat setiap yg ada, pasti mereka punya reason tersendiri dalam menegakkan parti pilihan mereka.. Harapan aku, setelah selesai PRU akan dtg ni, maka kite seluruh rakyat Malaysia akan kembali bersatu semula.. barang yg lepas usahlah di kenang..

Hari ni aku nak berkongsi sedikit nasihat yg masih terngiang2 di telinga bila mana time aku menuntut ilmu suatu ketika dahulu, ustaz aku pernah berpesan pada anak muridnya... dalam memilih calon, beberapa perkara serta pendekatan perlulah di buat terlebih dahulu... Antara ciri yg perlu di titik beratkan adalah seperti berikut :

Agama
Pastikan kite memilih calon yg beragama Islam. Itu adalah Pasti!

Jantina
Utamakan yang lelaki daripada perempuan kerana lelaki itu lbh rasional ketika memimpin jika di bandingkan dgn wanita yang agak beremosi dalam membuat keputusan

Keluarga :
Sekiranya calon mempunyai kedua2 ciri di atas, maka kita di galakkan untuk meneliti latar belakang keluarganya pula samada beliau berjaya membentuk keluarga yg boleh di jadikan contoh terbaik atau sebaliknya. Kerana utk menjadi pemimpin terbaik buat rakyat, calon perlulah terlebih dahulu berjaya memimpin keluarganya sendiri.

Itu sahaja yg boleh aku kongsikan utk panduan bersama.. tiada paksaan untuk menurut apa jua yg aku nyatakan tadi.. tepuk dada, tanyalah iman.. Selamat menunaikan tanggungjawab buat semua yg telah layak mengundi! 


2 comments:

  1. SELAMAT MENGUNDI
    UNDILAH PEMIMPIN YG TERBAIK

    follow sini..ke 92..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™