Thursday, September 29, 2011

..Segalanya Telah Di Tentukan...

Salam...

Semuanya spt telah elok tertulis... Alhamdulillah, tinggal beberapa hari jer lg suami aku akan kembali kepangkuan aku... dan syukur juga coz adik ipar aku pun dh dpt transfer di cawangan yg sgt dkt ngan umah mak... so, timing mmg sgt cantik... bile adik ipar kluar dr umah aku, then suami aku plak blk.. syukur sgt2... sgt indah ketentuan ini...

Terima kasih Ya Allah di atas segala apa yg telah Engkau rencanakan ini... mmg benar kata-kata hikmah yg menyatakan... "Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dan DIA datangkan petir dan kilat... Lalu kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah pelangi yg indah"...

Alhamdulillah, berita gembira menyusul satu demi satu dalam hdp kami sejak kebelakangan ini... semua urusan telah di permudahkan olehNya.. cuma rezeki utk mendapatkan zuriat jer blm terlaksana lg... tapi kami tak kan pernah putus asa utk berusaha ke arah itu... InsyaAllah...

Tp, di sebalik kegembiraaan kami, tak semua org merasakan perkara yg sama... di kesempatan ni aku nk melahirkan rasa simpati kepada kengkwn yg kurang bernasib baik... sedih sgt bile dgr mcm2 kes yg berlaku di sekeliling aku semenjak dua menjak ni... setiap org menerima dugaan dr pelbagai jenis ujian... kengkawan, yakinlah bahawa Allah ingin memberikan kita syurga, kerana itu DIA menguji iman kita.. dan yakinlah juga bahawa apa yg kita beri hari ini dengan ikhlas,  hasilnya akan kita tuai pada suatu masa nanti... Bersabar dan berusahalah, setiap apa yg kita lakukan pasti tidak akan di sia-siakan-Nya..

Segala yg telah terjadi dlm hidup kita ni semuanya telah di rencanakan dengan sebaik mungkin oleh Nya.. sesungguhnya yg buruk itu dtgny drp kesilapan kita dan yg baik itu dtgnya dr Allah S.W.T.. dan setiap apa yg berlaku itu pasti ade hikmah di sebaliknya... mungkin kesilapan yg pernah terjadi sblm ini blh di jadikan sebagai kayu pengukur dan sejarah utk kebaikan masa hadapan.. InsyaAllah...



4 comments:

  1. Hai yang....alhamdulillah...Allah bagi rezeki peringkat demi peringkat..kalu bagi sekali gus takut kita tak pandai nak bersyukur atau lupa diri plak....percaya pada rezeki Allah yer...

    ReplyDelete
  2. hai kak pit.. Alhamdulillah kak, rezeki... mmg betul kate akak, takut kalau Allah bg kite sekali gus, kite akan cpt alpa..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah! indahnya aturan hidup yg direncanakan oleh Allah SWT. kalo dihayati boleh buat air mata meleleh2. betul tu Lea, sbg insan yg kerdil (walaupun bersaiz besar) kita hendaklah sentiasalah bersyukur selalu. jika diduga, kembalilah kepada Dia, singkap kembali tirai semalam kealpaan apakah telah kita lakukan? yg baik dtg dr Allah, yg buruk dr kita. jgn sesekali mempersoalkan takdir hidup kita. kesukaran ms kini mgkn berakhir dgn kesenangan pd ms hadapan. hidup ibarat roda, ada ms di atas ada ms di bawah. bersyukur dan menyerahkan diri kpd Allah adalah sebaik2nya. hah skali komen jd entry terus. maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... panjang lebar sungguh komen akak.. tp sy suke ^___^.... akak lh satu2ny tukang komen tegar saya.. walau dlm ape jua keadaan sy, akak sentiasa bg moral support.. sgt terharu okeyy...

    Mmg tak di nafikan, sy bahagia n syukur sgt dgn nikmat yg di kurniakan skrg... tp bila saat di duga, sy cuba kuatkan semangat utk bangkit semula dr kegagalan dan kejatuhan..

    Hanya pada Allah tempat sy meluahkan ape yg tersirat dan tersurat... sumtimes hati tak berapa kuat coz sering termakan bisikan syaitan yg sentiasa mengganggu gugat.. tp sy cube perbaiki diri dr semasa ke semasa..

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™