Thursday, September 22, 2011

~~Khasiat Epal Hijau~~

Salam...

Sedikit info utk di kongsikan...

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

4 comments:

  1. akak x suka makan epal hijau sbb rasanya yg masam2 kelat. mungkin sbb tu akak x pernah kurus sejak menggemuk. eh entry ni takde tajuk, mmg sengaja ke?

    ReplyDelete
  2. sy pun same kak... tak bpe suke makanan yg masam2... thats y tubuh "langsing" mcm ni...

    Hahahahaha... lupe nk bubuh tajuk... but now dh ade... ngeh3x..

    Suke sgt ade blogger prihatin mcm akak... sentiasa peka ngan keadaan sekitar..

    ReplyDelete
  3. i loike the 'langsing' word. sgt menepati maksud :) akak mmg blogger prihatin, PA tak prihatin pun akak gak :)

    ReplyDelete
  4. kita kan mmg "langsing" sejak azali lg kan... untunglah sape dpt kite ni... ngeh3x..

    ReplyDelete


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™