Friday, March 25, 2011

::Petua Kebahagiaan::

PETUA 8P UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA....
Petua 8P ini adalah daripada Ustazah Siti Nur Bahyah

PUJI
Iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila
diberi pertolongan.

PELUK
Yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

PENGHARGAAN
Seterusnya dimana amalan memberi hadiah boleh menambahkan kasih sayang.


PERHATIAN

Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

PERSEFAHAMAN
Perlu adannya persefahaman antara suami isteri.

PERGAULAN
Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterunya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

PERCUTIAN
Di mana perlu merancang berdua-duaan dengan pasangannya ditempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

PERMOHONAN
Yang terakhir ialah berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

=====================================

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

 

5 comments:


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Copyright 2013 Templates Reserved for Azalea™ | Designed by © Nurulchumel | All Rights Reserved™